You are on page 1of 4

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI/WANITA/VETERAN

1. AM Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI / WANITA / VETERAN Karnival Sukan MPIC 2012. 2. PENGELOLA Pertandingan ini dikelolakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). 3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN 3.1 Yuran penyertaan ialah RM250.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau wang pos/deraf bank/cek di atas nama Kelab Sukan Dan Sosial MPOB. 3.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih dari sepuluh (10) orang pemain yang terdiri dari kakitangan Jabatan/Agensi. 3.3 Pendaftaran hendaklah menggunakan borang online yang telah disediakan. Pemain-pemain didaftarkan hendaklah Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012. sepertimana Perkara 5.1

3.4

4.

TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 4.1 Tarikh dan tempat pertandingan akan diberitahu kemudian oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012.

5.

PERATURAN PERTANDINGAN 5.1 Masa bagi perlawanan Futsal (L) adalah seperti berikut: Separuh masa pertama Masa berehat Separuh masa kedua : : : 10 minit 3 minit 10 minit

5.2

Masa bagi perlawanan Futsal (W) dan Futsal (V) adalah seperti berikut: Separuh masa pertama Masa berehat Separuh masa kedua : : : 7 minit 3 minit 7 minit

5.3

Pasukan yang akan bermain hendaklah berada dalam padang lima (5) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan jika sesuatu pasukan gagal berada dalam padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan. Perlawanan akan dijalankan dengan cara lima (5) sebelah. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian. Pembahagian kumpulan dan sistem pertandingan adalah seperti Perkara 7, Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Jika masih seri sistem Sudden Death akan digunapakai bagi tendangan penalti bagi menentukan pemenang. Pemberian mata ialah : Menang : 3 mata Seri : 1 mata Kalah : 0 mata Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir. 5.9.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak, 5.9.2 Jika seri, pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak, 5.9.3 Jika masih seri, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang; dan jika masih seri sistem Sudden Death akan digunapakai bagi tendangan penalti bagi menentukan pemenang.

5.4 5.5 5.6 5.7

5.8

5.9

6.

PERTUKARAN PEMAIN Tiada had penukaran pemain pada setiap perlawanan.

7.

KEMENANGAN PERCUMA 7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam Perkara 5.3, Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012. 7.1.2 Gagal berada di gelangan selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam Perkara 9.1, Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012. 7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya tiga (3) pemain. 7.1.4 Menarik diri atau tidak mahu meneruskan perlawanan. 7.2 7.3 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0. Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8.

PERATURAN AM 8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya. Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam satu (1) perlawanan dan diperintahkan keluar padang, pemain tersebut tidak boleh bermain dalam satu (1) perlawanan berikutnya. Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam satu (1) perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam satu (1) perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini. Pasukan yang bertanding digalak menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai nombor masing-masing dan berwarna yang berlainan iaitu

8.2

8.3

8.4

untuk jersi utama dan jersi simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang bertanding memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya tercatit kedua dalam senarai jadual perlawanan akan menukarkan jersinya. Penjaga gol semasa bermain dalam perlawanan akan memakai warna yang berbeza daripada kedua-dua pasukan yang bertanding dan juga berbeza daripada Pengadil. 8.5 Semua pemain mesti memakai jersi yang lengkap dengan stoking panjang dan pemain akan diberi amaran serta tidak dibenarkan bermain didalam perlawanan tersebut. Kesalahan yang berulang kali akan menyebabkan pasukan itu disingkir daripada liga. Hanya jersi bernombor sahaja dibenarkan. Setiap pemain hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan ketika perlawanan dijalankan. Bagi pemain wanita digalakkan memakai shin pad. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan. Jika tidak disebut di dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syaratsyarat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolesapak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

8.6 8.7 8.7 8.9

8.10

9.

PENGADILAN Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012 akan menyediakan pengadil yang bertauliah.

10.

BANTAHAN DAN RAYUAN Adalah seperti yang tertera di Perkara Perkara 14 dan 15, Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.