You are on page 1of 2

Sistem Pendidikan di Perancis Sejarah Pendidikan di Perancis Era moden sistem pendidikan di Perancis telah bermula pada akhir

abad ke-19. Sistem pendidikan moden Perancis telah dipelopori oleh seorang peguam bernama Jules Ferry yang memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Awam pada tahun 1880. Beliau telah memberikan banyak sumbangan dalam sistem pendidikan moden yang mana kanak-kanak bermula dari umur 6 hingga 2 tahun terdiri dari lelaki dan perempuan dikehendaki utntuk memasuki persekolahan. Beliau turut membuat mandatori pendidikan awam, persekolahan percuma dan membangunkan pendidikan sekular kepada rakyat Perancis. Undang-undang pendidikan telah digubal oleh beliau iaitu Jules Ferry laws bagi menggantikan Falloux Laws (1850-1851). Taska/ Pra-Sekolah (Ecole Maternelle) Pada peringkat taska, murid yang diambil adalah daripada usia 2 hingga 6 tahun. Ianya bagi memberikan persediaan kepada murid sebelum memasuki alam persekolahan sekolah rendah (grade school). Sekolah taska di Perancis adalah lebih kepada pembelajaran melalui permainan (playschool); dimana kurikulum yang diberikan adalah seperti membaca dan menulis, numerasi, bahasa asing, kesenian dan aktiviti-aktiviti kreatif. Sekolah taska ini juga dipecahkan kepada tiga iaitu "les petits", "les moyens" and "les grands". Terdapat juga taska yang dibina sebagai sekolah nurseri kanak-kanak. Biasanya dilakukan secara persendirian dan awam. Kanak-kanak yang diambil adalah dalam kuantiti kecil iaitu 10 hingga 60 orang kanak-kanak yang mana julat umur dalam lingkungan dari 2 bulan hingga 3 tahun. Sekolah Randah/ Sekolah Gred (Ecole Primaire) Terdapat 5 kelas dalam peringkat ini dan murid-murid adalah pada umur 6 hingga 11 tahun. Kurikulum sekolah randah di Perancis mempunyai banyak persamaan dengan kurikulum yang dijalankan di negara-negara lain seperti literasi, numerasi, aritmetik, geografi, sejarah dan juga bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Sehingga tahun 2008, minggu persekolahan bemula pada hari Isnin hingga pagi Sabtu dan hari Rabu merupakan hari rehat. Namun sejak September 2008, hari persekolahan tidak lagi dijalankan pada hari Sabtu. Purata jam pembelajaran murid dalam kelas adalah 28 jam seminggu. Kelas-kelas (lima kelas) pada peringkat sekolah rendah (Ecole Primaire) mengikut urutan adalah CP, CE1, CE2, CM1, dan CM2 : CP ialah Cours prparatoire - Kelas Persediaan, CE ialah cours lmentaire Kelas

Dasar, dan CM ialah cours moyen - Kelas Menengah. Dua kelas menengah adalah bagi persediaan sebelum memasuki tahap seterusnya iaitu sekolah menengah.

There are a total of seven years secondary schooling, which is divided between four years at collge, followed by up to three years at lyce.