You are on page 1of 7

TSUNAMI

Berasal daripada perkataan jepun yang bermaksud ombak

perlahan. Tsunami juga ditakrifkan sebagai ombak besar (ombak raksasa) yang terhasil akibat daripada gempabumi dasar laut, letusan gunung berapi dasar laut, dan hempasan meteor (komet) di laut. Faktor-faktor tersebut telah mewujudkan tenaga yangkuat yang memindahkannya ke air laut lalu membentuk gelombang yang besar yang dinamakan tsunami. Gelombang yang terbantuk akan semakin membesar apabila menghampiri pantai. Kelebarannya melebihi 200km dan bergerak pada kelajuan 800km sejam. Tsunami mampu merentasi lautan pasifik dalammasa kurang daripada 24jam.

Kelebarannya melebihi 200km dan bergerak pada kelajuan 800km sejam. Tsunami juga mampu merentasi Lautan Pasifik dalam masa kurang daripada 24jam. Pakar geologi berpendapat, selepas berlakunya

gempa bumi bermagnitud melebihi 7 skala richter, kebarangkalian untuk terbentuk tsunami adalah tinggi. Akibat daripada gempa bumi dasar laut,tenaga dalam bentuk gelombang seismik akan dilepaskan oleh lapisan kerak bumi yang terlibat. Tenaga ini dengan cepat akan dipindahkan ke air laut mewujudkan gelombang yang besar.

Ketinggian ombak tsunami ditengah laut adalah satu meter,tetapi ketinggian tsunami dapat

melebihi 15 meter apabila menghampiri pantai.contoh-contoh ketinggian tsunami yang pernah dicatatkan: a) Gelombang tsunami setinggi 27.4 meter yang berlaku pada tahun 1964 di Alaska. b) Gelombang tsunami setinggi 15 meter ketika letupan gunung berapi krakatoa di Indonesia pada tahun 1883. c) Gelombang tsunami setinggi antara 15 hingga 20 meter yang berlaku pada 26.disember.2004 di Acheh.

Kajian Kes:Tragedi Tsunami pada 24.disember.2004


Gelombang tsunami tersebut berpunca

daripada gempa bumi yang terjadi di utara sumatera pada kedudukan latitud 3.31 darjah utara dan longitud 9.854 darjah timur. Kedudukan pusat gempa (epicentre) pada 250kmdari bandar Acheh, Sumatera, Indonesia. Gempabumi berkenaan bermagnitud 9.0 skala richter dan merupakan keempat terbesar sejak lebih 100 tahun lalu.

Gempa bumi tersebut berlaku kerana plat

tektonik Lautan Hindi menyusup masuk kebawah plat tektonik Sumatera. Proses pnyusupan plat tektonik ini disebut subduksi(zonbenam). Selam ini pnyusupan plat tektonik Lautan Hindi di tahan oleh plat tektonik Sumatera. Gempa bumi didasar laut berlaku apabila pergerakan penyusupan plat yang tertahan ini terlepas. Gempa bumi tersebut membebaskan tenaga yang besar dengan magnitud 9 skala richter. Pusat gempa tersebut berada di kedalaman 30km dibawah permukaan laut. Penyusupan ini menyebabkan sempadanplat Sumatera (sepanjang 1000km) mengalami pengangkatan secara tiba-tiba setinggi 3meter.

Pengangkatan dasar laut menyebabkan gangguan terhadap isipadu air laut sehingga mewujudkan gelombang air laut yang lebih besar dan luar biasa. Gelombang tersebut dinamakan gelombang seismik atau gelombang tsunami. Di tengah laut, gelombang tsunami

berketinggian hanya beberapa meter tetapi berkelajuan melebihi 500km sejam dan panjang gelombang tersebut menjangkau ratusan kilometer kerana dibekalkan tenaga seismik yang kuat untuk menolak gelombang seismik tersebut kepantai.