Tajuk: Analisis kajian kes. (Lampiran 5-The Mascot) 1. Huraikan apa yang anda faham tentang kes yang dikaji. 2. Apakah konsep/model/teori yang saya perlu tahu untuk memahami dengan mendalam kes yang dikaji? 3. Apakah strategi-strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dikaji.
Sinopsis Kes
Berdasarkan kajian, kes ini menceritakan tentang seorang guru pelatih bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs Clem. Permasalahan berlaku apabila Mrs Clem memperkenalkan Cathy kepada muridmuridnya.
Mrs Clem berat hati untuk memberi peluang kepada Cathy untuk mengajar. Cathy berasa seolah-olah dilayan seperti maskot. Masalah lain timbul apabila Mrs Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual dan memperkenalkan kepentingan St. Patricks Day kepada murid-murid secara tibatiba walhal Cathy tidak membuat sebarang persediaan.
- Kerjasama
- Mengganggu P&P - Campur tangan
Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan. Guru dan murid mempunyai hak masing-masing. Guru dan murid mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan optimum.
Cathy telah cuba menggunakan pendekatan model disiplin Canter dengan cara menegur dan menasihati secara berhemah agar Jabar kembali membuat tugasan yang diberi dan tidak mengganggu rakan lain. Sebagai guru baru, Cathy telah menunjukkan respon tidak menyukai tindakan Jabar kepada murid murid lain. Hal ini sekaligus secara tidak langsung telah menjadikannya satu peraturan kelas iaitu tidak boleh mengganggu murid lain dan tugasan hendaklah disiapkan.
Tingkah laku Jabar didorong oleh firasatnya yang menyangka Cathy tidak menyukainya. Situasi ini menyebabkan Jabar cenderung untuk bertingkah laku negatif ketika di dalam kelas.
Good work tickets adalah satu pendekatan yang digunakan untuk menaikkan semangat murid untuk menyiapkan kerja. Ianya merupakan peneguhan positif. Rangsangan melalui good work tickets ini dapat meningkatkan tingkah laku yang diingini iaitu menyiapkan kerja dengan lebih awal.
Model Dreikurss
Disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. Berdasarkan kajian kes, ia berkaitan dengan keperluan dalam menginginkan perhatian muridmurid. Sebagai contoh, Jabar mengganggu tumpuan rakan lain ketika Cathy memberi kerja. Selain itu, terdapat situasi di mana Mrs Clem mencelah dengan menyuruh Jabar mengambil science kit itu. Setelah mengambilnya, Jabar langsung tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran Cathy.
Rumusan
Guru perlu merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan iaitu sesuai dengan persekitaran bilik darjah masing masing. Cathy perlu merangka semula dan menyusun kembali pengurusan bilik darjahnya agar dia tidak lagi dilayan sebagai mascot oleh Mrs. Clem dan Jabar yang kurang menghormatinya sebagai guru. Apa yang penting, sesuatu pengurusan bilik darjah yang berkesan tidak semestinya sesuai untuk semua situasi.
Much more than documents.
Discover everything Scribd has to offer, including books and audiobooks from major publishers.
Cancel anytime.