You are on page 1of 13

PIM 3101

TAJUK 2

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

2.0

Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk ke 2. Tajuk-tajuk dalam unit ini membincangkan tentang perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka yang merangkumi perkembangan di zaman kerajaan Melayu Melaka, zaman penjajahan dan sistem pendidikan pondok dan insitutusi Pendidikan Islam selepas merdeka

2.1

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini pelajar dapat :


1. Menghuraikan Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia sebelum merdeka. 2. Menjelaskan perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia selepas merdeka hingga kini.

2.2

Kerangka Tajuk
ZAMAN SEBELUM MERDEKA Zaman Kerajaan Melayu Melaka Zaman Penjajahan Sistem Pendidikan Pondok

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

PENDIDIKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka

PIM 3101

2.3

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Pelajar-pelajar yang dikasihi! Cuba anda cari satu sudut yang selesa untuk anda berinteraksi dengan tajuk ini. Tajuk ini memberi penekanan kepada Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia yang merangkumi perkembangan Pendidikan Islam di Zaman Kerajaan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan dan Zaman Selepas Merdeka

ZAMAN SEBELUM MERDEKA

2.3.1

Zaman Kerajaan Melayu Melaka Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku di sekitar tahun 630 Masehi, iaitu di

Zaman hayat Rasulullah SAW atau dipertengahan abad ke 7 Masehi yang dibawa oleh saudagar-saudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum daripada itu. Dengan semangat dakwah Islamiah yang membara dan memikul tanggungjawab sebagai umat Islam, saudagar-saudagar tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini. Jika ditinjau sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke Tanah Melayu khususnya ahli sejarah berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat kedatangannya. Begitu juga dengan daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi atau menerima Agama Islam Dalam konteks Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak terdirinya Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka di mana tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari golongan pedagang, pengembara, pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh. Mereka datang dari Kedatangan mereka serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa dan Parsi. ke Tanah Melayu untuk singgah atau berdagang. Kehadiran

mereka ini telah membantu golongan istana dan penduduk tempatan dengan hal-hal 10

PIM 3101

yang berkaitan dengan Agama Islam khasnya dalam Hukum Fiqh dan Pengajaran al Quran Pendidikan Islam di negara ini sekolah-sekolah agama. Perkembangan Pendidikan Islam di Melaka bolehlah dilihat dari carta berikut bermula dari rumah imam atau guru kemudian

berkembang ke pondok-pondok selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi

Golongan Istana Golongan Pembesar Istana Rakyat (masyarakat)

Haron Din dan empat tahap, iaitu; i ii iii iv

Sobri Salamon (1988) menyatakan bahawa secara kasarnya

perkembangan Pendidikan Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu mengalami Institusi Rumah Imam / Guru Institusi Pondok Institusi Madrasah Sistem sekular

Sistem Pendidikan Islam di zaman ini telah mantap dari segi sifatnya, sukatan pelajarannya dan institusinya. Termasuklah para guru dan pelajar. Sekali pun Tulisan Jawi menjadi dasar dan bahasa pengantar. Kedatangan penjajah (Belanda , Portugis, Inggeris, Jepun) telah menganggu corak Pendidikan Islam. Penampilan pendidikan sekular Barat dan Jepun telah memaksa masyarakat Melayu khususnya Pendidikan Islam menerima pengaruh-pengaruh luar yang tidak selaras dengan akidah dan keimanan Islam

11

PIM 3101

2.3.2 Zaman Penjajahan

Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat secara halus melalui pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816 dengan penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang dirasakan oleh orang-orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab masih kuat pengaruhnya. Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah Melayu yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan yang boleh mengenal angka dan huruf. Pada masa yang sama juga wujud sekolah pondok yang bertujuan untuk melahirkan imam-imam dan ulama-ulama . Sepanjang zaman penjajah, sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu sentiasa mengalami konflik dengan pendidikan missionary. Berbagai isu kontroversi dan prejudis sentiasa memecahkan masyarakat Melayu dalam hal-hal yang berkaitan akidah dan budaya hidup yang tulin. Pertelagahan ini timbul dalam masalah menyediakan tenaga profesional, teknokrat dan ulama sehingga mewujudkan satu pertembungan dualisme pendidikan antara agama dan dunia. Sekolah-sekolah Inggeris samada oleh kerajaan atau mubaligh telah membuka pintu seluas-luasnya kepada anak-anak Melayu khususnya anak-anak orang berada di bandar-bandar. Proses pensekularisasi pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku dengan pesat dan radikal. Pengajian Agama Islam dan al-Quran di Sekolah Melayu telah diketepikan dari jadual rasmi sekolah dan diarah supaya diajar pada waktu petang. Maka wujudlah jurang pemisah antara golongan moden dengan golongan tradisional. Golongan sebaliknya. moden berpengaruh dan berkuasa sementara golongan tradisional

12

PIM 3101

Dalam situasi kemajuan sekolah sekular, sekolah-sekolah agama terbiar. Pihak penjajah dengan taktik hal-hal agama adalah hak Raja-raja Negeri telah melupakan samasekali kewujudan sekolah-sekolah agama atau Arab. Sekolah-sekolah ini bergantung kepada pembiayaan Majlis atau Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Akibatnya kemudahan belajar terhad, biasiswa tidak diberikan dan kurikulum berbeza. Peperiksaan dikendalikan secara persendirian. Pengiktirafan sijil juga berbeza.

2.3.3 Sistem Pendidikan Pondok

Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di rumah tok guru yang kebanyakkanya tamat pengajian agama di Mekah. Setelah terdapat banyak peningkatan pelajar maka tempat pengajiannya dipindahkan ke masjid atau pun surau. Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negaranegara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya menjadi sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah. Terdapat juga yang masih meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama Arab . Contohnya Pengajian Pondok di Masjid al-Muhammadi, di Kota Baharu telah berkembang menjadi Maahad al-Muhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya Madrasah Al-Hamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang dahulunya Sekolah Pondok. Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab, pondok dan madrasah boleh menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negeri.

13

PIM 3101

PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

RUMAH GURU / IMAM

PONDOK

MADRASAH

MASJID/ SURAU

SEKOLAH

Kurikulum Membaca al-Quran Asas fardu Ain, Jawi Doa-doa

Kurikulum Ilmu agama Tata bahas Arab Fiqh, Tafsir Mantiq, Balaghah hadith

Kurikulum B. Arab Matematik Geografi Kemahiran Hidup

Masa Subuh Zohor Maghrib Masa Tidak dihad Mengikut minat dan kemahuan murid

Kurikulum: Al-Quran Hadith Tauhid Tasauf Fiqh Marhaban Berzanji Fardu Ain

Kurikulum : Al-Quran, Fardu Ain Tauhid Fiqh B. Arab Tajwid Akhlak Imla

Masa Waktu yang tetap Masa Selepas magrib Dan subuh Masa Selepas Zohor selepas Asar

Umur 6-10th

Umur Tidak ditetapkan

Umur Tidak ditetapkan Umur Tidak ditentukan

Umur Tidak terhad biasanya 10 15th

Rajah

: Perkembangan Pendidikan Islam sebelum Merdeka

14

PIM 3101

2.3.4 PENDIDIKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA

Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali corak pendidikan Negara yang kemudian yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan, lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara. Pendidikan Islam telah berjalan di zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Dalam kedua-dua penyata tersebut, Pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan bersama di dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran (1961), telah memasukkan matapelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu. Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada bulan Ogos 1955. Dasar ini bertujuan menyatu padukan kaumkaum di Tanah Melayu di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta mengkaji semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang Pelajaran Tahun 1952 . Jawatankuasa Khas ini di pengerusikan oleh Datuk Abd.Razak Hussin yang terkenal dengan Laporan / Penyata Razak pada tahun 1957 . Dengan penguatkuasaan penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran kebangsaan terkenal sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan. Institusi ini juga tidak ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam. Dalam konteks ini Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah membuat cadangan seperti berikut ;

15

PIM 3101

Kami cadangkan di dalam barang mana sekolah jika muridnya tidak kurang daripada 15 orang yang berugama Islam, pelajaran agama yang diberikan kepada mereka itu hendaklah dengan belanja kerajaan. Pelajaran dalam agama lain kepada murid-murid lain bolehlah juga diberi asalkan belanjanya tiada terbeban kepada kerajaan dan lagi tiada boleh barang siapa murid dikehendakki menghadiri pelajaran agama dengan tiada kebenaran ibubapanya. Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara terperinci kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah : i Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang murid atau lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah diajar Agama Islam ii iii iv Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri daripada mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat persediaan yang sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama Islam dengan syarat Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau lebih boleh membuat persediaan-persediaan bersama bagi pengajaran tersebut kepada murid-murid yang beragama Islam dalam sekolahsekolah mereka Matapelajaran Pengetahuan Agama Islam dicadangkan supaya dimasukkan kedalam senarai matapelajaran untuk Sijil Rendah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu . Peruntukan khas tentang pelajaran agama Islam dalam Laporan tersebut merupakan suatu langkah baru yang praktikal bagi menyusuli peruntukan khas tentang agama Islam dalam Perlembagaan Persekuatuan Tanah Melayu. perkara 3 (1) perlembagaan tersebut ada menyebut : Dalam bahagian satu,

16

PIM 3101

Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dari segi kenyataan Ordinan Pelajaran 1957 memperkukuhkan kedudukan pelajaran Agama Islam di sekolah bantuan kerajaan tetapi dari segi perlaksanaannya, Seksyen 49 itu menghadapi kesulitan. Oleh itu perlaksanaannya tidak dapat berjalan dengan licin. Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah rendah dan menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan diberikan perhatian oleh kerajaan. Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta 1996 : Guru Agama yang telah mendapat kebenaran layak dan bertanggungjawab mengajar Agama Islam. Namun bilangan yang beragama Islam harus berjumlah 15 orang murid atau lebih. Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk mengajar matapelajaran tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya diajar pada waktu persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan dengan mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran. Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang menganut Agama Islam. Pengajaran dilakukan sekurang-kurangnya selama dua jam seminggu pada waktu pengajaran biasa atau waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan dalam hal atau keadaan tertentu [ seksyen 50(2) ].

17

PIM 3101

Seksyen 51 pula menyatakan bahawa pengelola bagi sesebuah institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran agama selain Agama Islam tertakluk kepada syarat aktiviti pengajaran tersebut tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen [seksyen 51(a)]. Selain itu, mengikut [seksyen 51(b)] tiada murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali dengan kebenaran bertulis ibubapanya. Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan dikatakan Falasah Pendidikan Negara Pendidikann Islam. telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur

kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran samasama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi umpamanya) telah diterapkan dengan Akidah dan Syariat Islamiah )

Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum Sebelum anda menyambung tajuk seterusnya

Ok pelajar-pelajar, sekarang masa anda untuk menyambung tajuk seterusnya

18

PIM 3101

2.3.5 Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama di negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihakpihak berkuasa yang berlainan. Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada tiga jenis iaitu : Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) Sekolah Agama Rakyat (SAR)

SMKA, terletak di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan. SAN terletak di bawah penguasaan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri manakala SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. 2.3.5.1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini hanya bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan satu. Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu melalui Pejabat Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan pusat. Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dibuat oleh kementerian. Di samping itu terdapat pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini. Manankala pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan sahaja dalam

19

PIM 3101

bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

2.3.5.2 Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)

SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti Lembaga Pendidikan Islam Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri . Oleh yang demikian terdapat perbezaan di antara sekolah-sekolah tersebut . Sejak tahun 1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan dengan mengadakan peperiksaan SRP (1963) dan SPM (1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasukki Fakulti Pengajian Islam di UKM 2.3.5.3 Sekolah Agama Rakyat (SAR) SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau Jawatankuasa sekolah masing-masing . Tidak ada sebuah badan berkuasa yang mewakili kerajaan menjalankan peranan sebagai penentu dan tersebut. mengawal perjalanan sekolah-sekolah Majlis SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama Islam

atau Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu SAR digalakkan supaya mendaftar dengan Majlis atau Jabatan Agma Islam Negeri . Pendaftaran ini bertujuan memudahkan pihak kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan nasihat. Walau bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan kurikulum pelajran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama dari dalam dan luar negeri

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

20

PIM 3101

TUGASAN

i ii iii.

Bandingbezakan Sistem Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka Bincang kesan kemerdekaan terhadap perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia. Bina grafik peta minda yang bersesuaian bagi merumuskan sejarah perkembangan Pendidikan Islam di zaman Rasulullah, Sahabat dan Tabi`in.

21