You are on page 1of 2

PENGENALAN Petak Ajaib ( Magic Square) Petak ajaib terdiri daripada segi empat sama yang berpetak-petak di mana

turutan nombor di dalamnya disusun sehingga hasil tambah nombor-nombor tersebut mengikut baris, lajur, dan pepenjurunya adalah sama ( Mok Soon Sang,1997) . Contoh : 4 x 4 sel

16 5 9 4

3 10 6 15

2 11 7 14

13 8 12 1

Hasil tambah nombor-nombor pada lajur, baris dan

Sejarah petak ajaib Ahli matematik Cina telah pun memperkenalkan petak ahjaib ini semenjak 650 tahun sebelum Masihi. Menurut lagenda, terdapatnya senaskah buku Cina yang dinamakan Lo Shu ( Buku Sungai Lo) Menceritakan kisah seorang Maharaja Cina telah terjumpa dengan seekor kura-kura yang mempunyai corak yang pelik pada cangkerangnya. Penemuan tersebut telah menyelamatkan kawasan sekitarnya daripada dimusnahkan oleh banjir pada ketika itu kerana rakyat Cina ketika itu telah menggunakan corak yang ditemui itu bagi mengatasi masalah banjir. Ahli matematik Islam pula telah diperkenalkan

mengenai petak ajaib ini dari India dan seterusnya, mereka telah berupaya menghasilkan petak ajaib yang lebih besar dan kompleks susunannya. Ahli astronomi daripada Arab pula telah menggunakan pola pada petak ajaib ini bagi melukis horoskop pada masa itu.