You are on page 1of 6

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Debot Bt A. Majid diiringi difdif kehormat dan guru-guru masuk k e Dewan.

Semua hadirin diminta berdiri. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis Hi-Tea sempena persaraan Pn. Debot Bt A Majib,Mantan guru besar SK Sagil Kampung . _________________________________________________________ BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.TSalam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia, Tuan HJ Jasni B Nawi, Penolong PPD Rendah, Pejabat Pelajaran Daerah Muar Yang Dikasihi dan Diraikan Pn Debot Bt A. Majid, Mantan, Guru Besar SK Sagil Kampong. Yang Berusaha, Barisan Guru Besar Daerah Ledang Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke : Majlis Hi-Tea sempena persaraan Pn Debot Bt A. Majid, Mantan guru besar SK Sagil Kampung

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Tn Hj Yahya B Rakam. Guru Besar SK Pengkalan Besar . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan -----------------------------------------------------------------------------------------------Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn Hj Yahya B Rakam atas bacaan doa itu tadi. Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada Pengerusi KBSR zon tangkak. Untuk itu, dipersilakan Saudara En Osman B Hamzah. Guru besar SK Paya Mas untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan ucapan terima kepada En. Osman B Hamzah atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Haji Jasni B Nawi, Penolong PPD Rendah Pejabat Pelajaran daerah Muar untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Jasni B Nawi, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. _________________________________________________________ Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang Diraikan Pn Debot Bt A. Majid sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar Sk Sagil Kampong.

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn. Debot Bt A. Majid. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan puan untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Debot Bt A. Majid atas ucapan itu tadi.

Sidang Hadhirin Sekalian, Tinggi sungguh pohon kuini, Dililit pepaku bersulam semalu, Melepaskan dirimu di saat ini, Basahlah kami meratap pilu. _____________________________________________________ Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Puan Debot Bt A. Majid bagi menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata peribadi dari individu. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Seterusnya majlis menjemput Pengerusi KBSR Zon Tangkak En. Osman B Hamzah Untuk Menyampaikan cenderahati kepada yang diraikan . majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada yang diraikan di atas kesudian menerima cenderahati itu tadi. hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Dengarkan rangkap pantun ini.

Ulamak menyusun manuskrip lama, Lalu dicetak di Tanjung Bidara, Diguna sebagai bahan mengaji, Pastikan kukuh tradisi lama, Ahli Sunnah teguh di Nusantara, Suasana aman kekal abadi.

Ahli Fiqih berkerut dahi Bila berbincang isu Nasrani Apa yang lebih, takdir Ilahi Apa yang kurang, kelemahan kami.

Hanya jauhari mengenal manikam Manikam disepuh di waktu pagi Kurang salah mohon bersalam Harap diampun Rabbul Izzati.

seterusnya hadirin dipersilakan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Sekian wabiillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan