You are on page 1of 19

PENDAHULUAN

Wawasan 2020 adalah suatu usaha untuk meletakan Malaysia supaya, `duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi`, dengan negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Justeru, kita perlu memiliki insan yang berjiwa besar dan bersemangat patriotik. Usaha memupuk semangat patriotik dapat dilakukan melalui sukan dan permainan. Sukan dan permainan dapat membina modal insan yang patriotik kerana berbangga sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin negara. Kita didik supaya menghormati lambang-lambang negara seperti bendera. Apabila seseorang itu berjaya menjuarai kejohanan yang disertai dengan bangganya mereka akan mengibar bendera. Mereka tidak rela kalah atau `berputih mata` sebagaimana Nicol David apabila setiap kali berjaya secara tidak langsung semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan ahli sukan yang merupakan antara modal insan semangat patriotik dan bersemangat setia negara. Sukan dan permainan dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan negara. Selain itu, mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri menjadi adat dalam permainan ada yang kalah ada yang menang bak kata pepatah,` alang-alang menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan`. Mereka menjadi berani untuk bertarung walaupun lawannya lebih handal. Justeru, mereka berani

mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Jelaslah peranan sukan dalam membentuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta bersemangat kekitaan. Acara sukan dan permainan seperti bola sepak, hoki dan ragbi adalah acara pasukan.

Kalah menang bergantung kepada kuatnya semangat kekitaan yang ada dalam diri para pemain. Mereka perlu bekerjasama dan tolong-menolong per persefahaman dan muafakat sebaliknya jika bersikap seperti,` enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing` sudah pasti sukar untuk menang. Sukan dan permainan amat penting dalam memupuk modal insan patriotik. Selain itu, sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan patriotik yang berdisiplin. Ahli sukan yang berjaya dan disegani. Mereka perlu memiliki disiplin yang tinggi, mereka perlu berakhlak dan berbudi pekerti mulia perlu mematuhi peraturan dan undang-undang pemainan amat penting untuk berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Contohnya Lee Chong Wei, pemain badminton negara Malaysia, yang begitu berjaya dalam sukan Badminton kerana memiliki disiplin yang tinggi. Sehubungan itu, yang berjiwa patriotik dan berpegang kepada,` biar putih tulang jangan putih mata`. Jatuh bangunnya sesebuah negara amat berkait rapat dengan modal insannya. Menjadi tanggungjawab pemimpin hari ini. Menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda pewaris negara. Mereka perlu berusaha dan produktif mudah tabah menghadapi cabaran.Jika tiada wawasan 2020 akan tinggal menjadi ungkapan retorik dan sebuah fatamorgana di mayapada ini.

Permainan Bersih. Juga dikenali sebagai `Sportsmanship atau `Gamesmanship. Menurut Microsoft Encarta Dictionaries, `Fair bermaksud `reasonable dan `done properly. Play pula bermaksud `take part in the game or sport. Jika digabungkan, `fair play bermaksud permainan bersih yang adil mengikut peraturan-peraturan tanpa melibatkan taktik kotor. Shields and Bredemeir (1995) telah mentakrifkan sebagai suatu keadaan di mana satu pertandingan itu merupakan sebuah permainan yang seimbang, adil dan tidak mengandungi unsur-unsur keganasan yang merupakan faktor kemenangan dalam sukan yang diceburi. Contohnya, dalam permainan hoki jurulatih mengarahkan pemainnya bermain dengan baik dan adil agar tiada kekasaran berlaku. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah jurulatih memberi tekanan kepada pemainnya supaya menyekat pemain lawan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan ini akan menyebabkan keagresifan serta boleh menimbulkan pergaduhan. berlakunya

SEMANGAT KESUKANAN Pematuhan kepada peraturan, semangat, dan etika sukan. Boleh dianggap sebagai etos sukan. Ia adalah menarik

motivasi untuk memahami elemen sukan yang sukar difahami dengan lebih baik. Meluahkan satu aspirasi bahawa aktiviti sukan yang akan diminati, dengan

pertimbangan wajar bagi keadilan, etika, menghormati, dan semangat persaudaraan antara satu sama lain. Gambar 1: Ilustrasi permainan yang tidak bersemangat kesukanan.

Semangat Kesukanan mengandungi 5 perkara penting. Pertama sekali ialah komitmen yang tinggi terhadap bidang yang diceburi. Kedua, perasaan hormat dan ingin tahu tentang peraturan dan pegawai yang bertugas. Ketiga,rasa hormat pada sebarang situasi dan mewujudkan hubungan yang baik. Seterusnya yang keempat ialah menghormati pihak lawan. Semangat

kesukananyang terakhir ialah mengelakkan dari perkara yang tidak elok seperti iri hati, bergaduh dan marah.

Gambar 2: Semangat kesukanan yang tinggi tidak membezakan warna kulit.

Kesimpulannya, jika kelima-lima dirangkumkan bersama ia membawa maksud suatu perasaan prihatin atau memberi komitmen dan menghormati peraturan, pegawai, pihak lawan, suasana situasi dan penonton di samping dapat menghindari niat buruk dalam sukan.

PRINSIP FAIR PLAY Undang-Undang dan peraturan-peraturan haruslah dihormati. Semua pemain haruslah berusaha untuk menghormati pihak lawan, pengadil dan semua yang terlibat dalam Kejohanan seperti penonton-penonton, dan pegawai-pegawai. Sesiapa yang terlibat di dalam kejohanan harus menggalakkan tingkah laku seperti di atas, sebelum, semasa dan selepas kejohanan, tanpa mengambil kira keputusan kejohanan itu. Unsur fair play adalah penting untuk kemajuan promosi dan pembangunan sukan. Tujuan fair play adalah untuk meningkatkan keseronokan semua yang terlibat dalam Kejohanan. Jikalau berlaku pergaduhan (secara fizikal atau mental) atau perselisihan faham di antara peserta-peserta semasa Kejohanan ini, Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang terlibat dengan pergaduhan ini. Sebarang rayuan tidak akan diterima. Peserta yang berkelakuan tidak adil atau tidak sopan akan disingkirkan. Semua keputusan penyingkiran Kejohanan ini akan dibuat oleh Pihak Penganjur. Semua keputusan adalah muktamad. Rayuan tidak akan di layan.

Gambar 3: Bendera Fair Play menjadi simbol permainan bersih dalam sukan.
5

KESAN PERMAINAN BERSIH Kesan permainan bersih yang paling penting dan ketara ialah kepada mutu pengadilan dan pegawai perlawanan. Permainan yang bersih dalam satu-satu kejohanan memastikan

kelancaran perlawanan dan pertandingan. Di samping itu juga, perlawanan dapat mengurangkan

jumlah pemain yang dikenakan tindakan disiplin . Akhir sekali ianya mewujudkan keharmonian dan keselesaan pemain dan penonton

Gambar 4: Permainan bersih menjamin kelancaran permainan.

Kesan permainan bersih yang kedua ialah terhadap pemain sendiri. Para pemain dapat mengelak

daripada berlaku kecederaan. Selain itu sukan dapat merapatkan hubungan pemain dengan pasukan

yang lain jika permainan yang bersih dijalankan. Fair Play juga mengajar nilai-nilai penting dan seperti terakhir

semangat

kesukanan(sportmanship)

sekali mampu meningkatkan imej pasukan.

Aspek kesan permainan bersih yang ketiga adalah kepada penonton yang mana merupakan nadi utama dalam memeriahkan sesuatu bidang sukan. Penonton dapat menikmati dan menjadikan aktiviti sukan satu aktiviti santai yang menyeronokkan. Sukan turut dapat meningkatkan minat penonton terhadap acara sukan. Apa yang lebih utama sesuatu sukan akan meningkatkan

jumlah penonton jika dilaksana secara adil.

KELEBIHAN FAIR PLAY Kelebihan Fair Play pula secara keseluruhan akan menghasilkan permainan yang adil dan bermutu. Pemain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. Fair Play pastinya melancarkan sesuatu pertandingan itu. Menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi antara pemain sangat penting bagi menjayakan prinsip ini. Pemain akan memupuk semangat berpasukan yang lebih progresif. Akhirnya, pemain dapat menghormati peraturan dan pihak lawan mereka.

Gambar 5: Permainan bersih banyak memberikan kesan yang positif. UNFAIR PLAY Manakala unfairplay pula merujuk kepada permainan yang tidak adil dan ada unsur penipuan dan kekasaran didalam sesuatu permainan. Mengapa ia boleh terjadi? Sebab utama sekali kegagalan pelaksanaan fair play ialah pengadilan yang berat sebelah. Musuh tradisi juga turut memainkan peranan untuk menyajikan aksi yang panas, contohnya jepun-china dan malaysia-indonesia-thailand. Faktor cuaca juga turut diambil kira. Cuaca -panas menyebabkan pemain panas baran. Mutu padang yang tidak memuaskan boleh menimbulkan aksi yang kasar. Faktor yang lain lagi adalah seperti disiplin pemain yang kurang. Pokoknya kekurangan suntikan semangat dan galakan akan menimbulkan satu permainan unfair play.
8

LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH UNFAIR PLAY. Langkah bagi mengatasi masalah unfair play ini ialah dengan meningkatkan mutu pengadilan seperti mengenakan tidakan terhadap pengadil itu sendiri. Di samping itu, pihak berwajib perlu mengenakan denda kepada pemain mengikut kesalahan (kad merah/kuning). Rasa hormat antara pemain dan pemain lawan juga penting. Pemain perlu bersikap lebih profesional. Penyelesaian lain ialah mengenakan insentif dan hadiah kepada para pemain. Pihak penganjur perlu memberikan insentif kepada pasukan fairplay.

Kriteria pemilihan pasukan fairplay Sesebuah pasukan dinilai berdasarkan;Kad kuning dan kad merah: Jika tiada sebarang kad diberikan, pasukan mendapat 10 mata. 1 mata akan ditolak dari setiap kad kuning dan 3 mata jika mendapat kad merah. Mata maksimum bagi sesebuah pasukan yang 10. dan mata minimum adalah 1. menunjukkan permainan bersih dan Positif adalah

Gambar 6: Contoh plat anugerah permainan bersih

ISU-ISU BERKAITAN FAIRPLAY Kesan Jika Nilai dan Etika dalam Sukan Diabaikan Contoh keganasan dalam sukan. 1.) KEGANASAN DALAM SUKAN

Di Amerika Selatan, keganasan pemain bola sepak menyebabkan pembinaan pagar elektrik di sekliling padang bola untuk mengelakkan penonton daripada menyerbu pemain. Di Gautemala, penyokong sukan yang kalah menyerang penyokong pasukan yang menang dengan parang menyebabkan lima kematian. Pada tahun 1975, di Amerika, seorang pemain hoki dihukum kerana memukul pemain lain dengan kayu hoki. Seorang pemain bola keranjang,Kermit Washington telah menumbuk Rudy Tomjanivich di muka. Di Malaysia, agresifan berleluasa di kalangan ahli bola sepak. Contohnya Kejohanan Piala Malaysia. Pemain sebuah pasukan bertindak menyerang dan memaki Hamun, seorang pengadil kerana dikatakan berat sebelah.

Gambar 7: Contoh keadaan huru hara akibat keganasan dalam sukan

10

Kesan Keganasan dalam Sukan Antara kesan keganasan dalam sukan ialah menonton kegiatan ganas dalam sukan sebenarnya menambahkan sikap agresif penonton. ( Isoahola dan Halfield,1986). Kecederaan berlaku dalam kalangan penonton dan juga para pemain. Ini juga menyebabkan sesuatu pertandingan terpaksa diberhentikan ataupun dibatalkan. Selain itu turut menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan pemain dan juga penonton. Di samping itu keganasan sukan menyebabkan seseorang atlet mengalami kecederaan dan mungkin tidak dapat meneruskan permainan pada masa kelak. Seseorang atlet mungkin tidak mahu lagi terlibat dalam sukan tersebut. Apa yang lebih buruk, nama baik pasukan ataupun negara akan tercemar akibat berlakunya keganasan dalam sukan. Kos-kos yang tinggi akan dikenakan untuk membina kemudahan-kemudahan yang mengelakkan berlakunya keganasan contohnya pagar.

Gambar 8: Contoh keadaan huru hara akibat keganasan dalam sukan

11

2.) Gangguan dalam Sukan Antara gangguan dalam sukan ialah dalam bentuk Penyalahgunaan Dadah, minuman Alkohol, merokok dan Pendopan Bahan.

1.)

Penyalahgunaan Dadah:

Tujuan penyalahgunaan dadah adalah keinginan atlet bagi meningkatkan prestasi mereka serta merta dalam kejohanan yang disertai. Hal ini meyebabkan mereka memilih jalan penyelesaian yang singkat ini tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi kelak. Antara kesan-kesannya ialah akan meyebabkan gencatan

kematangan otak dan otot. Jadi, lebih parah lagi mungkin menjejaskan koordinasi anggota badan yang akhirnya menjadi kurang cekap. Masalah kedua yng bakal merundung atlet ialah ketagihan dengan dadah dan tidak dapat memberi tumpuan semasa latihan. Kesan yang terakhir menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.

Gambar 9: Antara cara untuk mengambil dadah terlarang

12

2.) Pengaruh Alkohol Pengambilan alkohol yang lebih menyebabkan gangguan kepada

kerongkong, permukaan dalam usus besar dan perut dan menambahkan aktiviti buah pinggang. Selain itu perkara yang lebih teruk menimpa ialah kerosakan atau ganguan otak. Kesan kronik yang lain ialah hati bengkak dan mengganggu fungsinya (hepatic failure). Semasa metabolisma, alkohol menghasilkan kimia cetaldehydeyang boleh mencederakan hati, jantung dan organ -organ lain. Pengambilan alkohol juga menyebabkan penyakit jantung dan penyakit sistem pengaliran.

Gambar 10: Arak yang menjejaskan prestasi atlet dan kesihatan

13

Gambar 11: Rokok perlu diketepikan oleh atlet 3.) Merokok Dalam Kajian Kementerian Belia dan Sukan (1997) menyatakan sebanyak 71 peratus remaja melibatkan diri dalam merokok. Antara kesan merokok ialah menyebabkan risiko 3 kali lebih mudah diserang penyakit jantung. Percaya atau tidak, perbuatan yang dianggap remeh oleh segelintir masyarakat ini juga boleh mendatangkan 10 kali lebih mudah mengidap penyakit barah terutamanya barah paru-paru.

14

4.) PENDOPAN BAHAN Berlainan pula dengan pendopan bahan, penggunaan bahan atau teknik oleh atlet yang boleh meningkatkan prestasi untuk memenangi kejohanan melalui jalan pintas. Antara contoh bahan haram ini ialah seperti berikut: Perangsang, Analgesik nakotik, Steroid anabolic, dan Beta penghalang. Kesannya pula ialah: Pendopan bahan haram ini amat menjejaskan kesihatan atlet, dan hal ini tidak adil terhadap peserta lain dalam pertandingan.

Gambar 12: Pendopan Bahan harus dijauhi atlet

15

5.) GANGGUAN SEKSUAL JURULATIH TERHADAP ATLET WANITA Masalah gangguan seksual bukan sahaja berlaku di luar, bahkan dalam sukan Malaysia. Atlit wanita tidak terlepas dari permasalahan ini. Jurulatih tidak beramanah dan tidak melaksanakan tugas dalam memikul tanggungjawab membawa atlit Negara ke puncak kejayaan. Kesedaran mengenai kepentingan menjaga

keperibadian dan profesionalisme jurulatih amat perlu dititikberatkan. Kejayaan atlet bergantung kepada mutu kejurulatihan.

Gambar 13: Jurulatih perlu menghormati atlet wanita.

16

6.) Perjudian Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan :Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6 (2007). Biasanya perjudian berlaku di luar gelanggang Ketika sesuatu pertandingan sukan diadakan di gelanggang sukan. Masing-masing akan bertaruh wang ringgit untuk menentukan pihak yang bakal menjadi pemenang. Terdapat pihak yang merasuah dan mengatur perlawanan yang dilangsungkan. Para pemain menjadi boneka sindiket perjudian. Para pemain menjadi boneka sindiket perjudian. Terdapat `bookie yang sanggup membayar beribu -ribu ringgit jika pemain sanggup mengikut telunjuk mereka. Hakikatnya, pemain sedemikian menjadi tamak dan sanggup membiarkan diri mereka diperalat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Hal ini akan menjadi gangguan apabila terdapat berita tentang pemain-pemain yang didakwa di mahkamah kerana menerima rasuah. Ia juga menimbul gangguan dalam pasukan permainan jika ada pemain yang digantung permainan atau dibuang dari pasukan. Keadaan seperti ini telah mencemarkan nama baik dan tujuan asal sukan tersebut diadakan Contoh rasuah sukan yang pernah menyerang sukan bola sepak pada tahun 1995 dahulu menggemparkan rakyat Malaysia dan Singapura. Hampir 100 orang pemain bola sepak telah ditahan dan 80 orang daripada mereka dikenakan tahanan permainan dan 16 orang lagi dibuang daerah.

Gambar 14: Judi dalam sukan menjejaskan mutu sukan


17

PENAMBAHBAIKAN DALAM FAIR PLAY Dalam permainan bola sepak biasanya, pengadil sepatutnya lebih tegas kerana ada sesetengah pemain yang sengaja melambat-lambatkan masa. Pengadil haruslah peka dengan pemain kerana ada pemain yang suka berlakon. Amaran keras boleh diberikan sekiranya pemain itu sengaja melengah-lengahkan

perlawanan. Semangat kesukanan hendaklah diterapkan untuk menjadikan perlawanan yang bermutu. Pengadil haruslah bijak dalam membuat keputusan dan tidak dipengaruhi oleh pemain. KESIMPULAN Permainan bersih amat penting dalam sesuatu perlawanan. Ini dapat menjamin kepada penghasilan mutu perlawanan yang tinggi. Semangat kesukanan

seharusnya dipupuk oleh setiap pemain. Permainan bersih haruslah diamalkan dalam setiap perlawanan. Pemain hendaklah memahami peraturan dan etika dalam perlawanan.

18

BIBLIOGRAFI INTERNET Pandangan mengenai implikasi positif jika kelas mesra budaya berjaya terhadap murid, diakses pada 10 Mac 2013 di http://www.scribd.com/doc/46858711/Fair-Play Nota permainan bersih, diakses pada 10 Mac 2013 di http://www.scribd.com/doc/61714589/Pendidikan-Jasmani-Dan-KesihatanTingkatan-2-Kesan-Permainan-Bersih Nota permainan bersih, diakses pada 10 Mac 2013 di http://books.google.com.my/books?id=gRMjXZGt0IkC&pg=PA2&lpg=PA2&dq =permainan+bersih+(fair+play)&source=bl&ots=VGP8_6S5de&sig=6L5rG8E9 RFJ_SsiSKUa2JjuoHI&hl=en&sa=X&ei=nHdCT8mbOMuGrAepuIzaBw&ved=0CF UQ6AEwBjgU#v=onepage&q&f=true

BUKU Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6 (2007) : Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Kementerian Belia dan Sukan (1997) : Dewan Bahasa dan Kementerian pelajaran Malaysia. Pendidikan. Kuala Lumpur. Dan Hatfield, the Owner & Editor at Orlando Informer Sportsmanship. Oxford University - Said Business School, University of Bristol

19

You might also like