You are on page 1of 21

LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN

KBK 3073: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TUGASAN 2

Perkins (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan; a. Kepelbagai Kecerdasan mengikut Horward Gardner b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas. d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanakkanak pintar cerdas.

KUMPULAN B03(A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA SHARIAH BINTI AWALDEEN NO. ID D2011053891 NO. TELEFON 0192261486

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI

TARIKH SERAH: 24 April 2013

0

ISI KANDUNGAN Halaman Pendahuluan Kepelbagai Kecerdasan mengikut Horward Gardner Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanakkanak pintar cerdas. Penutup 18 - 19 2 2-7 7 - 11

a. b.

c.

11 - 14

d.

14 - 18

1

Pendahuluan Masyarakat mempunyai persepsi yang berbeza tentang kecerdasan. Tetapi hampir kesemuanya menganggap kecerdasan menjurus kepada kepintaran dan kebijaksanaan kanakkanak sahaja. Dalam erti kata sebenar kecerdasan berkait rapat dengan cara pemprosesan maklumat secara terperinci bagi menyelesaikan sesuatu masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seseorang kanak-kanak. Kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang . Ini adalah kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oelh sesorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan berguna untuk orang lain. Clark (1992) mendefinisikan kecerdasan sebagai aktiviti perkembangan dan hubungan antara corak genetik seseorang individu dan peluang yang terdapat dalam persekitarannya. Mengikut Kamus Dewan , 2002 kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kesempurnaan akal ( iaitu akal untuk berfikir, mengerti dan lain-lain) seperti kepandaian, kecerdikan dan keintelektualan. Perkins (2003) mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang , memantau dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Definisi kecerdasan ini terus berubah dan berkembang dari masa ke semasa berdasarkan penemuan saintifik dan pengumpulan maklumat yang baharu. Begitu juga dengan teori-teori kecerdasan . Terdapat pelbagai pandangan dan teori yang diberikan oleh tokoh-tokoh psikologi untuk menerangkan kecerdasan manusia.

a.

Kepelbagaian Kecerdasan Mengikut Horward Gardner Konsep kepelbagaian kecerdasan adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa

kemampuan intelektualan yang diukur ujian IQ adalah sangat terbatas. Hal ini kerana ujian IQ memberi penekanan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sedangkan setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dan unik bagi penyelesaian masalah yang dihadapi. Bersesuaian dengan definisikan kepelbagaian kecerdasan oleh Howard Gardner (1983) iaitu kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah , menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan
2

menghasilkan output yang efektif . “ An intelligence is the ability to solve problems, or to crate products that are valued within one or more cultural setting” Gardner (1983) Menurut Gardner lagi, kecerdasan bukanlah sesuatu yang diwarisi semata-mata malah ianya juga dipengaruhi oleh budaya, penyesuaian individu kepada persekitaran , peluang pendidikan , makanan, suasana pembelajaran dan pelbagai faktor.Menurut beliau lagi setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh

dipertingkatkan melalui pendidikan atau latihan yang bersesuaian. Howard Gardner tidak mempercayai kepada ujian kecerdasan yang piawai (standard). Beliau menyatakan kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ yang piawainya terhad dan menekankan kepada kecerdasan logical matematik dan bahasa sahaja. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ. Oleh itu Gardner telah memperkenalkan sembilan jenis kecerdasan sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia dan cara yang terbaik dengan melihat cara individu menyelesaikan masalah dan menganalisis proses yang digunakan. Howard Gardner merupakan seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal dan mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga terhadap kelompok penduduk yang mempunyai kriteria istimewa ( special population). Sebagai seorang ahli piskologi beliau lebih dikenali melalui sumbangannya dalam bidan perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kepelbagaian Kecerdasan ( Multiple Intelligence ) Howard Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah yang boleh diajarkan di sekolah. Beliau beranggapan , penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting dan bukannya dengan memberi ujian-ujian yang telah distandardkan. Pada tahun 1997, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut beliau lagi, setiap insan mempunyai bukan sahaja satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Tahun 1999 Gardner menambahkan “Existential Intelligence” yang berkaitan dengan kaedaan kerohanian manusia. Howard Gardner telah memperkenalkan sembilan jenis kecerdasan sebagai satu cara untuk mengukur potensi

3

kecerdasan manusia. Menurutnya lagi cara terbaik adalah dengan melihat cara individu menyelesaikan masalah dan menganalisis proses yang digunakan. Sembilan Teori Kepelbagai Kecerdasan 1. Kecerdasan logik matematik Kecerdasan ini biasanya dimiliki oleh ahli matematik, ahli kewangan , ekonomi, statistik, ilmuan , arkitek dan juga doktor. Ianya mempunyai kaitan dengan mengenal nombor, menaakul, mengenalpasti pola abstrak serta perkaitan sebab dan akibat. Kemahiran yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu yang memiliki kecerdasan ini menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Penaakulan secara deduktif ini membuatkan individu yang mempunyai kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang sukar dan kompleks serta berkaitan dengan matematik dapat diselesaikan dengan mudah. Individu ini juga dapat menganalisis , mensintesis , mengira , pengujian hipotesis dan menggunakan komputer dengan cekap. Individu ini juga memperlihatkan minat yang tinggi terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi dan suka menuntut penjelasan logic terhadap pertanyaa. 2. Kecerdasan verbal linguistik Kecerdasan ini berkaitan penggunaan bahasa dan kata-kata untuk

penyampaian sesuatu secara berkesan sama ada secara lisan atau penulisan. Individu yang mempunyai kcerdasan verbal linguistik ini mampu memahami bahasa kompleks serta lebih peka terhadap sesuatu perkataan. Mereka juga mahir untuk penggunaan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi (bunyi bahasa), semantic (makna bahasa), pragmatic (penggunaan bahasa) serta pengucapan dengan baik dan sempurna. Individu ini juga berkelebihan berkomunikasi dengan baik serta berkemahiran bahasa yang tinggi . Mereka juga mudah menguasai bahasa asing kerana ingatan yang tinggi dan mudah menerima proses pembelajaran secara mendengar dan verbalisasi. Penggunaan bahasa mereka juga mampu untuk mempengaruhi orang, berkebolehan mencuit pelbagai perasaan dan emosi dengan penggunaan bahasa mereka. Mereka juga pandai berbicara, gemar bercerita , berdebat, berkarya penulisan kreatif serta berkebolehan menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya. Kerjaya yang sesuai bagi individu berkecerdasan verbal

4

linguistik ialah sasterawan, penulis, penyajak, pencermah, penyampai berita , pengacara dan ahli politik.

3. Kecerdasan kinestetik badan Kecerdasan ini menggambarkan seseorang yang menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kecerdasan ini berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi tubuh badan , keseimbangan , ketangkasan dan kelenturan badan. Mereka ini lebih banyak menggunakan anggota badan mereka serta cekap untuk meluahkan perasaan dan idea-idea serta cekap untuk

menginterpretasi pergerakan anggota badan mereka. Malah mereka juga berkebolehan untuk memanipulasikan objek-objek fizikal serta mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Ini menyebabkan mereka cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan fizikal seperti menari, gimrama , aktiviti jasmani, latihan fizikal, bersukan dan seni pertahanan diri. Kerjaya yang sesuai bagi kecerdasan ini ialah olahragawan, ahli gimnastik, penari, polis atau tentera serta pakar bedah dan doktor. 4. Kecerdasan Muzik Individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini menggemari ,

mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, menggubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Keadaan ini memberi kelebihan kepada seseorang untuk mengintepretasikan, melahir dan membentuk serta memapulasi bunyi-bunyian atau suara secara kreatif. Mereka ini sangat sensitif kepada bunyi dan suara yang wujud di sekeliling mereka, sama ada yang berasal daripada suara muzik maupun yang timbul di dunia ini. Menurut Gardner terdapat hubungan yang parallel antara kecerdasan muzikal dan bahasa. Mereka ini mampu mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai alatan dan permainan muzik. Antara aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini termasuklah persembahan muzik, bunyi vocal, instrumental, nyanyian dan drama lagu. Kerjaya yang sesuai bagi kecerdasan ini ialah penyanyi , penggubah lagu, penulis lirik dan pemain alat muzik.

5

5. Kecerdasan ruang visual Kecerdasan ini menggambarkan seseorang individu memahami secara mendalam hubungan antara objek dengan ruang dan dapat mencipta imaginasi yang tinggi sehingga dapat mencipta sesuatu yang kreatif serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Kerjaya yang bersesuaian ialah pelukis, pengukir, arkitek dan juruterbang. Mereka ini mampu untuk mencipta gambaran mental dan berupaya mengamati dunia visual dengan baik serta bijak menghubungkaitkan objek-objek dalam ruang. Ini membolehkan mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif. Mereka juga mampu menggunakan warna secara sempurna , membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka ini berminat untuk melakukan aktiviti seperti melukis, mengecat, mengenali skema warna, garis, bentuk dan ruang, mencipta gambaran mental , menghasilkan peta, lukisan dan gemar menguruskan peta minda. 6. Kecerdasan Interpersonal Individu yang mempunyai kecerdasan interpersonal ini berkemampuan memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. Mereka ini lebih sensitif terhadap perasaan, emosi , pemikiran , tingkah laku dan harapan orang lain. Keadaan ini membolehkan mereka berinteraksi dan berhubung dengan baik, dapat memberikan respon terhadap sesuatu dengan baiknya , dapat memberikan motivasi serta mudah bekerjasama dengan orang sekeliling. Ini adalah kerana mereka bijak menggunakan pelbagai cara semasa menjalinkan hubungan sosial, pandai bergaul dan disenangi untuk lain. Kerjaya yang bersesuaian untuk kecerdasan ini ialah ahli politik, pemimpin agama, jurujual, pengacara, pakar jiwa, guru dan usahawan. 7. Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan ini berkaitan kebolehan untuk menilai diri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri ( berpengetahuan kendiri) , mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak , motivasi, kemarahan , dorongan serta kemampuan untuk mendisplinkan diri dan jati diri. Mereka yang berkecerdasan intrapersonal ini selalunya boleh mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Keupayaan ini akan memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada mereka dan pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan , prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Individu yang berkecerdasan intrapersonal ini sesuai berkerjaya
6

sebagai pengarah, ahli falsafah, ahli motivasi, pakar kaunseling, novelis dan ahli psikologi. 8. Kecerdasan Naturalis Individu yang mempunyai kecerdasan naturalis ini biasanya merupakan seorang pencinta alam dan sangat peka terhadap alam sekitar serta dapat mengenali dan mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Kesesuaian kerjaya bagi individu ini ialah ahli biologi, zoologi, renjer hutan, pendaki gunung, ahli botani dan geologi. Mereka ini berkebolehan untuk mengenalpasti , mengkategori pola, corak atau bentuk yang terdapat di alam sekitar serta menggunakan ciri-ciri alam persekitaran. Tuntasnya mereka ini tergolong sebagai pencinta alam, iaitu mereka juga sangat sensitif dengan isu-isu persekitaran global , isu kemanusiaan dan kehidupan sejagat. 9. Kecerdasan Eksistensialis Kecerdasan ini dipekenalkan Gardner pada tahun 1999. Ianya merupakan aliran falsafah yang berfahaman berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia., erti kehidupan, kematian dan juga realiti. Mereka ini menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat , sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. b. Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu Kanak-kanak Pintar Cerdas Kegagalan membantu kanak-kanak pintar cerdas untuk memperkembangkan potensi mereka merupakan satu kerugian kepada masyarakat, bangsa dan negara . Atas dasar inilah penekanan , perhatian perlu dititik beratkan agar potensi kanak-kanak pintar cerdas terus berkembang . Bagi menjamin situasi ini berjalan lancar tanpa masalah semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Dalam hal ini ibu bapa juga berperanan membantu kanak-kanak pintar cerdas ini. Peranan utama ibu bapa ialah mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas. Ini adalah kerana proses mengenal pasti kanak-kanak ini bermula dari rumah sebelum kanak-kanak ini menempuh alam persekolahan. Memang sepatutnya ibu bapa menjadi orang pertama yang berupaya mengecam cara anak mereka memproses maklumat. Kanak-kanak pintar cerdas ini selalunya bertutur dengan perbendaharaan kata yang baik, seorang yang sensitif emosinya dan fizikal serta mampu membaca sebelum mencecah usia pra sekolah.

7

Selain itu ibu bapa juga boleh mengenal pasti status kanak-kanak pintar cerdas ini dengan melakukan kajian mengenai sifat dan keturunan mereka sendiri. Ibu bapa juga boleh memainkan peranan dengan membuat perbandingan berperanan merujuk kepada tanda-tanda kebolehan yang lebih baik dan maju berbanding kanak-kanak seusia anak mereka seperti mampu membaca dengan baik pada umur yang lebih awal, ingatan yang kuat atau

berkemampuan berfikir atau melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang dewasa. Menurut Dr. Linda Silverman dari Gifted Development Centre, ibu bapa adalah golongan yang terbaik yang dapat mengenal pasti kepintaran anak mereka.Kajian mendapati 84% daripada kanak-kanak yang dikatakan pintar oleh ibu bapa mereka menepati skor 120 IQ. Lebih 95% pula menunjukkan bahawa kepintaran lebih dalam satu bidang. Selain dari berperanan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas, ibu bapa juga merupakan golongan yang tepat berperanan menilai kepintaran seseorang kanak-kanak. Menurut kajian yang telah dijalankan , terdapat 83% daripada kanak-kanak yang dikatakan pintar oleh ibu bapa memenuhi ¾ daripad ciri-ciri yang dikehendaki berdasarkan skor karate yang menunjukkan bacaan sekurang-kurangnya 120 IQ. Setelah mengenal pasti dan menilai kanak-kanak pintar cerdas ini, ibu bapa hendaklah memastikan penempatan kanak-kanak pintar cerdas ini bersesuaian dengan tahap mereka. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu diberi perhatian kerana akan menimbulkan masalah dalam penyesuaian diri kanak-kanak tersebut menyebabkan mereka cepat berasa bosan. Keadaan ini boleh terjadi apabila kanak-kanak yang telah dikenal pasti pintar cerdas ditempatkan di kelas yang sama dengan murid-murid tahap sederhana. Oleh yang demikian akan terjadi keadaaan di mana kanak-kanak pintar cerdas ini akan mengadaptasikan diri mereka di paras pemikiran yang sama dengan murid lain, sedangkan kanak-kanak pintar ini bersedia untuk menerima ilmu dengan lebih lagi. Keadaan ini akan menyebabkan kanakkanak pintar ini tidak akan dapat mengembangkan potensi serta bakat mereka malah akan mengikut standard murid-murid yang lain. Menentukan penempatan yang tepat amat diperlukan kerana kanak-kanak pintar cerdas yang dimasukkan ke dalam kumpulan yang sama akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada penilaian-penilaian yang dijalankan .

8

Selain memastikan penempatan yang bersesuaian dengan kanak-kanak pintar cerdas ini , ibu bapa juga berperanan memastikan kanak-kanak pintar cerdas ini menerima pendekatan yang berseuaian bagi memenuhi keperluan kanak-kanak pintar cerdas ini. Kesilapan memberikan pendekatan pengajaran boleh berlaku apabila kanak-kanak ini menerima maklumat-maklumat yang tidak berkaitan serta tidak memberangsangkan , selain tugasan yang diberikan menyebabkan mereka berasa bosan untuk ke sekolah. Keadaan ini sebenarnya merupakan tidak sepatutnya berlaku kerana golongan kanak-kanak pintar ini memerlukan sesuatu konsep yang mencabar dan mereka ini mampu memahami apa yang diajar oleh guru mereka dengan lebih cepat. Mengutamakan kesempurnaan dalam hidup merupakan sikap kanak-kanak pintar cerdas. Mengutamakan kesempurnaan ini akan mendatangkan kesan pada kanak-kanak pintar cerdas ini lebih-lebih lagi apabila sikap mementingkan kesempurnaan ini dilihat sebagai lambang kejayaan. Secara tidak langsung menjadi pendorong serta motivasi bagi kanakkanak ini dalam mengejar matlamat hidup mereka. Namun demikian sikap mementingkan kesempurnaan ini akan memberi kesan negatif seperti menyalahkan diri sendiri , selalu menangggung kerja dan takut dengan kegagalan. Ini akan menyebabkan kanak-kanak pintar cerdas ini berisiko tinggi mengalami kegelisahan, kemurungan dan sukar untuk menjalinkan hubungan. Dalam hal ini ibu bapa hendaklah berperanan dengan lebih memberi perhatian serta memahami dan mengeksplotasikan sikap mementingkan kesempurnaan tersebut ke jalan yang betul. Peranan yang boleh dijalankan ibu bapa dalam usaha melahirkan dan mendidik kanak-kanak pintar cerdas ialah ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempratikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga. Hubungan yang erat , kasih sayang yang tidak berbelah bagi , suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu diwujudkan dalam memberi sokongan kepada kanak-kanak pintar cerdas ini. Seterusnya ibu bapa juga hendaklah berperanan dengan menyedia dan memberikan pendidikan yang terbaik untuk kanak-kanak pintar cerdas ini. Hal ini dapat dijelaskan di mana minat kanak-kanak pintar cerdas ini bukan sahaja kepada bidang akademik, minat mereka juga merangkumi aktiviti-aktiviti, hobi-hobi , topik lain yang tidak ada dalam sukatan sekolah. Aktiviti yang disertai akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan
9

tumpuan yang tinggi. Kadang-kadang kanak-kanak ini mencapai tahap kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam dua bidang atau lebih. Minat mereka yang luas dan mendalam, menunjukkan sikap tertarik kepada pengetahuan dan mengasah bakat yang ada pada mereka. Kanak-kanak pintar cerdas ini suka kepada maklumat dan menghargai ilmu dan fakta serta maklumat menjadi kegemaran. Dalam situasi ini ibu bapa hendaklah berperanan membantu kanak-kanak pintar cerdas ini lebih cepat memahami konsep yang abstrak bagi peringkat kanak-kanak. Hal yang demikian ini akan membantu perkembangan potensi serta bakat kanak-kanak pintar cerdas ini. Bagi membantu memperkembangkan bakat serta potensi kanak-kanak pintar cerdas ini , ibu bapa juga berperanan membantu kanak-kanak ini mencari dan mengenal pasti kumpulan yang sesuai dengan tahap mereka yang ingin diikuti kerana mereka ini tidak memilih kawan berdasarkan umur kronologi tetapi berdasarkan kepada minat yang sama, Kebanyakan mereka lebih selesa untuk bergaul dengan golongan lebih tua daripada mereka. Ibu bapa juga berperanan menggalakkan kanak-kanak pintar cerdas ini untuk mengikut minat mereka dan merancang masa untuk belajar tentang perkara yang ingin diketahui. Hal ini akan menyebabkan mereka berasa diri mereka dihargai dan mereka diterima seadanya Ibu bapa juga berperanan menjadi pendorong kepada kanak-kanak pintar cerdas agar mereka menjadi seorang yang suka meneroka secara terus menerus bagi membantu mereka mencuba sesuatu yang baru serta menjadikan kesalahan sebagai pengalaman semasa belajar. Selain itu ibu bapa juga berperanan membantu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak pintar cerdas ini. Dengan itu ibu bapa dapat membantu kanakkanak tersebut menyedari kecerdasan mereka dalam sesuatu kecerdasan justeru kanak-kanak ini tidak perlu berasa rendah diri jika mereka mempunyai kelemahan dalam bidang lain. Selain itu ibu bapa juga perlu memainkan mereka sebagai kaunselor kepada kanakkanak pintar cerdas ini. Mereka hendaklah membantu kanak-kanak pintar cerdas ini belajar membuat keputusan daripada kejayaan yang telah diperolehi. Di samping itu ibu bapa juga perlu menggalakkan kanak-kanak ini menyatakan perasaan dan emosi secara terbuka tentang ketakutan dan kegelisahan mereka dalam menghadapi persaingan seterusnya mengajak kanak-kanak pintar cerdas ini berkongsi harapan serta impian mereka agar mereka mempunyai keyakinan yang tinggi, berasa selamat serta tidak terjadi kemurungan dan kegelisahan pada kanak-kanak ini yang boleh menggugat potensi serta bakat mereka.

10

Peranan seterusnya yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas ialah melakukan aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama mereka. Ataupun menggalakkan kanak-kanak ini beriadah dan berekreasi bersama masyarakat setempat. Keadaan ini hendaklah seimbang dengan waktu mereka belajar dan membantu mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat. Satu lagi peranan ibu bapa yang tidak kurang pentingnya dalam membantu kanakkanak pintar cerdas ialah ibu bapa sendiri mengambil langkah awal dengan menyertai pelbagai program pendedahan yang berkaitan dengan kanak-kanak pintar cerdas ini serta menyertai kaunseling keibubapaan agar ibu bapa lebih memahami dan mampu mengendali serta boleh membantu dan memberi sokongan yang sewajarnya bagi menggalakkan perkembangan kanak-kanak pintar cerdas ini.

c.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap

kanak-kanak pintar cerdas Usaha guru bagi mempelbagaikan kaedah pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepelbagaian kecerdasan merupakan satu perkara yang amat penting. Hal ini kerana pendekatan yang bersesuaian akan membantu mengukuhkan lagi kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka agar modal insan yang lengkap dengan segala kecerdasan dapat dilahirkan. Bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ini terdapat tiga peringkat yang perlu dilaksanakan. Peringkat pertama merupakan keadaan di mana guru perlu melakukan padanan pengajaran dan pembelajaran dengan kepelbagaian kecerdasan murid . Dalam hal ini guru hendaklah mengenal pasti kecerdasan murid bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza. Di peringkat ini juga guru perlu mengenalpasti kekuatan murid agar dapat memadankan dengan kecerdasan serta memperkembangkan potensi dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. Peringkat kedua merupakan peringkat percubaan dalam mengapliskasi teori kepelbagaian kecerdasan. Pada peringkat ini guru perlu memikirkan pengaplikasian teori dalam pengajaran dan pembelajaran di samping memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah.

11

Peringkat ketiga pula merupakan peringkat peningkatan di mana guru perlu mengaitkan teori kepelbagaian kecerdasan dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Proses peningkatan ini membantu murid mengaplikasikan apa yang diajar di dalam situasi tertentu dan memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta pengaplikasi pengetahuan sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Setelah ketiga-tiga peringkat difahami memudahkan guru merancang pendekatan pengajaran dan pembelajaran terhadap kanak-kanak pintar cerdas ini. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran membantu guru untuk melahirkan murid yang kreatif dan inovatif , mempunyai harga diri yang tinggi , berpengetahuan serta berkemahiran dalam pelbagai bidang. Dalam hal ini guru seharusnya menggunakan pendekatan baharu dengan dibantu pelbagai kemudahan teknologi pengajaran seperti internet. Kaedah pengajaran berteknologi ini perlu dilakukan agar murid tidak berasa bosan dan kaedah tersebut selari dengan kecenderungan , minat dan cara mereka memproses maklumat. Selain itu pendekatan pengajaran yang pelbagai akan dapat membantu

mengembangkan kecerdasan yang berbeza. Tugasan dalam kumpulan atau berpasangan akan dapat meningkatkan kecerdasan interpersonal dan verbal linguistik. Murid akan dapat memahami perasaan, tabiat, motivasi dan hasrat orang lain melalui interaksi sesama mereka secara langsung. Mereka juga mampu berkomunikasi dengan baik melalui aktiviti yang memerlukan mereka mendengar dan bertutur dalam tugasan berkumpulan serta dapat memupuk kemahiran bersosial dan komunikasi mereka. Program asas merupakan satu program yang dilakukan secara teliti dan konsisten untuk memenuhi persekitaran dan keperluan kanak-kanak pintar cerdas. Pemerhatian yang teliti ke atas persekitaran dan keperluan-keperluan kanak-kanak pintar cerdas hendaklah dibentuk oleh guru ( Feldhusen, 1982 ). Program ini berkaitan dengan sains, matematik, kemanusiaan, sains tingkah laku dan sains sosial. Dalam program ini mengutamakan pendekatan menyusun kumpulan kanak-kanak pintar cerdas ini mengikut minat agar mereka dapat belajar dalam persekitaran yang membentuk dan memaksimumkan perkembangan kebolehan dan bakat mereka. Program pemecutan ( acceleration ) merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas.Pendekatan ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas ini dihabiskan cepat. Strategi ini diperkenalkan kerana umum mengetahui kanak-kanak ini mampu memahami apa
12

yang diajar dengan lebih cepat dan mengelakkan kebosanan dan merugikan masa kanakkanak ini. Murid pintar boleh belajar dengan kadar yang lebih laju berbanding murid-murid lain dengan masa yang lebih singkat diperlukan ( Colangelo, Assouline dan Gross, 2004 ) Dalam pendekatan ini beberapa cara digunakan, antaranya murid-murid bersekolah pada fasa awal umur dan kelas lompat. Terdapat juga yang menggunakan kaedah kelas tidak bergred di mana kanak-kanak dikumpulkan dan belajar mengikut keupayaan dan pengalaman masing-masing. Dalam hal ini mereka belajar mengikut keupayaan masing-masing bukannya mengikut umur hayat. Selain program pemecutan, program pengayaan juga antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas ini. Ia merupakan aktiviti pendedahan dimana murid diberi kebebasan untuk mempelajari bidang yang diminati. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 1998 ) mendefinisikan program pengayaan sebagaiaktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dipelajari. Menurut Teare ( 1997 ), pengayaan adalah kualiti kerja yang tinggi daripada kumpulan umur yang normal, memahami lebih mendalam, pengalaman pembelajaran yang lebih meluas, mempunyai tahap pemikiran yang lebih tinggi, rangkuman pelbagai perkara dan aktiviti tambahan dan penggunaan dan alatan sokongan yang melangkau sumber-sumber dalam julat normal. Program pengayaan ini terdiri daripada tiga jenis aktivitti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1990), program pengayaan boleh digunakan dalam menyampaikan kurikulum kepada kanak-kanak pintar cerdas. Aktiviti pendedahan merupakan keadaan dimana murid diberi kebebasan untuk mempelajari bidang yang diminati.Penyediaan sudut yang lengkap disediakan di bilik darjah. Pelbagai maklumat pengayaan dalam pelbagai bidang yang berkaitan disediakan merangkumi pengalaman dalam meneroka tajuk, idea dan bidang ilmu pengetahuan yang baru tetapi tidak dipelajari dalam kurikulum biasa. Dalam keadaan ini satu pendekatan pembelajaran yang menggunakan modul yang bercorak sukar dilupakan, ringkas dan padat perlu disediakan bagi membuka minda dan menggunakan sepenuhnya kecerdasan yang ada pada kanak-kanak pintar cerdas ini.

13

Latihan berkelompok pula merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak pintar cerdas ini. Aktiviti yang dijalankan termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek ,konsep kendiri , pemikiran divergen dan inkuiri penemuan. Ini menggalakkan pembangunan pemikiran, perasaan , penyelidikan, komunikasi dan proses metodologi. Manakala penyelidikan masalah sebenar merupakan program di mana kanak-kanak ini diberi latihan secara kelompok. Mereka ini diberi latihan dan dibimbing khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti yang dijalankan menggunakan teknik inkuiri penemuan Ianya menjurus kepada kanak-kanak berperanan sebagai penyelidik bagi membentuk pemikiran, perasaan dan bertindak seprti mereka seorang professional dalam bidang tertentu. Disamping itu memberi kesedaran kepada kanak-kanak pintar cerdas ini tentang kecenderungan dan kecerdasan yang mereka miliki kerana kadang kala kanak-kanak pintar cerdas ini tidak menyedari potensi yang dalam diri mereka sendiri. Program pengayaan ini merupakan pendekatan bagi memenuhi keperluan kanakkanak pintar cerdas dan didasarkan mengikut kemampuan mereka dan kekuatan mental mereka. Ianya memberi peluang kanak-kanak pintar cerdas ini mendalami dan meluaskan kekuatan mental mereka . Hal ini akan membantu mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada mereka. Oleh itu diharapkan kanak-kanak yang mempunyai minat yang tinggi terhadap apa yang dipelajari , akan membuahkan hasil yang sangat positif.

d.

Masalah Sosial dan Emosi Yang Dihadapi Oleh Kanak-kanak Pintar Cerdas Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak pintar cerdas ini merupakan asset yang

paling berharga dalam masyarakat maupun sesebuah negara. Kepintaran dan kecerdasan mereka ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan ahlak , kerohanian, emosi dan sosial juga amat penting untuk diambil kira. Pada masa yang sama kepintaran dan kecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini menimbulkan masalah kehidupan pada mereka .

14

Walaupun mempunyai kepintaran dan kecerdasan yang tinggi , kanak-kanak pintar cerdas ini menghadapi masalah emosi yang berpunca dari ciri-ciri unik dalam diri mereka. Kanak-kanak ini mempunyai masalah perkembangan asynchronous. Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu memahami sesuatu secara intelektual mengenai perkara yang abstrak tetapi mereka tidak mampu untuk menangani perkara yang melibatkan emosi mereka dengan baik. Mereka ini mempunyai sikap sukar untuk menerima kegagalan. Mereka ini akan terlalu terganggu dengan sesuatu kegagalan.Hal ini berpunca dari tidak seimbang antara umur hayat dan umur mental di kalangan kanak-kanak pintar cerdas ini. Menurut Davis & Rimm (1998), semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggi keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya. Perkara ini penting untuk mengelak daripada potensi kanak-kanak tersebut berada di bawah tahap pencapaian sebenar. Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar ini berpunca dari masalah akademik mahupun persekolahan. Keadaaan ini disebabkan kegagalan pendekatan pendidikan sedia ada dan kurangnya kesedaran guru. Tugasan salin menyalin merupakan kemahiran melatih motor halus dan bukannya keperluan untuk mereka berfikir. Kadang-kadang tugasan yang diberikan guru tidak sesuai dengan keperluan ( motivasi intrinsik ) sedangkan kanak-kanak pintar cerdas ini sentiasa ingin tahu serta mengkaji topik dengan lebih mendalam. Jumlah tugasan yang lebih dari biasa juga tidak diperlukan oleh mereka kerana kanak-kanak ini memerlukan cabaran kualiti dan bukannya kuantiti. Golongan ini perlu diberi kebebasan dalam

menentukan had masa menyiapkan tugasan. Ini kerana motivasi intrinsic adalah pendorong kuat terhadap tingkah laku mereka. “Kanak-kanak pintar cerdas perlu menikmati autonomi, autoriti dan kebebasan untuk emebuat keputusan sendiri. Namun kebebasan ini perlu digabungkan dengan amanah” ( Nik Aziz Nik Pa, 1990 ) Faktor-faktor ini akan menyebabkan kanak-kanak pintar menghadapi masalah dan berasa bosan untuk ke sekolah. Kanak-kanak pintar cerdas ini suka berdikari, meneroka persekitaran dan mencuba sesuatu kemahiran yang baru. Setiap kemahiran atau perkara yang dilakukan akan dilaksanakan dengan sempurna dan teliti. Sikap yang terlalu mementingkan ketelitian dan kesempurnaan boleh mendorong mereka ke arah kekecewaan. Hal ini kerana apabila kanakkanak pintar cerdas ini terlalu ingin berjaya tetapi takut untuk menemui kegagalan, sikap ini akan menyebabkan mereka tidak akan berani untuk mencubanya lantas akan mendorong ke arah berputus asa.

15

Masalah yang seterusnya yang berlaku terhadap kanak-kanak pintar cerdas ini ialah berkaitan dari segi idea mereka yang terlalu ke hadapan serta dapat melihat sesuatu perkaitan yang orang lain tidak dapat lihat serta akan menggunakan masa yang banyak untuk membincangkan hal tersebut. Mereka juga turut mampu melibatkan diri dalam perbincangan dengan orang dewasa. Ini menyebabkan mereka ini berkebolehan memberi pelbagai alasan. Ciri-ciri yang dimiliki kanak-kanak pintar cerdas ini menyebabkan mereka tidak mahu

mengalah walau dalam apa keadaan sekali pun bahkan melihatkan sifat kedegilan mereka. Sifat mereka yang boleh memberi pelbagai alasan dan pandai bercakap akan menyebabkan mereka suka mempengaruhi orang lain , terlalu mengarah serta tidak akan menerima pendapat serta pandangan orang lain. Kanak-kanak pintar cerdas ini sangat menitik beratkan hal-hal keadilan , mempunyai perasaan yang mendalam terhadap keadilan dan ada kalanya akan menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya tidak adil. Lantas sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain untuk menegakkan keadilan yang akan menyebabkan berlakunya gangguan di dalam perhubungan dengan rakan. Selain itu kanak-kanak pintar cerdas ini selalunya memiliki sikap-sikap tertentu yang boleh membawa kepada perkara negatif yang akan menyebabkan mereka dijauhi oleh rakan sebaya. Kepintaran mereka ini akan menyebabkan mereka berdepan pelbagai masalah kerana mereka ini tidak berupaya untuk mengadaptasikan kebolehan serta keupayaan yang mereka miliki berkaitan dengan ciri-ciri kebijaksanaan, tahap IQ atau kreativiti dalam ssesuatu bidang. Pemasalahan yang mereka hadapi ini berkait dengan emosi dalaman dan peraaan mereka serta masalah untuk berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain. Ciri-ciri yang ada pada mereka inilah yang akan membawa kepada kesan yang lebih buruk seperti menimbulkan salah faham dan pandangan negatif . Lantas kanak-kanak pintar cerdas ini sering dipandang rendah oleh rakan-rakan sebaya , masyarakat dan diri mereka sendiri. Justeru perkara ini membawa kepada kegagalan mereka menggunakan kelebihan yang dianugerahi kepada mereka serta sukar untuk mencapai potensi sebenar disebabkan mereka tidak menggunakan seluruh kemahiran, bakat serta kekreativitan mereka.

16

Mengutamakan kesempurnaan seringkali dikaitkan dengan kanak-kanak pintar cerdas ini. Sikap mementingkan kesempurnaan ini dilihat sebagai lambang kejayaan seseorang berusaha untuk mencapai sesuatu, secara tidak langsung menjadikan sikap ini sebagai pendorong bagi kanak-kanak ini dalam mengejar impian serta matlamat dalam kehidupan mereka. Dalam pada itu, sikap terlalu mementingkan kesempurnaan ini sebenarnya lebih menjurus memberi kesan negatif seperti sering menyalahkan diri sendiri, menangguhkan kerja akibat terlalu mementingkan ketelitian serta mengelakkan dari berdepan dengan cabaran kerana takut berlaku kegagalan. Oleh yang demikian keperluan untuk menjadi sempurna ini juga akan menyebabkan berlakunya kegelisahan, kemurungan dan kesukaran untuk menjalinkan hubungan. Masalah penyesuaian diri dengan persekitaran merupakan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas. Situasi ini boleh dilihat dengan jelas apabila kanak-kanak ini diberi penempatan yang tidak bersesuaian dengan tahap mereka. Apabila diletakkan mereka ini sekelas dengan rakan sebaya bertahap sederhana , kanak-kanak pintar cerdas ini akan mengadaptasikan diri mereka di paras pemikiran yang sama dengan murid-murid lain. Persekitaran yang tidak sesuai akan menyebabkan mereka merasa cepat bosan kerana diberi tugasan yang mudah dan sama. Lantas bertindak sebagai pengacau dan akan menimbulkan masalah. Kefasihan kanak-kanak pintar cerdas ini berbahasa dan mempunyai idea yang banyak juga boleh mendatangkan masalah. Mereka akan menggunakan perbendaharaan kata yang luas, ayat yang dituturkan lebih kompleks dan pelbagai dari segi strukturnya. Kanak-kanak ini juga akan bercakap dengan menjangkau perkataan dan sukar mengekalkan satu topic perbualan, sebaliknya kanak-kanak pintar cerdas ini boleh bercakap dengan orang dewasa berkaitan sesuatu peristiwa dengan jelas. Penggunaan perkataan yang tidak diketahui kanakkanak yang sebaya dengannya dan bercerita serta berbual luar dari topik yang bersesuaian dengan peringkat umurnya akan menyebabkan mereka menghadapi masalah penyesuaian diri dengan rakan sebaya dan boleh disingkir rakan sebaya mereka. Bee (1999) mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding rakan sebaya yang lain.

17

Pencapaian akademik yang cemerlang akan menjadikan adik beradik yang lain berasa rendah diri. Konflik ini berlaku kerana wujudnya salah faham orang lain terhadap golongan kanak-kanak pintar cerdas ini. Di samping itu kecenderungan ibu bapa mendesak kanakkanak pintar cerdas ini supaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dengan mengawal kebebasan anak mereka. Keadaaan ini boleh berlaku di kalangan keluarga yang lebih mementingkan persaingan dan individualistik. Ini akan menyebabkan kanak-kanak pintar cerdas ini akan menghadapi masalah hubungan dengan ibu bapa dan adik beradik mereka. Lebih-lebih lagi jika kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai latar belakang sosio ekonomi yang rendah di mana keadaan keluarga mereka amat berbeza dengan keluarga yang lain. Penutup Kanak-kanak pintar cerdas satu anugerah dari Allah , satu sumber yang berharga bagi membantu kesejateraan bangsa dan masa depan. Kehadiran kanak-kanak pintar cerdas ini dalam sesebuah masyarakat dan negara perlu digarap serta dibangunkan dengan sebaikbaiknya. Pendekatan serta strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang sebaik mungkin mengikut kesesuaian tahap perkembangan kanak-kanak pintar cerdas ini. Wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk kanak-kanak pintar cedas ini bagi memastikan mereka menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik. Keperluan menyediakan pelbagai kemudahan bagi kanak-kanak pintar cerdas ini bukanlah bermakna memberi layanan yang istimewa kepada mereka tetapi merupakan satu usaha untuk mengadakan peluang pendidikan yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan dan keperluan yang dimiliki oleh mereka. Justeru ibu bapa , guru dan mereka yang hampir dengan kanak-kanak pintar cerdas ini serta yang terlibat dalam pendidikan perlu mengambil inisiatif serta berperanan dalam membangun dan meningkatkan potensi serta mengembangkan kecenderungan dan bakat yang ada pada kanak-kanak ini. Bakat serta potensi kanak-kanak pintar cerdas ini perlu digilap agar lebih menyerlah dalam bidang dan kemahiran yang dimiliki sama ada yang disedari atau tidak disedari.

18

Adalah menjadi satu kepentingan kepada ibu bapa kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk terus menjalankan tanggungjawab bagi membimbing , melindungi dan mengawasi anak-anak mereka walaupun mereka merupakan seorang kanak-kanak pintar cerdas. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukanlah hanya dibangunkan dari segi kognitif semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritual juga perlu dititik beratkan. Ini adalah kerana kanak-kanak ini tetap seorang kanak-kanak yang belum matang tahap pemikiran serta pengalaman mereka dalam membuat sesuatu keputusan.

19

Rujukan a. Pengantar Pendidikan Khas , Mohd Zuri Ghani . Aznan Che Ahmad . Penerbit Universiti Sains Malaysia 2011 b. Pedagogi Asas Pendidikan , Kamaruddin Hj.Husin , Siti hajar Hj. Abdul Aziz , KAYAZANO ENTERPRISE , 2004 c. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku , Mok Soon Sang , Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. 2009 d. Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, Suppiah Nachiappan. Kamarulzaman Kamaruddin. Adb.AzizAbd.Shukor . Ramlah Jantan. Roslinda Mustapha.Hazalizah Hamzah. , OXFORD FAJAR , 2009 e. f. g. h. i. j. http://pkppdlms.wordpress.com/2008/10/15/punca-adhd-diagnoss-dan-rawatan-adhd/ http://www.ipislam.edu.my/upload/Modulpgsr/PSV3106.pdf http://www.hendrikronald.com/artikel/artikel-lainnya/7-kecerdasan-manusia/ http://www.moe.gov/bpk/modul pnp/modul psv/04kecerdasanpelbagai.pdf http://studentcreative2012.wordpress.com/2012/05/06/teori-kecerdasan-pelbagai/ http://www.scribd.com/doc/16051322/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Gardner-danTeori-Kecerdasan-Emosi-Goleman k. l. http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm http://www.geocities.com/Athens/Agora/3988/kki.html

20