You are on page 1of 19

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

LAPORAN KENDIRI BINA INSAN GURU


Oleh: ZAINOR DIN BIN ABU HASAN 700620045013 KUMPULAN BM 3 / PPG AMBILAN JUN 2011

PERINGKAT AKTIVITI 1 TARIKH TEMPAT JUMLAH MURID

: KE-2 ( BENGKEL - kumpulan sasaran murid ) : BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR : 28 Mei ( Selasa ) dan 29 Mei 2013 ( Rabu ) : Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulai : 80 Orang ( 39 Lelaki Dan 41 Perempuan )

Murid Tidak Hadir Hari Pertama : 70 / 80 Murid Tidak Hadir Hari Kedua : 76 / 80

( A ) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA

SEBELUM AKTIVITI

Sehari ceramah diadakan saya dan beberapa guru tahun 6 telah menyiapkan tempat untuk aktiviti ini. Tempat yang dipilih ialah pusat sumber sekolah. Saya dan Cikgu Abdul Kadir telah menyediakan peralatan siar raya dan projektor serta layarnya. Semua

peralatan diuji sebelum bengkel diadakan . Ini bagi membolehkan ceramah diadakan tanpa ada gangguan teknikal . Kemudian kamu membantu guru-guru lain

mengemaskan kerusi dan meja untuk murid-murid. Kami memastikan jumlah kerusi mencukupi mengikut jumlah murid. Guru kaunseling pula telah menyediakan borang pendaftaran untuk mendaftarkan kehadiran murid sewaktu sesi bengkel . Tempahan makan dan minum murid juga telah diuruskan oleh AJK makanan. Semua makanan dan minuman murid serta penceramah dipesan daripada pihak kantin sekolah.

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

SEMASA AKTIVITI Hari pertama: 28 Mei 2013 ( Selasa ) Dua bengkel teknik menjawab soalan UPSR dijalankan pada hari ini iaitu yang pertama bengkel teknik menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Penceramah untuk bengkel ini ialah Cikgu Rohayah bt Ahmad dari sekolah SK Pulai sendiri. Pengerusi majlis bagi slot ini ialah Puan Norlinda Md Tan. Kemudian murid dibenarkan berehat pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 10.30 pagi. Makanan disediakan untuk murid-murid ketika waktu rehat ini.

Pada pukul 10.30 pagi bengkel diteruskan dengan teknik menjawab soalan matematik yang disampaikan oleh Encik Othman bin Abu dari SK Ayer Baruk , Jasin Melaka. Bengkel menghadapi sedikit masalah disebabkan komputer riba penceramah tidak berfungsi dengan baik. Namun masalah ini dapat diatasi selepas diberikan bantuan teknikal oleh Encik Zainor Din. Puan Zaiton Mat telah menjadi pengerusi bagi slot ini . Ceramah tamat pada pukul 12.45 tengah hari.

Memandangkan ceramah diadakan dalam waktu cuti persekolahan maka kehadiran murid tidak seratus peratus hadir. Hanya 70 orang murid sahaja yang hadir pada hari ini. Hari kedua: 29 Mei 2013 ( Rabu ) Dua lagi bengkel teknik menjawab soalan diadakan pada hari kedua ini. Bengkel yang pertama ialah bengkel teknik menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Penceramah bagi slot ini ialah Encik Halili Haron seorang ketua penanda

kertas bahasa Melayu dari SK Peringgit. Pengerusi slot ini ialah Cikgu Zainor Din Abu Hasan.

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

Selepas rehat Puan Emylyza bt Salimin dari SK Bukit Baru telah menyampaikan ceramah berkenaan teknik menjawab Bahasa Inggeris. Pengerusi majlis ialah puan Rozilah MD Zin. Bengkel tamat pada pukul 12.40 tengah hari.

Kedatangan pada hari kedua bertambah baik . Hanya empat orang yang tidak hadir. Kehadiran mungkin disebabkan tindakan Guru Besar bersama Cikgu Zainor Din dan Cikgu Abdul Kadir yang melawat rumah murid-murid yang tidak hadir pada hari pertama. Empat orang murid yang masih tidak hadir kerana pulang ke kampung.

SELEPAS AKTIVITI

Selepas aktiviti bengkel tamat pada hari Rabu semua peralatan serta tempat ceramah telah dikemas semula. Aktiviti ini dijalankan pada hari Khamis. Semua peralatan siar raya , projektor serta layar telah dibuka dan dihantar semula ke pejabat sekolah. Kerusi dan meja dalam pusat sumber disusun semula seperti sedia kala.

Pada keseluruhannya bengkel yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga bengkel sebegini akan diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh . ( ZAINOR DIN ABU HASAN )

TARIKH:

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

ANALISIS SWOT BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR


KEKUATAN ( S ) KELEMAHAN ( W )

S1. Terdapat guru penanda kertas UPSR yang boleh memberikan ceramah S2. Guru-guru tahun 6 yang komited dengan tugas mengajar subjek peperiksaan S3. Sokongan pihak sekolah yang mengeluarkan peruntukan S4. Sokongan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah. S5. Sokongan daripada Jawatankuasa PIBG sekolah.

W1. Tempat ceramah yang tidak kondusif W2. Terdapat murid yang tidak hadir W3. Terdapat murid yang tidak menumpukan perhatian sewaktu ceramah diadakan.

PELUANG ( O )

ANCAMAN ( T )

O1. Hubungan yang baik antara penceramah jemputan dengan pihak sekolah. O2. Sokongan kewangan daripada pihak sekolah.

T1. Aktiviti pada waktu cuti sekolah menyebabkan kehadiran murid tidak penuh.

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

GAMBAR-GAMBAR
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BENGKEL SAINS

BENGKEL MATEMATIK

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

BENGKEL BAHASA MELAYU

SEBAHAGIAN MURID YANG MENGIKUT BENGKEL

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

BORANG LAPORAN SAHSIAH

AKTIVITI 1 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

LAPORAN KENDIRI BINA INSAN GURU


Oleh: ZAINOR DIN BIN ABU HASAN 700620045013 KUMPULAN BM 3 / PPG AMBILAN JUN 2011

PERINGKAT AKTIVITI 2 TARIKH TEMPAT

: 3 ( AKTIVITI KEMASYARAKATAN ( kumpulan sasaran murid ) : KEMPEN KESEDARAN ( Agensi Antidadah Kebangsaan ) : 26 SEPTEMBER 2013 ( KHAMIS ) : Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulai

KEHADIRAN MURID : 80 Orang ( 40 Lelaki Dan 40 Perempuan ) MURID TIDAK HADIR :

( A ) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA

SEBELUM AKTIVITI

Pihak sekolah melalui guru bimbingan dan kaunseling telah menghantar surat serta panggilan telefon untuk mendapatkan masa yang sesuai untuk ceramah diadakan. Waktu ceramah terpaksa ditunda beberapa kali . Hal ini disebabkan pihak AADK ada komitmen lain pada waktu ceramah yang telah dijanjikan. Setelah ditunda beberapa kali akhirnya Ceramah kempen kesedaran AADK September 2013 bersamaan hari Khamis. telah berjaya dijalankan pada 26

Setelah mendapat tarikh yang ditetapkan guru-guru tahun 6 bersama beberapa orang murid telah menyiapkan tempat ceramah .Ceramah pada kali ini juga diadakan dalam Pusat Sumber SK Pulai. Hal ini disebabkan dewan SK Pulai dalam proses menghias untuk Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan 1 SK Pulai iaitu Puan Norhayati Sulaiman.

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

SEMASA AKTIVITI

Ceramah telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 10.10 pagi. En. Zainor Din telah menjadi pengerusi majlis dalam aktiviti ini. Ceramah disampaikan oleh Encik Amin Fithri b. Hj Adnan Penolong Pegawai Antidadah ( ketua unit pencegahan dan publisiti ) daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jasin.

Oleh sebab ceramah diadakan dalam waktu persekolahan maka kehadiran murid amat memuaskan. Namun begitu terdapat sedikit gangguan bunyi bising diterima sewaktu penceramah menyampaikan ceramahnya. Gangguan ini berpunca daripada suara murid-murid yang tidak terlibat dan juga gangguan bunyi bising daripada pekerja yang sedang memesin rumput di sekeliling pusat sumber sekolah. Gangguan-gangguan ini menyebabkan sedikit tumpuan murid pada ceramah yang didengar terganggu. Gangguan gangguan ini dapat diatasi apabila En. Zainor Din meminta pekerja memotong rumput pada sebelah petang di sekeliling pusat sumber dan meminta guru kelas memastikan murid-murid yang tidak terlibat dalam ceramah ini supaya tidak bising.

Kebolehan penceramah yang memasukkan unsur-unsur kecindan sepanjang ceramah telah berjaya menarik perhatian murid untuk menumpukan perhatian pada ceramah yang disampaikan. Slaid-slaid video yang ditunjukkan juga berjaya memusatkan perhatian murid pada ceramah yang disampaikan.

Ceramah berakhir pada pukul 10.10 pagi. Murid-murid dibenarkan rehat selepas berakhirnya ceramah ini. Penceramah yang dijemput telah diberikan sedikit cenderahati daripada pihak sekolah. Kemudian penceramah dijemput menikmati jamuan ringan di kantin sekolah.

10

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

SELEPAS AKTIVITI Selepas aktiviti berakhir saya dan beberapa orang guru tahun 6 serta beberapa orang murid telah menyusun semula kerusi dan meja yang terdapat dalam pusat sumber sekolah. Semua peralatan siar raya dan projektor serta layar telah disimpan semula ke dalam pejabat sekolah.

Pada keseluruhannya ceramah yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga ceramah ini dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah . Diharapkan pihak sekolah akan mengadakan lagi ceramah ini lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh . ( ZAINOR DIN ABU HASAN )

TARIKH:

11

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

ANALISIS SWOT KEMPEN KESEDARAN ( Agensi Antidadah Kebangsaan )


KEKUATAN ( S ) KELEMAHAN ( W )

S1. Terdapat jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan Agensi Antidadah Kebangsaan. S2. Sokongan pihak sekolah yang mengeluarkan peruntukan S3. Sokongan daripada Jawatankuasa PIBG sekolah.

W1. Tempat ceramah yang tidak kondusif W2. Terdapat murid yang tidak menumpukan perhatian sewaktu ceramah diadakan.

PELUANG ( O )

ANCAMAN ( T )

O1. Hubungan yang baik antara penceramah jemputan dengan pihak sekolah. O2. Sokongan kewangan daripada pihak sekolah.

T1. Tiada

12

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

GAMBAR-GAMBAR
CERAMAH KESEDARAN AADK

13

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

BORANG LAPORAN SAHSIAH

AKTIVITI 2 CERAMAH KESEDARAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

14

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

15

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

REFLEKSI KENDIRI
Bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semua guru Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 ini , iaitu menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) fasa 2.

Dua aktiviti telah dijalankan dalam program BIG pada fasa ini. Dimana saya terlibat secara lansung dalam merancang dan mengendalikannya. Program tersebut ialah pertama Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi calon-calon UPSR SK Pulai bagi tahun 2013. Program kedua ialah Kempen Kesedaran ( Agensi Antidadah Kebangsaan ) kepada murid-murid tahun 6 SK Pulai.

Program pertama telah diadakan 28 dan 29 Mei 2013. Antara matlamat utama program ini ialah memberikan motivasi dan teknik-teknik menjawab soalan-soalan subjek Sains , Matematik dan Bahasa Melayu untuk calon-calon UPSR 2013 SK Pulai. Program kedua pula diadakan pada 26 September 2013 . Program diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Selain itu program dirancang bagi mengisi aktiviti selepas UPSR murid-murid tahun 6.

Program

Bina

Insan

Guru

merupakan

satu

program

yang

memberi

banyak pengalaman dan pengetahuan berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Segala pengetahuan yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian terutama semasa bergelar seorang pendidik.

Pertama sekali , sesuatu program yang hendak dibuat perlulah dirancang dengan teliti. Penglibatan semua pihak amatlah diperlukan. Sesuatu program perlu dirancang awal dan dibuat kertas kerjanya sebelum dilaksanakan. Ini bagi membolehkan pihak yang merancang mendapatkan kepercayaan daripada pihak pentadbir untuk

melaksanakannya. Kertas kerja yang telah disediakan akan membolehkan pihak yang
16

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

merancang mengetahui kos untuk mengendalikan sesuatu program tersebut. Ini juga akan membantu pihak pentadbir untuk mengeluarkan peruntukkan yang diminta. Pihak yang merancang juga perlu mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak seperti guru akademik , pihak pentadbir dan pihak luar sebelum merancang dan melaksanakan sesuatu program. Kedua sesuatu program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar jika semua pihak yang terlibat bekerjasama dan ada rasa tanggung jawab untuk melaksanakannya dengan sempurna. Kerjasama dan semangat berpasukan itu amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Bak kata pepatah Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak sudah tentu kita gagal melaksanakan sesuatu perkara dengan baik.

Yang ketiga, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa yang telah ditetapkan. Apa yang penting adalah keazaman dan pembahagian tugas yang teratur. Sekiranya kita tidak membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulan dengan baik, kita mungkin tidak dapat menyelesaikan tugasan tadi dalam masa yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Di sebalik semua kegembiraan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenal pasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan banyak mengajar saya nilai-nilai dan pengetahuan yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

17

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

Akhir sekali, semua aktiviti yang telah dirancang dalam program BIG sememangnya menepati apa yang diperlukan oleh seseorang guru untuk menjadi guru yang berjaya dari sudut sahsiah, akhlak dan juga pemikiran yang murni. Banyak manfaat yang saya perolehi semasa menjalankan program ini. Diharapkan hasil yang akan terbentuk daripada program ini benar-benar berkualiti dan mencapai tahap yang dikehendaki.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya Puan Junaini bte Johari, iaitu mentor kumpulan BM3, atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan bagi melaksnakan program ini. Tidak lupa juga diucapkan kepada Encik Abd Razak Othman , Guru Besar SK Pulai, barisan pentadbir dan guru-guru SK Pulai yang memberi kerjasama dan bimbingan semasa program ini berlangsung . Jasa tuan tetap di hati.

Sekian terima kasih.

ZAINOR DIN BIN ABU HASAN 700620045013 KUMPULAN BM 3 / PPG AMBILAN JUN 2011

18

BIG FASA 2 / PPG JUN 2011

LAMPIRAN
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Soalan. Kertas kerja Ceramah Kesedaran ( AADK )

19

You might also like