You are on page 1of 0

Am19c - LSPDN - PIDN2012

9 3 0 3 0 8 0 6 5 7 5 0
Ruang
Setem Hasil

Untuk Kegunaan Jabatan:


Kod Fail://Jld.()
Institusi: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
K
E
T
I
P
K
E
T
I
P

PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN


TAHUN 2012

ANTARA

AINAA SYAFIQAH BINTI MOHD ALIAS (930308-06-5750)


(Nama PELAJAR dan No. Kad Pengenalan)

DAN

KERAJAAN MALAYSIA

DAN

NORIZAH BINTI MUHAMAD (640711-06-5990)


(Nama PENJAMIN dan No.Kad Pengenalan)

Bertarikh pada hari bulan 20


930308-06-5750

PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN


Perjanjian Biasiswa Persekutuan Tahun 2012 yang (selepas ini disebut "PERJANJIAN") dibuat pada tarikh yang
dinyatakan di Bahagian 1 Jadual kepada Perjanjian ini di antara pihak yang nama dan butir-butirnya dinyatakan
di Bahagian 2 Jadual kepada Perjanjian ini (selepas ini disebut "PELAJAR") sebagai pihak pertama dan pihak
yang nama dan butir-butirnya dinyatakan di Bahagian 3 Jadual kepada Perjanjian ini (selepas ini disebut
"PENJAMIN") sebagai pihak kedua dan KERAJAAN MALAYSIA yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 1-13, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510
Putrajaya (selepas ini disebut "KERAJAAN") sebagai pihak ketiga.
BAHAWASANYA -
A. KERAJAAN telah bersetuju untuk memberikan Biasiswa Persekutuan Tahun 2012 kepada PELAJAR
bagi mengikuti kursus pengajian seperti yang ditetapkan dalam Surat Tawaran Biasiswa Persekutuan
Tahun 2012 yang nombor rujukan dan tarikhnya dinyatakan di Bahagian 4 Jadual kepada Perjanjian
ini (selepas ini disebut "Surat Tawaran");

B. PELAJAR telah menerima Surat Tawaran tersebut dan bersetuju untuk menerima Biasiswa
Persekutuan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini dan
Surat Tawaran tersebut;

C. PENJAMIN telah bersetuju untuk menjadi penjamin kepada PELAJAR bagi tujuan pematuhan semua
syarat-syarat dan terma-terma perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:

1. Definisi dan Tafsiran

1.1 Definisi
Di dalam Perjanjian ini, melainkan konteksnya menghendaki maksud yang lain, perkataan-perkataan di
bawah diberi maksud seperti yang berikut:

"Biasiswa Persekutuan " - ertinya Nilai Biasiswa yang akan dibayar kepada PELAJAR termasuklah
bantuan-bantuan lain yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran;

"Pengajian" - ertinya kursus ijazah, diploma atau sijil yang akan diikuti oleh PELAJAR
seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran;

"Surat Tawaran" - ertinya surat tawaran Biasiswa Persekutuan daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam kepada PELAJAR;

"Pihak Berkuasa
Melantik"
- ertinya pihak yang diberi kuasa mengikut undang-undang untuk membuat
perlantikan seseorang berkhidmat dengan agensi awam di bawah bidang
kuasa Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Page 2/11
930308-06-5750

1.2 Tafsiran

a) Tajuk-tajuk dan tajuk-tajuk kecil kepada peruntukan-peruntukan dan bahagian-bahagian di
dalam Perjanjian ini dimasukkan bertujuan untuk memudahkan pembacaan sahaja dan tidak
boleh diambil kira sebagai sebahagian daripada Perjanjian atau untuk dibuat pertimbangan
dalam mentafsirkan Perjanjian ini;

b) rujukan kepada mana-mana statut atau peruntukan statutori adalah merangkumi
rujukan-rujukan kepada statut atau peruntukan statutori yang dipinda dan digubal semula;

c) rujukan kepada lampiran, fasal, subfasal atau jadual adalah rujukan kepada lampiran, fasal,
subfasal atau jadual dalam Perjanjian ini.

2. Pembayaran Biasiswa Persekutuan

a) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini, KERAJAAN bersetuju untuk
memberi biasiswa kepada PELAJAR ( selepas ini disebut "Nilai Biasiswa") dan juga bantuan-bantuan
lain untuk membiaya Pengajian PELAJAR di universiti, kolej atau institusi seperti yang dinyatakan di
dalam Surat Tawaran.

b) KERAJAAN akan membayar Nilai Biasiswa tersebut sama ada kepada PELAJAR itu sendiri, penjaga
di sisi undang-undang atau kepada pihak berkuasa universiti, kolej atau institusi atau melalui wakil
KERAJAAN seperti mana yang berkenaan.

3. Tempoh Perjanjian
PELAJAR akan menamatkan Pengajiannya dengan memperolehi ijazah atau diploma atau sijil dalam
tempoh seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau dalam sesuatu masa sebagaimana yang
diluluskan oleh KERAJAAN.

4. Penjamin

4.1 Dengan ini adalah dipersetujui dan diakui bahawa jika pada bila-bila masa semasa
berkuatkuasanya Perjanjian ini, PENJAMIN -
a) meninggal dunia;
b) tidak lagi bermastautin dalam Malaysia;
c) berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan berturut-turut kecuali
berkhidmat dengan kerajaan;
d) diisytiharkan sebagai seorang bankrap; atau
e) memperolehi suatu perintah pentadbiran pemakan gaji,

PELAJAR hendaklah mendapatkan PENJAMIN baru yang dipersetujui oleh KERAJAAN dan penjamin
baru tersebut hendaklah bersetuju menjadi seorang penjamin mengikut terma-terma dan syarat-syarat
yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

4.2 Jika PELAJAR gagal menggantikan PENJAMIN yang berkenaan, KERAJAAN boleh, menurut
opsyennya, pada bila-bila masa selepas itu menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa
menyentuh hak-hak KERAJAAN di bawah Perjanjian ini, PELAJAR tidak berhak untuk menuntut
apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini.
Page 3/11
930308-06-5750

5. Syarat-syarat Semasa Pengajian

5.1 Kursus Pengajian



a) PELAJAR akan dengan bersungguh-sungguh dan sedaya upaya mengikuti Pengajian seperti yang
dinyatakan di Surat Tawaran dengan menghadiri kuliah, seminar, ceramah, tutorial dan apa-apa
program yang dijalankan berkaitan dengan Pengajian PELAJAR.

b) PELAJAR akan menghadiri semua ujian dan peperiksaan yang disyaratkan yang berkaitan dengan
Pengajiannya untuk mendapat ijazah, diploma atau sijil sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surat
Tawaran.

c) PELAJAR hendaklah menunjuk dan mencapai kejayaan yang memuaskan di dalam Pengajiannya.

d) PELAJAR tidak boleh menukar Pengajian dan/ atau tempat Pengajiannya ke universiti, kolej atau
institusi selain daripada yang ditetapkan oleh KERAJAAN tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada KERAJAAN.

e) PELAJAR tidak boleh melanjutkan tempoh dan/ atau menangguhkan Pengajian tanpa mendapat
kebenaran terlebih dahulu daripada KERAJAAN.

5.2 Memaklumkan Keputusan Peperiksaan

PELAJAR hendaklah melaporkan dengan segera kepada KERAJAAN, keputusan peperiksaan atau ujian
penggal, semester, tahunan atau akhir yang diduduki oleh PELAJAR sebaik sahaja keputusan peperiksaan
atau ujian tersebut diisytiharkan oleh universiti, kolej atau institusi yang berkenaan.

5.3 Tamat Pengajian

PELAJAR -

a) yang mengikuti Pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke
Malaysia dan melaporkan diri kepada KERAJAAN dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan
Pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak;

b) yang mengikuti Pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam Malaysia hendaklah melaporkan
diri kepada KERAJAAN dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan Pengajiannya sama ada dengan
jayanya atau tidak.


5.4 Disiplin

a) PELAJAR akan sentiasa mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib sebagaimana yang
berkuatkuasa di universiti, kolej atau institusi dari semasa ke semasa.

b) PELAJAR juga akan mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa ke atasnya dari semasa
ke semasa.

c) PELAJAR tidak boleh melakukan perbuatan salahlaku dalam apa cara jua pun yang pada pendapat
KERAJAAN mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik Malaysia.

Page 4/11
930308-06-5750

5.5 Hasutan dan Tunjuk Perasaan



Pelajar tidak boleh pada bila-bila masa dalam Tempoh Pengajiannya

a) mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana
tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk
perasaan yang pada pendapat KERAJAAN, adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau
sesuatu institusi pendidikan;

b) menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalam
menyediakan atau mengedarkan, sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat
oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang
pada pendapat KERAJAAN, adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi
pendidikan;

c) menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan, atau mengambil bahagian dengan apa-apa
cara dalam menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen atau lain-lain
bahan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu
institusi pendidikan;

d) membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana
tempat yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu
institusi pendidikan.

5.6 Menyertai Politik dan Pertubuhan

a) PELAJAR tidak boleh mengambil bahagian sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
kegiatan berunsur politik atau anti-kerajaan.

b) PELAJAR tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau
kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari KERAJAAN dan KERAJAAN,
mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu.

c) PELAJAR tidak boleh menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan
apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang tujuan atau kegiatan-kegiatan itu adalah,
pada pendapat KERAJAAN boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat
kelulusan bertulis dari KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi
atau tidak memberi kelulusan itu.

Page 5/11
930308-06-5750

5.7 Syarat-syarat Lain



a) PELAJAR tidak boleh melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau perbuatan yang boleh
menjejaskan Pengajiannya.

b) PELAJAR tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN
tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan Malaysia. Sekiranya PELAJAR telah
mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan dan kemudiannya telah diberitahu oleh KERAJAAN
bahawa kegiatan tersebut adalah tidak selaras dengan kepentingannya atau kepentingan Malaysia
maka PELAJAR hendaklah berhenti dengan serta merta daripada mengambil bahagian selanjutnya.

c) PELAJAR tidak boleh berkahwin tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada KERAJAAN
dan sekiranya dibenarkan, PELAJAR adalah terikat dengan semua syarat mengenai hal perkahwinan
yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.

d) PELAJAR tidak boleh menerima apa-apa biasiswa, dermasiswa, pinjaman atau apa-apa jua cara dan
bentuk bantuan kewangan lain bagi tujuan Pengajiannya.

e) PELAJAR tidak boleh sepanjang Tempoh Pengajiannya menerima dan membuat apa-apa pekerjaan
sama ada yang berpendapatan ataupun tidak, kecuali dengan kebenaran terlebih dahulu daripada
KERAJAAN.

f) PELAJAR bertanggungjawab untuk memulangkan apa-apa bayaran yang terlebih bayar oleh
KERAJAAN.

g) PELAJAR tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan PELAJAR ditamatkan
Pengajian dan/atau dibuang dari universiti, kolej atau institusi oleh pihak berkuasa universiti, kolej
atau institusi.

6. Berkhidmat dengan Kerajaan

6.1 PELAJAR yang telah menamatkan Pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak
KERAJAAN dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan
KERAJAAN atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lain sebagaimana yang diarah atau
dipersetujui oleh KERAJAAN.

6.2 PELAJAR yang disebut di subfasal 6.1, jika dikehendaki oleh KERAJAAN untuk berkhidmat dengan
KERAJAAN atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lain sebagaimana yang diarah atau
dipersetujui oleh KERAJAAN, dalam tempoh dua belas bulan kalendar daripada tarikh dia melapor
diri kepada pihak KERAJAAN atau tarikh memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik, yang mana
terkemudian, PELAJAR tersebut hendaklah mula berkhidmat dengan KERAJAAN atau Kerajaan
Negeri atau mana-mana badan lain sebagaimana yang diarah atau dipersetujui oleh KERAJAAN
dalam apa-apa jawatan yang sesuai dengan kelayakan yang diperolehi oleh PELAJAR dan terus
berkhidmat dalam pekerjaan bagi satu tempoh dan/ atau mengikut ketetapan yang dinyatakan di
Bahagian 5 Jadual kepada Perjanjian ini.
Page 6/11
930308-06-5750

6.3 Walau apa pun subfasal 6.2, PELAJAR yang terikat dengan apa-apa perjanjian Biasiswa Persekutuan
sebelum Perjanjian ini, hendaklah menyempurnakan syarat berkhidmat sebagaimana yang
diperuntukkan dalam perjanjian Biasiswa Persekutuan tersebut terlebih dahulu dan mulai habisnya
tempoh tersebut akan terus berkhidmat bagi satu tempoh dan/ atau mengikut ketetapan yang
dinyatakan di Bahagian 5 Jadual kepada Perjanjian ini.

6.4 Walau apa pun subfasal 6.1, 6.2 dan 6.3, KERAJAAN boleh dari masa ke semasa menetapkan
apa-apa syarat berkhidmat lain antara PELAJAR dengan KERAJAAN.

6.5 PELAJAR yang telah menamatkan Pengajian dan berkhidmat dengan KERAJAAN sama ada
mengikut subfasal 6.2 atau subfasal 6.3 atau subfasal 6.4 hendaklah mematuhi semua
peraturan-peraturan dan apa-apa undang-undang bertulis yang berkuat kuasa dari semasa ke
semasa.

7. Pelanggaran dan Penamatan Perjanjian

Sekiranya PELAJAR -
7.1 di dalam Tempoh Pengajiannya -
(a) ditamatkan Pengajian oleh pihak universiti, kolej atau institusi; atau

(b) melakukan pelanggaran kepada mana-mana peruntukan di dalam Fasal 5 Perjanjian ini,

7.2 selepas tamat Pengajian sama ada dengan jayanya atau pun tidak -
(a) gagal membayar balik Nilai Biasiswa; atau

(b) melakukan pelanggaran kepada mana-mana peruntukan di dalam Fasal 5 dan 6 Perjanjian ini,

7.3 dalam Tempoh Perkhidmatannya -
(a) dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan kerana salah laku, kecuaian, tidak
mengendahkan kewajipan-kewajipannya atau atas apa-apa sebab sekalipun yang
menyebabkan PELAJAR boleh dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan;

(b) enggan, atau oleh kerana salah lakunya sendiri menjadikan dirinya tidak sesuai berkhidmat
atau terus berkhidmat dengan pekerjaan tersebut selama masa tempoh yang dinyatakan
dalam Fasal 6.2 Perjanjian ini;

(c) semasa dalam Tempoh Berkhidmat, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan KERAJAAN
berhenti daripada atau meninggalkan perkhidmatan atau apa-apa pekerjaan lain yang telah
diarahkan atau dipersetujui oleh KERAJAAN di bawah Fasal 6.2 Perjanjian ini; atau

(d) telah melakukan apa-apa pelanggaran yang menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan oleh
KERAJAAN di bawah Fasal 7 Perjanjian ini,

Page 7/11
930308-06-5750

7.4 pada bila-bila masa, ingin menamatkan perjanjian lebih awal,



maka dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam Fasal 7.1, 7.2, 7.3 dan 7.4 itu, KERAJAAN boleh
menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu PELAJAR dan PENJAMIN
hendaklah bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris,
wasi-wasi, penerima-penerima serah hak, apabila diminta dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh
diminta oleh KERAJAAN

a) membayar balik kepada KERAJAAN sejumlah wang seperti yang dinyatakan di Bahagian 6
Jadual kepada Perjanjian ini; dan

b) semua kos dan perbelanjaan termasuk dan tidak terhad kepada kos guaman atas dasar
peguamcara-anakguam, untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik jumlah Biasiswa
Persekutuan yang telah dibayar kepada PELAJAR atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan
lain di bawah Perjanjian ini.

8. Walau apapun peruntukan lain di dalam Perjanjian ini, KERAJAAN boleh dengan memberi satu (1)
bulan notis secara bertulis kepada PELAJAR untuk menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi
apa-apa sebab, dan selepas tamat tempoh satu (1) bulan tersebut, maka Perjanjian ini adalah
terbatal dan dengan itu tanpa menyentuh hak-hak KERAJAAN di bawah Perjanjian ini, segala faedah
bagi dan tanggungan PELAJAR atau PENJAMIN di bawah Perjanjian ini adalah terhenti.

9. Walau apapun peruntukan dalam Perjanjian ini, KERAJAAN berhak meminda segala terma dan
syarat yang ditetapkan pada bila-bila masa sahaja dengan memberi notis bertulis kepada PELAJAR
dan PENJAMIN sebelum berkuatkuasanya notis tersebut dan PELAJAR serta PENJAMIN adalah
tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.


10. Alamat dan Penyerahan Notis

10.1 PELAJAR dan PENJAMIN adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada KERAJAAN melalui
notis bertulis, pertukaran alamat PELAJAR dan PENJAMIN, jika ada.

10.2 Sebarang notis bertulis dan/atau proses pemula mahkamah yang perlu dihantar kepada PELAJAR
dan PENJAMIN di bawah Perjanjian ini dianggap telah disampaikan dengan sempurna sekiranya ia
ditinggalkan di alamat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini atau dalam notis pertukaran alamat
atau alamat terakhir yang diketahui atau dihantar melalui pos berdaftar kepada mana-mana alamat
tersebut yang berkenaan.

10.3 Pengemukaan rekod rasmi yang mengandungi catatan bahawa notis bertulis, tuntutan dan/ atau
proses pemula mahkamah telah diposkan akan menjadi bukti penyerahan dokumen tersebut kepada
PELAJAR DAN PENJAMIN.

11. Masa sebagai intipati kepada Perjanjian

Masa di mana-mana disebut dalam Perjanjian ini adalah merupakan pati kepada perjanjian ini.

Page 8/11
930308-06-5750

12. Pindaan

Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

13. Pemakaian Undang-Undang

13.1 Perjanjian ini hendaklah dalam segala hal ditadbirkan dan ditentukan serta ditafsirkan berdasarkan
undang-undang Malaysia.

13.2 KERAJAAN berhak untuk memulakan prosiding berkenaan perlanggaran di bawah Fasal 7 Perjanjian
ini terhadap PELAJAR dan PENJAMIN di mana-mana mahkamah di Malaysia.

13.3 Pihak-pihak bersetuju dan mengiktiraf serta menerima sebagai muktamad segala keputusan dan
award oleh mahkamah Malaysia berkenaan sebarang pertikaian yang timbul dari Perjanjian ini.

[ Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong ]


Page 9/11
930308-06-5750

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah menurunkan di sini
tandatangan-tandatangan dan meteri-meteri mereka pada haribulan dan tahun yang mula tertulis di atas:


PELAJAR:
Tandatangan:
Nama: AINAA SYAFIQAH BINTI MOHD ALIAS
Di hadapan Saksi:
Tandatangan:
Nama:
Alamat:
Pekerjaan:
No. Kad Pengenalan:
Cop Rasmi:
PENJAMIN:
Tandatangan:
Nama: NORIZAH BINTI MUHAMAD
Di hadapan Saksi:
Tandatangan:
Nama:
Alamat:
Pekerjaan:
No. Kad Pengenalan:
Cop Rasmi:

KERAJAAN:
Tandatangan:
Nama:
Cop Rasmi:
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia

Di hadapan Saksi:
Tandatangan:
Nama:
Alamat:
Pekerjaan:
No. Kad Pengenalan:
Cop Rasmi:
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia

Page 10/11
930308-06-5750

JADUAL
(Dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini)
BAHAGIAN PERKARA BUTIR-BUTIR
1. Tarikh Perjanjian hb 20

2. PELAJAR Nama: AINAA SYAFIQAH BINTI MOHD


ALIAS
No. Kad Pengenalan: 930308-06-5750
Tarikh Lahir: 08/03/1993
Emel: rosasinensis_93@yahoo.com
Alamat:
NO.62,LORONG 3,TAMAN AMALINA,
JALAN LIPIS
27600 RAUB
PAHANG
3. PENJAMIN

Nama: NORIZAH BINTI MUHAMAD


No. Kad Pengenalan: 640711-06-5990
Tarikh Lahir: 11/07/1964
Emel:
Alamat:
NO.62,LORONG 3,
TAMAN AMALINA,JLN LIPIS
27600 RAUB,
PAHANG
4. Surat Tawaran Biasiswa
Persekutuan
No. Rujukan: JPA(I) 930308065750
Tarikh: 24/10/2012

5. Tempoh Kontrak Berkhidmat


Dengan Kerajaan:
(a) Tamat Pengajian dalam tempoh
tajaan;
dan
(b) Tempoh berkhidmat bertambah
selama setahun bagi perlanjutan
melebihi 6 bulan.

4 (Empat) Tahun

6. Jumlah Tuntutan:
(a) Tamat Pengajian dalam tempoh
tajaan;
atau
(b) Tamat Pengajian dengan
perlanjutan melebihi 6 bulan.

RM110,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Sepuluh Ribu
sahaja)
RM130,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh
Ribu sahaja)

..........................
t.tangan ringkas pelajar

..........................
t.tangan ringkas penjamin
Page 11/11