You are on page 1of 14

SISTEM KERAJAAN & PENTADBIRAN MALAYSIA ASMIL SUFIKAR AZILAH ROSMAH AM Malaysia kini mengamalkan sistem kerajaan demokrasi

okrasi berparlimen yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Negara kita merupakan sebuah persekutuan di mana kuasa pemerintahannya dibahagikan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Terdapat tiga peringkat pentadbiran iaitu: 1. Persekutuan; 2. Negeri;dan 3. Kerajaan tempatan SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara dan Raja Berperlembagaan Majlis Raja-raja terdiri daripada raja kesembilan buah negeri Melayu dan Yang Dipertua Negeri Melaka,Pulau Pinang,Sabah dan Sarawak.Fungsi2 Majlis yang utama ialah 1. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong 2. Pertimbangan perkara-perkara berkaitan dengan dasar-dasar negara. Kuasa Eksekutif dilaksanakan oleh Kabinet. Tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran harian dilaksanakan oleh kementeriankementerian dan jabatan-jabatan. Badan perundangan persekutuan atau parlimen mempunyai tiga komponen .iaitu,Yang diPertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat Dari segi hierarki,mahkamah-mahkamah awam terdiri daripada Mahkamah Persekutuan,Mahkamah Rayuan,dua buah Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak serta Mahkamah mahkamah Rendah. Ketua Kehakiman ialah Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

Ketua Audit Negara pula bertanggungjawab untuk mengaudit semua akaun agensi-agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri serta badan-badan lain yang mentadbirkan wang awam. Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan bagi memastikan pemberian layanan yang adil dan saksama di dalam aspek-aspek pengambilan dan kerjaya bagi anggota perkhidmatan awam. Suruhanjaya2 berkenaan bertanggungjawab bagi perkara-perkara pelantikan,kenaikan pangkat dan tatatertib. Terdapat lima suruhanjaya perkhidmatan iaitu: 1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2. Suruhanjaya Pasukan Polis 3. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang2 4. Majlis Angkatan Tentera 5. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Yang di-pertuan agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun31 Ogos 1957. Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang raja perlembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda oleh Perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong mempunyai keutamaan yang melebihi semua orang di Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana2 mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong melakukan sesuatu kesalahan semasa malaksanakan tugas rasminya,pihak yang terkilan boleh mendakwa dengan menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan. Baginda merupakan lambang kebebasan dan perpaduan negara. PEMILIHAN Yang di-Pertuan Agong dipilih dari kalangan Sembilan orang raja Melayu oleh Majlis RajaRaja mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga,Perlembagaan Malaysia.Namun begitu,Yang di-Pertua Negeri Sabah,Sarwak,Pulau Pinang dan Melaka adalah tidak berkelayakan membuat pemilihan ini. Setiap raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong,kecuali baginda belum cukup umur,atau sengaja tidak mahu dipilih,atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja

dengan undi sulit atau sebab2 kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana apa2 yang lain. Raja yang prtama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurangkurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan ini selama baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh jawatan oleh Majlis Raja-Raja. Isteri Yang di-Pertuan Agong digelar Raja Permaisuri Agong dan mempunyai keutamaan selepas Yang di-Pertuan Agong. KUASA EKSEKUTIF Terletak pada Yang di-Pertuan Agong.Namun demikian,baginda harus bertindak atas nasihat cabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Kabinet Yang di-Pertuan Agong berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan daripada Kabinet. HUBUNGAN DENGAN PARLIMEN Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga komponen Parlimen Bagind boleh memanggil,menangguh dan membubarkan Parlimen.Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberi ucapan dalam mana2 Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersesama. Rang undang2 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mendapat persetujuan(kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 66)Yang di-Pertuan Agong sebelum dijadikan undang2. HUBUNGAN DENGAN KEHAKIMAN Ketua Hakim Negara MahkamahPersekutuan,Hakim2 Besar Mahkamah Tinggi dan hakim2 lain Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,yang bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri,selepas berunding dengan Majlis Raja2. Baginda mempunyai kuasa mengampun segala kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera,segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka,Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan. TUGAS-TUGAS LAIN Yang di-Pertuan Agong merupakan Panglima Tertinggi angkatan Bersenjata dan Ketua Agama Islam bagi negeri2 Melaka,Pulau Pinang,Wilayah Persekutuan,Sabah,Sarawak dan negeri baginda sendiri.

Baginda juga bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. KUASA BUDI BICARA Mengikut Perlembagaan Persekutuan,Yang di-Pertuan Aging boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara,iaitu: Melantik seorang Perdana Menteri Tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja2 mengenai keistimewaan,kedudukan,kemuliaan dan kebesaran raja2. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBUAT OLEH YANG DI PERTUAN AGONG Tidak boleh dengan giatnya melibatkan diri dalam perniagaan Tidak boleh memegang jawatan bergaji Tidak boleh meninggalkan Malaysia selama tempoh yang melebihi lima belas hari kecuali dengan persetujuan Majlis Raja2 atau kerana membuat lawatan rasmi ke sebuah negara lain Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolument dari negeri yang baginda menjadi raja Tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai raja negerinya kecuali tugas2 sebagai Ketua Agama Islam,pindaan perlembagaan dan pelantikan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja. MAJLIS RAJA-RAJA Majlis Raja2 yang mula-mula ditubuhkan pada tahun 1984 terdiri daripada semua raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri. Tugas2 Majlis Raja2 adalah seperti berikut; i). Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong ii).Menimbangkan perkara2 berkaitan dengan dasar negara seperti dasar imigresen dan apa jua perkara lain yang difikirkannya patut; perubahan2 tentang

iii).Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa2 perbuatan,amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan; iv).Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa2 undang2 atau pelantikan yang menurut perlembagaan yang menurut perlembagaan yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja2 atau perundingan dengannya.

Semasa Majlis Raja2 membincangkan perkara2 berkaitan dengan dasar negara,Yang diPertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri manakala raja2 dan Yang Dipertua Negeri pula diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing2. Persetujuan Majlis Raja2 harus diperoleh bagi sesuatu undang2 yang mengubah sempadan sesebuah negeri atau berkaitan dengan kedudukan raja2,perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Mjlis Raja2 lazimnya bersidang tiga atau empat kali setahun.Setiausaha Majlis Raja2 ialah Penyimpan Mohor Besar Raja2 yang dilantik sendiri oleh Majlis tersebut. KETUA AUDIT NEGARA Dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatannya kecuali di alas an-alasan dan dengan cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan. Seseorang yang telah memegang jawatan Ketua Audit Negara boleh dilantik semula tetapi tidak boleh dilantik bagi apa2 jawatan lain dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri pada masa yang sama. KEBEBASAN KETUA AUDIT NEGARA Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menjamin kebebasan Ketua Audit Negara dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Ketua Audit Negara tidak bertanggungjawab kepada mana2 Menteri atau Badan Eksekutif.Beliau juga bebas daripada bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Peruntukan bagi saran Ketua Audit Negara dipertanggungkan kpd Kumpulan Wang Disatukan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA AUDIT NEGARA Untuk mengaudit dan membuat laporan mengenai akaun Persekutuan ,akaun negeri dan akaun pihak2 berkuasa awam dan badan2 lain yang mentadbirkan wang negara. Akaun2 berkenaan perlu diaudit utk memastikan bahawa perbelanjaan awam dibuat bagi maksud2 yang diluluskan oleh Parlimen dan dengan cara yang cermat,cekap dan berkesan. Terdapat 3 jenis pengauditan iaitu: a)Pengauditan Kewangan:

Pelaksanaan pengauditan kewangan bertujuan utk memberi pandangan sama ada penyata tahunan kewangan sesebuah agensi menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama. b)Pengauditan Pematuhan: Pelaksanaan pengauditan pematuhan bertujuan utk mngesahkan sama ada sesebuah agensi menjalankan aktiviti2 sebagaimana diperuntukkan oleh undang2 dan peraturan2 c)Pengauditan Prestasi Pengauditan prestasi melibatkan kajian serta penganalisaan program atau aktiviti tertentu di Kementerian/Jabatan dan agensi Kerajaan.Pengauditan tersebut menentukan sama ada objektif program atau aktiviti dicapai dan sama ada pelaksanaannya dijalankan secara cermat,cekap dan berkesan. Ketua Audit Negara mempunyai kuasa utk memeriksa,menyiasat dan mengaudit: a).Akaun2 Kerajaan Persekutuan dan Negeri b).Akaun2 mana2 kumpuln wang ditubuhkan secara berasingan oleh Persekutuan atau Negeri c).Akaun2 mana2 Badan atau Pihak Berkuasa Awam jika diperuntukkan oleh undang2 d).Akaun2 mana2 badan termasuk syarikat2 di bawah Akta Syarikat yang menerima geran atau pinjaman serta juga syarikat2 di mana lebih daripada separuh modal berbayarnya dipegang oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri e).Akaun2 mana2 pihak berkuasa jika Menteri Kewangan menghendaki Ketua Audit Negara mengauditnya bagi tujuan kepentingan awam. Beliau hendaklah menghantar laporan tentang akaun2 Kerajaan Persekutuan kepada Yang di-Pertuan Agong yg akan mengarahkan laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat. Laporan Ketua Audit Negara dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yg ditubuhkan di bawah2 peraturan2 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Laporan tentang akaun mana2 negeri serta pihak berkuasa awam yg menjalankan kuasa yg diberikan oleh undang2 Negeri hendaklah dihantar kpd Raja/Yang di-Pertua Negeri yg akan mengarahkan laporan iti dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri. SISTEM KERAJAAN NEGERI Kuasa eksekutif di peringkat negeri terletak pada Raja atau Yang Dipertua Negeri mengikut perlembagaan masing2. Kuasa eksekutif ini dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan(Exco) atas nama Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri dan mengandungi beberapa orang anggota ahli Dewan Undangan Negeri.Ia juga mengandungi 3 org ahli pegawai(ex-officio) yg terdiri daripada Setiausaha Kewangan Negeri dan Penasihat Undang2 Negeri. Di Sabah,Majlis Mesyuarat Kerajaan dipanggil Kabinet manakala di Sarawak badan ini dipanggil Majlis Tertinggi. Tugas2 pentadbiran harian negeri dilaksanakan jabatan2,pejabat2 daerah,kerajaan tempatan dan perbadanan2 awam. RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI Kesemua Sembilan buah negeri Melayu mempunyai Raja yang turun-temurun. Hak mewarisi takhta ditentukan oleh adat yang berbeza dari negeri ke negeri. Di semua negeri, Raja dikenali sebagai Sultan kecuali di negeri Perlis baginda dikenali sebagai Raja dan di Negeri Sembilan sebagai Yang Di-pertuan Besar. Keempat-empat buah negeri yang bukan negeri beraja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak pula mempunyai seorang Yang Dipertua Negeri yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong. Bertindak mengikut nasihat Seseorang Raja atau Yang Dipertua Negeri hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau seorang ahlinya biasanya Menteri Besar atau Ketua Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Majlis itu, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau perlembagaan negeri Raja atau Yang Dipertua Negeri merupakan sebahagian daripada badan perundangan negeri. Semua enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri hendaklah diperkenan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri sebelum dikuatkuasakan sebagai undangundang. Raja atau Yang Dipertua Negeri tidak menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri kecuali apabila memberi titah atau ucapan kepada ahli-ahlinya semasa istiadat rasmi. Seseorang Raja mempunyai kuasa mengampun segala kesalahan yang dilakukan dalam negeri baginda atas nasihat Jemaah Pengampunan. Kuasa mengikut budi bicara i. ii. Seseorang Raja boleh bertindak mengikut budi bicara baginda dalam menjalankan tugastugas berikut: melantik seorang Menteri Besar; tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Undangan Negeri

iii.

meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja sematamata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau mengenai perbuatan, amalan atau upacara agama Islam; apa-apa tugas sebagai Ketua Agama Islam atau mengenai adat istiadat orang Melayu; melantik waris atau waris-waris, permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja; melantik orang memegang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan tugas-tugas yang berkenaan dengannya; dan membuat peraturan mengenai balai-balai diraja dan istana.

iv. v. vi. vii.

Yang Dipertua Negeri boleh bertindak mengikut budi bicaranya dalam hal-hal pelantikan Ketua Menteri dan tidak mempersetujui permintaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kedaulatan Dan Imuniti Di Sisi Undang-undang Menurut Perkara 181 (2), tidak ada pembicaraan yang boleh dilakukan oleh mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifat peribadi baginda kecuali dalam Mahkamah Khas, Seseorang raja boleh juga didakwa atas sifat rasmi baginda dengan menamakan kerajaan negeri sebagai defendan. PEMBAHAGIAN KUASA ANTARA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Ini bertujuan untuk menjamin kelicinan perjalanan sistem persekutuan dan juga mengelakkan atau menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang mungkin timbul. Pembahagian kuasa berkenaan meliputi bidang-bidang perundangan, eksekutif, hal-ehwal tanah dan kewangan,

Kuasa perundangan Sebagai peraturan umum, Parlimen berkuasa untuk membuat undangundang bagi seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Dewan Undangan Negeri pula boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian negeri itu sahaja. Sepertimana dinyatakan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kuasa perundangan dibahagikan kepada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi manamana perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.

Dewan Undangan Negeri pula mempunyai kuasa untuk membuat undangundang bagi perkara-perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Perlu diambil perhatian bahawa Parlimen boleh meluluskan undang-undang mengenai perkara-perkara dalam Senarai Negeri bagi tiga tujuan vang, berikut: i. ii. iii. untuk melaksanakan sebarang perjanjian antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain atau keputusan sebarang badan antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; untuk memastikan keseragaman dalam undang-undang antara dua buah negeri atau. lebih, dan jika diminta sedemikian oleh manamana Dewan Undangan Negeri,

Walaubagaimanapun, Kerajaan Persekutuan mempunyai "keistimewaan" dalam Senarai Bersama. Sekiranya terdapat undang-undang Negeri yang berlawanan dengan undangundang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah dipakai dan undangundang negeri itu hendaklah terbatal setakat mana bercanggah dengan undang-undang Persekutuan itu. Menurut Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang ke atas sebarang perkara yang tidak disebutkan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Kuasa berkenaan dipanggil kuasa baki perundangan. Selain dari kuasa-kuasa di atas, Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah diberi kuasakuasa tambahan bagi menyesuaikan kemasukan mereka ke dalam Persekutuan. Melalui Akta Imigresen 1959/1963, Sabah dan Sarawak telah mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman dalam negeri-negeri itu. Ini bertujuan untuk mengelakkan penghijrahan penduduk Semenanjung Malaysia secara beramai-ramai ke Sabah dan Sarawak. Kuasa perundangan penting yang dikekalkan oleh Dewan Undangan Negeri adalah terhad kepada kemajuan sumber alam seperti tanah (termasuk melombong), pertanian dan perhutanan. Parlimen Persekutuan mempunyai kuasa perundangan ke atas kebanyakan perkara penting seperti kewangan, perdagangan dan perusahaan, pendidikan, pertahanan dan hal-ehwal luar negeri. Kuasa eksekutif Pembahaglan kuasa eksekutif antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaankerajaan Negeri adalah selari dengan bidang kuasa perundangan.

Pada umumnya, kuasa eksekutif Persekutuan tertumpu kepada Senarai Persekutuan. Sebaliknyaya, kuasa eksekutif Kerajaan Negeri meliputi Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Namun demikian, Perlembagaan Persekutuan membenarkan Kerajaan Persekutuan memperluaskan kuasa eksekutifnya bagi meliputi perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama untuk maksud-maksud yang tertentu Maksud-maksud tersebut, antara lain ialah: i. ii. iii. iv. v. menjalankan penyiasatan dan kajian, mengumpul perangkaan memberi nasihat dan bantuan teknik mengadakan kemudahan pendidikan; dan menjalankan pemeriksaan ke atas aktiviti mana-mana jabatan Kerajaan Negeri dengan tujuan membuat laporan kepada Kerajaan Persekutuan. Dalam menjalankan kuasa pemerintahan, Kerajaan Negeri hendaklah mematuhi undangundang Persekutuan yang berkuatkuasa di dalam negeri berkenaan serta menentukan bahawa kuasa eksekutif Persekutuan tidak disekat atau dihalang. Peruntukan-peruntukan ini bertujuan untuk memastikan perluasan kuasa eksekutif Persekutuan di peringkat negeri tidak terjejas oleh sebarang tindakan Kerajaan Negeri. Hal-ehwal tanah Hal-ehwal tanah berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Namun demikian, Kerajaan Persekutuan boleh, selepas berunding dengan Kerajaan Negeri, menghendaki kerajaan berkenaan memberi tanah (bukan tanah milik) kepadanya yang diperlukan bagi maksud-maksud persekutuan. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam hal-ehwal tanah adalah diperoleh melalui Majlis Tanah Negara yang terdiri daripada seorang menteri sebagai pengerusi, seorang wakil bagi setiap negeri dan wakil-wakil Kerajaan Persekutuan. Tugas utama Majlis ini ialah untuk menyediakan dari semasa ke semasa satu dasar negara bagi rnemperbaik dan, mengawal penggunaan tanah di seluruh persekutuan untuk maksud perlombongan, pertanian, perhutanan dan lain-lain Kuasa kewangan Sumber kewangan utama Kerajaan Persekutuan ialah: i. ii. cukai pendapatan individu dan korporat; cukai jalan;

iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

bayaran lesen dan permit; bayaran denda dan hukuman; duti harta pesaka; duti setem; duti atas keuntungan hartanah; duti eksport, import dan surtax; duti eksais; dan jualan dan pendapatan daripada sumber petroleum berbentuk royalti. faedah pelaburan;

Secara umum, Kerajaan Negeri bergantung kepada sumber kewangan Kerajaan Persekutuan kerana sumbersumber pendapatannya daripada hasil tanah, galian, cukai hiburan, zakat fitrah dan lain-lain adalah terhad. Kerajaan Persekutuan juga merupakan pihak berkuasa pencukai yang utama. Secara purata, kira-kira satu per empat daripada hasil Kerajaan Negeri datang daripada pemberian Kerajaan Persekutuan. Dua jenis pemberian yang wajib diberi kepada semua Kerajaan, Negeri pada tiap-tiap tahun ialah pemberian mengikut bilangan orang dan pemberian jalan raya berasaskan berapa batu panjangnya jalan raya negeri berkenaan. Bantuan-bantuan lain, yang boleh diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri ialah bantuan bagi maksud khas misalnya kekurangan hasil bagi menampung perbelanjann negeri, bantuan pembangunan dan bantuan menambah hasil negeri. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak diberi pemberian-pemberian khas tambahan yang tertentu. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak boleh mengenakan apaapa cukai kecuali dengan menurut kuasa undang-undang. Segala wang dan hasil yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan masing-masing dan dibelanjakan mengikut undang-undang perbekalan yang diluluskan setiap tahun. Kerajaan Negeri tidak boleh membuat pinjaman kecuali daripada Persekutuan atau bagi tempoh tidak melebihi lima tahun daripada sesebuah bank yang diluluskan bagi maksud itu oleh Kerajaan Persekutuan.

Sumber kewangan kerajaan negeri Menurut Perkara 110 Perlembagaan Persekutuan, sumber-sumber hasil yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. hasil dari kedai tuak: hasil dari tanah, lombong dan hutan; hasil dari lesen-lesen (kecuali lesen kereta dan pendaftaran perniagaan); duti hiburan; bayaran dalam mahkamah (kecuali mahkamah persekutuan): denda dan rampasan dalam mahkamah (kecuali mahkamah persekutuan); bayaran perkhidmatan oleh jabatanjabatan Kerajaan Negeri; hasil sewa harta Benda kerajaan,. terimaan-terimaan mengenai bekalan air, zakat, fitrah dan baitulmal; harta karun; dan faedah pelaburan

Selain sumber kewangan yang tersebut di atas, negeri Sabah dan Sarawak diberi sumbersumber tambahan hasil seperti berikut-. duti import dan duti eksais atas petroleum; duti eksport balak dan hasil hutan; duti eksport galian sehingga 10%; cukai jualan di negeri berkenaan; 30% hasil kastam selagi Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap perbelanjaan kesihatan; bayaran dari pelabuhan; dan bayaran lesen membawa penumpang/ barang mengikut jalan darat. Punca kewangan kerajaan negeri yang lain ialah pemberian kerajaan persekutuan dan pinjaman.

Semua wang yang diperoleh oleh kerajaan negeri hendaklah dimasukkan. ke dalam Kumpulan wang Disatukan Negeri. Wang ini hanya boleh dibelanjakan mengikut anggaran dan undang-undang perbekalan. Majlis kewangan negara Penyelarasan hal-hal kewangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dilaksanakan melalui Majlis Kewangan Negara. Majlis Kewangan Negara terdiri daripada: i. ii. iii. Perdana Menteri; Menteri-menteri lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Perdana Menteri: dan seorang wakil dan tiap-tiap negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Majlis Kewangan Negara dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Fungsi-fungsi utama Majlis Kewangan Negara ialah: i. ii. iii. iv. memperuntukkan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri; membincangkan rancangan pembangunan Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri; menentukan pemberian oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaankerajaan Negeri; dan membincangkan penyerahan kepada Kerajaan Negeri kesemua atau apaapa bahagian daripada pendapatan cukai atau bayaran persekutuan.

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA Setiap, negara moden memerlukan satu sistern, pentadbiran kerajaan yang cekap dan berkesan untuk memelihara keamanan serta melaksanakan usahausaha pembangunan sosioekonomi. Pentadbir-pentadbir awam memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara memandangkan mereka bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran harian serta terlibat dalam proses pembentukan dan pelaksanaan dasardasar awam. Malahan pentadbir-pentadbir awam tidak bertukar mengikut kerajaan yang memerintah. Tegasnya, masa depan sesebuah negara amat bergantung kepada sistem pentadbiran yang sedia wujud. Seperti yang akan ditunjukkan dalam Rajah 02, terdapat tiga peringkat pentadbiran kerajaan di Malaysia iaitu: i. pentadbiran peringkat persekutuan;

ii. iii.

pentadbiran peringkat negeri; dan pentadbiran peringkat kerajaan tempatan.

rajah 02.Sistem pentadbiran kerajaan malaysia i. ii. iii. Di Semenanjung Malaysia,pentadbiran negeri pula boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: Daerah.. Mukim; dan Kampung.

Pentadbiran negeri Sarawak dibahagikan kepada empat peringkat iaitu: i. ii. iii. iv. Bahagian; Daerah; Daerah Kecil; dan Kampung.

Pentadbiran negeri Sabah pula dibahagikan kepada dua peringkat iaitu: i. ii. Daerah; dan Kampung. Kerajaan Tempatan merupakan suatu perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Namun demikian, ia merupakan sebuah peringkat kerajaan yang berasingan memandangkan ia mempunyai kuasa dan autonomi dalam berbagalbagai perkara.

Di peringkat tersebut, badan yang memegang kuasa eksekutif ialah Pihak Berkuasa Tempatan iaitu sama ada Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah ? SEKIAN DAN TERIMA KASIH