KESAN KONFRONTASI INDONESIA-MALAYSIA Aspek Politik Antara kesan daripada peristiwa Konfrontasi yang berlaku di antara pihak

Malaysia dan Indonesia ialah menerusi hubungan politik yang dijalinkan antara kedua-dua pihak ini. Secara keseluruhannya, hubungan antara Malaysia dan Indonesia telah menjadi lebih mesra dan baik.
1

Hal ini kerana persepakatan untuk menamatkan konfrontasi yang telah pun dilakukan antara

wakil dari pihak Malaysia dan Indonesia itu sendiri. Di tambah pula dengan tawaran Malaysia untuk menaja Indonesia untuk menyertai semula Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Walau bagaimana pun, masih lagi terdapat sentimen anti-Malaysia yang sukar dihilangkan bagi sesetengah pihak yang tidak senang dengan penamatan konfrontasi ini iaitu presiden Indonesia itu sendiri iaitu Sukarno serta Republik Rakyat China (RRC) yang masih lagi menentang kepada pembentukan Malaysia serta penamatan kepada konfrontasi yang telah dipersetujui bersama.2 Buktinya, Sukarno masih lagi enggan untuk mengiktiraf Perjanjian Bangkok itu dan hanya mengiktiraf jika mendapat pungutan suara yang diadakan di Sabah dan Sarawak. Sikapnya itu telah mengundang kemarahan dan tentangan daripada banyak pihak seperti golongan pelajar yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu. Malahan, beberapa pertubuhan Islam yang bergabung di bawah parti Nadhatul Ulama juga mendesak Majlis Permusjawaratan Rakyat Sementara untuk memecat Sukarno sebagai ketua negara. Selain itu akhbar-akhbar di Indonesia juga telah melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Sukarno yang enggan mengiktiraf kewujudan Malaysia. Akan tetapi tindakan Sukarno itu sendiri sedikit pun tidak menjejaskan perhubungan yang dijalinkan oleh Malaysia dan Indonesia. Hal ini kerana kuasa pemerintahan Indonesia kini telah beralih tangan iaitu daripada Sukarno kepada Jeneral Sukarno yang merupakan Pengerusi kepada Kabinet Presidium.3 Para pemimpin tentera sememangnya tidak bersetuju dengan tindakan Sukarno itu serta telah menegaskan bahawa ucapan Sukarno itu tidak akan menghalang Order Baru yang bertujuan untuk memperbaiki hubungan dingin Malaysia dan Indonesia.
1

Kunaseelan a/l Muniandy (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 236 2 Ibid. Hlm. 238 3 Joseph Chin Yong Liow (2008). The Politics of Indonesia-Malaysia Relations: One Kin, Two Nations. New York: Routledge Taylor and Francis Group. Hlm. 119

Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. dalam pertengahan usaha untuk membaik pulih hubungan dua buah negara ini. pengeluaran dan pengangkutan yang tergendala sewaktu berlakunya konfrontasi itu. namun begitu. Selain itu juga. Malaysia ini telah memansuhkan larangan perdagangan Barter dengan Indonesia dengan syarat tertentu yang dipersetujui. malahan untuk hubungan lain seperti perkhidmatan pos. sahaja untuk pemulihan jalan untuk perdagangan. Ekonomi Kesan daripada penamatan konfrontasi ini dapat juga dilihat daripada aspek ekonomi. Hlm. tindakan pemimpin tentera ini telah ditentang pula oleh RRC. 39 Ibid. Namun begitu. apabila Presiden Suharto membuat kunjungan ke Malaysia. Selain itu. telegraf.Mereka juga telah membuat rundingan mengenai pembebasan tahanan Konfrontasi Indonesia di Malaysia. 241 6 Ibid. pejabat perhubungan Malaysia di Jakarta telah ditukar menjadi pejabat kedutaan Malaysia. maka banyak aspek dapat diperbaiki seperti daripada segi ketenteraan serta keselamatan.4 Dengan tamatnya konfrontasi ini. Sehubungan dengan itu Malaysia telah berunding dengan Indonesia mengenai isu pengimportan 4 5 Kunaseelan a/l Muniandy (1996). Sebuah mesyuarat pada akhir November 1956 bukan. Dengan perlantikan Presiden walaupun hanya sebagai pemangku telah dapat menunjukkan kesan yang positif dalam hubungan yang cuba dijalinkan ini. pada 17 Mac 1970. Hal ini telah mengukuhkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Indonesia. pada hari kemerdekaan Malaysia. Di samping itu. Malahan. muncul sedikit masalah yang melibatkan isu pengawalan imigresin di sempadan kawasan Borneo.6 Oleh itu. Malaysia dan Indonesia telah membuat persetujuan mengenai pertukaran pekerja untuk menempatkan pekerja Indonesia di Malaysia dan pekerja Malaysia di Indonesia. Namun begitu. pihak Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam meningkatkan hubungan dalam bidang pengangkutan seperti penerbangan dan pengangkutan laut seperti feri. Adam Malik bersama Tun Abdul Razak telah menandatangani Perjanjian Persahabatan serta Perjanjian Pembahagian Wilayah bersama Indonesia. 257 .5 Hal ini kerana Indonesia telah mengumumkan hubungan diplomatik sepenuhnya bersama Malaysia pada pertengahan tahun 1967. telefon. kedua-dua negara ini telah berunding dalam pelbagai bidang seperti komunikasi dan kebudayaan. Hlm. Hlm.

Tambahan lagi. malah telah menggantikannya dengan rancangan yang berbentuk pemulihan hubungan antara Malaysia dan Indonesia seperti dalam aspek kebudayan. 261 9 Ibid. Hlm..9 Malaysia juga berusaha untuk berunding dengan Indonesia ini tentang kerjasama dalam bidang komunikasi dan penyiaran serta perfileman.. semasa selepas tamatnya konfrontasi antara dua buah negara ini. 8 Selepas pulihnya hubungan dua buah negara ini. radio di Indonesia telah pun mula menghentikan siaran rancangan yang berbentuk anti-Malaysia. Hlm. akhbar Daily News Bulletin juga telah membuka cawangannya di Jakarta pada Ogos 1967 yang bertujuan untuk menunjukkan tanda kerjasama dan meningkatkan kesefahaman dengan Malaysia. malahan pihak Indonesia telah mendapat manfaat hasil daripada perdagangan dua hala yang dijalinkan antara kedua belah pihak selepas Perjanjian Asas tentang Hubungan Perdagangan dan Ekonomi ditandatangani pada bulan Julai 1967. kerjasama dalam hal ehwal perdagangan adalah semakin meningkat. pihak media akhbar juga telah menunjukkan sokongan mereka terhadap hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia. 270 . Di samping itu. Contohnya. Sosial Bagi aspek hubungan sosial pula dapat dilihat dari bidang komunikasi dan penyiaran. Perjanjian ini juga meliputi pelbagai aspek seperti perdagangan. 270 Ibid.. 7 8 Kunaseelan a/l Muniandy (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. Hlm.7 Malahan isu perikanan juga dapat diselesaikan yang berpunca daripada sikap nelayan Malaysia yang telah menangkap ikan di kawasan perairan yang melebihi sempadan Borneo.tenaga buruh dari Indonesia yang akan ditempatkan di Malaysia untuk ditempatkan di pelbagai sektor dengan menandatangani perjanjian Buruh pada bulan Mac 1968. Malaysia juga telah berusaha untuk meningkatkan hubungan ekonomi bersama Indonesia mengenai perdagangan bijih timah dan getah di mana Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama demi menjaga kestabilan harga bahan mentah ini disebabkan kedua-dua buah negara ini yang merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah dalam perdagangan di dunia. Malahan. kerjasama ekonomi dan teknikal dalam pelbagai bidang.

Hlm.13 Oleh hal yang demikian. 265 12 Ibid. pihak Indonesia juga telah bersedia menerima pelajar dari Malaysia yang berkelulusan High School Certificate untuk menyambung pelajaran di universiti di Indonesia dalam bidang perubatan. A. wujudnya satu aspek baru 10 11 Kunaseelan a/l Muniandy (1996). selepas usaha damai dan konfrontasi di tamatkan. pada Ogos 1966. 271 . mengumumkan keputusan tersebut selepas berunding di Kuala Lumpur. Prof. kedua-dua wakil negara ini telah bersetuju untuk bekerjasama mengatasi masalah ancaman penyakit malaria. mengadakan pertukaran doktor. kedua-dua buah negara ini tidak pernah mempunyai kerjasama dalam hubungan keselamatan. Selain itu juga. 266 13 Ibid. Mereka akan menyambung pelajaran di sana atas biayaan sendiri atau dengan tajaan oleh Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA). Hlm. pihak Indonesia juga telah memberikan kerjasama dalam aspek pertukaran guru oleh kerana pada ketika itu.14 Hal ini disebabkan isu konfrontasi yang telah berlaku sebelum ini dan ianya melibatkan pihak ketenteraan. Dalam kerjasama tersebut. 263 Ibid.Dalam bidang pendidikan pula. di Malaysia telah kekurangan guru dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerana guru-guru di Malaysia kurang terlatih untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Melayu.11 Dalam pada masa yang sama. Namun. Aspek Hubungan Keselamatan Aspek ini adalah merupakan aspek yang baru jika dilihat pada sebelum ini. Hlm. negara Malaysia juga telah mengadakan hubungan kerjasama dengan pihak Indonesia menerusi aspek kesihatan. 269 14 Ibid. Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. Hlm. G. pensyarah perubatan serta jururawat. Jubir dan Menteri Kesihatan Indoneisa. Hlm. Tan Sri Sardon Hj. Siwabessy. Tan Sri Syed Nasir telah membuat rundingan mengenai usaha menyamakan sistem ejaan bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia dalam lawatannya ke Indonesia. banyak perkara yang telah diberi kerjasama dan rundingan antara Malaysia dan Indonesia.10 Antaranya ialah mengenai sistem ejaan yang telah diselaraskan dengan ejaan rasmi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.12 Selain daripada itu. Menteri Kesihatan Malaysia pada ketika itu. serta rundingan akhir yang telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka itu sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila pada September 1966. pergigian dan juga teknik dan vokasional.

Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970.15 KESIMPULAN Pada mulanya. Mereka juga akan menempatkan pasukan tentera masing-masing di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan sebagai langkah untuk menghapuskan ancaman komunis. pihak Indonesia juga telah mengumumkan untuk mengundurkan tenteranya dari Borneo pada Oktober 1966. Oleh itu. Pada 16 Ogos 1966. Hlm. Namun begitu. selepas Malaysia telah menyuarakan hasrat untuk menggabungkan semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak telah menimbulkan konflik di antara negara Malaysia dan Indonesia. 273 . banyak hubungan kerjasama antara kedua buah negara ini telah diteruskan dalam pelbagai aspek yang dapat memberi manfaat kepada kedua buah negara ini. pada 10 Mac 1967. Malaysia dan juga Indonesia telah menandatangani Peraturan Keselamatan Kawasan Sempadan di Kuala Lumpur bagi menghadapi musuh bersama. kedua-dua negara telah pun menyatakan persetujuan mereka untuk membentuk Suruhanjaya Bersama bagi menyelesaikan masalah keselamatan di Malaysia dan Indonesia demi meningkatkan kerjasama antara dua belah pihak. 15 Kunaseelan a/l Muniandy (1996). hubungan antara negara Malaysia dan Indonesia adalah baik. Namun begitu. Di tambah pula dengan pengaruh dalaman dan luaran yang telah menjadi pencetus kepada berlakunya Konfrontasi Malaysia dan Indonesia ini. sikap professional pihak Indonesia iaitu bagi pihak Presiden Suharto yang telah Presiden Sukarno telah membantu dalam mengatasi dan menamatkan Konfrontasi ini daripada berlarutan. Malahan. Malaysia dan Indonesia telah menghadapi suatu ancaman daripada Clandestine Communist Organisation (CCO) di sempadan bersama di Borneo serta masalah kegiatan lanun di kawasan Selat Melaka. Rentetan daripada itu. Konfrontasi ini juga telah melibatkan banyak pihak luar termasuklah pihak Barat untuk masuk campur dalam menyelesaikan permasalahan ini.yang diberi penekanan melalui pemurnian lagi hubungan kedua belah pihak ini. Kedua-dua buah negara ini saling bergantungan antara satu sama lain di mana kedua-dua negara menghadapi ancaman yang sama.