Pengajian Sosial 1 2.0 Alam Sekitar Fizikal 2.1 Sistem Bumi 2.1.

1 Konsep sistem Sistem bumi merupakan gabungan fenomena semula jadi dan manusia sebagai satu set komponen yang saling berhubungkait serta bertindak bersama untuk mencapai sesuatu proses. Sistem mempunyai : a. sempadan – had pada satu-satu sistem b. elemen – komponen-komponen yang terdapat dalam sesuatu sistem c. atribut – sifat-sifat utama elemen atau ciri-ciri fizikal seperti gradien, cerun, tekstur tanih dan kepadatan saliran d. perhubungan – bagaimana elemen-elemen ini berhubung bersama untuk mencapai sesuatu proses

komponen komponen

komponen

Rajah 1.1 : Sistem ialah satu pengumpulan komponen-komponen yang berkaitan Jenis-jenis sistem 1. Sistem pencil Sistem ini diasingkan dari kawasan sekelilingnya dan tidak mengalami pemindahan tenaga atau jisim. Biasanya keadaan ini didapati melalui penyelidikan dalam makmal. 2. Sistem tertutup Sistem ini terbuka untuk pertukaran tenaga tetapi tertutup terhadap pertukaran jisim seperti bumi menerima tenaga solar daripada matahari tetapi tidak menerima jisim daripada matahari 3. Sistem terbuka Sistem ini terbuka terhadap pertukaran jisim dan tenaga. Hampir kesemua sistem biologi adalah sistem terbuka. Contohnya, pokok
1

00 km sejam.2 : ciri-ciri bumi sebagai sfera ii.25 hari (satu tahun) dengan kelajuan purata 107. Ciri-ciri bumi sebagai sfera i. 2.2 Kedudukan Bumi Dalam Sistem Suria a. iaitu 66. 2 .5˚ dari datah gerhana. Paksi bumi Paksi bumi merupakan satu garisan yang menembusi bahagian tengah bumi. Peredaran bumi pula menghasilkan empat musim.280.1.. Peredaran bumi Bumi beredar mengelilingi matahari dalam satu orbit yang berbentuk hampir bulatan ataupun bujur. Kuasa “tolak dan tarik” antara bumi dan matahari menghasilkan peredaran ini. Rajah 1. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perbezaan musim dalam satu-satu tahun di kawasan-kawasan tertentu. Masa yang diambil untuk melengkapkan satu peredaran ialah selama 365.meresap air bawah tanah (input jisim melalui akarnya lalu dipindahkan ke batangnya dan ke daun lalu dilepaskan ke atmosfera sebagai wap air (output jisim) melalui proses transpirasi. iaitu dari utara ke selatan. Kedudukan bumi di atas paksinya adalah berkeadaan condong.

apabila matahari tegak di Garisan Jadi. Kedudukan matahari tengah hari bersudut tepat di Garisan Sartan. Pada 23hb September terdapat ekuinoks musim luruh. Kawasan hemisfera utara mengalami musim bunga sementara kawasan hemisfera selatan mengalami musim luruh. Pada 21hb Mac . Pada 22hb Disember. Kawasan hemisfera utara mengalami musim luruh sementara kawasan hemisfera selatan mengalami musim bunga. Kawasan hemisfera utara mengalami musim sejuk sementara kawasan hemisfera selatan mengalami musim panas.Peredaran bumi dan empat musim Pada 22hb Disember terdapat solstis musim dingin. kedudukan matahari tengah hari bersedut tepat di Garisan Jadi. Rajah 1. Kawasan hemisfera utara mengalami musim panas sementara kawasan selatan mengalami musim dingin. Kedudukan matahari bersudut tepat di Garisan Khatulistiwa.3 : Peredaran bumi dan empat musim di kawasan sederhana Waktu siang malam yang berbeza Peredaran bumi mengelilingi matahari pada paksi yang condong juga menyebabkan perbezaan waktu siang malam di sesuatu kawasan kecuali di kawasan sepanjang Garisan Khatulistiwa. Pada 21hb Jun terdapat solstis musim panas. Kedudukan matahari pada tengah hari bersudut tepat di Garisan khatulistiwa. semua kawasan di hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang 3 . terdapat ekuinoks musim bunga.

jarak bumi dari matahari adalah lebih kurang 147 juta km dan dikenali sebagai waktu perihelion.daripada waktu malam. Apabila matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa pada 21hb Mac dan 23hb September. Putaran bumi Bumi berputar dari arah barat ke timur. Pada 3hb Januari. apabila matahari berada tegak di Garisan Sartan. Sebenarnya objek ini tidak dipesongkan tetapi nampak dipesongkan disebabkan oleh pergerakan sistem koordinat itu. semua kawasan di hemisfera utara mengalami siang yang lebih panjang daripada waktu malam. Satu putaran yang lengkap mengambil masa selama 24 jam. atau lebih tepat lagi ialah 23 jam 56 minit dan 4. Keadaan sebaliknya pula berlaku di semua kawasan di hemisfera utara.000 tahun. iaitu lebih daripada 17. Pada 21hb Jun.7 juta km dalam kitaran yang memakan masa selama 100. seluruh dunia akan mengalami 12 jam waktu siang dan 12 jam waktu malam.099 saat. 152.5 juta km dan dikenali sebagai waktu afelion. Pada 4hb Julai. Kuasa koriolis Kuasa koriolis ialah satu objek seolah-olah dipesongkan semasa objek itu bergerak dalam lingkungan satu sistem koordinat yang sedang berputar.Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan jarak bumi dari matahari pada waktu-waktu tertentu. kedudukan bumi dari matahari adalah pada jarak yang paling jauh. Perubahan jarak mengikut kitaran ini bertanggungjawab mewujudkan pusingan zaman glasier dan zaman antara glasier. Jarak bumi dari matahari Orbit bumi mengelilingi matahari bukanlah dalam bentuk yang betul-betul bulat. Keadaan sebaliknya pula berlaku di hemisfera selatan.4 : Jarak bumi dari matahari Struktur orbit bumi mengelilingi matahari didapati tidak tetap dan mengalami perubahan yang nyata dalam jangka masa yang panjang. iii. 4 .5 juta km M B B B B B 147juta km perihelion B B B Afelion Rajah 1. iaitu lebih kurang 152.Putaran bumi menghasilkan malam dan siang.

Tenaga radiogenetik ini menggerakkan perolakan 5 . 2. luluhawa 2. -Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. proses degradasi 2. Fenomena ini menyebabkan arah tiupan angin di hemisfera utara dipesong ke arah kanan . Kawasan berlatitud tinggi juga mengalami pembiasan angin yang lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berlatitud rendah. Tenaga eksogenik -Proses-proses yang berlaku di atas permukaan bumi boleh dibahagikan kepada dua kategori.3 Konsep tenaga Definisi Tenaga -Tenaga ialah keupayaan untuk membuat kerja. Pemusnahan landskap dipanggil degradasi dan proses ini melibatkan tiga proses iaitu: 1. Tenaga endogenik -Tenaga ini didapati di bawah permukaan bumi seperti tenaga tarikan graviti dan tenaga radiogenetik seperti pereputan nukleus atom galian uranium dan kalium. pengangkutan -Proses-proses eksogenetik memerlukan agen-agen hakisan seperti air yang mengalir. ais atau glasier yang bergerak dan tiupan angin. Kawasan di sepanjang Garisan Khatulistiwa tidak ada pesongan angin kerana kuasa kariolis bernilai sifar. Unit ukuran tenaga ialah cara Btu. hakisan 3.1. proses aggradasi -Proses aggradasi ialah proses yang membina dan proses degradasi merupakan proses yang memusnahkan apa yang telah dibina. joule dan kalori.Magnitud pesongan angin global mempunyai perhubungan secara langsung dengan halaju angin dan kedudukan latitud. Jumlah besar tenaga sesuatu sistem tidak berubah tetapi boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain. Halaju angin yang tinggi akan dipesongkan dengan banyak. Tenaga ialah sesuatu kuasa yang menggerakkan sesuatu objek pada sesuatu jarak. iaitu: 1. -Tenaga diukur dengan berapa banyak kerja yang ia dapat dilakukan semasa ia ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain. Sementara itu arah tiupan angin di hemisfera selatan dipesong ke kiri.

Akhirnya. jumlah tenaga asal yang terdapat dalam bijian jagung mesti bersamaan dengan amaun tenaga yang diagihkan dalam bentuk lain seperti dalam bentuk tenaga kimia dalam tisu tumbuhan dan haiwan. udara. Bentuk/Jenis tenaga utama 1. air. Tenaga ini disimpan akibat daripada tarikan graviti bumi pada objek ini. roller-coaster dan kincir air.arus magma bumi ke atas untuk proses pergerakan plat tektonik yang menyebabkan tekanan mampatan. Tenaga matahari disimpan dalam bentuk tenaga kimia dalam tisu bijian jagung. tanah dan nutrien tanih melalui proses fotosintesis untuk menghasilkan jagung. lipatan dan tegangan. Sebahagian tenaga jagung disimpan dalam tisu ayam. Ayam menggunakan sebahagian tenaga daripada jagung untuk proses respirasi dan mendapat tenaga untuk pertumbuhan serta pergerakan. Semakin tinggi kedudukan sesuatu objek semakin tinggi tenaga potensinya. sebahagian tenaga yang didapati digunakan untuk proses respirasi untuk mendapat tenaga untuk pertumbuhan dan pergerakan dan jika seseorang kurang menggunakan tenaga. Tenaga keupayaan elektrik -Tenaga elektrik didapati wujud dalam 2 bentuk. Jagung dituai dan digunakan sebagai hanan makanan untuk binatang ternakan seperti ayam.0 Tenaga Keupayaan -Tenaga keupayaan ialah tenaga tersimpan -Formula tenaga keupayaan : E = FH di mana’ E : Tenaga keupayaan F : Force/kuasa tenaga graviti dalam Newton H : Ketinggian (meter) -Jenis-jenis tenaga potensi/keupayaan adalah seperti berikut: Tenaga keupayaan tarikan graviti/kedudukan -Tenaga sesuatu jasad disebabkan oelh kedudukannya di ruang. Hukum Keabadian Tenaga Tumbuhan jagung menggunakan tenaga matahari. dalam bentuk tenaga baha yang dibebaskan semasa proses respirasi dan dalam bentuk gas CO2. iaitu a. Tenaga keupayaan boleh didapati dalam tenaga kuasa hidro elektrik. elektrik arus 6 . -Tenaga yang disimpan dalam sesuatu objek akibat dari kedudukan tegaknya. CO2. elektrik statik b. Kemudian ayam ini dimakan oleh manusia. tenaga lebihan ini disimpan dalam bentuk lemak dalam badan manusia.

-Elektrik statik ialah sesuatu bahan boleh dicaskan dengan menggosokkan bahan ini dengan bahan lain yang sesuai. ketinggian empangan menentukan nilai tenaga keupayaan air. Garisan medan magnet lebih rapat di kutub dan oleh itu tenaga magnet lebih kuat berhampiran kawasan kutub. 7 . Tenaga keupayaan kuasa hidro -Di kawasan empangan air. Jadi daya tarikan dan daya tolakan ini ialah daya keupayaan elektrostatik. Tenaga keupayaan elastik -Tenaga yang tersimpan apabila sesuatu spring ditegangkan atau sesuatu jasad yang telah ditegangkan atau dimampatkan. bumi dan planet-planet lain mempunyai medan magnet dan oleh itu mempunyai kutub magnet utara dan kutub magnet selatan. Sesuatu jasad yang mempunyai struktur molekul yang berupaya menahan kuasa tolakan dan tarikan dan mempunyai keuapayaan balik ke bentuk asalnya jika kuasa yang menekannya dibebaskan. Tenaga keupayaan magnetik -Matahari. Jasad yang bercas sama menolak antara satu sama lain. -Arus elektrik mengalir dari kawasan berpotensi tinggi (Kutub positif) ke kawasan yang berpontensi rendah (kutub negatif) tetapi sebenarnya elektron (-) mengalir dari kutub negatif ke kutub positif. -Tenaga magnet bumi ini merupakan satu tenaga keupayaan kerana elektron angin solar boleh dipesongkan oleh tenaga magnet ini ke kawasan kutub untuk membentuk satu fenomena yang dinamakan aurora. -Jasad yang tidak bercas boleh ditarik oleh jasad yang lain. Magnet bumi mempunyai Kutub Utara dan Kutub Selatan. Jasad yang berlainan cas menarik antara satu sama lain. Tenaga keupayaan nuklear -Tenaga yang terdapat dalam atom dan dibebaskan semasa reaksi nuklear. Tindakan reaksi nuklear ini berlaku di matahari dan juga dalam galian seperti uranium dan plutonium. Apabila air ini dilepaskan untuk memusingkan turbin. tenaga keupayaan air ini ditukar kepada bentuk tenaga kinetik dan turbin menukarkan tenaga kinetik air kepada tenaga elektrik. Medan magnet wujud akibat dari pergerakan magma cecair di teras bumi yang mengandungi besi dan nikel untuk mewujudkan satu dinamo hidro di teras bumi.

apabila kayu dibakar. Apabila kita memanaskan sesuatu bahan. Tenaga keupayaan ini dibebaskan apabila bahan kimia ini dibakar atau melalui satu tindakan kimia seperti bahan pada petrol apabila dibakar dalam kenderaan akan membebaskan tenaga untuk menggerakkan enjin. Tenaga kinetik juga dikatakan sebagai tenaga untuk bekerja ( working energy) -Formula tenaga kinetik : E = ½MV² di mana. kitar menggerakkan partikel-partikel itu. tenaga keupayaan dibebaskan.2 Tenaga kinetik terma/haba -Pada suhu 0˚ hingga -273˚C. udara juga mengikut rentak getaran itu. 2. Jadi tenaga yang dibebaskan ini wujud dalam bentuk cahaya. melalui proses respirasi (sejenis pembakaran dalam badan kita) tenaga kimia dalam makanan dapat dibebaskan untuk proses tumbesaran dan pergerakan.0 Tenaga Kinetik -ialah tenaga pergerakan atau tenaga pada sesuatu jasad yang bergerak. iaitu apabila benang gitar digetarkan. Apabila ikatan molekul dipecahkan. Tenaga kimia ini disimpan dalam ikatan molekul bahan kimia. Tindakan kimia yang membebaskan haba dikatakan eksotermik dan juga eksergonik (exergonic) kerana tindakan ini juga membebaskan tenaga. makanan yang kita makan. 8 .1 Tenaga kinetik bunyi -Tenaga ini bersifat tenaga getaran partikel-partikel. Sebagai contoh.Tenaga keupayaan kimia -Tenaga keupayaan kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam molekul bahan kimia. Makanan yang kita makan mempunyai tenaga keupayaan kimia yang tersimpan dan tenaga ini akan dibebaskan melalui proses respirasi. haba dan bunyi. Semakin cepat sesuatu jasad bergerak semakin tinggi tenaga kinetiknya. E : Tenaga kinetik M : Jisim/keberatan objek yang bergerak (kg) V : Halaju objek itu (meter per saat) -Jenis-jenis tenaga kinetik: 2. partikel-partikel tidak bergetar. tenaga cahaya api boleh dilihat dan tenaga bunyi semasa kayu membakar boleh didengar. Contohnya. tenaga haba boleh dirasa (kepanasannya). Gelombanggelombang getaran ini sampai ke telinga kita lalu menggetarkan gegendang telinga kita. 2.

33 minit untuk sampai ke permukaan bumi. Peranan tenaga kepada sistem bumi a. Tenaga bergerak dari matahari ke permukaan bumi dalam bentuk gelombang sinaran dan boleh dipindahkan melalui satu ruangan kedap. Tenaga dari bahagian teras matahari adalah panas. 28% helium dan 2% unsur-unsur lain menghasilkan tenaga haba melalui proses pelakuran nuklear (2 atom hidrogen bergabung menjadi helium).Partikel-partikel dalam ais juga bergetar.3 Tenaga kinetik cahaya -Tenaga cahaya ialah pergerakan proton (+) seperti gelombang radio (AM.. -Tenaga cahaya yang jatuh ke atas satu permukaan boleh dipantul balik oleh permukaan itu.000. hijau. boleh diserap atau menembusi permukaan itu. benua dan atmosfera. Tenaga matahari bergerak dalam bentuk gelombang elektromagnet dengan kelajuan 3. -Cahaya yang boleh dilihat ialah sebahagian daripada sepktrum elektromagnetik. 9 . Suhu permukaan matahari adalah lebih kurang 6000˚C. biru. jingga. Tenaga ini sampai ke permukaan matahari melalui bahangan dan perolakan hidrogen. TV). iaitu merah. gelombang mikro (microwave) dan pancaran X. -Gelombang ultra-ungu yang lebih pendek boleh menyebabkan penyakit kanser kulit dan menjadikan kulit kita gelap. kuning. Tenaga matahari dan kerpasan -Edaran hidrologi ialah proses yang digerakkan oleh tenaga matahari. Matahari sebagai sumber tenaga -Matahari mengandungi 70% hidrogen. Ia merupakan satu edaran air yang saling berkait antara lautan. -Cahaya yang bergelombang panjang bertenga rendah ini boleh diresap oleh kulit kita dan menajdi kulit kita berasa panas. Tenaga ini dengan bantuan tenaga graviti menggerakkan air dari lautan ke atmosfera. FM. iaitu semakin ais menerima haba ia bergetar lebih cepat dan akan bertukar dari bentuk pepejal ke cecair dan akhirnya ke bentuk gas. ke daratan dan balik semula ke lautan.000 km sesaat dan mengambil masa selama 9. b. 2. Dalam spektrum cahaya terdapat banyak warna. indigo dan ungu. -Gelombang pancaran X dan gamma yang lebih pendek daripada gelombang lultra ungu bertenaga lebih tinggi sehingga boleh menembusi kepingan logam. Matahari mengeluarkan tenaga yang banyak ke semua arah menuju ke bumi. Spektrum merah mempunyai gelombang yang panjang dan bertenaga rendah tetapi spektrum ungu bergelombang pendek dan bertenaga tinggi.

trace gases -Karbon dioksida dan metana adalah lutsinar terhadap gelombang pendek matahari tetapi memerangkap tenaga gelombang panjang bumi lalu memanaskan atmosfera bumi.95% 3. Suhu lautan akan mempengaruhi suhu angin yang bertiup di atas permukaan lautan. karbon dioksida – 0. c. 10 . Tenaga matahari dan atmosfera bumi -Atmosfera bumi mengandungi gas-gas seperti berikut: 1. Tenaga Matahari dan permukaan bumi -Sumber tenaga utama permukaan bumi ialah dari matahari. d. Lautan meresap banyak tenaga matahari dan juga menyimpan banyak tenaga matahari. Permukaan lautan meresap lebih banyak tenaga daripada permukaan daratan kerana 70% permukaan bumi ialah permukaan lautan.03% 5. nitrogen – 78. Gas-gas ini juga dipanggil gas rumah hijau. oksigen – 20.92 % 4. Output air hujan ialah melalui proses sejatan dengan bantuan tenaga matahari.-Lebih kurang 90% input air lautan terdiri daripada kerpasan dan 10% daripada air larian permukaan. Amaun tenaga yang terdapat dalam jisim air lautan akan mempengaruhi iklim dunia. argon – 0. Taburan tenaga boleh dilakukan melalui sistem angin global apabila angin meresap haba daripada permukaan lautan.08% 2.

Tenaga yang dihasikan oleh matahari adalah tenaga daripada tindak balas nuklear yang sampai ke bumi dalam bentuk cahaya. yang membawa maksud semua tenaga yang dihasilkan secara semula jadi ataupun secara proses teknologi adalah bersumberkan matahari. -Sejumlah kecil tenaga yang tersimpan dalam tumbuhan dipindahkan kepada herbivor (pemakan tumbuhan) semasa herbivor ini memakan tumbuhan. -Cekak cahaya suria (solar beam) bergerak secara lurus ke bumi dan hanya sebahagian kecil sahaja daripada sinaran ini sampai ke permukaan bumi. Hidrogen yang terhasil digunakan untuk menukar karbon dioksida kepada karbohidrat (glukosa). -Matahari paling penting kepada kehidupan harian manusia sebagai sumber tenaga.1. Matahari sebagai sumber tenaga -Tenaga bergerak dari matahari ke permukaan bumi dalam bentuk gelombang sinaran dan boleh dipindahkan melalui satu ruangan kedap. tenaga cahaya telah ditukar dan disimpan dalam molekul-molekul karbohidrat. matahari ialah sumber tenaga primer. Peranan Tenaga suria pada hidupan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan) -Antara 98-99 % tenaga suria yang sampai ke bumi dipantulkan oleh daun dan permukaan lain atau diserap oleh molekul lain yang menukar tenaga ini kepada tenaga haba. kesediaan air dan nutrien lain seperti nitrogen dan fosforus. Oleh yang demikian. Fotosintesis dan pengeluaran makanan -Tumbuhan hijau menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis.Pengajian Sosial 2 3. b. hasilnya ialah piramid tenaga. Peranan tenaga suria pada hidupan di bumi a. suhu persekitaran. 11 . Kadar tumbuhan menjalankan fotosintesis bergantung kepada jumlah cahaya yang sampai pada daun-daun. ii. Memandangkan tenaga dipancarkan daripada satu badan yang berbentuk bulat. intensiti bagi setiap unit kawasan semakin berkurangan dengan bertambahnya jarak dari matahari. Proses fotosintesis telah menukarkan sebatian inorganik ( air & karbon dioksida) kepada sebatian organik (glukosa).1 Peranan tenaga suria pada hidupan di bumi i. Tenaga cahaya diserap oleh klorofil untuk memecahkan molekul air kepada oksigen dan hidrogen (proses fotolisis). Peratusan tenaga yang serupa seterusnya disalurkan kepada karnivor (pemakan haiwan).

Endogenic forces -The energy for these forces is derived from within the earth. Examples of processes driven by exogenic forces are weathering.c. 12 . They drive processes which operate at or near the earth’s surface. endogenic forces build things up. More simply put. If unimpeded by endogenic froces. Matahari ialah faktor utama yang akan mengakibatkan berlakunya perubahan musim dan cuaca serta segala jenis kehidupan yang terdapat di permukaan bumi bergantung pada tenaga matahari. below it’s surface. exogenic forces wear them down. The force is often revealed at the surface in the form of uplift or other crustal deformation. Exogenic forces -These forces derive their energy from external sources (gravity or sun). 2 forces which drives geological processes: 1. Peranan tenaga suria terhadap manusia Hubungan bumi dengan matahari merupakan hubungan yang sangat penting. exogenic forces would reduce the surface of the earth to a relatively flat plain. 2. glaciations & fluvial processes.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful