STRATEGI/ KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Pengenalan Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

3. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar.An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar. matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning. pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan. 4. Mengikut Robert M. pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut. Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar. Tujuan am (learning goal) Objektif pelajar (specific objective) Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. KAEDAH TEORI KECERDASAN PELBAGAI . Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 5. iaitu: 1. 2. membimbing. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Di samping itu. tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan …” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan ) Kecerdasan-Kecerdasan Menurut Howard Gardner. Dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia – kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya. · Vygotsky– Keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding. Alfred Binet seorang psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan – Skala 1905. dan jika dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu. rohani. Potensi Dan Kecerdasan Manusia · · · · Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu. 1912 – William Stern telah memperkenalkan konsep darjah kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus. Ditinjau dari aspek-aspek jasmani. · Kecerdasan Linguistik . tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah. rohani. Skala 1905. untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak.Konsep dan Definisi · · · · · Mengikut pandangan tradisi. berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Mengikut sesetengah pendidik. termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian. emosi dan sosial “… memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Pada tahun 1904. kecerdasan bukan serupa dengan umur. mental. emosi dan jasmani.

perbahasan. tulisan kreatif. · Kecerdasan Interpersonal kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama. · Kecerdasan Visual-spatial kecerdasan menepati ruang. · Kecerdasan Tubuh Kinestetik kecerdasan gerak badan. · Kecerdasan Logikal-matematikal kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks. . · Kecerdasan Intrapersonal kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri. bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu. menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta mengamati dunia visual. kawalan fizikal tubuh badan. melukis. berjenaka dan bercerita. membentuk corak. gimnastik. mewarna. kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik. mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual · Kecerdasan Muzik kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal. sukan. Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai · menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Paendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. permainan dan mereka cipta gaya menari.kecerdasan membaca. menggunakan perbendaharaan kata. kawalan anggota. puisi. kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. · kecerdasan Spritual ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.

menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstualdalam pengajaran dan pembelajaran. kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. mempelbagaikan penilaian. meningkatkan profesionalismegurudan menggalakkan inovasi dan penyelidikandalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif Guru berupaya: · · · · Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalambilik darjah dengan yakin dan berkesan.· · · · · · menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran · · · Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. meningkatkan harga diri. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah KAEDAH KONTEKSTUAL Definisi dan Konsep Matlamat Membantu guru memahami. Definisi . meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. mewujudkan kolaboratif disekolah.

Teknikal dan Vokasional. Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut: 1. Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik. Kepelbagaian disiplin ilmu • Matematik • Sains • Komunikasi • Teknikal dan Vokasional • Kemanusiaan Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Sains. pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Kaedah ini menyediakanpembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on.Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu. Teori Kontekstual Mengikut teori pembelajaran kontekstual. Komunikasi. Konteks pembelajaran yang pelbagai • Budaya • Sosial • Psikologi • Fizikal 2. masyarakat dan alam pekerjaan. . Kepelbagaian persekitaran pembelajaran • Bilik darjah • Makmal • Tempat kerja • Kehidupan harian 3. Kemanusiaan. Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut . Kemudiannya. peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah. peristiwa dan keadaan harian. adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Apabila kanak-kanak membesar. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan. ia dapat diringkaskan menjadi “REACT” a) Relating (Menghubungkait): Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak.Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual. taakulan. .

bertindak balas. malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. cadangan dan perbincangan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di padang. berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi. . d) Cooperating (Bekerjasama): Pembelajaran dalam konteks berkongsi. Ini boleh dilakukan dengan teks. Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menggelecek bola. mentoring dan latihan kerja. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar. adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah.naratif. Pengalaman ini boleh digunakan semasa bermain hoki bersama kawankawan di rumah. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang. dan komunikasi dengan pelajar lain . atau aktiviti berasaskan teks. Lazimnya. c) Applying (Mengaplikasi): Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. video. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian. tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya.b) Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Justeru itu.pembelajaran dalam konteks eksplorasi. pemerhatian. Dalam kursus pembelajaran konteksual. Experiencing (Mengalami): Pengalaman . Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi. aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan.merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. makmal dan amali. kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya. penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video.

Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m. Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. cenderung kepada aplikasi konsep. Kemahiran . kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan. perbincangan kumpulan dan membuat kajian. Secara tradisinya.e) Transferring (Memindahkan): Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh mata pelajaran Sejarah. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. tajuk darurat – guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi. terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik dan Sains secara abstrak. 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permaianan. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual Perlaksanaan ini memerlukan: Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual Terdiri dari kumpulan yang sederhana.

Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P. pemerhatian. budaya. perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio Kesimpulan Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. KAEDAH KONSTRUKTIVISME Definisi dan Konsep Menurut pendapat John Dewey (1910). Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial. perubahan sikap dan bertulis.” Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu : · Fasa Pertama . Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan ensiklopedia. Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan. fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. tempat kerja atau kehidupan harian. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah. “Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan. seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. berkesan dan menyeronokkan. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar. makmal.

Dalam proses ini.  .Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik. Kawalan kelas agak merosot. Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesional. Fasa Keempat Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi. Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran. · · · Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal. Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme    Guru merasa mereka tidak mengajar. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik. murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme • Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif • • Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha • Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminyamelalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar • Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

beri butiran yang sepatutnya  Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan . 2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan. dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : 1) Pendahuluan  Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. melutu dan berdiri   Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini 2) Demonstrasi  Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar   Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan 3) Demonstrasi dan pengajaran  Semasa membuat pelakuan . Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. 3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. 4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Pelajar boleh duduk. pelajar atau kumpulan pelajar.Implikasi Konstruktivisme 1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. KAEDAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani.

Memilih aktiviti. Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Ciri-ciri Gaya Arahan 1. Mengawal penuh pengajaran. Menilai dan membuat keputusan. 2. Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut : Guru perlu 1. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas. 4. Menjimatkan masa untuk membuat percubaa Individu mendapat kurang perhatian.   4) Ulang demonstarsi dan butiran yang penting  Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit   Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting 5) Penutup  Ulang butiran penting   Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran KAEDAH GAYA ARAHAN Dalam gaya ini. guru mengawal semua yang akan dipelajari. Menentukan bagaimana dan bila Mengawal tingkah laku. . Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar. cara ia dilakukan serta mula dan akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue (1995). 5. 3.

guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut. Sebagai contoh. 1968). Dalam kaedah koperatif. iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.2. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri. mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan. Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif. 5. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. emosi dan sosial pelajar. tingkah laku. Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan. Pelajar berlatih dan guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Penemuan Terbimbing. guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. 4. tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan. mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Dengan itu. Jika perlu. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif : a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif b) Saling berinteraksi secara bersemuka c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri d) Kemahiran koperatif . 6. Selain itu. ‘Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’ 3. KAEDAH KOPERATIF Konsep dan Model Kaedah Koperatif Menurut Effandi Zakaria (1998). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi (Bilbrough & Jones. guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan.

Team-Accelerated Instruction' (TAI) . kuiz atau perbincangan kumpulan. Selepas itu.e) Pemprosesan kumpulan Jenis Pembelajaran Koperatif Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari. Jigsaw Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. 2. 4. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Student Team Achievement Division' (STAD) Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masingmasing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Di antaranya ialah : 1. 3. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial. merancang serta menjalankan penyiasatan. Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat.

Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. demonstrasi atau pertunjukan visual. (2007) lagi. Bagi setiap pertandingan. gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan.al. . Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.Merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik. bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Team Games Tournament (TGT) Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya. 5. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Menurut Shahabuddin Hashim et.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.