You are on page 1of 7

Konstruktivisme Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme pula menekankan bahawa manusia memperolehi pengetahuan hasil dari usaha-usaha

mentalnya. Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di mana pelajar menginterpretasi sendiri maklumat tanpa mengikut apa yang dipetakan oleh orang lain (Heinich, Molenda, Russel & Samaldino, 1999). Pendekatan ini menumpukan kepada bagaimana untuk belajar, menjana dan menguji pengetahuan yang diperolehi. Menurut Brunner (1974), semasa pelajar belajar, dia perlu membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan benda-benda yang beraneka jenis dan rupa yang terdapat di persekitaran. Melalui pembentukan konsep-konsep ini, pelajar menyusun maklumat yang telah dikumpul ke dalam unit-unit yang bermakna. Dengan proses ini, pelajar akan memahami persekitarannya dan konsep tersebut terus berkembang sejajar dengan kedewasaan seseorang. Konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar mencipta dan mengembangkan idea (Ng, 1999). Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar

Dalam Bilik Darjah Aktiviti Apresiasi Muzik (Muzik masyarakat Malaysia) : i. Mendengar muzik Malaysia dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur, irama dan dinamik ii. Menonton video persembahan muzik Malaysia dan menghuraikan ciri-ciri teknik persembahan.

bordun & ostinato) 6. Pergerakan lokomotor & bukan lokomotor 2. tekstur. Aktiviti Muzikal (penghargaan Kanak-kanak) 9. register suara & koir 5. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dalam bentuk grafik v. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik instrumental yang diperdengarkan Muzik Dalam Bilik Darjah merangkumi: 1. Mendengar muzik instrumental dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik berkenaan iv. Teknik pernafasan (latih vokal kanak-kanak) 4. Nyanyian Berharmoni (dron.iii. Apresiasi Seni Muzik (umum) 10. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dalam bentuk grafik v. Renj suara. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik berkenaan iv. irama dan dinamik ii. DEFINISI PERGERAKAN . Pergerakan Kreatif 3. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik Malaysia yang diperdengarkan Aktiviti Apresiasi Muzik ( instrumental ) i.Masalah nyanyian kanak-kanak. Menonton video persembahan muzik instrumental dan mengklasifikasikan warna ton alat-alat muzik iii. Fungsi & konsep muzik dalam lagu 7. Teknik nyanyian (kanak-kanak) 8.

sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri). (pembelajaran mengikut urutan). harmoni.Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi. mendengar. iii. DEFINISI MUZIK Menurut Campbell 1995. pendekatan pergerakan kreatif digunakan . v. Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihanlatihan (kaedah pendekatan berkonsep). muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik. meniru. muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. membaling. Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati. Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung. ii. ekspresi. warna ton atau jalinan) pada satu ketika. vi. iv. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik . menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivity terhadap aspekaspek muzik . irama. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea . Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’. Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik i. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. bentuk. Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik i. Oleh yang demikian. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda ii. Pergerakanpergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Suzuki-menamakan kaedahnya talent education’ atau pendekatan bakat v.penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak. KEPENTINGAN PERGERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ . pendengaran. pernafasan da eknik pengeluaran suara. Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.iii. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) c. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.Belajar dari asas ton . Kemahiran Muzikal Nyanyian ii. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik. e. Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik. Imitasi (Mengajuk Balik) b. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan iii. i. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur. Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton. ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka. Improvisasi. . Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. a. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Creation (Mencipta). sebutan. Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata. Literasi – menulis dan membaca nota muzik iv. d.

penari. muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Kecerdasan Kinestetik Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia. melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik.TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER Kecerdasan Muzik Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari. Di samping itu. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Orang yang cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otototot. pelakon. mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. keseimbangan. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik. drama. main peranan. menari. Biasanya. Oleh itu. binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Penyanyi. individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. ketukan. bunyi vocal. mengubah lagu. mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik. peninju. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan. Artis. pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan. gimrama dan lain-lain. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif. aktiviti jasmani. polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik. permainan sukan dan seni pertahanan diri. mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini. ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. tentera. . perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. pemain bola sepak. latihan fizikal. bunyi instrumental. pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini. nyanyian dan drama lagu.

Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan. rumus. penyelesaian masalah. mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains. Manurut Gardner. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Konsep muzik. social dan perkembangan fizikal Ciri-ciri sesebuah lagu kanak-kanak 1. Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan. 5. Pengulangan corak irama dalam lirik lagu. perkaitan. kinestetik. cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. 6.Kecerdasan Logik-Matematik Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor. urutan nombor. Menurut Gardner. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol. Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. menganalisis. dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai irama. Hujung rangkai mengandungi rima. Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang seimbang. 7. perkaitan. . 3. menyoal. mensintesis. pengurusan grafik dan pengiraan. Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat. pola abstrak. Selain itu. Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan 2. Lazimnya. sebab dan akibat (logic). sebab dan akibat. menaakul. Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. 4. mengenal pasti pola abstrak. pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Mereka sering bertanya tentang berbagaibagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka.

Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian kanak-kanak .8.