P. 1
hadis palsu.docx

hadis palsu.docx

|Views: 13|Likes:
Published by Nur Alhayah
hadis
hadis

More info:

Published by: Nur Alhayah on Oct 25, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/20/2015

pdf

text

original

http://anishumairacute.blogspot.com/2008/11/ciri-n-hadith-palsu-y-famous-di.

html PENGERTIAN HADITH PALSU Bahasa ( ‫ ) اسم مفعول‬berasal daripada perkataan ‫ وضع الشىء‬yang mempunyai beberapa pengertian, antaranya menggaris, mereka, menganggur dan melekat2; atau menjatuhkannya kerana tergugur kedudukannya3. Istilah ialah Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w." (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut) Menurut istilah lagi berita yang dibuat-buat terhadap Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda3; atau hadis yang direka atau diada-adakan terhadap Rasulullah s.a.w4. Ulama hadith mendefinisikannya sebagai apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan kepada baginda s.a.w sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau memperdaya. SEJARAH KEMUNCULAN HADITH PALSU Pembuatan Hadith palsu ini bermula setelah Rasulullah saw. meninggal dunia dan berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus politik, ashabiah, fanatik mazhab dan lain-lain. Ia dilakukan oleh orang-orang Islam sendiri yang lemah imannya dan juga oleh orang-orang munafiqin dan kafir zindik. HUKUM HADITH PALSU Para ulama bersepakat haram hukumnya meriwayatkan hadis palsu kecuali disertakan diiringi dengan penjelasan mengenai pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan ia hadis sedangkan tahu ia adalah suatu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata dia telah terlibat dengan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w ‫من كذب علي متعمدا فليتبوا مقعده من النار‬ Maksudnya, “ Sesiapa yang sengaja berdusta kepada-ku, maka sediakanlah tempat tinggalnya di dalam neraka.” (Riwayat Muslim) FAKTOR BERLAKU HADITH PALSU 1] Politik Setelah Rasulullah wafat timbullah perpecahan di kalangan umat Islam kerana perbezaan pendapat mengenai jabatan Khilafah. CONTOH HADITH PALSU (a) Barangsiapa ingin melihat Adam tentang ketinggian ilmunya, ingin melihat Nuh tentang taqwanya, ingin melihat Ibrahim tentang kebaikan hatinya, ingin melihat Musa tentang kehebatannya dan ingin melihat Isa tentang ibadatnya, maka hendaklah Ia melihat kepada ‘Ali. 2] Ashabiah Setelah wafat Rasul, maka penyakit Ashabiah jahiliah itu timbul kembali. Mula-mula antara golongan Anshar dan Muhajirin, kemudian antara qabilah Amawiah dan Hasyimiah dan Abbasiah, kemudian antara bangsa Arab dan bangsa Farsi.

Abdul-Karim bin al-Auja’ sahaja telah mengaku membuat empat ribu Hadith mengenai halal dan haram. walaupun seberat timbangan gunung-ganang dan dedaun pokok. dia adalah suluh.Golongan Sufi Yang Keliru/Sesat: Golongan sufi ini banyak terlibat dengan pembuatan dan mengamalkan Hadith-hadith palsu. dan berusaha merosakkan Islam dari dalam dengan membuat banyak hadith palsu. walaupun sebilangan pasir. ia membaca Fatihah sekali pada tiap-tiap rakaat: Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadr tiga kali dan Qul Huwallahu Ahad 12 kali. (fanatik kepada mazhab Hanafi) (b) Aku (Muhammad) berimam kepada Jibril di sisi Ka ‘bah.CONTOH HADITH PALSU (a) Orang-orang yang kepercayaan itu ada tiga orang. CONTOH HADITH PALSU (Tiada seorangpun yang berpuasa pada hari Khamis awal bulan Rajab (solat Raghaaib) di antara ‘Isya dan 1/3 awal malam dua belas rakaat. CONTOH HADITH PALSU (a) Aku (Muhammad) adalah penyudah segala Nabi tiada Nabi lagi sesudahku. maka banyaklah tersebar dalam masyarakat Islam Hadith-hadith mengenai keutamaan amal dan lahirlah banyak amalan-amalan yang bid’ah. Jibril dan Mu’awiah. Golongan al-Karamiah (Pengikut Muhammad bin Karram as-Sajistani) membuat Hadith-hadith mengenai targhib dan tarhib dan Fadhail al Amal. Para zindiq dan munafiq memusuhi Islam secara senyap-senyap dari dalam. mengikut orang ramai atau sesuatu kepentingan duniawi. bahawa Hadith-hadith boleh dibuat untuk menarik orang ke arah ibadat. (fanatik kepada golongan Hasyimiah dan Abbasiah) 3. Fanatik Mazhab Perbezaan pendapat mengenai hukum-hukum fiqh akhirnya menimbulkan fanatik mazhab yang memkhinzir buta sehingga mereka sanggup membuat hadith-hadith palsu. maka demi Allah subhanahu wa ta'aala yang diriku ini di dalam tangannya. dan ia akan memberi syafa’at pada hari Qiamat kepada 700 ahli rumahnya yang telah diwajibkan masuk Neraka) 6. kecuali jika dikehendaki Allah swt) 5. kerana takut. (fanatik qabilah Umayyah) (b) Akulah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Dengan demikian. . tiada seorangpun yang mengerjakan solat ini melainkan Allah subhanahu wa ta'aala mengampuni semua dosanya walaupun sebanyak buih di laut. Ahli-ahli Bid’ah Ada golongan sesat yang berpendapat. Menurut mereka dusta kerana kebaikan adalah boleh. CONTOH HADITH PALSU (a) Akan ada seorang laki-laki di dalam umatku yang dipanggil Abu Hanifah anNu’man bin Thabit.Golongan Zindiq dan Munafiq’: Peluk Islam secara pura-pura. Aku (Muhammad). umatku. ia memisahkan antara tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam. maka Ia mengeraskan bacaan (Bismillah) (fanatik kepada mazhab asy-Syafi’e) 4.

Maka berkatalah Ghiath: Rasulullah s. Yahya bertanya: Mengapa demikian? Ia menjawab: Seakan-akan di dunia ini tidak ada Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in selain kamu berdua. baru sekarang inilah saya dapat mempastikannya. 1. Orang-orang Yang Mencari Rezeki Bagi melariskan barang-barang jualan atau menarik orang kepada sumber rezekinya banyaklah .Tukang-tukang Cerita: Pendongeng-pendongeng atau penglipur lara banyak mencipta Hadith-hadith palsu yang mengandungi kisah-kisah yang aneh ajaib untuk menarik perhatian orang. bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah nescaya Allah subhanahu wa ta'aala menjadikan dari tiap-tiap kalimah seekor burung. Ibnu Ma’in berkata: Sayalah Ibnu Ma’in dan ini adalah Ahmad bin Hanbal. CONTOH HADITH PALSU Ghiath bin Ibrahim An-Nakha’ie berkunjung ke istana Al-Mahdi. Paruhnya dari emas dan bulunya dari marjan (bunga batu karang). 7. hal. bahawa Imam Ahmad dan Ibnu Ma’in bersolat di masjid Rasafah. Ulama’ As-Su’: ialah ulama duniawi yang menjual agama dengan dunia dengan harga yang murah. Kami tidak pernah mendengar sama sekali Hadith itu dari Rasulullah s. untuk mendekatkan diri dengan para penguasa. baru sekarang inilah saya mendengarnya. Di kala itu Al-Mahdi sedang bermain burung dara (merpati) kerana beliau sangat suka dengan burung-burung merpati itu. Setelah selesai solat bangunlah seorang tukang cerita di tengah-tengah orang ramai lalu bercerita: Kami diberitakan oleh Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in yang berkata: Kami diberitakan oleh Abdur-Razaq dari Ma’mar dari Qatadah dari Anas katanya: Rasulullah s. atau burung) 8. suka menjilat penguasa lalu memutarbelitkan kebenaran dengan membuat Hadith-hadith kerana kepentingan dunia.w.w. Orang itu menjawab: Saya selalu dengar bahawa Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in adalah orang bebal. Kemudian orang itu terus bercerita kira-kira dua puluh halaman kertas. CONTOH HADITH PALSU Diriwayatkan.a. 46) 9.antara lain ialah: Hadith-hadith mengenai keutamaan surah-surah Al-Quran satu persatu yang diriwayatkan dari Ubai bin Ka’ab. bersabda: (Tidak ada pertaruhan melainkan pada anak panah.w.a. maka Ibnu Ma’in memberi isyarat kepadanya lalu ia datang kepada Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma’in. Sesungguhnya Hadith ini telah ditulis dari tujuh belas orang yang bernama Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in (Al-Maudhu'at. Ahmad bertanya Ibnu Ma’in: Engkaukah yang menceritakan Hadith itu kepadanya? Ibnu Ma’in menjawab: Demi Allah subhanahu wa ta'aala. Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in saling berpandangan. Berkata Ibnu Ma’in: Siapakah yang memberitakan Hadith itu kepadamu? Orang itu menjawab: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in.a. unta atau kuda. Setelah selesai orang itu bercerita.

Hadis ini dikategorikan . Mu’az bin Jabal berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s. 3]Ia bertentangan dengan fakta sejarah seperti ia meriwayatkan hadis dari guru yang tidak pernah dijumpainya atau pun perawi tersebut dilahirkan setelah ‘gurunya’ meninggal dunia. maka anak ini tidak akan terkena gangguan syaitan. 5]Hadis tersebut tidak terdapat dalam kitab-kitab yang muktabar. adakah anda didatangi makanan dan syurga? Beliau bersabda: Ya. aku didatangkan harisah dari syurga lalu aku memakannya maka Ia menambahkan kekuatanku bagaikan kekuatan empat puluh orang dan menambahkan jimak-ku seperti jimak empat puluh orang. CONTOH HADITH PALSU YANG POPULAR a) Azan dan qamat Ertinya: Barang siapa yang dilahirkan baginya seorang anak lalu ia mengazankan telinga kanannya dan qamat pada telinga kirinya. 4]Makna hadis tidak bertepatan dengan usul Islam. diriwayatkan oleh Ibn Sunni dalam kitab ‘Amalul Yaumi wa Lailah halaman 200. al-Manar alMunif fi al-Sahih wa al-Dha`if. 6]Hadis yang berlawanan dengan kaedah Islam. maka ia menyuruhku supaya memakan bubur Harisah. Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam.pula Hadith-hadith palsu yang dibuat orang. Hadis ini juga terkenal dan menjadi hujah mengenai kepentingan ilmu. Juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir dari jalan Abi Ya’ala dan Ibn Musran dan lainlainnya. Muhammad Nashruddin al-Bani mengatakan sanad hadis ini mauduk b) Menuntut Ilmu Ertinya: Tuntutlah ilmu walau di negeri China. m. 2]Perawinya terkenal pembohong sedangkan hadis yang diriwayatkannya tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang kepercayaan. Halab.w. Di antara ciri-ciri26 utamanya:1]Pengakuan yang dibuat oleh pembuatnya seperti yang diakui oleh Ibn Auja’. Syria) CIRI-CIRI HADITH PALSU Hadis-hadis tersebut dapat dikenali pada sanadnya dan juga matannya. Antaranya ialah: Saya mengadu kepada Jibril kerana tidak kuat bersetubuh. Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku". 7]Hadis yang bertentangan dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan Hadis. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Misalnya di Malaysia didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas.a. 95.s. 8]Matannya mengandungi perkataan dan ayat-ayat yang jelik dan janggal di samping maknanya yang rosak. Antaranya hadith: "Rejab bulan Allah. cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah. Hadis ini adalah mauduk.

Kemudian Imam Hakim mengatakan hadis ini hadis sahih tetapi Imam Muhammad Nashruddin al-Bani menolaknya berdasarkan beberapa alasan berikut:a. Hadis ini juga masyhur dalam pengajian-pengajian ilmu tauhid. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam kitabnya juz kedua. Rawi ini bukan yang dimaksudkan sebagai kepercayaan sebagaimana pendapat Imam Hakim tetapi rawi ini ialah Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid al-Hamdani seorang pendusta berdasarkan alasan iaitu. Hadis ini terdapat sanadnya ada yang putus. daripada Ali r.a. Ibn Taimiyyah mengatakan hadis ini mauduk (palsu). sebagaimana kata a-Zahabi sendiri dalam kitabnya Mizan al-I’tidal iaitu antara rawi yang bernama Ali al-Husain dengan datuknya Ali bin Abi Talib. manakala Iman Nawawi pula mengatakan rawi ini adalah yang tidak kepercayaan ( ‫) ليس بثقة‬ c)Tauhid Ertinya: Barang siapa yang mengenal dirinya.sebagai batil ( ‫ ) باطل‬dan bukan ucapan Rasulullah. b. Makna hadis ini tidak benar kerana sesungguhnya cintakan tanah air setaraf dengan cintakan harta. Ulama hadis meletakkan hadis ini di taraf palsu (mauduk). Al-Zahabi sendiri . Al-Muzaffar bin al-Sam’ani mengatakan yang hadisini tidak pernah dikenal sebagai hadis marfu’ tetapi ia merupakan ucapan Yahya bin Mu’az al-Razi. halaman 207. Ulama hadis menyifatkan hadis ini sebagai mauduk atau palsu. dan yang demikian itu bukan termasuk daripada bahagian iman kerana ia dipunyai oleh semua manusia sama ada Islam atau kafir e) Doa Ertinya: Doa adalah senjata orang Mukmin. dan oleh Ibn Nu’aim dalam kitab Akhbaru Asbahan juzuk kedua. halaman 106. Imam al-Saghghani dan lain-lainnya mengatakan hadis ini hadis mauduk. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi. Ulama hadis meletakkan hadis ini sebagai ‘tidak ada asalnya’ ( ‫) ال اصل له‬. Ada rawi yang bernama Muhammad Hasan al-Hamdani. halaman 198. Rawi inilah yang meriwayatkan dengan ada tambahan ‫(ولو بالصين‬walau di negeri China). Al-Hafiz as-Sakhawi memasukkan hadis ini dalam kitab alMaqosidul Hasanah. Semua yang disebut itu adalah termasuk dalam perkara naluri atau gharizah yang tidak akan ada pujian bagi yang mencintainya. Imam Bukhari mengatakan: Abu ‘Atikah yang tersebut dalam sanad ini adalah yang suka meriwayatkan Mungkar. sedangkan kita disuruh berusaha kemudian barulah bertawakal kepada Allah. Al’Alamah al-Fairuz menyebut perkataan ini bukan sabda Nabi tetapi masyhur di merata tempat dan sebahagian orang telah menjadikannya dalil dan hujah. Kesemua riwayat melalui al-Hasan bin ‘Athiyyah tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Abu ‘Atikah dan dia termasuk dalam rawi yang matruk (ditolak). diri sendiri. juga oleh al-Khatib dalam kitab Tarikhul Baghdadi. Hadis ini cukup popular bertujuan untuk menggembirakan orang Islam yang putus harapan dengan hanya berdoa. Hadis ini banyak digunakan oleh golongan yang ingin mempertahankan fahaman asabiah. dan anehnya mereka mengatakannya sebagai sabda Nabi29 d) Asabiah Ertinya: Cinta tanah air adalah sebahagian daripada iman. maka sesungguhnya dia kenal pada Tuhannya. tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi. Hakim dan al-Qudla’i daripada jalan al-Hassan bin Hammad az-Zlibi daripada Muhammad bin Hasan al-Zubair alHamdani daripada Jaafar bin Muhammad bin Ali bin al-Husain daripada ayahnya daripada datuknya. anak-anak dan sebagainya.

telah menjelaskan hadis dengan mengutip pendapat dari Ibn Ma’in dan lain-lainnya yang mengatakan rawi tersebut adalah pendusta. .. “Doa itu adalah otaknya ibadah. bahkan ramai penceramah bebas tetap menggunakan hadith2 ini sebagai hujah mereka. cukuplah kita beramal dengan hadis ini dan juga ayat-ayat Quran yang menggalakkan kita berdoa31. Ada hadis lain yang darjatnya sahih iaitu.” Oleh itu jika benar hadis di atas itu palsu. Jika dia meninggalkan sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah. Muslim.. HADITH MUTAWATIR Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja. dan selain mereka) erm begitu banyak hadith palsu yang muncul dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.. begitu juga pendapat Ibn ‘Adi. maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari. f) Solat Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. kemudian beliau berkata: Diriwayatkan oleh Abu Ya’la tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid seorang rawi yang matruk (ditolak). dan Hadis ini disebut dalam kitab al-Haitsami ‘al-Majma’.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->