P. 1
Laporan Tesco Dan Spritzer 2009

Laporan Tesco Dan Spritzer 2009

|Views: 398|Likes:
Published by pk_skm

More info:

Published by: pk_skm on Jul 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/04/2012

pdf

text

original

LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI) SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG 2009 TARIKH

23 JULAI 2009 TEMPAT TESCO TAIPING DAN KILANG SPRITZER AIR KUNING ‘MELESTARIKAN KEGEMILANGAN INSAN

PENGENALAN Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Matang, Taiping Perak telah merangka program lawatan sambil belajar ke Kilang memproses air Spritzer yang terletak di Air Kuning dan pasaraya besar Tesco, Kamunting. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada murid-murid dan dapat menambah pengetahuan mereka. Disamping itu lawatan ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan membeli barangan untuk keperluan di rumah.

OBJEKTIF •

Meluaskan pandangan dan mendapat pengalaman baru dengan melawat tempat yang bermanfaat. Memberi pengalaman baru kepada murid-murid dengan suasana di luar bilik darjah dan sekolah. Mendedahkan kepada murid cara memproses air minuman dan air mineral dilakukan. Mendedahkan kepada murid suasana di kilang memproses air tersebut. Mendedahkan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan membeli barangan keperluan di rumah. Menanam rasa minat dan keseronokan belajar terhadap diri muridmurid. Menambah pengetahuan sedia ada kepada murid-murid kerana tidak semua keluarga yang pernah membawa anak-anak istimewa ini ke pasaraya.


• •

TARIKH HARI PENGURUS PROGRAM

: 23 Julai 2009 : Khamis : En.Mohd Zulfadlhly b Ahmad Tarmizi Guru Program Pendidikan Khas SK Matang.

PENYELARAS PROGRAM :En.Mohamad Zamri b Hj Mohamad Napis Guru Program Pendidikan Khas SK Matang. SETIAUSAHA PROGRAM : Pn.Umi Kalsom Binti Musa BENDAHARI BILANGAN PESERTA : Cik Yeap Seok Lei :

Murid Pendidikan Khas - 34 orang Guru Pendidikan Khas - 11 orang Pembantu Pengurusan Murid - 2 orang Jumlah - 47 orang

LAPORAN LAWATAN. Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Matang telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke kilang memproses air Spritzer di Air Kuning dan pasaraya besar Tesco Kemunting pada 23 Julai 2009. Kami bertolak dari SK Matang pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan menaiki bas sekolah tiba di kilang Spritzer pada pukul 8.35 pagi. Setibanya di sana kami telah dibawa masuk kedewan khas untuk sesi taklimat .Kami memulakan aktiviti dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh tiga orang kakitangan bagi pihak pengurusan kilang tersebut.Sepanjang sesi taklimat tersebut kami telah didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai produk-produk yang dihasilkan oleh pihak Spritzer.Selain menunjukkan kami produk-produk yang telah siap mereka juga telah menerangkan kepada kami bagaimana air minuman dan mineral diproses.Bagi memantapkan kefahaman kami bagaimana air tersebut diproses mereka telah menayangkan audio yanag mengandungi semua aktiviti memproses air yang dijalankan di kilang tersebut. Setelah selesai sesi taklimat kami telah dibawa masuk ke dalam kilang Dimana tempat memproses air dijalankan.Sekali lagi kami berpeluang melihat secara terus bagaimana proses pengilangan atau proses pemprosesan air berlaku..Sebelum pulang dan meneruskan perjalanan ke Tesco kami telah diberi air minuman secara percuma oleh piahak Spritzer. Kami berasa amat gembira dan bertuah sepanjang berada di kilang tersebut Setibanya di Tesco pada Jam 12.00 tengahari kami telah disambut oleh pihak pengurusan.Setelah mendengar sedikit sesi taklimat dan penyerahan baucher tunai oleh pihak Tesco kepada murid-murid, kami meneruskan aktiviti dengan membeli belah. Semua murid diawasi sepenuhnya oleh guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid. Murid-murid, guru-guru serta PPM merasa amat gembira sepanjang tempoh tersebut. Setelah selesai membeli belah, kami berehat di kawasan taman permainan ’playland’. Ada murid-murid yang mengambil kesempatan bermain di taman permainan itu. Kemudian, kami mengadakan majlis

sambutan hari jadi untuk murid-murid, guru-guru dan PPM yang lahir pada bulan Mei hingga Ogos .Upacara sambuatan majlis hari jadi di mulakan dengan penyerahan kad hari jadi, upacara memotong kek dan jamuan hidangan dari Mc Donald . Pihak pengurusan Mc Donald menghadiahkan setiap murid dengan pembaris percuma. Kami selamat tiba di Sekolah Kebangsaan Matang pada pukul 2.00 peatang.

PENUTUP Adalah diharapkan program ini mendapat manfaat sebagaimana yang telah dirancang. Kerjasama sepanjang aktiviti ini berlangsung diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara murid dan guru. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan aktiviti ini.

Disediakan oleh _______________________________________ UMI KALSOM BINTI MUSA Setiausaha Program Lawatan, Riadah dan Mobiliti Program Pendidikan Khas SK Matang

Disemak oleh _________________________ PN SHAMSIAH BT HJ MOHD JAIS Penyelaras Pendidikan Khas 200923WW SK Matang

BERGAMBAR DI KILANG SPRITZER

BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI DI HADAPAN KILANG SPRITZER

PENYAMPAIAN BAUCHER TUNAI OLEH PIHAK PENGURUSAN TESCO

BERGAMBAR SEBELUM MEMBELI BELAH DI TESCO

PACA

U RA

PENYAMPAIAN KAD HARI JADI OLEH PENYELARAS PPKI S ATA JADI

AMBU N HARI DI MC

DONALD TAIPING SENTRAL

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->