You are on page 1of 34

Konsep,Objektif dan Proses & Bentuk

Pensyarah : Tuan Haji Hamdan bin Haji Yaakub

Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang. Kemahiran ini perlu dikuasai terlebih dahulu bagi kanak-kanak sebelum mereka menguasai kemahiran yang lain. Kanak-kanak yang menguasai kemahiran lisan dengan baik dapat menguasai kemahiran yang lain dengan baik juga. Kemahiran lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur.

Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu juga sebaliknya. Lisan merupakan percakapan atau pertuturan, iaitu kegiatan melahirkan bahasa secara verbal melalui suara atau sebutan. Justeru, tujuan menguasai kemahiran lisan bukan semata-mata untuk mempelajari bahasa, tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam berkomunikasi.

Mendengar merupakan salah satu daripada kemahiran berbahasa. Mendengar penting kerana ia sebahagian daripada kemahiran berkomunikasi. Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses.

Mendengar membantu pendengar memahami fakta dan idea yang diujarkan oleh penutur. Mendengar memerlukan perhatian dan tumpuan yang berfokus kepada peranan minda.

Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah.
Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

Gronlund (1995) advocated that each performance objective should include : i) an action statement, ii) a condition statement, and iii) a criterion statement.

TESL Methodology Teachers Handbook, m/s 49 Gronlund (1995) menyokong bahawa setiap objektif perlu mempunyai tindakan yang ingin dilaksanakan oleh murid, satu pernyataan keadaan dan pernyataan kriteria.

Proses mendengar bukan sahaja melibatkan alat pendengaran yang dapat dilihat, iaitu telinga tetapi juga mementingkan peranan otak. Mendengar merupakan proses yang aktif. Pendengar perlu mempunyai kemahiran untuk mendiskriminasikan bunyi ujaran yang didengar, mendengar dengan tajam sekali gus memahami maklumat tersebut. :

MENDENGAR DERETAN BUNYI BAHASA

Telinga dan otak kita hanya akan mendengar deretan bunyi bahasa daripada ujaran penutur kerana bunyi tersebut membawa mesej tertentu dan dapat diproses oleh otak.

MEMAHAMI BUNYI BAHASA

Penutur akan mengujarkan deretan bunyi bahasa yang bermakna untuk tujuan tertentu. Daripada deretan bunyi bahasa yang didengar itu, penutur akan menghubungkaitkan bunyi tersebut dengan maksud tertentu. Otak akan memainkan peranan secara automatik bagi memproses input yang sampai kepadanya. Setelah proses ini dilakukan barulah kita dapat menghubungkan bunyi ujaran penutur dengan pemahaman kita terhadapnya.

MENILAI BUNYI BAHASA

Proses ini merupakan proses menilai makna bahasa yang kita dengar. Pendengar harus berupaya menilai dan menguasai makna daripada bahasa yang didengar. Hasil daripada proses ini, pendengar akan lebih memahami maksud ujaran yang dilafazkan.

BERTINDAK TERHADAP BUNYI BAHASA

Proses ini berlaku setelah pendengar dapat memahami dan menganggapi bunyi ujaran penutur. Justeru, pendengar harus membina konsep pemahaman dan makna yang menepati maksud penutur. Setelah penyesuaian didapati menepati konteks ujaran itu dolafazkn, maka barulah pendengar akan memberikan respons terhadapnya.

Sternberg (1998) sustain that students higher order and critical thinking ablities develop when they are provided opportunities to practice this skills.

TESL Methodology Teachers Handbook, m/s 53 Sternberg (1998) menyokong bahawa pemikirian kritis dan kreatif murid dapat dibina apabila murid di beri peluang untuk melatih kemahiran-kemahiran yang ada.

KEMAHIRAN MENDENGAR AKTIF

Merujuk kepada mendengar bagi mendapatkan makna. KEMAHIRAN MENDENGAR PASIF Merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa bertindak balas, iaitu pendengar hanya mendengar tanpa bertindak balas.

KEMAHIRAN MENDENGAR KRITIS


Kemahiran ini berlaku jika seseorang dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Pada peringkat ini, pendengar bukan sahaja dapat memahami mesej yang disampaikan, malah dia dapat menilai, memilih dan menentukan fakta yang relevan serta dapat menyedari kesilapan yang dilakukan oleh penutur.

KEMAHIRAN MENDENGAR KREATIF


Merujuk kepada kreativiti pendengar sendiri dalam memanipulasikan ujaran penutur, iaitu pendengar berupaya untuk menggunakan daya kreatifnya untuk menghasilkan sesuatu yang lain setelah dia mendengar sesuatu pertuturan.

Dale Carnegie boost that great speakers are not born, they're trained.

http://www.leadershipnow.com/communicatio nquotes.html Dale Carnegie menyokong bahawa penutur yang hebat tidak dilahirkan tetapi mereka dilatih dengan baik.

PENGENALAN Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran inidikuasai dan dipelajari selepas seseorangkanak-kanak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai selepas menguasai kemahiran mendengar kerana keduadua kemahiran lisan ini mempunyai kolerasi antara satu dengan yang lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanak- kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan.

Definisi Menurut Nor aina dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul.
Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

Bertutur ialah keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu berkata-kata atau bercakap. Bertutur bermaksud penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur merujuk kepada aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.

Keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalinkan hubungan, menyampaikan maklumat,pendapat,perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

(a) Sebutan: - Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. - Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /smak/ dan seumpamanya; (b)Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentubagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;

(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut harakat), tidak begitu membezakan makna dalam bahasaMelayu;

(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan,jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!

(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun
ataumenaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatarberbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyaiintonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujungayat.

(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re,Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina kewujudannya lebih jelas. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertuturdengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhidan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalanganmurid-murid. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebutperkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul; (j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmuberlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasisecara berkesan.

Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid:


Menyebut dengan jelas Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi Menunjukkan arah Bertemu ramah Memberikan penerangan dan memberi alasan Membina soalan untuk mencari maklumat Bertukar-tukar pendapat dan maklumat Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat Bertutur secara bertatasusila Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi

Memaklumkan Mempengaruhi Keseronokan Penyelesaian masalah Menzahirkan emosi Menyampaikan maklumat Memberikan idea Melahirkan perasaan

Peringkat Awal Melafazkan pengucapan bertatasusila. Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar. Menyoal untuk mendapatkan maklumat . Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Memberi arahan. Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya. Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

Peringkat Pertengahan Membuat deskripsi tentang objek atau gambar Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. Membaca iklan dan peraturan-peraturan. Memberi ucapan pendek dan mudah. Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. Memberi komen secara mudah. Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat Maju Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog. Bertanya untuk mendapatkan maklumat. Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan. Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan). Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain. Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan. Mendeklamasi puisi.

Bercerita Berlakon Menyanyi Berbual Berbincang Berpuisi Berpantun

1.

Buku Akmajian, A., Demers, R.A., Farmer.A.K dan Harnish, R.M.

2. 3.

Massachussets,Amerika Syarikat: The MIT Press Aziz, S. H. (2009). Kemahiran Lisan. In Bahasa Melayu II (p. 112). Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Parker,F.dan Riley,K. (1994), Linguistics for Non-Linguistics. Boston,London: Allyn and Bacon

Linguistics:An Introduction to Language and Comunication.

(1995),

Internet

1. 2.

3.

http://www.leadershipnow.com/communicationquotes.html http://rujuknota.blogspot.com/. (n.d.). Retrieved 01 09, 2012, from http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/kemahiranbertutur.html http://www.scribd.com. (n.d.). Retrieved 01 09, 2012, from http://www.scribd.com/doc.Definisi-kemahiran-bertutur

http://www.leadershipnow.com/.(n.d.). Retrieve 01 09, 2012, from

You might also like