TAHUN BARU CINA Nama lain bagi Tahun Baru Cina ialah Tahun Baru Qamari Dan Perayaan

Musim Bunga. Perayaan ini diraikan oleh penganut kaum buddha, terutamanya di Asia Timur. Ia merupakan perayaan kebudayaan bagi penganut agama Buddha, terutama kaum cina. Perayaan ini disambut pada hari pertama kalender cina (qamari). Ia disambut pada 3 Februari 2011, 23 Januari 2012 serta 10 Februari 2013. Perayaan ini merupakan perhimpunan keluarga Dan jamuan makan bagi satu keluarga. Perayaan Tahun baru Cina ini diakhiri dengan perayaan tanglung.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Haiwan Tikus Lembu Harimau Arnab Naga Ular Kuda Kambing Monyet Ayam Anjing Tarikh 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsabangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina). Sejarah Sebelum Dinasti Qin. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina. sosej. Barangkalinya. bulan 12 ketika Dinasti Shang. titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Taiwan. adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang . Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut. Filipina.Babi 2019 Tahun Baru Cina melambangkan permulaan. Namun. Malaysia. besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Indonesia. Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut. kuih pulut dan limau mandarin. dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki. perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. dan bulan 11 ketika Dinasti Zhoudi China. Thailand juga di merata dunia. bunga dan pokok limau Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina. sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. daging salai. tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Sebelum hari tahun baru bermula. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itit. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Singapura. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan. Hong Kong. Macau. seperti Tanah Besar Cina. yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik.

yang muncul setiap 11 tahun. Cina Ringkas: 过年). Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年. atau kedua-duanya. dari bawah laut). Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah. untuk memburu manusia. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1. membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian Sambutan Perayaan Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain. Ada orang yang mengecat . maka mereka mengusirnya dengan letupan. sekitar musim sejuk. Pada 104 SM. Sebelum Tahun Baru Cina Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina.dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari. yang masih kekal sampai masa ini. itu tidak diketahui. serta penggunaan warna merah yang berlebihan. yang bermaksud "menyambut tahun baru". Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun. pada zaman dahulu. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh. sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Puisi tahun Baru Cina Menurut legenda.

hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka. Yang paling penting. adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Hari ke-2 Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年. Di China utara. pada hari kelapan Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Cina Ringkas: 开年. biasanya ibu bapa. Kebanyakan orang yang meraikannya. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan. datuk nenek atau moyang. terutamanya penganut agama Buddha. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri. menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. . Menurut tradisi. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.rumah. pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Perayaan Tahun Baru Cina. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

pò wǔ). ladu (Cina Tradisional: 餃子. Di Taiwan. iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung. Hari ke-5 Di bahagian utara China. Hari ke-7 Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日. Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen. . dewa kekayaan Cina. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Hari ke-9 Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao. Kantonis: yan yat). jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五. yee sang. pinyin: rén rì. tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut. yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan. sebaliknya berdiam di rumah sahaja[ Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi.Hari ke-3 Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut: Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu). ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara. dimakan. perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api. Cina Ringkas: 饺子. seperti Malaysia dan Singapura. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. bertemu untuk perayaan. Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru. yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun". kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru. pinyin: yú) sebagai makanan penting. Tahun Baru Jamuan pertemuan semula Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯.Tambahan pula. Cina Ringkas: 年年有余). tidak dimakan sampai habis (sebaliknya. bebola pulut manis dalam sup. Bergantung kepada amalan setempat. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Hari ke-15 Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵節.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. ketika semua ahli keluarga. sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien. Ikan (Cina Tradisional: 魚. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Cina Ringkas: 元宵节). hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung. Cina Ringkas: 鱼. bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘. dimakan pada hari ini. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓. yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun Intisari makanan . Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. bakinya disimpan semalaman). Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola. Cina Ringkas: 汤圆). hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama. versi Cina bagi Hari Valentine.

Ramuan utama bagi yee sang. atau 柑 gān ditemui semasa perayaan tahun baru. kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap 金橘 Limau mandarin jīnjú. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (Bahasa Cina: 餘. Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa Ikan Salmon yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah. disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri luóhàn zhāi utama hidangan Buddha dan sajian lain. Kuih bakul 年糕 niángāo Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu. Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru.Nama Cina Huraian Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan. 羅漢齋 sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. pinyin: yú). buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan. seolah-olah berisi tuah. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial. 魚生 Yee sang (鱼生) yúshēng 餃子 Ikan 魚 (鱼) yú Ladu jiaozi (饺子) jiǎozi Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno. Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu. Sejenis lumut berbentuk rambut (罗汉斋) manusia. .

garam. bahasa Hakka: hung bao. kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金. ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包. Gula-gula Amalan Tahun Baru Ang pau Secara tradisi. kanji Tikoy gandum. oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. melambangkan Mi panjang hayat. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanakkanak.sebutan dengan "kian tahun kian tinggi". namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru. bó jīn). bahasa Hokkien âng-pau. dan gula. air. kerana perkataan untuk empat sama bunyinya . Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang. Mi dihidangkan tanpa dipotong. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang). Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap. Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam. pinyin: hóng bāo. Puding yang diperbuat daripada tepung pulut. 利是. 利市 atau 利事. sama ada dua ataupun seratus ringgit. Cina Ringkas: 红包. Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial.

Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. Singapura Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. kerajaan-kerajaan dan pihak- . mainan. Apabila dibakar. kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga. Sementara itu. Maka. Larangan mercun Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru. batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan. namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah. maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan.dengan mati maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah. angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"). mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. atau menderita akibat kecederaan serius yang lain. dan berisi serbuk merian dalam terasnya. mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Pada zaman moden pula. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer. anggota badan. Bunga api Pada zaman silam. terutamanya pada musim perayaan.

Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. . mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer. pada tahun 2003.pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi. selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Namun begitu. dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan. terutamanya atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu.  Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972. mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun. Di kawasan luar bandar pula. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China. namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad. mercun tidak boleh dijual secara komersial. kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan.  Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar.  Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Bagaimanapun. tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina.

Chinatown Pakaian Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Shou Sui Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲.  Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum. di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan. Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.000 batang mercun dibakar di Chatham Square. Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Amerika Syarikat: Pada tahun 2007. Bagaimanapun. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa . kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka. Tambahan. agar membenarkan pertunjukan 300. orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru. kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta dan Medan. Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad.

memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo). Bunga Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik. terdapat sebab yang menerangkan semuanya.Simbol Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina. Pada satu-satu masa. atau "tiba". bukan sekadar hiasan. fú dào melambangkan ketibaan tuah. yang berputarkan warna merah. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú). orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. kegembiraan dan kemakmuran. Hiasan Bunga Bunga Plum Kumkuat Narcissus Bunga Kekwa Buluh Maksud melambangkan tuah melambangkan kemakmuran melambangkan kemakmuran melambangkan panjang umur tumbuhan digunakan sepanjang tahun Bunga Matahari bermaksud tahun yang elok . atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. berbunyi sama dengan 到 (dào). atau "terbalik". Maka.

Ikan berpadu dengan pepatah Cina 年年有餘 (niánnián yǒuyú) Jokong Yuanbao emas (金元宝. Jongkong berbentuk Yuanbaoini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya. .Ikon dan hiasan Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. dinyala terang-terang. berwarna-warni. Tanglung Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung. jīn yuánbǎo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur.

Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru. Poster kaligrafi cina memaparkan peribahasaCina .Perhiasan Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina. . keratan kertas dan gurindam Tarian singa Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. simpul Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat.

Tahun Baru Cina tidak terkecuali. maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.Balik kampung Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar. rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama. Cina Ringkas: 吉祥话. Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk. dan juga pelancong asing. Tulisan Cina Ringkas: 新年快乐. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運. yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉祥話. pinyin: xīnnián kuàilè. bahasa Hokkien (POJ): in-n . apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China. Rumah terbuka Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia. Selamat Tahun Baru "Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂. dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina. beraya bersama-sama. Ucapan Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah. pinyin: jíxiáng hùa). Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada malam tahun Baru.

ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat. Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda. Hong Kong "Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財. Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财. Cina Ringkas: 过年好) yang dijadikan ucapan tradisi. manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di . "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好. bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa. boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoatchâi. Namun di bahagian utara China. pinyin: gōngxǐ fācái. bahasa Hakka: Kung hei fat choi). Gong xi fa cai Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza. namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk) .khòai-lok) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu.

yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". . atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura. antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Macau dan Taiwan. Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅包拿來. dan jika berlakunya sedemikian " uìsuì píng'ān" (Cina Tradisional: 歲歲平安.kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. serta pendatang baru dari tanah besar China. Cina Ringkas: 岁岁平安) diucapkan serta-merta. yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki. 年年有餘 (Niánnián yǒuyú). 歲 (Suì. Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak. menziarahi tokong. apabila bertukar hadiah. Hong Kong. dan pendatang transit (khususnya golongan siswa). pinyin: Gōngxǐ fācái. hóngbāo nálái). memanipulasi suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan). Cina Ringkas: 恭喜发财,红包拿来. Contohnya. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara. menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah. sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama. bermaksud "usia") sama bunyi dengan 碎("pecah"). termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi." Pantang-larang sewaktu perayaan Tuah baik  Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. hajat penambahan hasil setiap tahun. mintalah bagi ang pau. Ucapan lain Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina. memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus.

 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus. . Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".  Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.  Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.  Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Maka.)  Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.  Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan. kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya". Nasib Malang ("Tuah buruk")  Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonisbagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".)  Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.  Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif.  Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun.

wikipedia. Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah". Jumlah : 3840 perkataan Bibliografi http://ms.org/wiki/Tahun_Baru_Cina .