You are on page 1of 2

3.

LAPORAN PELAKSANAAN PROSES P&P BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING Pemainan bola tampar dan bola baling merupakan salah satu subjek yang wajib diambil

oleh guru pelatih opsyen Pendidikan Jasmani semester 4 dan subjek ini dilaksanakan melalui amali dan juga pengajaran mikro di dalam bilik darjah. Subjek ini memegang kod PJM3111 yang membawa guru pelatih mendalami dan menguasai kemahiran-kemahiran asas di dalam kedua-dua permainan tersebut. Pada sesi amali pengajaran mikro, saya telah diundi sebagai peserta kedua yang melakukan pengajaran mikro dan tajuk yang telah saya perolehi ialah Kemahiran Jaringan Sisi di dalam Bola Baling. Sebelum itu, pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Rosley Bin Abdullah telah melaksanakan satu simulasi akan bagaimanakah proses P&P tersebut akan dijalankan. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan oleh saya terhadap rakan sekelas, aktiviti yang dilakukan oleh mereka sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada saya untuk merancang aktiviti yang lebih bercorak membentuk kemahiran asas murid-murid di dalam sukan bola baling. Oleh itu, saya telah melakukan sedikit pemerhatian di laman sesawang yang ada sebagai panduan dan juga telah merujuk modul pelaksanaan permainan bola baling yang diterbitkan oleh BPG baru-baru ini semperna dengan pelaksanaan KSSR. Setelah merancang aktiviti yang dikehendaki, saya mengaplikasikannya ke dalam amali pengajaran mikro dan konsep yang saya pilih ialah kecergasan dan pergerakan murid secara aktif di dalam kelas. Aktiviti memanaskan badan bersifat dinamik kerana ianya meilbatkan pergerakan murid dengan aktif. Saya berpendapat bahawa konseo ini perlu diterapkan memandangkan pada zaman sekarang, murid kurang aktif bersukan dan waktu mereka bersukan selalunya berlaku di sekolah. Jadi, saya menekankan konsep kecergasan murid di dalam aktiviti memanaskan badan di mana mereka perlu bergerak secara aktif di dalam kawasan yang sederhana kecil untuk mengumpul markah setinggi mana yang mungkin. Di sini, saya telah menggunakan kaedah simulasi untuk menerangkan tentang permainan tersebut dan saya dapati sewaktu aktiviti ini, murid-murid telah sedikit sebanyak memahami akan apa yang akan diajarkan seterusnya. Aktiviti yang saya rancang seterusnya ialah lebih menjurus kepada teknik-teknik asas semasa melakukan jariangan sisi dalam permainan bola baling. Aktiviti yang dirancang adalah secara asas dan pergerakan yang diaplikasikan adalah bersifat sederhana. Aktiviti ini tidak dilaksanakan semasa amali pengajaran mikro kerana atas arahan pensyarah pembimbing, beliau hanya menginginkan proses P&P tersebut berlaku dalam tempoh masa 15 minit kerana

bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta yang lain untuk melakukan aktiviti mereka. Sekiranya diberi peluang untuk melaksanakan aktiviti tersebut, saya yakin ramai akan merasa seronok selain daripada merasa letih selepas aktiviti memanaskan badan yang dilakukan sebentar tadi. Walaubagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada rakan seperjuangan kerana memberikan komitmen yang tinggi semasa aktiviti tersebut dikendalikan. Seterusnya, saya telah memilih untuk menjalankan aktiviti kemuncak iaitu merupakan satu permainan kecil yang diubahsuai daripada permainan semasa memanaskan badan pada awal proses P&P saya. Aktiviti ini lebih menekankan kepada strategi mereka untuk menerobosi kubu pihak lawan dengan hanya melakukan teknik jaringan sisi. Pasukan dengan kutipan mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang. Di sini apa yang dapat saya perhatikan ialah muridmurid telah meneroka beberapa kaedah yang sesuai untuk melakukan jaringan sisi yang mana saya sendiri pun tidak pernah terfikir. Mengikut buku panduan yang saya baca, jaringan sisi memang jaringan yang dilakukan secara dinamik dan pantas dan saya telah dapat melihat dan mengenalpasti beberapa murid yang mampu melakukan jaraingan sedemikian. Jika mereka diberi peluang untuk mencuba beberapa jenis permainan yang lain yang menggunakan konsep yang sama seperti jaringan sisi, saya yakin mereka akan lebih berkembang dari segi potensi dan bakat mereka. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan yang diberikan pada kali ini. Saya berharap tunjuk ajar yang telah diberikan baik dari pensyarah pembimbing mahupun dari rakan sekelas telah sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua yang terlibat semasa amali pengajaran mikro ini berlangsung. Jasa anda semua adalah amat dihargai dan hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa tersebut dengan balasan yang setimpal. Sekian.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :

(AHMAD AS SIDDIQUE BIN ABDULLAH) 4 PISMP PJ AMBILAN JAN. 2012