You are on page 1of 34

1.

0 ANALISIS PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BAHASA MELAYU

KONSEP PENDEKATAN, KAEDAH, DAN STRATEGI 1. Pengenalan Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini ,apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai. Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkanperanan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.

2. Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik 2.1 Pendekatan Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitrapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan generalisasi yang tertentu 2.2 Strategi Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum. Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau

2.3 Kaedah Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. 2.4 Teknik Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar- pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

3 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam P&P 3.1 Konsep pendekatan Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara.

3.2 Konsep strategi Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan 3.3 Konsep Kaedah Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah

penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip. 3.4 Konsep teknik Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses.

4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan

sebagaibahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di manajenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan

untuk meneliti proses pengajaran. keaktifan pengajaran dan pelajar cara pelajaran pegelolaan bahasa murid 4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalambilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi.Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkanmurid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti

permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat. 4.2 Cara- cara fakta disampaikan Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara cara fakta lain yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak. 4.3 Cara pengelolaan murid Bagi pendekatan pengajaran individu, yang berasaskan pasangan, cara pengelolaan murid

adalahpendekatan

pendekatan

pendekatan

kumpulan,

pendekatan kelas,pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedahyang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah 4.4 Pengajaran bahasa Dalam pengajaran bahasa, pendekatan pendekatan seperti pendekatan komunikasi, dan

pendekatansituasi,

psiko-linguistik,

pendekatan

terjemahan

pendekatan nahu. Semuapendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris 4.5 Pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar.

5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya ataupun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan,

kecenderungan,bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya

6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang

dirancang.Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan. 6.1 Langkah-langkah yang teliti Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yangproaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum

melaksanakannya. Ianyamestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajarmencapai objektif pelajaran.

6.2 Strategi yang tersusun dan kemas Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. 6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai. Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau objektif yang terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid.

7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan

melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. 7.1 Tujuan tujuan teknik Menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas.Mengekalkan dan memberi satu perhatian dan pengalaman memberi baru kepada tumpuan murid untuk sepenuhnya diaplikasiakan ketika sesi semasa atau pengajaran selepas dan

persekolahan pembelajaran. Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa 7.2.1 Teknik main peranan 1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting. Proses berlaku di bilik darjah. 2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam situasi yang diberikan 3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip 4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau mendengar melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru. 5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai aktiviti main peranan 7.2.2 Permainan Bahasa Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan pemulihan. Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka, silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga kekata dan sebagainya. Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas. Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan intensif dan sebagai alat dianogstik. Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 7.2.3 Latih tubi Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan kemahiran. Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk muridmurid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah. Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut suku kata perkataan, ayat-ayat atau

mengingat fakta-fakta penting atau pun huruf-huruf. Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan maksud sesuatu perkataan atau makna ayat. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat. 7.2.4 Bercerita Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran. Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan melalui pementasan boneka. Tujuan bercerita untuk menimbulkan minat murid untuk belajar, melatih kemahiran mendengar, memupuk nilai-nilai murni, memperkayakan pengalaman murid, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid. 7.2.5 Inkuiri Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Pengendalian teknik inkuiri ialah: 1. Proses mengenali masalah 2. Mengkaji ramalan 3. Mengumpul maklumat 4. Menganalisis 5. Membuat rumusan 7.2.6 Perbahasan Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli. Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang hujah. Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan . Merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada murid menyampaikan hujah yang bernas, logik dan berfakta.

7.2.7 Kuiz Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira. Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara tekateki. Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran berfikir 7.2.8 Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli berpeluang memberi cadangan 7.2.9 Soaljawab Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan. Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan 7.3.0 Simulasi Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan keadaan sebenar untuk menyelesaikan masalah. Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan aktiviti secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah. Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan. Tujuannya ialah :

Murid dapat menguasai kemairan bertutur Membina pemikiran yang kreatif dan kritis Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian

7.3.1 Drama Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar diberi kebebasan untuk

meluahkan pendapat, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. 7.3.2 Perbincangan Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi idea ataupun masalah. Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan memberikan pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea. Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka. 7.3.3 Forum Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu topic dan dijalankan secara formal. Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka. Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional. Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. .7.3.4 Demontrasi

Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid. Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk melakukannya. Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika melakukan sesuatu aktiviti. Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya. Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu walaupun aras pencapaian mereka rendah.

2.0 BUKTIKAN KESESUAIAN DARI SEGI PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Yang Berkaitan Dengan RPH Pendekatan Komunikatif Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan komunikatif, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris, maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanakkanak, Halliday telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut:

Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu. Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain. Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud. Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan. Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat. Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.

Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina pendekatan pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa seperti Keith Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit dan lain-lain telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan teori Halliday.

Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan

berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat utama kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan komunikatif.

Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.

1.

Semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur, pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar.

2.

Semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk

berkomunikasi dalam dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau pergaulan. 3. Kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.

4.

Semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat reseptif.

5.

Guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid-murid.

6.

Aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kesilapan perlu dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan.

7.

Dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:

(a

Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.

(b)

Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yangbermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbangsaran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan strukturbahasa yang diajar.

(c)

Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan.Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan,ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.

(d)

Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuantentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan

aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.

(e)

Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa

Pendekatan Eklektif Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang

menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif.Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.

Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

Aplikasi Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Aplikasi Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam RPH. Dalam RPH yang telah disediakan, guru berpegang kepada pendekatan komunikatif yakni pendekatan yang mengutamakan kecekapan komunikatif dan kecekapan linguistik. Kami menggunakan strategi berpusatkan murid bagi melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Pendekatan ini bertujuan mendedahkan murid dengan struktur dan tatabahasa dalam sesuatu aktiviti

berkomunikasi yang sebenar seperti situasi di membeli barang di pasar malam. Melalui aktiviti simulasi yang dijalankan dalam RPH, murid dapat dilatih dari beberapa aspek pertuturan atau komunikasi iaitu: 1. Intonasi 2. Kelancaran 3. Cara memujuk dan mempengaruhi. 4. Gaya persembahan 5. Mimik muka 6. Pemilihan ayat yang sesuai dalam menyatakan sesuatu perkara.

Pendekatan komunikatif ini dibentuk dalam RPH berdasarkan teori bahasa yang dipelopor oleh Halliday yang menyatakan bahawa kanak-kanak belajar berbahasa sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu, menyampaikan maklumat disamping berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Aktiviti bahasa yang dijalankan iaitu simulasi dapat menarik minat dan penglibatan mereka berdasarkan pengalaman sedia ada yang ada pada mereka sebelum ini. Aktiviti yang dilaksanakan bercorak realistik dan memberi gambaran sebenar tentang

penggunaan bahasa untuk berinteraksi di dunia sebenar. Guru juga bertindak sebagai pengawas dan memastikan murid menjalankan seperti yang dirancang. Namun, setelah selesai aktiviti, guru perlu membuat penilaian dan pembetulan kepada murid agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama.

LANGKAH DUA (15 minit) Aktiviti 2 : Bacaan dialog berdasarkan teks yang diberi Perbualan di antara murid-murid berdasarkan teks yang diberi. Guru bertanya kepada murid tentang apa yang difahami mengenai kandungan teks dialog yang dibaca Murid meramal kesan dan akibat terhadap pembelian makanan yang tidak berkhasiat. Murid mengetahui dan memahami kebaikkan makanan berkhasiat

Rajah 1: Petikan daripada Rancangan Pengajaran Harian

Dalam RPH yang telah dibuat, kami telah memilih pengkaedahan komunikatif kerana kaedah ini berkait rapat dengan Teori Huraian Fungsional dan Teori Pemerolehan Interaksionalis yang digunakan oleh kami. Kaedah ini juga dipilih bertujuan untuk memberi pembelajaran bahasa yang bermakna kepada murid yang menggalakkan lagi pembelajaran mereka. Aktiviti komunikasi yang terdapat dalam Rajah 1 iaitu pada Langkah Satu melalui aktiviti melakonkan simulasi menunjukkan penggunaan kaedah komunikatif yang menekankan aspek kelancaran dan ketepatan berbahasa. Teknik main peranan yang dijalankan ialah aktiviti yang melibatkan komunikasi sebenar yang di bawa ke dalam bilik darjah bagi menambahkan lagi kefahaman murid untuk mengaplikasikannya di dunia sebenar. Kaedah komunitif ini memberi tumpuan kepada fungsi komunikasi dalam konteks situasi sebenar. Sebagai contoh, pada langkah kedua ini, murid-murid diminta untuk membacakan dialog yang diberi dengan intonasi yang betul. Dengan ini, penggunaan kaedah komunikatif dapat dilihat ketika murid berinteraksi sesama mereka memenuhi sesuatu kehendak seperti menasihati rakan-rakan akan pengambilan makanan yang sihat dan juga mengurangkan pengambilan gula dalam sajian atau hidangan. Penekanan kepada intonasi dan penggunaan bahasa yang sesuai untuk menasihatkan seseorang diberi perhatian oleh guru bagi memenuhi objektif

pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti main peranan ini perlu dijalankan oleh semua murid dan dinilai oleh murid sendiri disamping penilaian yang dibuat guru. Guru akan memberi pendapat dan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika aktiviti simulasi bagi mengelak berulang kesilapan yang sama.

Konsep dan tujuan penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Konsep dan prinsip kemahiran bernilai tambah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain matapelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran bernilai tambah memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu atau kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Dalam literatur pendidikan, istilah kemahiran generik sering diuta rakan dengan pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai strategi kognitif. Sarjana kognitif pula merujukkannya sebagai ilmu bebas domain (domain-independent knowledge) Stasz et.al, 1990: Bikson dan Law, 1995; Bikson, 1994 mentakrifkan kemahiran generik sebagai Suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi. Attewell (1994) : pengguna atau pekerja yang memiliki kemahiran generic dapat mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberkan penekanan.kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai , dan kemahiran fasilitator. Meskipun aplikasi kemahiran generik semakin diberikan penekanan, namun terdapat variasi tentang subkemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik. Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana bersetuju bahawa jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir (penyelsaian masalah), strategi pembelajaran (mencipta mnemonik untuk mengingat dan kemahiran metakognitif). Para sarjana, penggubal kurikulum dan pelaksana

pendidikan bersetuju tentang kepentingan kemahiran generik serta tuntutan untuk melengkapkan individu pelajar dengan kemahiran tersebut. Tujuan konsep penyerapan ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas adalah bertujuan untuk membantu murid untuk supaya dapat menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. Selain itu, konsep penyerapan ini dapat membentuk sikap ingin

menambahkan ilmu pengetahuan dalam kalangan murid dan dapat meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati. Murid juga boleh memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu dalam diri mereka dan secara tidak langsung, mereka dapat melatih diri mereka untuk berfikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif. Tambahan lagi, konsep penyerapan dalam pengajaran Bahasa melayu pula boleh membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan

perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks selain dapat memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri mereka. Murid juga akan menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat jika kosep ini berjaya diserap kedalam diri mereka. Penyerapan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuan memantapkan lagi penguasaan pembelajaran pelajar. Melalui penyerapan pengajaran sepatutnya mampu dikaitkan dengan unsur-unsur nilai tambah yang ditekankan di dalam kurikulum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayisia (BM), matlamatnya tidak hanya menekankan penguasaan bahasa semata-mata, tetapi meliputi pembinaan diri pelajar. Oleh itu, kajian ini melihat persepsi guru Bahasa Melayu terhadap aspek penyerapan berdasarkan persediaan, pelaksanaan dan keberkesanannya.

7.2 Pemupukan Potensi Semula Jadi Murid Melalui Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Definisi Potensi. Potensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan. Istilah potensi dalam Kamus Dewan (1989), membawa makna kemampuan (mencapai,menghasilkan atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan,

kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju. Justeru itu, potensi seseorang individu itu berkembang sejak manusia dilahirkan. (Siri Pendidikan Guru : Perkembangan Kanak-kanak,2008) Persekitaran perkembangan keluarga dan masyarakat individu. Ini turut menyumbang potensi kepada

potensi

seseorang

beerti

seseorang

individuadalah berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal untuk berkembang, selaras dengan fitrah manusia dijadikan di muka bumi ini. Selain itu potensi juga merangkumi ke semua aspek dalam kehidupan iaitu aspek intelektual, rohani, emosi, jasmani dan sosial (JERIS). Sehubungan dengan itu, manusia perlu mengoptimumkan potensi yang ada dalam dirinya selaras dengan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t agar manusia memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Perkembangan Intelek Potensi intelek individu boleh dilihat daripada daya pemikiran, cara seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah, mereka cipta dan menaakul Menurut Piaget (1896 - 1980), proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahanperubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

Piaget juga menjelaskan kaedah manusia mempersepsikan ilmu dan membina hipotesis dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia schemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. (Ramlah dan Mahani, 2002). Empat faktor yang saling berkait boleh mempengaruhi proses pemikiran individu ialah kematangan biologi kerana proses pemikiran dipengaruhi oleh factor baka atau genetic. Selain itu, interaksi individu dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka,

menguji,memerhati dan menyusun maklumat. Pengalaman sosial iaitu pergaulan individu dan juga proses keseimbangan iaitu mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami juga merupakan fakor-faktor tersebut. Perkembangan Emosi Emosi boleh didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang member makna kepada dirinya. Emosi dating dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah, keliru, gelisah. (Siri Pendidikan Guru : Perkembangan Kanak-kanak,2008) Perkembangan emosi individu dilihat sebagai suatu keadaan dimana seseorang itu dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain. Dengan itu, manusia berkeupayaan untuk mencapai kesedaran, keinsafan, sikap

bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Daniel Goleman (1995) menyatakan 80% kejayaan seseorang bergantung kepada kecergasan emosi (EQ) manakala lebih kurang 20% sahaja kejayaan yang disebabkan oleh kecergasan mental (IQ). Menurut Meyer dan Salovey (1993), kepintaran emosi membolehkan individu berfikir lebih kreatif dan dapat

menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah. Penyerapan Komponen Kemahiran Bernilai Tambah Dapat Memupuk Potensi Murid Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Antara komponen KBT yang yang dapat melahirkan atau ,mengasah potensi murid ialah kemahiran belajar cara belajar. Kemahiran ini mengandungi aspek mengingat jangka panjang, serta kemahiran mendengar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru memulakan pengajaran dengan memperdengarkan rakaman

perbualan di radio untuk situasi di kedai buku. Ketika itu, murid perlu menumpukan perhatian mereka dengan mengaplikasikan kemahiran mendengar aktif yang telah dipelajari. Selain itu, komponen KBT bagi kemahiran ini melibatkan cara mengingat jangka panjang. Murid telah diajarkan beberapa ayat dasar yang berkaitan dengan situasi di kedai buku. Murid perlu menghafal setiap baris ayat itu untuk diaplikasikan semasa mengalaminya di dunia sebenar. Untuk itu, murid perlu mengingat jangka panjang dialog situasi itu serta meningat beberapa kosa kata tambahan yang dipelajari semasa aktiviti latih tubu gentian bagi sistem bahasa dan tatabahasa. Oleh itu, daripada penyerapan komponen KBT tersebut dalam aktiviti sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p), potensi murid dari segi intelek telah dapat di zahirkan. Penyerapan elemen tersebut dapat melatih murid supaya berfikir dan menaakul dalam menghadapi situasi sebenar mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seperti mana yang diketahui, komponen KBT iaitu kecerdasan pelbagai terdapat banyak cabang dalam kemahiran ini dan kesemuanya melibatkan ilmu yang pelbagai untuk diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Mengambil contoh dalam aktiviti, kecerdasan yang terkandung ialah kecerdasan interpersonal, intrapersonal serta verbal linguistik. Bagi kecerdasan interpersonal, aktiviti P & P tersebut membolehkan murid memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini merangkumi keupayaan bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan dan mempengaruhi orang lain. Contohnya, apabila guru melaksanakan teknik simulasi iaitu guru menyuruh murid mencari pasangan untuk berdialog bagi situasi di kedai buku, murid dapat menjalankannya dengan baik di mana setiap mereka menyelami perasaan dan hasrat masing-masing dalam urusan pembelian dan penjualan barang di kedai buku tersebut. Seterusnya, kecerdasan intrapersonal pula menekankan aspek pemahaman terhadap diri sendiri termasuklah kemahiran mengawal emosi. Murid akan

memahami diri sendiri ketika cuba menyatakan hasrat dan keperluan serta dapat mengawal emosi mereka semasa berurusan dengan peniaga. Potensi individu iaitu potensi murid melalui aspek perkembangan sosial dan perkembangan emosi dapat dipupuk melalui aktiviti p&p tersebut. Penyerapan komponen KBT tersebut penting kepada murid untuk menghadapi dunia sebenar mereka agar mudah bertindak dan tidak kaku untuk berinteraksi dengan orang lain kerana dapat memanipulasikan pengalaman belajar mereka itu dengan baik. Selain itu, murid juga tidak akan menghadapi krisis sosial dalam diri mereka. Tambahan lagi, murid akan pandai mengawal emosi dan dapat

memotivasikan diri mereka. Murid akan dapat mendorong dan memotivasikan diri mereka untuk membina emosi yang stabil dan seimbang. Orang lain hanya dapat memberi nasihat kepada mereka tetapi semua itu bergantung kepada diri mereka untuk membuat pilihan keputusan. Mereka juga dapat menyedari emosi orang lain dalam kehidupan sekeliling mereka. Individu yang berlainan mempunyai emosi yang berlainan. Oleh itu, melalui pengalaman aktiviti p&p tersebut, mereka akan menjadi lebih peka dengan emosi individu lain yang berkaitan dengan persekitaran mereka. Tuntasnya, implikasi penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dapat membentuk potensi diri mereka. Setiap individu iaitu murid dapat memperoleh kesan yang positif dalam hubungan dengan individu lain secara formal atau informal dan mereka juga dapat mengendalikan kehidupan mereka dengan baik.

Aplikasi Kemahiran Bernilai Tambah dalam Rancangan Pengajaran Harian

Kemahiran Bernilai Tambah : i) ii) iii) iv) Kemahiran Berfikir : Mengelaskan, menjana idea Kemahiran Belajar : Memberi maklumat Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal Pembelajaran konstruktivisme dan kontekstual

Rajah 1 Di dalam contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah kami rancang, kami telah menyerapkan beberapa aspek iaitu aspek kemahiran bernilai tambah dalam aktiviti-aktiviti p&p. Contoh keterangan dibawah merupakan konsepkonsep KBT yang telah kami aplikasikan ke dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kami. Dalam rajah 1 tersebut terdapat empat aspek kemahiran bernilai tambah yang kami terapkan. LANGKAH DUA (15 minit) Aktiviti 2 : Bacaan dialog berdasarkan teks yang diberi Perbualan di antara murid-murid berdasarkan teks yang diberi. Guru bertanya kepada murid tentang apa yang difahami mengenai kandungan teks dialog yang dibaca Murid meramal kesan dan akibat terhadap pembelian makanan yang tidak berkhasiat. Murid mengetahui dan memahami kebaikkan makanan berkhasiat Rajah 2 Dalam rajah 2 di atas iaitu langkah satu, aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang pertama, iaitu aktiviti simulasi, murid telah diberikan Kad situasi berkaitan dengan urusniaga di pasaraya. Murid diarah untuk membaca dan menentukan watak-watak yang terdapat dalam situasi tersebut. Aktiviti ini ini telah diterapkan aspek KBT iaitu

kemahiran berfikir. Murid dapat melatih potensi diri mereka untuk berfikir untuk menjana idea dalam mendapatkan watak dalam situasi urusniaga tersebut. Selain itu, aktiviti melakonkan watak juga dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka sekaligus juga dapat meningkatkan potensi sosial mereka untuk menghadapi situasi dunia sebenar. Hal ini dapat dibuktikan bahawa aktiviti ini memerlukan murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan secara tidak langsung maklumat atau pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial tersebut dapatlah mereka jadikan sebagai pengalaman dan pengalaman tersebut mereka akan aplikasikan dalam kehidupan mereka kelak. Tambahan pula, aktiviti simulasi juga merupakan aktiviti yang telah diserapkan aspek Kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran kecerdasan pelbagai. Komponen kecergasan pelbagai dalam aktiviti simulasi ini ialah visual-ruang. Hal ini kerana aktiviti simulasi ini memerlukan murid untuk berlakon seperti keadaan yang sebenar. Aktiviti ini telah melatih murid untuk berimaginasi atau memanipulasikan lakon mereka kepada situasi sebenar. Potensi murid dari segi Intelek telah dapat diasah melalui aktiviti simulasi ini. Secara tuntasnya, guru mestilah memasukan aspek kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mereka kerana aspekaspek KBT ini penting untuk memupuk potensi diri murid supaya murid dapat melatih diri mereka untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Selain itu, penyerapan komponen KBT ini juga penting untuk melahirkan seorang insan yang positif serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menghadapi masalah kehidupan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung

3.0 AMALAN BAIK YANG DITERAPKAN (NILAI-NILAI MURNI)

Analisis Soalan

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) Antara nilai-nilai murni yang diterapkan ialah nilai : Bersyukur Bertanggungjawab Berani Yakin Bekerjasama Kasih sayang.

PENGENALAN

Mata pelajaran Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3117) ialah mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Melayu di semua IPG satu Malaysia. Mata pelajaran ini menekan tentang konsep strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Sebagai bakal guru Bahasa Melayu sekolah rendah, mereka perlu mengetahui pelbagai pengetahuan, dan kemahiran, untuk merancang strategi bagi mengaplikasikan pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan berkesan bagi mencapai objektif pelajaran yang dirancangkan. Secara umumnya, kerja projek BMM3117 berkehendakkan kami untuk membuat bacaan menyeluruh tentang pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan perkaitan antara ketiga- tiga elemen tersebut dalam proses P dan P di dalam kelas. Selain daripada itu, di dalam tugasan ini, mengaitkan PKT dan aplikasi di dalam pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Selain daripada itu, kerja projek ini juga memberikan gambaran secara umum bagaimana PKT mampu

mempengaruhi corak P dan P di dalam kelas. Secara tidak lansung, tugasan ini bertujuan membantu pelajar untuk menjawab peperiksaan kertas BMM3117 pada hujung semester ini seterusnya sebagai langkah persediaan awal untuk melengkapkan diri pelajar untuk menjadi guru yang berdedikasi dan cemerlang.

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin Husin, dll. (1997). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi, dan Penguasaannya oleh Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Penutur). Kuala

ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran (Dilayari pada 30 OGOS 2013)

Shahabudin Hashim, Dr. Rohizani, Mohd Zohir Ahmad,2007, Pedagogi ( strategi dan teknik mengajar dengan berkesan), Kuala Lumpur : PTS Profesional. (Dilayari pada 30 OGOS 2013)

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/08/kemahiran-bernilaitambah-kemahiran.html (Dilayari pada 30 OGOS 2013)

http://www.scribd.com/doc/49592201/Kemahiran-Bernilai-Tambah (Dilayari pada 30 OGOS 2013)

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Pertama sekali ingin kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis sehingga Semester 4 ini. Tugasan Matapelajaran Bahasa Melayu ini merupakan salah satu tugasan daripada beberapa subjek yang kami pelajari pada semester ini. Subjek ini mehuraikan banyak perkara tentang unsur-unsur yang terdapat di dalam seni iaitu muzik, visual dan pergerakan.

Di sini, ingin kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah khasnya EN
HASHIM BIN ABD HALIM dan beberapa pensyarah lain yang sudi berkolaborasi

bersama kami. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan senior kami yang banyak membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Kami melakukan perbincangan bagi menyiapkan tugasan ini agar hasil yang diperolehi lebih mantap dan berkesan.

Tidak lupa juga pernghargaan buat kedua orang ibubapa kami yang tidak pernah jemu memberi motivasi dan dorongan yang padu selama kami meneruskan pengajian. Sememangnya jasa mereka yang sangat besar itu tidak akan kami lupa dan sia-siakan.

Akhir sekali, kami amat berharap agar tugasan yang kami selesaikan ini dapat memenuhi kehendak soalan dan pensyarah.

Sekian, terima kasih.