You are on page 1of 43

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

Set A

zusma_4646@yahoo.com.my

1. Amalan pengurusan kesihatan diri dapat membantu menjamin tahap kesihatan berada di dalam keadaan baik. Berikan EMPAT komponen utama amalan tersebut.

a. Pengurusan Kebersihan Tubuh Membersihkan tubuh badan adalah rutin harian yang perlu dilakukan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan berbau.

Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak mengumpul kuman. Setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman orang lain dipindahkan kepada tangan kita. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas ke tandas sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke mulut dan makanan kita. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih b. Pengurusan Kebersihan Pakaian Negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat berpeluh. Oleh yang demikian adalah penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita juga perlu membersih dan menjemur bantal, selimut, tilam dan cadar untuk mengelak pembiakan hama.

c. Pengurusan Tahap Kesihatan Sesetengah penyakit adalah pembunuh senyap. Ada di antara kita tidak mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit. Misalnya penyakit kardiovaskular seperti penyakit Jantung dan strok. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh mengurus tahap kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit, misalnya melalui pemeriksaan tahap glukos darah, seseorang dapat mengetahui sama ada dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetis Jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan ialah:

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


a. b. c. d. e. f. g. Pemeriksaan tekanan darah Saringan paras glukos darah Saringan paras kolesterol Indeks jisim badan Pemeriksaan kanser serviks dan payu dara Ujian kadar lemak Saringan minda sihat

zusma_4646@yahoo.com.my

d. Pengurusan Pemakanan yang Sihat Kita makan untuk menghidupkan fungsi organ tubuh kita. Makanan memberi segala zat yang diperlukan oleh tubuh. Adalah amat penting untuk memakan sajian seimbang untuk mendapat semua jenis zat yang diperlukan. Makanan seimbang bermaksud makanan yang terdiri dari komponen karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain-lain. Pengambilan makanan seimbang daripada setiap komponen akan memberi tenaga, membina badan dan mencegah penyakit. Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan seseorang.

Tiga waktu makan utama ialah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Kita dinasihatkan supaya wajib makan sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi mampu memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini perlu ditambah untuk memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda.

Makan mengikut keperluan adalah salah satu daripada pengurusan amalan makan yang sihat. Pengambilan jumlah makanan hendaklah bersesuaian dengan jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga kita. Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar dan aktif secara fizikal memerlukan jumlah makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan dan buruh. Penggunaan tenaga mereka adalah tinggi. Mereka yang bekerja tanpa memerlukan penggunaan tenaga yang banyak seperti bekerja di pejabat kurang memerlukan tenaga yang banyak. Oleh yang demikian, amalan makan berlebihan akan menyebabkan badan mereka menyimpan lebih tenaga dalam bentuk lemak. Lemak yang berlebihan ini akan menyebabkan seseorang menjadi gemuk.

e. Pengurusan Berat Badan Obesiti merupakan salah satu risiko untuk mendapat penyakit diabetis, jantung, darah tinggi dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang bersenam. Di Malaysia, prevalen penyakit diabetis dalam kalangan penduduk Malaysia pada tahun 1986 ialah 6.3% dan meningkat kepada 8.3% pada tahun 1996. (National Health and Morbidity Survey, 1996).

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Fizikal yang cergas adalah satu indikator untuk kesihatan tubuh badan. Kecegasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-mata. Ia meliputi segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan membersihkan kawasan rumah. Aktiviti fizikal memerlukan tenaga yang berupa pembakaran lemak dalam tubuh kita. Pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yang disimpan di dalam badan. Penyisihan lemak mengelak badan daripada berlebihan berat. Aktiviti fizikal akan meningkatkan high density lipoprotein (HDL) atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. Ia adalah bahan darah yang dapat memungut kolesterol dan membantu membuangnya dari badan melalui hati. Ia dikenali sebagai kolesterol baik.

f. Pengurusan Tekanan (stress) Tekanan (stress) adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap perubahan dan cabaran. Stres boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat kerja. Stres yang sedikit boleh menjadi faktor motivasi kepada kita. Seseorang individu yang mengalami stres yang serius mungkin cenderung untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kita mesti belajar hidup dengan stres kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan. Belajar mengurus stres dapat menjauhkan kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak dapat membantu mengurangkan stres. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Dapatkan bantuan jika tidak mampu menguruskan tekanan dengan sendiri.

2. Penyimpanan makanan adalah merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi mengelak ianya tercemar. Berikan panduan bagaimana makanan kering dan basah perlu disimpan.

Makanan kering dan makanan basah memerlukan cara penyimpanan tersendiri dan tidak boleh dicampurkan. a. Makanan Kering Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan kulat.

b. Makanan Basah Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi banyak bakteria. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak atau makanan

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Titisan daripada air makanan mentah ini boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang.

3. Senaraikan LAPAN elemen keluarga sihat.

Berikut adalah elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga: a. Mengamalkan nilai moral dan agama b. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti senaman atau fizikal c. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan keluarga d. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang e. Berkongsi masa lapang f. Memupuk sokongan sosial g. Mempunyai pendapatan yang mencukupi h. Mempunyai keselamatan emosi

4. Jelaskan kitaran haid.

Haid adalah petunjuk bahawa organ reproduktif perempuan telah berfungsi. Haid dicirikan dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga 35 hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh haid ini berbeza antara individu.

Ovum atau sel telur akan menjadi matang di dalam ovari. Hormon progesteron akan merangsang lapisan tebal darah yang baru terbentuk semula di dalam uterus.

Semasa pertengahan kitaran haid, ovum atau telur dibebaskan daripada ovari ke saluran Fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ovum akan hancur dan dikeluarkan melalui faraj. Bekalan hormon progesteron yang menyuburkan lapisan uterus akan

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

terhenti. Lapisan dinding uterus akan luruh dan keluar sebagai darah haid. Tetapi sekiranya ovum disenyawakan dan janin melekat pada dinding uterus yang subur ini, haid tidak berlaku kerana kehamilan telah berlaku.

Seseorang perempuan akan mengalami haid setiap bulan sehinggalah dia memasuki fasa putus haid atau menopause. Gangguan haid seperti lewat atau tidak teratur akan berlaku jika seseorang mengalami gangguan emosi atau tekanan.

5. Berikan EMPAT penjagaan asas yang perlu dilakukan oleh ibu yang berada dalam tempoh kehamilan.

a. Pemeriksaan Kesihatan Berkala Setiap ibu yang hamil perlu mendapat pemeriksaan berkala di klinik kesihatan kerajaan atau swasta. Tujuannya ialah untuk memantau tahap kesihatan ibu serta menilai perkembangan bayi dalam kandungan dari semasa ke semasa. Semasa pemeriksaan kesihatan berkala ini, perkara-perkara berikut akan dipantau: i. Tekanan darah ii. Berat badan iii. Air kencing iv. Tahap hemoglobin v. Degupan jantung bayi vi. Saiz perut Kekerapan Pemeriksaan Kehamilan di Klinik Kesihatan Kerajaan

Kekerapan Lawatan Lawatan pertama

Bulan Kehamilan Wajib dibuat pada atau sebelum 12 minggu (3

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


bulan) kehamilan Sebulan sekali Dua minggu sekali Setiap minggu 1 hingga 7 bulan 7 hingga 9 bulan 9 bulan hingga lahir

zusma_4646@yahoo.com.my

b. Amalan Senaman dan Makanan Seimbang i. Senaman Ibu Hamil Walaupun ibu sedang hamil, ibu masih perlu bersenam. Doktor atau jururawat akan menasihatkan si ibu tentang jenis senaman yang sesuai dengan setiap tahap kehamilannya.Senaman akan membantu menyediakan fizikal ibu semasa proses kelahiran. Ini kerana senaman yang kerap akan menguatkan otot dan membuat sendi, tulang dan otot menjadi lebih fleksibel. Senaman terbaik bagi ibu hamil apabila kehamilannya semakin membesar ialah dengan berjalan kaki.

ii. Makanan Seimbang Semasa kehamilan ibu makan untuk dua orang untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Ibu memerlukan protein, karbohidrat, vitamin, asid folik, zat besi dan kalsium yang secukupnya untuk keperluan sendiri dan zat untuk pertumbuhan bayi.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna ibu boleh makan mengikut selera dan nafsu. Untuk kesihatan yang baik panduan piramid makanan masih diperlukan. Ibu hanya memerlukan lebih komponen tertentu untuk pertumbuhan bayi dan mengelakkan sesuatu penyakit. Misalnya, memerlukan lebih zat besi dan kalsium.

c. Rehat, Istirehat dan Sokongan Emosi i. Rehat/Istirehat Semasa kehamilan, ibu tepaksa menanggung berat yang berlebihan terutama apabila kandungan memasuki peringkat ketiga kehamilan. Berat yang berlebihan akan menekan tulang belakang dan kaki. Kita tidak dapat berdiri atau berjalan dengan selesa dalam tempoh yang lama. Rehat adalah satu-satunya tempoh masa yang dapat memulihkan semula tenaga dan

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

tahap keselesaan semasa hamil. Di samping itu, ibu yang hamil perlu juga mendapat jumlah waktu tidur yang cukup.

ii. Sokongan Emosi Ibu hamil memerlukan sokongan emosi dan mental yang konsisten supaya mereka dapat menempuhi masa kehamilan dengan tenang. Sokongan emosi, mental dan motivasi amat diperlukan dari suami, ahli keluarga dan kawan-kawan.

Semasa hamil, ibu akan mengalami perubahan perasaan terutama pada peringkat awal kehamilan. Antara perubahan-perubahan perasaan tersebut ialah cepat marah. Sokongan emosi dapat membantu menenangkan ibu. Suami atau ahli keluarga perlu peka terhadap tahap keupayaan seseorang ibu semasa hamil.

Perubahan fizikal yang membatasi pergerakan mereka menyebabkan ibu hamil perlu dibantu dalam menguruskan kerja rumah. Bantuan suami atau ahli keluarga sedikit sebanyak akan mengurangkan beban fizikal dan membantu mengurangkan tekanan emosi ibu hamil.

6. Jelaskan maksud proses identiti kendiri dan penerokaan yang berlaku kepada remaja semasa berlakunya perubahan sosial mereka.

a. Identiti Kendiri Remaja lelaki atau perempuan ingin mencari dan membentuk identiti kendiri. Identiti kendiri adalah berkaitan dengan matlamat dan arah tuju kehidupan untuk menentukan dan menyesuaikan (fine tune) ciri-ciri identiti diri berbanding dengan orang lain di sekeliling hidupan mereka seperti adik beradik, ibu bapa, guru dan rakan sebaya.

Remaja juga ingin mencari dan membentuk identiti kejantinaan (gender identity) iaitu bagaimana menjadi seorang remaja lelaki ataupun perempuan di dalam persekitaran sekolah atau masyarakat. Usaha untuk membentuk identiti kendiri secara tidak langsung akan menentukan corak personaliti mereka di dalam keluarga, sekolah dan masyarakat.

Erikson melalui tahap perkembangan psikososial (stages of psychosocial development) mengemukakan persoalan di mana peringkat awal remaja ini pemikiran seseorang itu berligarligar berkaitan dengan Who am I?.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Kegagalan untuk memenuhi persoalan-persoalan ini akan menyebabkan remaja tersebut mengalami kecelaruan identiti (identity confusion). Ini dimanifestasikan dalam bentuk perasaan tidak dihargai, tiada tujuan dan perasaan bersalah. Pada kaca mata masyarakat, kesan ini akhirnya dapat dilihat dari segi pertambahan kes remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, buli dan sebagainya.

b. Penerokaan Peringkat awal remaja adalah umpama menerokai perkara, pengetahuan dan amalan yang baru. Remaja ingin mencuba perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini iaitu semasa zaman kanak-kanaknya. Dalam usaha untuk membentuk identiti kendiri, remaja akan melakukan pelbagai perkara yang mungkin boleh mendatangkan kebaikan dan juga kemudaratan kepada dirinya. Ini ditambah pula dengan pengaruh rakan sebaya, ia umpama api bertemu dengan minyak. Jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang kuat dan mudah terikut-ikut atau termakan pujuk rayu rakan sebaya maka mereka akan mudah terlibat dengan tingkahlaku yang tidak sihat dan berisiko.

7. Berikan definisi delekuen juvanil.

Delekuen juvenil merujuk kepada salah perlakuan yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang dilakukan oleh mereka yang di bawah umur. Di negara kita bawah umur merujuk kepada mereka yang berada di bawah usia 18 tahun.

Banyak faktor yang boleh mendorong perlakuan salah ini berlaku. Antara yang sering dibincangkan ialah: i. Kegagalan sistem keluarga atau kelemahan kemahiran keibubapaan. ii. Kekurangan sokongan dan campur tangan masyarakat. iii. Tarikan keseronokan di luar yang lebih kuat. iv. Kurang daya kawalan diri akibat harga diri dan konsep kendiri yang lemah. v. Kurang didikan kerohanian yang dapat memperkukuhkan keimanan seseorang.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan?

zusma_4646@yahoo.com.my

Perkahwinan ialah upacara yang membolehkan seorang lelaki dan seorang perempuan tinggal bersama atau cohabit untuk jangka masa yang lama dan mempunyai anak (Mimi Kamariah Maji, 1992).

Dalam konteks undang-undang Islam perkahwinan ialah satu ikatan lahir di antara dua orang iaitu lelaki dan perempuan, untuk hidup bersama di dalam sebuah rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak (Dr. Mat Saad Abd. Rahman, 1993).

Perkahwinan akan membentuk keluarga baru dalam masyarakat. Perkahwinan akan mengesahkan ayah kepada anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita. Perkahwinan juga memberi kuasa kepada suami dan isteri dalam perhubungan seksual, harta dan komitmen bersama. Perkahwinan akan mewujudkan pertalian antara keluarga lelaki dan perempuan.

Perkahwinan disahkan melalui undang-undang atau peraturan. Walaupun secara umumnya perkahwinan disahkan oleh peraturan perkahwinan sivil atau berdasarkan undang-undang agama seperti dalam masyarakat Islam, wujud juga perkahwinan yang mengikut adat. Dalam negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, perkahwinan mengambil kira adat yang telah diwarisi sesuatu kaum.

Misalnya perkahwinan mengikut adat kaum Cina atau kaum India. Ada juga pasangan yang menganggap diri mereka hidup seperti pasangan bernikah sah tetapi tidak melalui sebarang undang-undang. Ikatan mereka menggunakan common-law marriage.

9. Jelaskan secara ringkas fungsi Enakmen Keluarga Islam.

Enakmen keluarga Islam meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai peruntukan yang seakan-akan sama (Mimi Kamariah Majid, 1992). Antaranya ialah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Johor dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan. Ia merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undangundang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan dan lainlain yang berkaitan dengan kehidupan berkeluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

10. Jelaskan peranan dan tanggungjawab suami dan isteri dalam sebuah rumah tangga.

Suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap satu sama lain. Sebagai pasangan suami isteri, setiap cabaran yang pahit dan manis hendaklah dikongsi bersama. Komunikasi positif adalah asas kepada perhubungan yang mesra di antara suami dan isteri. Hubungan yang mesra menjadikan peranan dan tanggungjawab si suami serta si isteri menjadi lebih mantap kerana wujudnya persefahaman dan keterbukaan. Setiap masalah rumahtangga dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Hubungan seksual dalam perkahwinan mesti berdasarkan rasa hormat, persefahaman dan persetujuan. Memupuk dan mengeratkan hubungan kasih sayang, saling mempercayai, bertolak ansur dan prihatin terhadap keperluan emosi, fizikal dan kesihatan pasangan amat penting.

Isteri mempunyai tanggungjawab menjaga suami baik ketika sihat mahupun sakit. Kesetiaan kepada suami adalah ajaran setiap agama. Isteri mempunyai tanggungjawab untuk membimbing suami ke arah amalan yang baik dan menjauhi daripada perkara yang ditegah agama.

11. (a) Berikan contoh jenis keluarga yang terdapat di Malaysia.

Di negara kita terdapat tiga jenis keluarga yang biasa kita dengar iaitu:

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

(b) Jelaskan ciri-ciri DUA jenis keluarga yang telah dikenalpasti.

Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan anak mereka. Keluarga nuklear berkembang hasil daripada pembangunan dan kemampuan pasangan menyediakan keperluan dan kemudahan asas untuk keluarga mereka tanpa bergantung kepada orang tua.

Keluarga extended merujuk kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri serta anak mereka, ibu bapa serta adik-beradik mereka.

(c) Bincangkan kebaikan dan kekurangan bagi DUA jenis keluarga.

a. Keluarga Nuklear

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Kebaikan i. Pasangan berdikari dalam menentukan gaya pengurusan rumahtangga mereka tanpa campurtangan orang lain. Mereka mempunyai privasi dan lebih terbuka dalam komunikasi atau perlakuan. Cara berfikir dan bertindak tanpa campurtangan ahli keluarga lain boleh membentuk keyakinan diri dan keserasian dalam penyelesaian masalah.

ii. Dari segi ekonomi, keluarga nuklear dapat berjimat cermat serta menguruskan perbelanjaan mengikut kemampuan. Tidak timbul rasa bersalah atau malu jika tidak memberi sumbangan seperti mana di dalam keluarga extended.

Keburukan i. Keluarga nuklear memupuk sifat keindividuan dan boleh menjauhkan jalinan hubungan sesama ahli keluarga. Ahli keluarga nuklear terdedah kepada tekanan emosi apabila berlaku konflik dalam keluarga. Pasangan tidak mempunyai ahli keluarga lain yang lebih dewasa untuk menjadi tempat berkongsi perasaan atau masalah.

ii.Anak juga tidak ada tempat mengadu atau menumpang kasih jika berlaku masalah dengan ibu bapa.

iii. Ibu kepada keluarga nuklear yang tiada pembantu rumah terpaksa membuat kerja rumah secara bersendirian. Ibu yang baru lepas bersalin misalnya memerlukan sokongan emosi dan fizikal untuk penjagaan selepas bersalin.

b. Keluarga Extended

Kebaikan i. Sokongan emosi dan sosial adalah lebih baik dalam keluarga extended. Apabila berlaku konflik dalam keluarga atau masalah kesihatan, ahli keluarga yang lain boleh membantu. Dalam kes ibu lepas bersalin misalnya. Sokongan ahli keluarga yang lain dapat meringankan beban ibu di samping memberi sokongan emosi. Tahap kesihatan mental dapat dipelihara.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

ii. Walaupun dari segi ekonomi mereka kurang mewah jika pendapatan kurang, tetapi dengan bilangan ahli yang ramai mereka boleh saling membantu dan menyokong. Perasaan tertekan dapat dikurangkan.

iii. Isu atau masalah dalam keluarga dapat dibincang bersama dan jalan penyelesaian dapat dicapai. Ikatan persaudaraan dapat dikekalkan kerana mereka sentiasa saling berhubungan.Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, ahli keluarga lain dapat membantu menjaga kebajikan anak mereka. Ahli keluarga lain seperti datuk atau nenek boleh mengambil alih tugas ibu bapa untuk memberi pendidikan sosial serta kerohanian kepada anak.

iv. Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, ahli keluarga lain dapat membantu menjaga kebajikan anak mereka. Ahli keluarga lain seperti datuk atau nenek boleh mengambil alih tugas ibu bapa untuk memberi pendidikan sosial serta kerohanian kepada anak.

Keburukan i. Ruang privasi agak kurang antara suami isteri atau individu lain dalam keluarga. Mungkin akan berlaku campur tangan yang tidak sepatutnya dalam masalah peribadi seseorang.

ii. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, ahli keluarga yang ramai membataskan kemampuan hidup yang lebih selesa.

iii. Ruang rumah yang terhad juga boleh membawa masalah kepada ahli keluarga ini. Masalah ini akan menimbulkan emosi yang tidak sihat di kalangan anak. Mereka cenderung untuk keluar dari rumah atau tidur di rumah rakan sebaya. Masalah ini mungkin akan membawa kepada masalah sosial negatif lain jika anak terpengaruh dengan gaya hidup yang tidak sihat.

iv. Ahli keluarga yang lebih berumur akan menjadi model kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mudah meniru perlakuan dan cara berkomunikasi. Dalam keluarga extended berkemungkinan wujud perlakuan yang bertentangan dengan nilai baik dan ini mungkin akan ditiru oleh kanakkanak.

12.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

(a) Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu amalan yang perlu dipraktikkan dengan baik bagi menjamin kesejahteraan keluarga. Berdasarkan kenyataan di atas, kenalpasti elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga.

a. Mengamalkan nilai moral dan agama b. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti senaman atau fizikal c. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan keluarga d. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang e. Berkongsi masa lapang f. Memupuk sokongan sosial g. Mempunyai pendapatan yang mencukupi h. Mempunyai keselamatan emosi

(b) Jelaskan objektif pendidikan kesihatan keluarga.

Antaranya ialah: i. Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat.

ii. Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat dan negara pun sihat.

iii. Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs).

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

iv. Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki (Conttrell, Girvan & Mckenzie, 2002).

(c) Bincangkan bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum dapat dilaksanakan.

Pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum melalui dua pendekatan:

a. Pendekatan Integrasi

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga. Ini selaras dengan matlamat pendidikan negara iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum (Mok Soon Sang, 2004).

Kita harus ingat bahawa pelajar memiliki latar belakang yang pelbagai daripada segi kumpulan etnik, taraf sosioekonomi, sekolah bandar atau luar bandar, kemudahcapaian kepada kemudahan seperti internet serta prasarana sekolah yang konduksif kepada pengajaran dan pembelajaran.

Dengan mengambil kira perkara ini dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu hendaklah sentiasa sensitif dan peka terhadap perubahan yang berlaku dan mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan setempat dan keadaan semasa. Ini bermakna pendekatan yang kita gunakan tidak statik tetapi dinamik.

b. Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu menggabungkan pelbagai kaedah dan cara untuk menyampaikan sesuatu pengetahuan, sikap yang positif dan kemahiran. Jangan lupa bahawa pendidikan kesihatan keluarga adalah berkisar tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. Oleh itu, dalam aspek pengajaran dan pembelajaran perkara ini mestilah diambil kira. Pelajar hendaklah didedahkan dengan pengalaman seperti tingkah laku kesihatan yang diingini atau positif.

Setiap pengalaman ini pula didedahkan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) masing-masing.

Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, terdapat pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). PBSS adalah sebuah program kesihatan secara bersepadu yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. PBSS merangkumi pelbagai topik kesihatan seperti penjagaan kesihatan diri, program pencegahan denggi, pencegahan HIV/AIDS serta amalan cara hidup sihat yang diajar secara bersepadu di sekolah rendah dan

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

menengah. Ia menjadikan kesihatan sebagai satu aspek yang tidak diasingkan tetapi diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu akan melibatkan kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pendekatan bersepadu melibatkan aspek kesihatan disentuh dalam subjek-subjek lain seperti agama, moral, bahasa dan sebagainya. Setiap pelajar mempunyai minat untuk belajar sama ada ianya dibuat secara individu atau berkumpulan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dapat memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menunjukkan bakat dan memperkembangkan potensi masing-masing.

13. (a) Berikan TIGA peringkat dalam proses kehamilan.

Peringkat dalam kehamilan terbahagi kepada tiga, iaitu :

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


(b) Jelaskan ketiga-TIGA peringkat kehamilan tersebut.

zusma_4646@yahoo.com.my

Berikut adalah peringkat kehamilan:

a. Peringkat Awal Peringkat awal atau first trimester kehamilan bermula daripada terbentuknya embrio sehinggalah kehamilan mencecah tiga bulan. Plasenta yang berupa gumpalan salur darah yang melekat pada lapik uterus membawa masuk oksigen dan zat makanan. Hasil buangan akan dikeluarkan melalui tali pusat.

Menjelang minggu kelima, embrio telah menunjukkan tunas anggota tubuh seperti kaki serta lengan dan bonjolan untuk jantung. Apabila janin telah mencapai usia dua bulan, organ dalaman telah terbentuk. Memasuki bulan ketiga fetus telah terbentuk dengan sempurna dan mula membesar dengan cepat.

b. Peringkat Pertengahan Peringkat pertengahan kehamilan disebut second trimester. Tempoh ini bermula apabila kehamilan memasuki bulan keempat sehingga bulan keenam.

Pada bulan keempat, degupan jantung bayi boleh dikesan menerusi alat stethoscope. Beratnya kira-kira 300 gm. Memasuki bulan kelima (28 minggu) mata bayi sudah boleh dibuka. Bayi juga telah boleh bergerak dengan aktif. Kadang-kadang si ibu akan mengesan tendangan atau pergerakan bayinya.

c. Peringkat Akhir Peringkat akhir kehamilan atau third trimester bermula apabila kehamilan memasuki bulan ketujuh sehinggalah bulan kesembilan. Berat bayi kian bertambah dan pergerakan semakin aktif.

Memasuki minggu ke-38, kepala bayi berada pada kedudukan bawah dan bersedia untuk dilahirkan. Memasuki bulan kesembilan (40 minggu) bayi akan turun lebih ke bawah abdomen

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

bagi tujuan kelahiran. Namun, tidak semua kehamilan berakhir pada minggu ke-40. Terdapat bayi yang dilahirkan lebih awal.

(c) Proses kehamilan juga turut melibatkan perubahan fizikal si ibu. Bincangkan perubahan ini.

Semasa proses kehamilan, bukan sahaja embrio yang melalui proses perubahan. Si ibu turut mengalami perubahan fizikal. Oleh itu, dengan memahami perubahan ini adalah penting bagi ahli keluarga yang akan menjaga kesihatan dan keselesaan ibu sepanjang kehamilan. Berikut adalah beberapa perubahan fizikal yang berlaku kepada ibu hamil.

Jadual Perubahan Fizikal semasa Hamil

Perubahan

Keterangan Pada bulan keempat kehamilan, buah dada akan membesar. Bahagian puting dan sekeliling puting (aerola) akan bertukar menjadi gelap. Ibu perlu menggunakan baju dalam yang bersesuaian untuk menampung saiz buah dada yang telah berubah. Mabuk atau morning sickness boleh berlaku di sekitar bulan ketiga kehamilan. Ia berlaku bukan sahaja pada waktu pagi tetapi tidak mengira waktu. Mabuk yang melampau akan menyebabkan si ibu muntah. Masalah ini berlaku apabila kandungan semakin membesar. Ini kerana kandungan menekan pada pundi kencing. Kaki membengkak biasa berlaku pada peringkat pertengahan kehamilan. Berat ibu

Perubahan buah dada

Pening dan mabuk

Kerap kencing

Bengkak kaki

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

yang betambah akan menjejaskan kaki dan pergelangan kaki.

14. (a) Senaraikan aspek penting dalam pengurusan kesihatan diri.

Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi aset yang penting untuk hidup sihat sepanjang hayat. Berikut adalah aspek pengurusan diri yang harus diberi perhatian :

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Rajah Pengurusan kesihatan diri

(b) Jelaskan dengan terperinci TIGA aspek penting dalam aspek pengurusan kendiri.

a. Pengurusan Kebersihan Tubuh Membersihkan tubuh badan adalah rutin harian yang perlu dilakukan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan berbau.

Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak mengumpul kuman. Setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman orang lain dipindahkan kepada tangan kita. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas ke tandas sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke mulut dan makanan kita. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih b. Pengurusan Kebersihan Pakaian Negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat berpeluh. Oleh yang demikian adalah penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita juga perlu membersih dan menjemur bantal, selimut, tilam dan cadar untuk mengelak pembiakan hama.

c. Pengurusan Tahap Kesihatan Sesetengah penyakit adalah pembunuh senyap. Ada di antara kita tidak mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit. Misalnya penyakit kardiovaskular seperti penyakit Jantung dan strok. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh mengurus tahap kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit, misalnya melalui pemeriksaan tahap glukos darah, seseorang dapat mengetahui sama ada dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetis

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


Jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan ialah: a. b. c. d. e. f. g. Pemeriksaan tekanan darah Saringan paras glukos darah Saringan paras kolesterol Indeks jisim badan Pemeriksaan kanser serviks dan payu dara Ujian kadar lemak Saringan minda sihat

zusma_4646@yahoo.com.my

(c) Berdasarkan pemahaman anda bincangkan bagaimana kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh badan dapat diterapkan.

Berikut adalah beberapa cara menerapkan kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh badan :

a. Keluarga Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga semenjak di peringkat kanak-kanak lagi. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memberi kesedaran, pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh. Ibu bapa adalah model terbaik dalam penjagaan kesihatan. Nilai terhadap kesihatan yang dipegang oleh sesuatu masyarakat turut memainkan peranan. Jika sesuatu masyarakat melihat mandi pagi sebagai satu nilai kesihatan, maka amalan ini akan menjadi budaya ahli-ahlinya. Seseorang individu diharap akan dapat bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka sendiri apabila meningkat dewasa.

b. Klinik Kesihatan atau Hospital Selain daripada keluarga, staf klinik kesihatan ibu dan anak turut memainkan peranan. Ibu-ibu akan diberi nasihat dan tunjuk cara bagaimana penjagaan asas kesihatan yang baik, misalnya, dalam penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak.

c. Sekolah Kesedaran dan amalan ini akan diperkukuhkan lagi melalui subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah rendah. Di samping itu, pasukan kesihatan sekolah dari pejabat kesihatan daerah yang berdekatan dengan sekolah turut menjalankan lawatan secara berkala ke sekolah untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada pelajar. Program Doktor Muda yang diperkenalkan ke sekolah-sekolah rendah turut mempromosikan amalan

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

penjagaan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Cara Hidup Sihat melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai wadah untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh dan berterusan. Ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, mental dan sosial seseorang.

15. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keruntuhan rumah tangga. Keruntuhan rumahtangga merujuk kepada keadaan satu unit organisasi keluarga yang terlerai daripada ikatan sama ada secara sah atau tidak. Keruntuhan yang sah dimeterai oleh undangundang dengan bukti bahawa pasangan berkahwin telah bercerai. Keruntuhan yang tidak sah merujuk kepada pasangan yang berpisah secara tidak rasmi.

(b) Senaraikan TIGA faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga.

Tiga faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga ialah :

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

(c) Bincangkan TIGA faktor penyumbang kepada keruntuhan keluarga. Berikan contoh untuk setiap faktor.

a. Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan Kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak dimana pasangan saling mempercayai, hormat-menghormati, bertolak-ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa jua tanggungjawab. Namun sebagai dua insan yang dilahirkan berbeza, perbezaan tetap wujud. Hanya berbekalkan ketabahan, pengetahuan dan kemahiran berinteraksi serta bertindak balas kepada setiap perubahan mampu mengekalkan perkongsian yang mulia ini. Apabila sesuatu keluarga dibina atas dasar cinta mengikut nafsu semata-mata dan kurang persediaan dalam aspek lain, pasangan akan berdepan dengan kejutan kehidupan berkeluarga. Perubahan seperti pertambahan ahli keluarga serta komitmen akan mempengaruhi keutuhan rumahtangga yang dibina. Walaupun pasangan telah menjalani kursus pra-perkahwinan, ternyata kursus tersebut tidak mencukupi untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Malah kerajaan turut mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu memperkukuhkan institusi keluarga. Walau bagaimanapun segala rentak bergantung kepada pasangan yang mengemudikan keluarga tersebut. Pelbagai perkhidmatan disediakan oleh kerajaan melalui agensi tertentu untuk membantu mengurangkan masalah keruntuhan rumahtangga. Misalnya program yang dirangka oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara yang menjurus kepada isu menghayati peranan keluarga dalam membentuk penduduk yang bukan sahaja sihat dari aspek fizikal tetapi juga mental, emosi, sosial dan rohani.

b. Konflik Peranan dan Tanggungjawab Peranan lelaki dan wanita pada masa kini jauh berbeza berbanding dengan pada nenek moyang kita. Dalam negara yang meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga, sejak dahulu lagi lelaki memainkan peranan memastikan ekonomi dan sosial keluarga sentiasa sempurna. Lelaki perlu bekerja untuk menyara keluarga. Isteri atau ibu berperanan menjaga anak dan menguruskan kerja rumah. Namun peranan dan tanggungjawab ini semakin berubah. Ramai wanita bersama-sama lelaki bekerja untuk mencari sumber ekonomi dan membantu kesejahteraan keluarga. Terdapat juga isteri yang berpendapatan lebih daripada suami mereka.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Pengagihan tugas dalam menguruskan rumahtangga adalah penting. Wanita berharap suami mereka akan bersama-sama membantu menguruskan rumahtangga. Bagi lelaki yang menganggap peranan itu bukannya kebiasaan bagi mereka, ini akan menimbulkan masalah. Pasangan suami isteri mungkin tidak sehaluan. Adakalanya wanita berdepan dengan konflik sama ada memilih untuk menjadi suri rumahtangga atau bekerja. Taraf pendidikan yang dimiliki wanita serta desakan untuk mencari pendapatan yang lebih dalam memenuhi keperluan keluarga mendorong wanita melupakan peranan tradisional ini. Beban tugas di tempat kerja dan peranan membesarkan anak serta menguruskan rumahtangga menyebabkan wanita rasa terteka. Keadaan menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan rumahtangga. Tekanan boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri akan berpisah dan mengakhiri ikatan sebuah keluarga.

c. Kemiskinan Kemiskinan adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun sesebuah negara diiktiraf sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya ditafsir berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan sebagai di bawah garis kemiskinan (di negara kita pendapatan di bawah garis kemiskinan ialah RM687 untuk bandar dan RM698 untuk luar bandar). Isu kemiskinan dilihat tertumpu di kawasan luar bandar sahaja pada suatu masa dahulu. Namun, kemiskinan di bandar akan menjadi nyata apabila masyarakat tidak lagi mampu berlumba seiring dengan kemajuan di bandar. Penghijrahan ke bandar tanpa pendidikan dan kemahiran yang mencukupi membataskan seseorang mendapat pekerjaan yang menawarkan pendapatan lumayan. Pendapatan yang tidak mencukupi akan memaksa mereka melakukan kerja sampingan lain. Ini akan menjejaskan kualiti kerja serta kehidupan mereka. Bekerja dalam jangka masa yang lama menyebabkan taraf kesihatan fizikal dan mental terjejas. Mereka terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung kerana mengabaikan senaman dan membiarkan tekanan dalam kehidupan mereka.

Desakan kemiskinan yang memaksa ibu bapa melakukan kerja sampingan akan menyebabkan peranan keibubapaan dalam keluarga diabaikan. Keadaan ini akan menambah burukkan gejala sosial negatif di kalangan anak. Gejala negatif sosial anak boleh menjadi punca pasangan

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

bertegang urat. Masa yang singkat membataskan peluang ahli keluarga untuk duduk bersemuka dan menyelesaikan masalah. Kemiskinan juga mungkin akan memaksa anak-anak terjerumus ke dalam aktiviti yang kurang sihat seperti perlakuan delekuen. Mereka mungkin mencuri atau pecah rumah untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Set B 1. Jelaskan fungsi organ-organ berikut:

(i) jantung Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau peredaran darah setiap masa.

(ii) hati Menghasilkan cecair hempedu dan bahan yang terdapat di dalam darah seperti serum untuk perkumuhan serta metabolisme.

2. Huraikan secara ringkas EMPAT peranan kaum lelaki di dalam sesebuah keluarga.

Negara kita mengamalkan sistem patriaki yang mana golongan lelaki mengetuai sesebuah keluarga. Secara tidak langsung sistem ini memberi kuasa kepada lelaki dalam memimpin keluarga, membuat keputusan, menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan asas yang selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup berkeluarga.

3. Jelaskan EMPAT kebaikan teknik penerokaan yang diamalkan dalam Pendidikan Kesihatan Keluarga.

Kebaikan Teknik Penerokaan a. Pelajar mempelajari apa yang diteroka melalui kajian kes, pencarian di internet, perpustakaan dan mendapatkan maklumat daripada hospital dan klinik.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

b. Proses pembelajaran melalui penerokaan akan memupuk inquiry learning seseorang pelajar. Maknanya mereka akan mencari, membentuk dan menguji andaian-andaian mereka.

c. Penerokaan menjadikan pelajar bebas mendapatkan maklumat. Guru adalah sebagai fasilitator.

d. Penerokaan memberi peluang kepada pelajar melakukan sesuatu dengan kreativiti selain daripada daya intelek. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dengan orang lain. Begitu juga menghargai ilmu yang mereka cari.

4. Nyatakan DUA perbezaan yang ketara pada perubahan fizikal kanak-kanak lelaki dan perempuan setelah mencapai akil baligh.

Antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku kepada remaja perempuan ialah:

Payu dara mula membesar dan menampakkan bentuk. Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. Punggung melebar dan mula menunjukkan ciri-ciri kewanitaan. Jerawat mula tumbuh di pipi atau muka. Mula didatangi haid. Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

Bagi remaja lelaki pula, pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku ialah:

Suara menjadi garau. Misai dan janggut mula tumbuh. Bulu mula tumbuh pada bahagian kemaluan. Bahu dan dada menjadi lebih lebar. Mengalami mimpi basah (wet dream) atau ihtilam. Istilah yang merujuk kepada seseorang kanak-kanak mula memasuki alam remaja dengan mengalami mimpi yang ghairah sehingga mengeluarkan air mani. Zakar dan testis mula membesar.

5. Apakah yang akan berlaku apabila salah satu sperma yang mengelilingi ovum menembusi ovum dan apakah yang akan terbentuk di dalam proses pembahagian sel?

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Apabila sperma bertemu dengan ovum. Salah satu sperma yang mengelilingi ovum akan menembusi ovum. Percantuman kedua-duanya akan membentuk zigot. Kromosom akan terbentuk menjadi 23 pasang. Setengah datang daripada sperma dan setengah lagi daripada ovum. Sel ovum pula akan bersedia untuk pembahagian secara mitosis. Pembahagian akan bermula dengan dua sel. Proses pembahagian sel zigot ini akan berterusan berkali-kali. Sel yang mengalami proses pembahagian ini tertanam pada dinding uterus. Proses pembahagian sel juga akan membentuk rongga tembuni. Proses pembentukan tisu-tisu yang berbeza turut berlaku. Gambaran proses ini dalam rajah berikut:

Rajah Keratan rentas uterusproses awal reproduktif manusia

6. Proses pembentukan seorang manusia amat penting diketahui oleh kanak-kanak agar mereka rasa bersyukur dengan kejadian yang mencipta mereka.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

(a) Nyatakan EMPAT organ reproduktif lelaki dan fungsinya.

Fungsi empat organ reproduktif lelaki seperti dalam jadual berikut :

Jadual Organ Reproduktif Lelaki dan Fungsi

Organ

Fungsi Organ persetubuhan lelaki yang menyalurkan semen dan sperma untuk tujuan reproduksi. Zakar juga berfungsi untuk menyalurkan air kencing keluar daripada tubuh lelaki. Organ yang menghasilkan sperma. Sel-sel dalam testis mengeluarkan hormon lelaki iaitu testosteron. Hormon testosteron mengembangkan sifat kejantinaan lelaki apabila meningkat baligh seperti pertumbuhan janggut, misai, bulu pada kemaluan, bentuk tubuh lelaki dan perkembangan organ jantina lelaki. Kilang yang menghasilkan bendalir cair bersifat alkali. Bendalir ini adalah sebahagian daripada komponen air mani. Sifat alkalinya melindungi sperma daripada tindak balas asid dalam saluran air kencing dan dalam faraj perempuan. Saluran yang mengalirkan air mani dan air kencing.

Zakar

Testis

Kelenjar prostat

Saluran urethra

(b) Senaraikan ENAM organ reproduktif perempuan dan fungsinya.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


Jadual berikut menunjukkan fungsi organ reproduktif perempuan :

zusma_4646@yahoo.com.my

Jadual Organ Reproduktif Perempuan dan Fungsinya

Organ

Fungsi Vulva adalah komponen organ reproduktif perempuan yang membentuk organ kemaluan luar. Ia terdiri daripada vagina, clitoris, labia minora dan labia majora. Setiap perempuan mempunyai dua ovari. Ovari menghasilkan hormon estrogen dan sel reproduktif perempuan atau ovum. Sel ovari turut mengeluarkan hormon progesteron. Saluran Fallopian menghubungkan uterus dengan ovari. Ia menyediakan saluran perjalanan untuk pergerakan ovum yang telah disenyawakan ke uterus. Persenyawaan atau percantuman ovum dan sperma biasanya berlaku dalam saluran Fallopian. Tempat ovum melekat selepas disenyawakan. Janin akan membesar dalam ruang uterus. Lapisan yang terdiri daripada otot. Lapisan ini menyediakan ruang untuk ovum yang telah disenyawakan melekat. Semasa proses kelahiran, otot-otot ini menguncup untuk membantu proses mengeluarkan bayi. Serviks berfungsi sebagai leher uterus yang terletak pada bahagian bawah sekali. Di dalamnya terletak saluran yang menyambungkan faraj dengan uterus. Bahagian yang menyambungkan organ reproduktif dengan luar tubuh.

Vulva

Ovari

Saluran Fallopian

Uterus

Lapisan dinding uterus

Serviks

Faraj

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


zusma_4646@yahoo.com.my

Ia adalah organ persetubuhan perempuan. Faraj juga adalah saluran untuk darah haid keluar. Faraj menyediakan sebahagian daripada saluran kelahiran bayi.

7. Kehamilan merupakan fasa di dalam kehidupan seseorang individu yang amat menakjubkan.

(a) Jelaskan TIGA peringkat kehamilan yang berlaku kepada seseorang ibu yang hamil.

a. Peringkat Awal Peringkat awal atau first trimester kehamilan bermula daripada terbentuknya embrio sehinggalah kehamilan mencecah tiga bulan. Plasenta yang berupa gumpalan salur darah yang melekat pada lapik uterus membawa masuk oksigen dan zat makanan. Hasil buangan akan dikeluarkan melalui tali pusat.

Menjelang minggu kelima, embrio telah menunjukkan tunas anggota tubuh seperti kaki serta lengan dan bonjolan untuk jantung. Apabila janin telah mencapai usia dua bulan, organ dalaman telah terbentuk. Memasuki bulan ketiga fetus telah terbentuk dengan sempurna dan mula membesar dengan cepat.

b. Peringkat Pertengahan Peringkat pertengahan kehamilan disebut second trimester. Tempoh ini bermula apabila kehamilan memasuki bulan keempat sehingga bulan keenam.

Pada bulan keempat, degupan jantung bayi boleh dikesan menerusi alat stethoscope. Beratnya kira-kira 300 gm. Memasuki bulan kelima (28 minggu) mata bayi sudah boleh dibuka. Bayi juga telah boleh bergerak dengan aktif. Kadang-kadang si ibu akan mengesan tendangan atau pergerakan bayinya.

c. Peringkat Akhir Peringkat akhir kehamilan atau third trimester bermula apabila kehamilan memasuki bulan ketujuh sehinggalah bulan kesembilan. Berat bayi kian bertambah dan pergerakan semakin aktif.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Memasuki minggu ke-38, kepala bayi berada pada kedudukan bawah dan bersedia untuk dilahirkan. Memasuki bulan kesembilan (40 minggu) bayi akan turun lebih ke bawah abdomen bagi tujuan kelahiran. Namun, tidak semua kehamilan berakhir pada minggu ke-40. Terdapat bayi yang dilahirkan lebih awal.

(b) Berikan DUA contoh salah faham mengenai pemakanan semasa hamil.

Berikut adalah salah faham mengenai pemakanan semasa hamil:

Terlalu memilih makanan tertentu dan mengabaikan makanan tertentu. Tidak memakan vitamin kerana bimbang bayi yang dilahirkan akan menjadi besar Menggandakan makanan untuk dua orang bagi setiap kali pengambilan makanan.

8. Pengambilan makanan yang seimbang akan menentukan sejauh mana tahap kesihatan seseorang individu.

(a) Senaraikan LIMA jenis komponen makanan bersama fungsinya.

Jadual berikut menunjukkan komponen makanan :

Jadual Jenis Makanan Berdasarkan Fungsi dan Sukatan

Komponen Makanan

Jenis

Fungsi

Sukatan Keperluan

Karbohidrat

Nasi, mi, roti, hasil bijirin, ubi

Membekalkan tenaga, Perlu dimakan lebih banyak. 8-12 vitamin, mineral, serat sajian. Contoh 1 sajian ialah dan protein cawan nasi atau keping capati.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


Daging, ikan, telur, kekacang Membina dan membaik pulih tisu tubuh.

zusma_4646@yahoo.com.my

Protein

Makan dengan sederhana. 2-3 sajian. Contoh, 1 sajian ialah 1 ketul paha ayam atau 1 ekor ikan kembung atau 2 biji telur. Susu dan hasil tenusu. 1-2 sajian. Contoh, 1 sajian ialah 1 gelas susu atau 1 cawan dadih atau 1 keping keju.

Kalsium Zat besi

Susu dan hasil tenusu

Tumbesaran

Semua jenis Vitamin Mineral sayuran dan buahSerat buahan

Membekalkan vitamin, mineral dan serat. Menjauhi penyakit Makan dengan lebih. 3-5 sajian. akibat kekurangan Contoh 1 sajian ialah cawan vitamin. Serat sayur daun hijau atau 1 hiris betik. mengelakkan masalah sembelit.

Garam Gula Minyak

Memberi tenaga. Makanan diproses, Sebagai penyedap kuih-muih, aiskrim, makanan dan tidak makanan bergoreng diperlukan dalam jumlah yang banyak.

Perlu dimakan sedikit.

(b) Berikan LIMA ciri seorang penyedia makanan yang sihat.

Ciri-ciri seorang penyedia makanan yang sihat adalah seperti berikut :

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

9. Meluangkan masa bersama ahli keluarga adalah salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian. Kebanyakan daripada masalah sosial yang berlaku sering dikaitkan dengan kurangnya perhatian para ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

(a) Bincangkan LIMA kebaikan yang diperolehi oleh ibu bapa jika, mereka sering meluangkan masa bersama anak-anak.

Meluangkan masa bersama ahli keluarga adalah salah satu aspek yang perlu diberi perhatian. Banyak masalah sosial dikaitkan dengan ibu bapa yang tidak meluangkan masa untuk anak mereka. Keluarga digalak meluangkan masa untuk makan bersama, beriadah dan menonton televisyen bersama. Ibubapa juga digalakkan meluangkan masa untuk anak untuk berkongsi perasaan sama ada gembira atau sebaliknya. Meluangkan masa untuk keluarga membolehkan ibubapa:

Menyampaikan hasrat dan harapan terhadap anak Meluahkan perasaan kasih sayang Mendengar dan memahami perasaan anak Berkongsi perkembangan semasa dengan ahli keluarga

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


zusma_4646@yahoo.com.my

Membimbing anak untuk menyelesaikan kerja sekolah Menurunkan nilai-nilai murni sosial kepada anak Mendidik anak daripada aspek kerohanian Memerhati dan memahami karekter atau personaliti anak Mempamerkan kemahiran hidup bersosial yang sepatutnya seperti bersopan-santun, saling membantu dan saling menghormati. Merapatkan hubungan dengan anak dan ahli keluarga yang lain

(b) Huraikan LIMA tanggungjawab penting penjagaan kebajikan kedua ibu bapa kepada anakanak mereka.

Penjagaan kebajikan yang paling asas ialah penyediaan tempat tinggal yang selesa dan selamat. Untuk perkembangan sosial yang sihat terutama dalam keluarga extended, ruang yang mencukup diperlukan untuk memastikan ahli keluarga mendapat keselesaan. Keadaan ruang terhad adalah kurang sihat untuk perkembangan sosial dan emosi anak terutama yang telah meningkat remaja. Penyediaan makanan yang secukupnya dan seimbang juga adalah keperluan asas dalam sesebuah keluarga. Pemakanan seimbang menjamin tahap kesihatan yang baik. Penyediaan makanan di rumah lebih sihat dan selamat untuk ahli keluarga terutama anak-anak yang sedang membesar. Kurang menjaga kebajikan dengan membenarkan anak membeli makanan di luar akan mendedahkan mereka kepada masalah keracunan makanan serta makanan tidak seimbang yang sering dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan dan obes. Mengambil berat tentang kesihatan ahli keluarga adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa terpelihara. Ibu bapa perlu memastikan ibu hamil mendapat pemeriksaan berkala yang sepatutnya. Begitu juga dengan anak, perlu mendapat sepenuhnya suntikan imunisasi yang sepatutnya. Tarap kesihatan ahli keluarga perlu dipantau dengan mengenalpasti atau bertindak segera jika terdapat tanda-tanda sesuatu penyakit. Selain daripada itu, ibu bapa perlu bersama-sama mengajak anak menjalankan aktiviti sihat seperti beriadah untuk memupuk kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani yang sihat. Persekolahan yang sempurna menjadi platform untuk jaminan tiada masa depan. Ibu bapa perlu memastikan semua anak diberi peluang untuk bersekolah. Jika tidak mampu, ibu bapa perlu berikhtiar dan meluangkan masa untuk mendapatkan bantuan persekolahan anak. Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk keluarga yang kurang mampu menyekolahkan anak. Kesihatan rohani adalah komponen penting untuk mencapai kesihatan menyeluruh. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa atau orang dewasa dalam keluarga untuk mendidik atau memberi pendidikan kerohanian kepada anak. Aspek rohani yang positif dan utuh perlu dalam pembentukan sahsiah anak sebagai manusia yang sempurna. Didikan kerohanian di sekolah atau atau di institusi agama tidak mencukupi. Ibu bapa adalah model terbaik dalam mendidik nilai-nilai rohani yang baik.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

10. Amalan cara hidup sihat adalah tunjang utama dalam melahirkan individu dan keluarga yang bahagia.

(a) Bincangkan LAPAN tunjang utama untuk kesihatan diri dan keluarga dalam menyempurnakan amalan kehidupan yang sihat.

Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada:

a. Kebersihan Tubuh Badan Kebersihan tubuh badan meliputi penjagaan kebersihan rambut, kesihatan gigi, tangan, muka, kaki dan kulit. Penjagaan kebersihan tubuh badan ialah melalui mandi, memotong kuku, memberus gigi serta membasuh tangan.

b. Amalan Pemakanan Sihat

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Amalan pemakanan sihat dalam sesebuah keluarga memerlukan perancangan, penyediaan dan penyajian makanan yang seimbang untuk keluarga. Makanan yang sihat tidak semestinya makanan yang mahal.

Misalnya, buah-buahan yang penuh berzat tidak semestinya buah-buahan import seperti epal atau anggur tetapi buah-buahan tempatan seperti betik, pisang dan limau.

Berikut adalah beberapa panduan pemakanan sihat yang perlu diikuti berdasarkan piramid makanan:

c. Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal Aktiviti fizikal ialah sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan serta menggunakan tenaga. Ia amat penting untuk meningkatkan tahap kecergasan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari seperti penyakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan obesiti.

Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan setiap sesi sekurangkurangnya selama 30 minit. Jika kita tidak dapat melakukannya kerana kesibukan di tempat

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

kerja, jangan berputus asa tetapi amalkan tabiat berjalan kaki, berkebun, mencuci kereta atau naik tangga tanpa menggunakan lif. Amalan ini juga boleh merupakan satu bentuk senaman.

d. Amalan Kesihatan Mental yang Baik Pengurusan stres atau tekanan merupakan salah satu komponen kesihatan yang amat penting. Stres perlu diurus dengan bijak. Kita tidak dapat mengelakkan stres sama ada di tempat kerja atau di rumah.

Amalkan pemikiran dan sikap sebagai salah satu langkah ke arah kesihatan mental yang baik. Berikut adalah beberapa kaedah pengurusan stres yang dapat menjamin kesihatan mental kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Rajah di bawah menggariskan kaedah yang boleh digunakan untuk mengurus atau menyelesaikan masalah.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Satu lagi cara untuk mengamalkan kesihatan mental yang baik ialah menangani kemarahan. Kaedah 3B boleh digunakan untuk menangani kemarahan.

e. Tidak Merokok Merokok merupakan salah satu amalan yang meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Di samping itu, amalan merokok yang tidak sihat ini juga membazirkan!Merokok bukan setakat membahayakan si perokok tetapi orang lain di sekeliling mereka. Ini dinamakan sebagai perokok pasif.

Walaupun mereka tidak merokok tetapi boleh menghidu asap rokok yang dihembuskan oleh perokok. Mereka mungkin ahli keluarga seperti anak atau isteri atau mungkin rakan pejabat. Rajah-rajah di bawah menunjukkan kebaikan yang akan diperolehi oleh seseorang yang tidak merokok serta panduan berhenti merokok.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

f. Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak

Komponen-komponen dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak ialah

i. Perancangan Keluarga Pasangan suami isteri perlu bijak mengurus dan merancang keluarga mengikut kemampuan ekonomi dan sosial. Khidmat nasihat secara profesional berkaitan perancangan keluarga boleh diperoleh daripada pakar kesihatan keluarga di klinik kesihatan kerajaan, hospital kerajaan atau hospital swasta.

Pada masa kini, tanggungjawab kepada keluarga bukan setakat memenuhi keperluan asas tetapi memberi pendidikan dan penjagaan kesihatan yang secukupnya kepada anak-anak. Anak-anak mesti mempunyai pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan menyeluruh dan mengamalkan tingkah laku yang sihat.

ii. Kesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin Pemeriksaan secara berkala semasa hamil amat penting. Masalah awal atau komplikasi semasa hamil boleh dirawat jika dikenal pasti dengan lebih awal.

Amalan pemakanan sihat penting untuk si ibu dan bayi dalam kandungan dan selepas bersalin. Begitu juga dengan sokongan suami dari segi emosi sebelum dan selepas isteri bersalin.

Ibu-ibu terutamanya yang pertama kali hamil perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya berkaitan penjagaan kesihatan ibu hamil dan cara-cara bersalin. Mereka tidak harus terpengaruh dengan petua atau pantang-larang yang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi yang dilahirkan. Penyusuan susu ibu harus diberi kepada bayi untuk sekurang-kurangnya enam bulan pertama.

iii. Kesihatan Bayi

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013

zusma_4646@yahoo.com.my

Penjagaan kesihatan bayi untuk dua tahun pertama memerlukan mereka dibawa ke klinik kesihatan secara berkala untuk mendapat suntikan imunisasi. Amalan pemakanan yang sihat, kebersihan dan pemberian imunisasi secara berkala amat penting untuk menjamin kesihatan bayi.

Dalam tempoh usia satu tahun pertama bayi amat mudah dijangkiti penyakit. Pemberian imunisasi dapat memberi mereka perlindungan daripada penyakit berjangkit seperti polio, tetanus (kancing gigi), difteria, campak, hepatitis B dan tibi.

Pemeriksaan berat badan bertujuan untuk melihat perkembangan bayi mengikut bulan. Di samping itu, doktor atau jururawat akan menguji gerak balas bayi terhadap rangsangan.

g. Peranan Keluarga Dalam sesebuah keluarga bapa ialah ketua keluarga manakala ibu sebagai penjaga. Anak perempuan atau anak lelaki mempunyai peranan untuk mengikut apa yang disuruh oleh ibu bapa.

Namun peranan ini semakin berubah dengan bertambahnya kes-kes perceraian. Ini mewujudkan istilah ibu tunggal atau bapa tunggal. Di samping itu, isu-isu seperti remaja lari dari rumah kerana pelbagai faktor seperti penderaan, perpecahan rumah tangga, inginkan kebebasan atau terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

Isu anak-anak menghantar ibu bapa yang sudah tua atau meninggalkan mereka di rumah orang tua atas alasan tidak ada masa untuk menjaga mereka sering berlaku.

h. Institusi Perkahwinan Perkahwinan menjadi isu apabila ia tidak dilakukan mengikut nilai dan norma sesebuah masyarakat. Antara isu-isu tersebut adalah seperti berkahwin atas dasar paksaan, kahwin lari kerana tidak dipersetujui oleh ibu bapa serta perceraian. Persoalan juga timbul seperti ingin berkahwin tetapi tidak bersedia dari segi kewangan dan emosi. Individu sama ada lelaki atau wanita yang semakin lewat berkahwin atau langsung tidak berkahwin juga merupakan salah satu isu yang kerap dibincangkan.

Soalan dan jawapan HBHE2203/sep2013


(b) Jelaskan DUA perkara yang berkaitan dengan nilai moral dan agama.

zusma_4646@yahoo.com.my

Terdapat isu-isu seksualiti dan gender yang berkaitan dengan nilai moral dan agama. Ianya dibincangkan seperti berikut:

a. Seksualiti Isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti kehamilan remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan, homoseksual dan sumbang mahram sering menjadi topik hangat perbincangan.

b. Gender Isu-isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.

You might also like