P. 1
asas matematik.docx

asas matematik.docx

|Views: 0|Likes:
Published by Lua C Wei
read
read

More info:

Categories:Types
Published by: Lua C Wei on Oct 26, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/27/2014

pdf

text

original

PENGHARGAAN Kami, Lua Chee Wei, Chong Sin Yee dan Ngui Wan Zoo guru pelatih dari

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang, Unit PPISMP Semester 3 Pengajian Cina ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Asas Matematik, Miss Yeo Lian Ming kerana tanpa tunjuk ajar beliau, kami tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus asas Matematik ini dengan lancar dan berjaya. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kita sepanjang tempoh dalam menyiapkan tugasan yang penting ini. Beliau ialah seorang pensyarah yang bersabar kerana beliau sabar mengajar kita pada masa ke semasa apabila kami menghadapi sebarang masalah. Setelah meminta tunjuk ajar daripada pensyarah, kami berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, kami juga tidak melupakan kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk idea kepada kami untuk menambah baik lagi terhadap tugasan ini. Segala pendapat kawan-kawan sememangnya amat membantu kami untuk menyiapkan tugasan Kemahiran Belajar ini dengan sempurna. Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka secara langsung dan tidak langsung. Tambahan pula, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua orang ibu bapa kami kerana mereka memberi semangat dan sokongan yang sepenuh kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang penting ini. Mereka juga telah banyak membantu kami dari segi kewangan. Tanpa penglibatan ibu bapa, pastilah usaha kami tidak dapat restu dan sia-sia. Akhir kata, kami berasa amat berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan yang penting ini pada masa yang tepat dan tidak mengecewakan pensyarah yang mengajar kami subjek Kemahiran Belajar. Pada masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan sekali ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu kami untuk menyiapkan tugasan penting ini. Sekian terima kasih.

Ini akan membawa kepada perkembangan daya kreatif dan ini akan memberi kesan secara langsung kepada penemuan saintifik. Secara ringkasnya penyelesaian masalah adalah apa yang dilakukan bila kita tidak tahu apa yang hendak dibuat. reka cipta dan inovasi. Pelajar perlu menguasai kemahiran untuk menentukan cara yang terbaik mengatasi sesuatu masalah. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Model Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik di mana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia. mengubah hidup. seperti masalah matematik dan masalah fizikal. Penyelesaian masalah timbul apabila kita berdepan dengan suatu masalah dan kita tidak pasti cara bagaimana menyelesaikannya. masalah kesihatan. Menurut Model Polya ( 1973 ). Masalah yang bersifat tertutup iaitu yang boleh diselesaikan dengan mengikut pola menjawab yang tertentu hanya akan memperkembangkan kemahiran terhad. Masalah-masalah dalam kehidupan sebenar selalunya tidak bersifat tertutup dan tidak mempunyai hanya satu jawapan yang betul.PENGENALAN Penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu maklumat. dan akhirnya melaporkan silannya”. Robert Gagne di dalam bukunya “Educational Programs” ( 1977 ) menjelaskan “Adalah menjadi satu matlamat utama untuk seseorang guru mengajar pelajarnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Torrence ( 1973 ) mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai “Proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian membuat andaian. masalah sosial dan penyesuaian diri”. terdapat empat fasa penyelesaian masalah . Ada pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan sebenar. Manakala masalah yang bersifat terbuka berupaya untuk mereka cipta dan bukan hanya mengikut dan menghasilkan semula apa yang sudah wujud.

Strategi-strategi yang biasa digunakan di sekolah rendah adalah seperti:  Teka dan semak  Menetapkan maklumat dalam carta. Dalam penyelesaian masalah dalam matematik. implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali. merancang strategi tentang masalah. lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperoleh penyelesaiannya. jadual atau graf  Melihat kepada susunan  Mudahkan masalah  Simulasi atau melakonkan  Melukis rajah  Menggunakan kaedah songsang .matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik di mana ia mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakan.

mendapatkan maklumat.JENISje – JENIS MASALAH Masalah Rutin ( Routin Problem ) Masalah Bukan Rutin ( Non-routin Problem ) Masalah kompleks Masalah kehidupan sebenar Melibatkan satu operasi matematik Memerlukan lebih daripada satu operasi matematik Kemahiran asas dan langkah-langkah urutan Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Perlu memahami. mendapatkan maklumat. memilih operasi dan algoritma Pelbagai dan kaedah untuk menyelesaikan . memilih operasi dan algoritma Menyelesaikan melalui bercerita dan kaitkan dengan strategi keadaan sebenar Perlu kefahaman.

Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah. konsep atau prinsip matematik yang telah dikuasai terlebih dahulu. Walaubagaimanapun. . Masalah matematik jenis ini bertujuan melatih para pelajar menguasai kemahiran asas dalam matematik khususnya kemahiran mengira dalam keempat-empat operasi iaitu tambah. Masalah bukan rutin pula merupakan masalah yang memerlukan konsep penyelesaian masalah matematik yang menggunakan kemahiran.. mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas. Masalah rutin ialah masalah harian yang biasa ditemui. MASALAH RUTIN Masalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. merancang strategi penyelesaian. tolak.MASALAH RUTIN DAN MASALAH BUKAN RUTIN Terdapat dua jenis masalah dalam matematik iaitu masalah rutin dan masalah bukan rutin. Proses penyelesaian masalah ini melalui beberapa peringkat iaitu memahami masalah soalan. melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula masalah tersebut. masalah-masalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkahlangkah yang berturutan. darab dan bahagi. Malah memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar. Selain itu.

Masalah-masalah bukan rutin memerlukan prosesproses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin. . MASALAH BUKAN RUTIN Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza Kejayaan dalam penyelesaian masalahmasalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan.

berkongsi kaedahkaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik.Membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian. Mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah Mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua. peraturan dan fakta tanpa kefahaman Mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam metematik KEPENTINGAN MASALAH-MASALAH BUKAN RUTIN HARUS DIGUNAKAN TERHADAP PELAJARPELAJAR DALAM MATEMATIK .

Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Tambahan itu. Di samping itu. Seterusnya dapat mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik. peraturan dan fakta tanpa kefahaman yang baik dalam kalangan pelajar. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua. dapat membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian. . Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik.MASALAH BUKAN RUTIN Masalah bukan rutin ini memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yangterlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin. Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah kerana boleh membantu pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah.

Memahami dan mentafsir sesuatu masalah Merancang strategi penyelesaian MODEL POLYA Melaksanakan strategi penyelesaian Menyemak semula penyelesaian .

cuba jaya. pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan menerangkan masalah.  Menyemak semula penyelesaian  Akhirnya. guru membimbing pelajar untuk merancang strategi yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Pelajar juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gamba rajah dan bertanyakan beberapa soalan. melukis gambar rajah. . Antaranya ialah membuat simulasi. Di samping itu.  Merancang strategi penyelesaian  Selepas pelajar memahami soalan tersebut. memahami dan mentafsir masalah. kemahiran algebra ataupun kemahiran menaakul. melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian. mengenal pasti pola. membuat carta. Terdapat beberapa jenis strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. pelajar boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. menggunakan analogi dan sebagainya. merancang strategi penyelesaian. penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu. Strategi pengajaran dihuraikan mengikut Model Polya adalah seperti berikut::  Memahami dan mentafsir sesuatu masalah  Pada peringkat ini. kemahiran geometri.  Melaksanakan strategi penyelesaian  Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti. pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut. pelajar akan melaksanakan strategi tersebut dengan menggunakan kemahiran mengira.MODEL POLYA Menurut Model Polya.

Strategi Penyelesaian Masalah Memudahkan masalah Melukis gambar rajah Model / Menjalankan simulasi / Melakonkan Mengenal pasti poa Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik Cuba jaya Kerja ke belakang Menaakul secara mantik Menggunakan kaedah algebra .

Dengan menggunakan model konkrit.  Mengenal pasti pola  Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisis pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Graf juga boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara pemboleh ubah.  Cuba jaya  Strategi ini adalah cara mudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian.STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah:  Memudahkan masalah  Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Memudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. ianya memudahkan penyelesaian masalah tersebut.  Model / Menjalankan simulasi / Melakonkan  Model atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas.  Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik  Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Pola boleh wujud dalam bentuk gambar atau nombor. .  Melukis gambar rajah  Dengan melukis gambar rajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperoleh jawapan.

Dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada pelbagai masalah dan ianya memerlukan penyelesaian yang berkesan.” ( Cockcroft Report (England). persamaan dan lain -lain. Sekali gus menghasilkan masyarakat yang unggul yang dapat menangani sebarang masalah dengan menggunakan cara terbaik dan berkesan. Seharusnya dalam pendidikan matematik.  Menaakul secara mantik Pelajar menganalisis semua syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. penyelesaian masalah perlu diberikan penekanan yang lebih supaya pelajar akan lebih memahami kepentingan dan keindahan pendidikan matematik. pola. Para 24: 1982 ) Selain daripada itu pelajar akan mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah matematik. . Kerja ke belakang  Bekerja ke belakang antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah „sequence‟. “ The ability to solve problems is at the heart of mathematics.  Menggunakan kaedah algebra Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut. Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->