You are on page 1of 13

FOLIO SEJARAH

OLEH

MUHAMMAD AQIL HAFIZ BIN JAMALUDDIN


2 EFEKTIF SEK. MEN. KEB. SEKSYEN 7 SHAH ALAM 2008

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN DAN UCAPAN BIODATA PENDIDIKAN KELUARGA KERJAYA POLITIK SUMBANGAN KEPADA NEGARA GARIS MASA

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

PENGHARGAAN DAN UCAPAN


Saya Muhammad Aqil Hafiz memilih Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia Ke. 4) sebagai tokoh pilihan saya kerana saya berasa amat kagum dengan cara Pemikiran, Idea, Cita-cita, Wawasan serta Kepimpinan beliau yang menjangkau kehendak semasa dalam membentuk dan membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global. Sumbangan Tun Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan inisiatifnya dalam membawa Malaysia melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Dari sebuah negara pertanian, Malaysia telah menjadi sebuah negara perindustrian pada awal 80-an dan seterusnya berkembang menjadi sebuah negara K-Ekonomi. Sememang layak lah beliau di gelar Bapa Permodenan Malaysia Hakikatnya, Tun Dr. Mahathir merupakan 'Pencetus Malaysia Negara Maju' secara keseluruhannya. Usaha gigih beliau ini telah menggerakkan seluruh rakyat Malaysia untuk berusaha gigih membangunkan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global. Berbekalkan usaha gigih ini, Malaysia dipacu ke mercu kejayaan yang lebih tinggi sejajar dengan hasrat dan penyataan cita-citanya yang termaktub dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020. Sumber rujukan ini saya perolehi daripada Internet, (Laman Wikipedia), Ibu bapa dan rakan-rakan. Saya ingin megucapkan ribuan terima kasih atas bantuan semua.

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri Malaysia Ke 4 1981 2003 Bapa Permodenan

BIODATA TUN MAHATHIR


Nama Tarikh Lahir Tempat lahir : Mahathir Bin Mohamad : Jumaat 20 Disember 1925. : Rumah No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Agama : Islam Perkerjaan : Doktor Perdana Menteri Malaysia (1981 2003) Pendidikan : 1930 Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah 1945 Kolej Sultan Abdul Hamid (Senior Cambridge) 1947 King Edward VII College of Medicine, Singapura 1953 Universiti Malaya ( Ijazah Doktor Perubatan) Nama Bapa : Mohamad bin Iskandar Nama Ibu : Wan Tempawan binti Wan Hanafi Adik-beradik : Anak bungsu (5 Lelaki, 4 Perempuan) Pasangan : Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali (Tarikh perkahwinan 5 Ogos 1956) Anak : 7 orang ( 4 Lelaki 3 Perempuan) Nama-nama : Datin Paduka Marina Mahathir Mirzan Mahathir Melinda Mahathir Dato Mokhzani Mahathir Dato Mukriz Mahathir Maizura Mahathir Mazhar Mahathir Daniel Fariezs(anak angkat)

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri Malaysia Ke 4 1981 2003 Bapa Permodenan

PENDIDIKAN TUN MAHATHIR

1930 Tun Dr Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun. 1945 Tun Dr Mahathir melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid). Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang.

1947 Tun Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. 1953 Tun Dr Mahathir telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya.

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri Malaysia Ke 4 1981 2003 Bapa Permodenan

KELUARGA TUN MAHATHIR


Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masingmasing. Kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5 Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu : Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura , Mazhar dan Daniel Fariezs(anak angkat)

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri Malaysia Ke 4 1981 2003 Bapa Permodenan

KERJAYA POLITIK TUN MAHATHIR


1945 Penglibatannya dalam politik bermula apabila beliau bergerak cergas dalam beberapa kesatuan, antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan UMNO. 1964 Bertanding sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Kota Star Selatan dan menang. 1965 Di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1969 Tewas dalam pilihanraya Umum. 12 Julai beliau dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO. 1972 Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7hb. Mac 1972. 1973 Dilantik menjadi Ahli Dewan Negara . 1974 Bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu dan menang tanpa bertanding seterusnya dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. 1976 Tun Hussein Onn Perdana Menteri Malaysia ketika itu, telah melantik Dr. Mahathir sebagai timbalan Perdana Menteri. 1978 Bertukar "portfolio" dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding 1981 Tun Hussein Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan secara otomatis Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. 2003 Tun Dr Mahathir megumumkan bersara.

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri Malaysia Ke 4 1981 2003 Bapa Permodenan

SUMBANGAN KEPADA NEGARA


Tun Dr. Mahathir yang digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu selama 22 tahun (16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003). Sepanjang mejadi Perdana Menteri, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya. 1997 Mengawal kegawatan ekonomi Malaysia dengan menambat Ringgit kepada Dollar Amerika ketika ekonomi dunia berada dalam kegawatan dan krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negaranegara di Asia. Satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat dari Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Kesannya terbukti Malaysia satusatunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu meyembah kepada IMF seperti yang dilakukan oleh negara Asia lain. Kebijaksanaan beliau ini diakui oleh Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, dengan memuji tindakan yang diambil Tun Dr Mahathir dalam mengawal matawang negara. 1980 Mengubah dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Pergantungan ekonomi negara terhadap bahan komoditi seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum tidak dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan berikutan kejatuhan teruk harga bahan tersebut. Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.
Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

Seterusnya, Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan beberapa Langkah dan Dasar bagi membangunkan dan memajukan Malaysia. Antaranya : Dasar Persyarikatan Malaysia Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan kerajaan. Syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Dasar pemilikan saham Bumiputra Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Dasar Pandang ke Timur Kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Bersih, Cekap, Amanah Tun Dr Mahathir memperkenalkan kempen "Bersih, Cekap, Amanah" yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arah kecemerlangan. Kepimpinan Melalui Teladan Kempen "Kepimpinan Melalui Teladan" yang berhasrat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan Kerajaan. Malaysia Boleh Slogan "Malaysia Boleh" bukan sekadar slogan kosong tetapi digunakan sebagai satu strategi ke arah mempromosikan Malaysia dan membuka rakyat Malaysia kepada dunia penuh peluang dan kesempatan. Slogan ini adalah pernyataan keyakinan yang telah menjadi pendorong berkuasa tinggi, yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Wawasan 2020 Pada 1990 Tun Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju Negara dan rakyat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

Pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam usaha melakar nama Malaysia di arena antarabangsa. Antara projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan beliau antaranya ialah : 1983 Projek Kereta Nasional (PROTON) melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).Julai 1985 kereta pertama buatan Malaysia di keluarkan. 1998 Stadium Nasional Bukit Jalil di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad sempena Sukan Komenwel yang di adakan di Malaysia. 1998 Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan salah satu hub penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" 1998 Menara Berkembar Petronas pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat berkembar tertinggi di dunia, 452 meter (1483 kaki) Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. 1999 Litar Antarabangsa Sepang, tempat sukan permotoran berprestij, seperti Formula One dan GP Moto. 1999 Projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Tun Dr. Mahathir sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Ia merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna. 1999 Cyberjaya adalah pusat-penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, Cyberjaya merupakan sebuah 'bandar pintar' yang merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC). Konsep bandar ini adalah untuk menjadi Lembah Silikon Malaysia. Upacara perasmian Cyberjaya telah diadakan pada Mei 1997. 1999 Putrajaya, bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan. Mula dibina pada 16 April 1995 Projek-projek beliau ini meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia dan disegani. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dan dihormati dunia kerana Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia.. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

GARIS MASA
1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember. 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union. 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan. 1953: Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical College (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura; 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis. 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Star. 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi. 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO. 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi. 1969: Ditewaskan oleh calon Pas Pilihanraya pada 10 Mei, di kawasan Kotar Setar.Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman; Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September. 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak. 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac; 1973: Dilantik sebagai senator. 1974: Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, dan beliau menang tanpa bertanding. Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September. 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO. 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac. 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn pada 15 September.Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, (berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan); Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last"); Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur; Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma) Pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia. 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang Di-Pertuan Agung dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan. Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.. 1987: Menang Presiden UMNO tewaskan Tengku Razaleigh Hamzah, Memegang jawatan Menteri Kehakiman, Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri.
Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.

1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Saleh Abbas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib,UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi); 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri di samping memegang jawatan Perdana Menteri. 1993: Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez; Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC. 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Ekonomi 1997. 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September; Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri; Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLI A) di Sepang, Merasmikan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, (menara berkembar yang tertinggi di dunia) Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME. 1999: Menjadi Menteri Kewangan 1 pada 8 Januari, di samping jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997; Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia. 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping jawatan Perdana Menteri. 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003; Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan. 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan tertinggi di Malaysia. Beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".

Sumber rujukanWikipedia Bahasa Melayu Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008

SMK7,shah alam.

You might also like