Topik

X

7

Tamadun Purba

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menerangkan zaman prasejarah awal; Menghuraikan zaman prasejarah akhir; Mengenal pasti ciri-ciri tamadun purba; dan Menilaikan pembentukan empayar Mesopotamia.

X

PENGENALAN

Dalam Topik 7 ini, kita akan membincangkan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan tamadun purba atau tamadun zaman batu. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman ÂprasejarahÊ (prehistoric period). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ÂprasejarahÊ? Frank Hole dan Robert F. Heizer dalam buku mereka yang bertajuk Prehistoric Archeology: A Brief Introduction menjelaskan prasejarah adalah sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan (Hole dan Haizer, 1977: 67). Maka dapatlah kita simpulkan bahawa zaman prasejarah adalah satu zaman silam manusia sebelum wujudnya bukti-bukti bertulis.

TOPIK 7 TAMADUN PURBA

W

95

7.1

KAEDAH PENYELIDIKAN MASYARAKAT PRASEJARAH

Oleh kerana ketiadaan bahan bertulis pada zaman tersebut maka metodologi yang digunakan untuk mengkaji masyarakat prasejarah hanya bergantung kepada penemuan fosil dan peninggalan lain. Contohnya seperti artifak-artifak yang kebanyakannya dibuat daripada batu, tulang dan tanduk haiwan. Bahanbahan ini tidak mudah reput atau ditelan zaman. Kajian arkeologi digunakan sepenuhnya dalam membentuk semula pemahaman kita terhadap masyarakat zaman purba atau prasejarah. Tumpuan arkeologi, antara lain, ialah terhadap tinggalan artifak, ekofak dan ciri-ciri atau features masyarakat lampau. Biasanya kajian tersebut dilakukan secara sistematik dengan menggunakan kaedah carigali (excavation) di tempat-tempat yang dikenal pasti menjadi tapak kediaman masyarakat berkenaan. Kaedah arkeologi menumpukan perhatian kepada perkara-perkara seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Antara Tumpuan Utama Arkeologi Antara Tumpuan Utama Arkeologi Artifak Penerangan Barang-barang purba yang dicipta oleh manusia prasejarah seperti alatan perburuan, tembikar dan perhiasan yang diperbuat daripada batu, tulang dan tanduk. Barang-barang tinggalan seperti sisa makanan, tulang dan tumbuh-tumbuhan hasil daripada kegiatan manusia zaman prasejarah yang membuktikan kewujudan mereka di sesuatu tempat. Barang-barang tinggalan kekal seperti struktur bangunan dan tapak binaan.

Ekofak

Ciri-ciri

Melalui kaedah penyelidikan arkeologi, ahli sejarah dapat membina semula dan merakamkan ciri-ciri masyarakat prasejarah terutama sekali masyarakat Zaman Batu sebelum wujudnya sistem tulisan.

7.1.1 Lokasi Kajian Masyarakat Prasejarah Tahukah anda bahawa. 2. Lokasi penempatan masyarakat prasejarah biasanya dicarigali kerana lokasi seperti ini menyimpan bukti-bukti kekal tentang corak kehidupan mereka serta dapat memberi petunjuk kepada jangka masa sesuatu masyarakat prasejarah itu wujud di tempat berkenaan. Begitu juga penempatan yang digunakan mengikut musim.1 1. serta tempat berlindung yang didirikan dari batubatan.1 menyatakan lima tapak-tapak penemuan utama arkeologi.96 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA SEMAK KENDIRI 7. masyarakat prasejarah juga menggunakan berbagai-bagai struktur semula jadi sebagai tempat berteduh seperti belukar penahan angin. nyatakan dua tumpuan utama arkeologi dalam mengkaji masyarakat prasejarah. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri. di tempat perlindungan seperti pokok-pokok dan batu-batu besar biasanya jarang meninggalkan sebarang kesan daripada hasil atau aktiviti seharian mereka. tanduk. nyatakan maksud prasejarah. gigi haiwan dan batu. maklumat mengenai manusia prasejarah hanya dapat diperoleh melalui kajian di tapak-tapak arkeologi. gua yang terletak di bawah tanah. iaitu masyarakat yang sentiasa berpindah-randah. . Dengan ringkas. Rajah 7. Di tapak inilah terdapat peninggalan dalam bentuk artifak dan peralatan yang diperbuat daripada bahan yang tidak mudah reput seperti tulang. Masyarakat prasejarah yang tinggal di dalam gua. Namun demikian.

Semua sumber makanan ini meninggalkan sisa tulang dan kulit kerang yang selalunya ditimbunkan di tempat mereka makan. Ini mungkin disebabkan timbunan seperti ini boleh memberikan perlindungan kepada mayat daripada dikorek oleh haiwan buas kerana sifat kulit kerang dan siput yang tajam. Timbunan seperti ini merupakan sisa buangan budaya (cultural waste) yang menunjukkan corak kehidupan mereka yang bergantung kepada hasil laut seperti ikan dan hidupan yang berkulit keras seperti siput dan kerang. kadangkala timbunan buangan ini juga dijadikan tapak perkuburan. Amerika Syarikat terdapat beberapa buah lombong tinggal yang menjadi lokasi manusia (b) . 1977: 94-95). (a) Tapak Timbunan Sampah Sarap Sepertimana yang kita sering ketahui bahawa di sepanjang pinggir pantai dan sungai.1: Lima tapak-tapak penemuan utama arkeologi Mari kita bincang tapak-tapak penemuan tersebut dengan lebih mendalam. Namun demikian.TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 97 Rajah 7. Salah satu daripada bahan ini ialah Êbatu apiÊ pelbagai warna yang digunakan dengan meluas pada zaman tersebut. Biasanya tempat tinggal manusia prasejarah tidak jauh dari longgokan sisa buangan ini. Contohnya. sering terdapat timbunan sampah sarap atau buangan yang terdiri daripada kulit siput dan kerang. Apabila berlaku kematian. kebanyakan kawasan timbunan buangan harus dianggap sebagai bukti petempatan sementara dan bukannya tempat tinggal tetap (Hole dan Haizer. Tapak Perlombongan Tapak lombong merupakan tapak manusia zaman prasejarah menjalankan kegiatan mereka mencari bahan galian yang bernilai.

Selain itu terdapat kuil yang dibina pada era Eridu (5500-4300 SM) dan Ubaid (4300-3500 SM) di petempatan awal Mesopotamia (sila lihat Rajah 7. antaranya perkuburan lubang-lubang cetek ataupun binaan batu kasar yang besar dan timbunan tanah. terdapat binaan kuil atau tugu peringatan yang menjadi mercu tanda budaya orang Aztek.98 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA prasejarah melombong Êbatu api. . Dalam tamadun Meso-Amerika pula. Di dalamnya terdapat lukisan dan karya seni yang terdiri daripada ukiran kayu dan batu. usia atau status sosial si mati.Ê Salah satu daripadanya ialah Alibates Ranch di Texas. Kadangkala terdapat juga tanah perkuburan yang dikhaskan mengikut jantina. Bekas binaan megalitik tapak pemujaan telah dijumpai di Stonehenge dan gua-gua lama di Perancis dan Sepanyol. (c) Tapak Upacara Tapak-tapak upacara merupakan satu lagi petunjuk kepada penempatan masyarakat prasejarah. Tapak perkuburan mempunyai pelbagai bentuk. Rajah 7. Di sini terdapat suatu kawasan upacara yang sangat luas seperti di Teotihuacan berdekatan dengan bandar raya Mexico. Perkuburan juga dibina di bawah lantai rumah atau mungkin jauh dari tapak kediaman. Di sini ahli-ahli arkeologi telah menemui tulang-tulang mayat pelombong prasejarah yang mati ditimpa batu.2: Sebuah kuil yang dibina pada era Eridu dan Ubaid di Mesopotamia (d) Tapak Perkuburan Ramai ahli arkeologi menumpukan perhatian mereka kepada tanah perkuburan kerana lokasi seperti ini kaya dengan maklumat tentang amalan-amalan sosial masyarakat berkenaan.2). Kesimpulannya ialah tempat pemujaan dan amalan ritual tidak dapat didirikan tanpa adanya jumlah penduduk sekitar yang besar. Pembinaan kuil tersebut memerlukan tenaga buruh yang ramai.

tetapi artifak tersebut boleh menjadi petunjuk kepada taburan kegiatan kehidupan mereka. Sebaik sahaja permukaan bumi digali untuk tujuan tersebut. Walaupun penemuan tersebut tidak semestinya menunjukkan terdapatnya tapak penempatan masyarakat purba. seolah-olah menunjukkan terdapat pemburu yang menunggu dan menjejak haiwan buruan mereka (Hole dan Haizer.TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 99 Walau bagaimanapun. . terdapat kawasan-kawasan yang dikhaskan bagi kanak-kanak dan mangsa epidemik. Di tanah perkuburan Roman di Ziegefeld pula. Selain itu artifak zaman silam juga ditemui secara tidak sengaja oleh mereka yang mengembara di kawasan pergunungan atau di dalam hutan. pembinaan bangunan dan jalan raya. yang terletak di bahagian utara Austria. Contoh-contoh tanah perkuburan seperti ini dapat dilihat di Pennsylvania. Pelbagai jenis artifak dari zaman silam sering ditemui apabila permukaan tanah diterokai. Tapak perkuburan di Carter Ranch di Arizona Timur pula menempatkan jenazah mengikut status dan keturunan (Longacre. 1977: 97). (e) Penemuan di Permukaan Bumi Permukaan bumi juga dapat memberi petunjuk yang berguna kepada gambaran tentang zaman purba serta mempunyai nilai arkeologi yang tinggi. selalunya tanah perkuburan mengandungi sampel keseluruhan penduduk yang ditanam dalam tempoh tanah itu digunakan. 1964). Sebagai contohnya di kawasan bukit-bukau. Selain itu contoh tanah perkuburan yang dikhususkan bagi kaum lelaki sahaja dapat dilihat di Padang Pasir Fayum. 1957). sama ada melalui pertanian. Di Amerika Syarikat sebahagian besar daripada pengetahuan tentang pemburu-pemburu binatang besar masa silam diasaskan kepada penemuan lakaran dan lain-lain artifak yang dijumpai oleh petani-petani apabila mereka membajak tanah dan ketika permukaan bumi digali untuk pembangunan. gunung-ganang dan di pinggir lembah-lembah besar di bahagian barat Iran sering ditemui batu api yang berselerak di puncak bukit. kita sering menemui artifak zaman silam yang boleh memberikan petunjuk tentang kemungkinan tempat tersebut menjadi tapak masyarakat zaman purba. Terdapat pula ahli masyarakat yang telah dinaikkan taraf sosial mereka seperti golongan paderi dan agamawan yang diberikan tempat khas dalam kawasan perkuburan berkenaan (Kleiber.

000 Sebelum Masihi hingga 10.2 Amnya.3 menyatakan ketiga-tiga era Zaman Batu tersebut. dan Zaman Batu Baru (Neolitik). Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik).000 SM. nyatakan tiga daripada tapak-tapak penemuan tersebut. terdapat lima tapak-tapak penemuan utama arkeologi.000 hingga 5.2 (a) (b) (c) ZAMAN PRASEJARAH AWAL Zaman Batu dibahagikan kepada tiga era (period) iaitu: Zaman Batu Awal (Paleolitik). sekitar 10. Rajah 7. iaitu dari sekitar 500.100 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA SEMAK KENDIRI 7.3: Tiga era Zaman Batu .000 SM. Dengan ringkas.000 hingga 7. sekitar 7. 7.000 SM. Rajah 7.

Spesies yang kedua pula ialah Sinanthropus Pekinensis (Peking man). Alat-alat batu digunakan adalah kasar dari segi mutu pembuatannya dan digunakan untuk tujuan memotong. Alat-alat batu tersebut dikenali sebagai kapak tangan atau fist hatchet (Burns & Ralph. Rangka spesies manusia ini ditemui di Pulau Jawa pada tahun 1801 Masihi. 1.TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 101 7.5). 4 7. Rangka ini ditemui di sebuah gua di Charente pada tahun 1947 Masihi.4). Norton and Co. 1958:6). iaitu dari kanan. Rangka manusia ini ditemui di China lebih kurang 65km dari barat daya Peking pada tahun 1926 Masihi.000 SM) Manusia Zaman Paleolitik Awal mempunyai kemahiran untuk menggunakan pelbagai jenis alat yang diperbuat daripada batu. 2005: 2). Peralatan-peralatan ini digunakan sebagai senjata ataupun barang-barang perhiasan (sila lihat Rajah 7. . New York.000 SM. Zaman ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat.4: Rekonstruksi tengkorak empat jenis manusia zaman batu. World Civilization: From Ancient to Contemporary. W.000 – 10.2 Zaman Paleolitik Awal (10. Java. Salah satunya ialah Pithecanthropus Erectus (Java man). Pada zaman ini terdapat empat spesies manusia yang mendiami permukaan bumi (sila lihat Rajah 7. Vol.000 SM.000 – 7.W. Spesies manusia keempat dikenali dengan nama Homo Neanderthalensis yang dijumpai di barat laut Jerman pada 1856 Masihi. Dari segi fizikal. Peking.000 SM hingga 10. Secara umumnya. Spesies manusia ketiga dijumpai di Perancis yang dikenali dengan nama Fontechevade. iaitu Paleolitik Awal dan Paleolitik Akhir. Rajah 7. hal. 1958. Ahli sejarah menganggarkan bahawa spesies manusia yang ditemui itu hidup 500. Zaman Paleolitik bermula sekitar tahun 500.2. manusia spesies ini sama seperti manusia moden (Siva dan Ayadurai. Neanderthal dan Cro-Magnon Sumber: Burns Edward McNall & Philip Lee Ralph. Zaman Paleolitik Awal meliputi 75 peratus daripada keseluruhan Zaman Batu Awal.000 SM) Prasejarah awal merujuk kepada zaman Paleolitik dan Mesolitik.2.1 Zaman Prasejarah Awal (500.

2. Perak.000 SM) Sekarang mari kita lihat pula di Zaman Mesolitik.6). 7.5: Alat batu Zaman Paleolitik Awal Sumber: Sheratt Andrew (ed. Sabah. Pada zaman Mesolitik atau Zaman Batu Pertengahan. Crown Publisher.000 – 7. Alatan tersebut adalah lebih halus dari segi pembuatannya. hal. 89 Jadi. manusia prasejarah telah mula tinggal di dalam gua. Masyarakat zaman ini juga mempunyai kemahiran melukis pada dinding-dinding gua sebagai rakaman seni yang berasaskan kepada alam dan mitos kepercayaan mereka (sila lihat Rajah 7. dimanakah petempatan awal mereka di Malaysia? Di Malaysia petempatan manusia Zaman Paleolitik Awal terdapat di dalam guagua batu kapur berhampiran dengan sungai seperti di Kota Tampan. kawasan-kawasan tebing sungai dan pesisir pantai. New York. 1980. The Cambridge Encyclopaedia of Archaeology. Satu perkara yang menarik tentang ini ialah kemahiran mereka menurunkan ilmu kemahiran dan kepandaian kepada generasi seterusnya. Selain itu mereka juga tinggal di tepi tasik seperti di Tingkayu. yang menggunakan bahan-bahan daripada tulang. tanduk dan gading.3 Zaman Mesolitik (10. Mereka menggunakan batu sebagai peralatan dan senjata untuk memburu dan mempertahankan diri. Kajian ahli prasejarah purba mengatakan bahawa manusia Pithecanthropus dan generasinya mempunyai kebolehan untuk berhubung antara satu sama lain melalui pertuturan. Mereka menunjukkan kemajuan dari segi pembuatan alat-alat daripada batu.). .102 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA Rajah 7.

3. bercucuk tanam dan menenun kain. Manusia pada zaman ini telah mula mempunyai kepercayaan menanam mayat dengan barang-barang pengkebumian seperti alat-alat perburuan dan barangan peribadi untuk persiapan selepas kematian kelak. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Evolusi Pertanian kerana bertukarnya corak hidup mereka daripada memburu dan berpindah-randah kepada pertanian dan penempatan tetap. 1980. Pada zaman inilah manusia mula menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber utama makanan mereka selain daripada menternak haiwan.TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 103 Rajah 7. Kewujudan penempatan yang kekal juga telah melahirkan penempatan yang dikenali sebagai ÂkampungÊ yang kemudiannya . Zaman ini dianggap sebagai garis pemisah dalam proses pembinaan sesebuah tamadun.1 Zaman Neolitik Zaman Neolitik merupakan detik penting dalam kehidupan manusia. Masyarakat Neolitik mula membina penempatan kekal dan tidak lagi hidup berpindah-randah. Bermulanya kegiatan bercucuk tanam diiringi dengan pembinaan tempat tinggal yang lebih kekal dalam bentuk perkampungan yang dibina berdekatan dengan punca air. Crown Publisher. Keadaan ini telah membawa kepada perubahan dalam aktiviti manusia dengan bermulanya kegiatan menternak haiwan. The Cambridge Encylopedia of Archaelogy. hal.3 ZAMAN PRASEJARAH AKHIR Zaman prasejarah akhir dikenali sebagai Zaman Batu Baru atau Zaman Neolitik. 7. 92 Selain menjalankan aktiviti pemburuan. 7. para sarjana menganggarkan ia bermula sekitar tahun 7000 SM. mereka mula melakukan aktiviti pertanian untuk sumber makanan mereka. Umumnya. New York.6: Lukisan dua ekor lembu liar pada dinding gua Sumber: Sherrat Andrew (ed).

000 orang penduduk dengan keluasan lapan ekar.7 di bawah: Rajah 7.7: Rekonstruksi sebuah rumah yang dibina pada zaman Neolitik (Zaman Prasejarah Akhir) sekitar tahun 5000 SM . Untuk memasuki atau keluar dari rumah.104 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA berkembang menjadi bandar. Kawasan penempatan ini menjangkau sekitar 32 ekar luasnya. Penempatan ini wujud sekitar 6000 SM dan didiami oleh kira-kira 5. Selain itu terdapat bukti penggunaan pelbagai jenis tembikar di samping kegiatan pertanian. Bandar Jericho dihuni oleh lebih daripada 3.000 orang penduduk. Kehidupan bermasyarakat lama kelamaan menjadi semakin kompleks dan sudah tentunya membawa kepada sistem pentadbiran yang pada mulanya tidaklah begitu canggih. Antara penempatan awal yang wujud pada zaman Neolitik ialah bandar Jericho di Pakistan (8000 SM) dan bandar Catal Huyuk di Turki (6500 SM). Lubang pintu yang dibuat di atas bumbung bertujuan untuk menjaga keselamatan penghuninya daripada diserang oleh pihak musuh selain daripada menghindari ancaman binatang buas seperti Rajah 7. yang terdapat pelbagai bentuk patung yang ditempatkan di dalam kuil di sekitar bandar ini. perempuan dan kanak-kanak lelaki). Di perkarangan rumah di bandar ini ditemui sebuah bangunan yang menyerupai sebuah kuil. Lubang pintu dibuat di atas bumbung rumah. Satu perkara yang unik di sini ialah penduduknya membina rumah yang berbentuk segi empat yang tidak mempunyai pintu seperti rumah biasa. Begitu juga dengan bandar Jericho. Di dalamnya terdapat patung kecil yang diperbuat daripada tanah liat yang berbentuk lembaga manusia (lelaki. Rumah yang didirikan di sini berbentuk bulat dan mempunyai bumbung yang berbentuk bongkah. tangga digunakan. Bandar Catal Huyuk yang terletak di selatan Turki juga merupakan salah satu daripada penempatan Neolitik yang terkenal.

manusia Zaman Prasejarah Awal tidak mempunyai pengetahuan tentang membuat pakaian selain daripada menggunakan kulit daripada haiwan yang menjadi mangsa buruan mereka. Misalnya. Dari segi pakaian. mereka akan berpindah ke tempat lain sebaik sahaja kawasan yang didiami itu mula meleset dari segi punca makanan. Sarawak dan Gua Cha di Kelantan menunjukkan masyarakat pada masa itu tinggal di penempatan sementara sahaja seperti gambar di bawah: Rajah 7. Sebaliknya. bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa manusia Cro-Magnon membuat pakaian mereka daripada kulit binatang. Justeru itu kesejahteraan hidup mereka banyak bergantung kepada wujudnya binatang liar dan tumbuhtumbuhan.8: Gua Niah di Sarawak Namun demikian. Bangunan yang ditemui itu dibuat daripada tanah liat dan mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih. Tiada bukti sejarah menunjukkan bahawa mereka mempunyai penempatan yang kekal mengikut maklumat arkeologi yang diperolehi.TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 105 7.4 CIRI-CIRI TAMADUN PURBA Masyarakat Zaman Prasejarah Awal tidak mempunyai penempatan yang kekal kerana mereka hidup berpindah-randah (nomadic). Di mana-mana tempat yang terdapat sumber makanan yang banyak. Dari segi sara diri. Sebagai perbandingan. maka di situlah mereka akan tinggal dengan lebih lama. mereka memburu dan meramu (hunting and gathering). Salah satu daripada penemuan awal penempatan kekal ini dapat dilihat pada tapak perumahan di Jarmo. Penempatan sementara seperti yang terdapat di Gua Niah. manusia pada Zaman Prasejarah . sebuah penempatan Zaman Prasejarah Akhir yang terletak di sebelah utara Iraq. pada Zaman Prasejarah Akhir ahli masyarakatnya mula berminat untuk mendirikan tempat tinggal yang lebih kekal dan teratur.

masyarakat Prasejarah Akhir mula mempunyai kemahiran untuk bercucuk tanam dan menternak binatang. bukan lagi yang diramu atau dipungut dari hutan. membuktikan penduduk pada masa itu menggunakan pakaian yang dibuat daripada bahan mentah yang ditenun. menangkap ikan dan memungut hasil tumbuhan seperti buah-buahan. mereka tidak perlu bergantung semata-mata kepada pemburuan haiwan liar sebagai sumber makanan. Dari segi pemakanan. Dengan ini bermulalah satu bentuk pertanian yang lebih sistematik yang dapat menjamin bekalan makanan yang ditanam sendiri. kaedah pertanian dan pengeluaran ditingkatkan lagi dengan menggunakan alatalat pertanian yang ditarik dengan tenaga haiwan yang diternak. Turki. seperti kapak tangan atau fist hatchet digunakan untuk pelbagai tujuan seperti memotong dan menetak seperti dalam Rajah 7. manusia Prasejarah Akhir hidup lebih sihat dalam jangka masa yang lebih lama berbanding dengan nenek moyang mereka (Siva dan Ayadurai. Dengan bermulanya kegiatan pertanian dan penternakan binatang (agriculture and domestication of animals) kehidupan masyarakat Prasejarah Akhir menjadi lebih stabil dan terjamin dari segi bekalan bahan-bahan makanan. 2005: 7). Dengan adanya penternakan binatang. Penemuan arkeologi di Catal Huyuk. Satu lagi tabiat pemakanan masyarakat Zaman Prasejarah Awal ialah mereka tidak memasak makanan berbanding dengan masyarakat Prasejarah Akhir yang tahu menggunakan api. 1973: 10-9). .106 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA Akhir mempunyai teknologi menghasilkan pakaian yang dibuat daripada kain yang ditenun daripada bulu binatang atau dedaun pokok dan jerami. ubi-ubian dan sayur mayur (Clark. Sistem sara diri seperti ini dipanggil Âmemburu dan meramuÊ (hunting and gathering). Namun demikian. masyarakat Prasejarah Awal terpaksa bergantung kepada memburu haiwan. Kebanyakan peralatan yang dibuat daripada batu. Bermulanya pertanian juga mendorong pembinaan penempatan yang lebih kekal serta menggalakkan kemunculan pekan serta bandar baru. peralatan masyarakat Prasejarah Awal adalah terlalu asas dan mudah (basic and simple) bukan sahaja dari segi pembuatannya yang agak kasar tetapi juga dari segi penggunaannya. dapat dilihat perancangan bagi menjamin sara hidup pada waktu yang meleset atau musim yang tidak menentu. Dari segi penggunaan teknologi pula. Di sini.9. Perkembangan ini juga membolehkan pertanian dilakukan secara besar-besaran bagi tujuan menjadikan hasilnya sebagai bahan perniagaan (Siva dan Ayadurai. Selain itu masyarakat Prasejarah Akhir juga menyimpan hasil pertanian untuk bekalan pada musim kemarau dan sejuk. Selain itu. Dengan bekalan makanan yang mencukupi. 2005: 7).

Rajah 7. 7. masyarakat Prasejarah Akhir mengunakan binatang ternakan untuk mengangkut hasil pertanian dan membajak tanah. (b. Untuk meringankan beban kerja mereka. kayu dan batu-batan. c dan d) ditemui di Gua Madu.11 dan 7.10.TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 107 Rajah 7. Mereka juga mempunyai kemahiran untuk membuat tembikar dan membina rumah daripada tanah liat.12 menunjukkan peralatan serta artifak zaman batu yang dijumpai di negara kita.10: Peralatan zaman Mesolitik yang dijumpai di negara ini [(a) ditemui di Gua Musang. Rajah 7. Kelantan. Kelantan] .9: Alatan batu zaman Paleolitik Lain pula halnya dengan masyarakat Prasejarah Akhir yang mempunyai kemahiran membuat alat daripada batu yang lebih halus seperti sabit batu dan anak lesung.

Menurut Kurt Meyer dalam Class and Society. Boleh dikatakan ketua dalam kelompok mereka adalah ketua kepada unit keluarga asas yang terdiri daripada anak-anak dan isteri. Perak (peninggalan akhir Zaman Neolitik) Dari segi sistem sosial.108 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA Rajah 7. Perancis menunjukkan bahawa mereka tinggal dalam kelompok yang terdiri daripada lima hingga sepuluh orang ahli. kewujudan kelas sosial dalam masyarakat purba dapat dikesan sejak zaman Neolitik lagi. . Setiap kelompok mempunyai seorang ketua. Masyarakat Prasejarah Akhir pula mempunyai kelas sosial dan corak pemerintahan yang lebih teratur. Menurutnya lagi ekoran evolusi pertanian. Buktibukti yang ditemui di Solutre. Kelantan] Rajah 7. Lenggong. Pahang dan (b) ditemui di Gua Musang.12: Artifak yang dijumpai di Gua Harimau. peradaban manusia mula terbentuk dengan munculnya perkampungan kekal.11: Peralatan zaman Neolitik yang dijumpai di negara ini [(a) ditemui di Tui. masyarakat Prasejarah Awal mempunyai satu sistem yang sangat asas.

satu alat pelbagai guna Tiada sistem pemerintahan yang jelas Lebih berasaskan keluarga Zaman Prasejarah Akhir Penempatan teratur. membina bangunan Berasaskan tekstil Hasil tanaman. Golongan ini menggunakan kuasa agama dan sekular untuk mengarahkan rakyat menjalankan kerja-kerja awam seperti pembinaan rumah berhala.1 1. golongan paderi mempunyai dua bentuk kuasa: kuasa keagamaan dan kuasa sekular. Apakah perbezaan ketara corak pemerintahan prasejarah awal dan prasejarah akhir? Bincangkan. Bincangkan kepentingan bidang pertanian kepada masyarakat prasejarah akhir. yang digunakan untuk menguasai hasil ekonomi masyarakat. 2. Misalnya dalam masyarakat awal tamadun Mesopotamia dan Mesir. .TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 109 Selain itu terbentuk juga golongan agamawan yang menjadi ketua atau pemimpin agama. Kedua-dua tamadun tersebut mempunyai bukti sejarah yang menunjukkan wujudnya organisasi paderi yang tersusun kira-kira 5000 SM. ternakan dan perdagangan Pertanian dan makanan dimasak penternakan. dimakan mentah Rekaan kasar berasaskan batu.2: Perbandingan antara Zaman Prasejarah Awal dan Zaman Prasejarah Akhir Ciri-ciri Perbandingan Tempat tinggal Pakaian Sumber bahan mentah Sumber makanan Peralatan Zaman Prasejarah Awal Tiada tempat yang tetap. Jadual 7. Rekaan berasaskan batu yang lebih halus.2 menyatakan beberapa perbandingan antara Zaman Prasejarah Awal dan Zaman Prasejarah Akhir. tercipta alat untuk kegunaan khusus Corak pemerintahan yang teratur Wujud sistem sosial berasaskan kelas Pemerintahan Sistem sosial AKTIVITI 7. Jadual 7. tangkapan ikan dan hasil hutan. hidup secara nomad Berasaskan kulit haiwan Hasil buruan dan hutan Buruan.

Antaranya ialah empayar yang terkenal seperti empayar Akkadia. iaitu satu zaman prasejarah yang dikenali sebagai zaman Ubaid (dari 6500 hingga 3800 SM). Elam. Sejarah Mesopotamia kuno bermula dengan terbentuknya masyarakat bandar sekitar 5300 SM. Wilayah Babylon diperluas sehingga meliputi Larsa.5 PEMBENTUKAN EMPAYAR MESOPOTAMIA Ciri utama dalam kemunculan tamadun ialah adanya penempatan kekal yang seterusnya membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Kewujudan petempatan kekal dalam Zaman Prasejarah Akhir merupakan langkah awal perkembangan sesebuah masyarakat bertamadun yang mempunyai sistem pertanian. kawasan pergunungan Iran. M. negara Iraq merupakan wilayah utama dalam tamadun Mesopotamia yang lebih luas. Baginda menyatukan wilayahwilayah di bahagian selatan sungai Tigris dan Euphrates. Masihkah anda ingat tentang sejarah Mesopotamia. Dalam konteks moden. Malgum dan Isin. Selepas kejatuhan empayar Akkadia. Tamadun Mesopotamia berakhir dalam abad ke-6 Sebelum Masihi. politik dan sosial yang jelas. Selepas kejatuhan empayar Babylon. Pada zaman pemerintahannya. Mari. . Empayar yang terawal di Mesopotamia ialah empayar Akkadia yang diasaskan oleh Raja Sargon dan mengasaskan sebuah ibu kota pentadbiran empayarnya iaitu Akkad. Semasa empayar ini di bawah pemerintahan Raja Tiglapilesr II. muncul empayar Babylon di bawah Dinasti Babylon. Mesir dan Libya di bawah empayar Assyria. empayar Babylon dan empayar Assyria. J. Empayar ini terkenal dengan kod undang-undang Hammurabi. golongan ini tidak terlibat dalam kegiatan pertanian.110 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA 7. orang-orang Assyria pula telah mengukuhkan kedudukan mereka di sekitar sungai Tigris sehingga ke Laut Mediterranean. Sebenarnya terdapat beberapa empayar yang pernah muncul di Mesopotamia. Beg dalam Historic Cities of Asia mentakrifkan bandar sebagai suatu kawasan yang mempunyai penduduk ramai dan sebilangan sahaja boleh membaca dan menulis. A. 1985: 5). empayar Akkadia meliputi seluruh Mesopotamia. empayar ini mempunyai pengaruh yang sangat kuat sehingga menyebabkan kerajaan Damascus dan Urartu menghantar ufti sebagai tanda berlindung di bawah empayar Assyria. Parsi dan Anatolia. ekonomi. Perkembangan tersebut diiringi dengan kelahiran sesebuah bandar raya atau negara kota yang didiami oleh sejumlah penduduk atau sesebuah kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur (Detwyler dan Marcus.

TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 111 Rajah 7. Raja bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai pentadbir kerajaan termasuk mereka yang mentadbir ziggurat. politik dan sosial. sudah pun terdapat sistem penghantaran surat-menyurat yang menyerupai sistem pos moden. Sistem pemerintahan Mesopotamia berasaskan monarki dengan raja yang mutlak. agama banyak mempengaruhi bidang ekonomi.13: Organisasi sosial masyarakat Mesopotamia Kejayaan pelbagai empayar Mesopotamia berpunca dari kekuatan bidang pentadbiran. Untuk tujuan pemujaan. Ziggurat berfungsi sebagai pusat ibadat. Raja memainkan peranan penting sebagai panglima tentera. pusat perdagangan dan pusat penyimpanan harta negara. ketua rumah berhala dan menteri. Pemerintahan empayar Mesopotamia berjaya menguasai dan mentadbir wilayah-wilayahnya dengan berkesan kerana wujudnya sistem perhubungan yang baik antara wilayah dengan pusat pemerintahan. ketua hakim. rumah-rumah ibadat (ziggurat) setinggi enam atau tujuh tingkat. justeru mestilah diberikan segala taat setia yang sewajarnya. Bagi masyarakat Mesopotamia.13). telah dibina di puncak bukit. Raja dianggap sebagai wakil tuhan. raja merupakan ketua pendeta yang mempunyai kuasa untuk mengawasi kerja-kerja pembinaan rumah ibadat (ziggurat) dan hal-hal yang berkaitan dengan agama. Kekuatan tentera dan peralatan perang yang canggih membolehkan wilayah-wilayah baru ditakluk. Pada masa itu. Mereka menganggap tuhan boleh melindungi mereka daripada segala malapetaka atau bahaya. Rakyat dikehendaki memberikan persembahan kepada tuhan dalam bentuk . Dalam bidang keagamaan. Begitu juga dengan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah. kewangan dan kehidupan sosial (sila lihat Rajah 7.

Pada mulanya mereka menggunakan simbol yang dikenali sebagai piktograf. Dari segi sistem pertahanan. Simbol-simbol ini ditekankan ke atas tanah liat yang dipanggil simbol cuneiform yang kemudiannya menjadi tulisan rasmi kerajaan Mesopotamia yang digunakan dalam menulis surat. Salah satu ciri tamadun Mesopotamia ialah wujudnya sistem tulisan yang terawal yang pernah digunakan oleh manusia. Rajah 7. kavalri dan tentera berkuda beroda dua Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi masyarakat Mesopotamia. Setiap wilayah juga mempunyai tenteranya sendiri. undang-undang dan sebagainya. Golongan petani mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sistem pengairan. kerajaan Mesopotamia mempunyai jumlah bala tentera yang ramai seperti dalam Rajah 7.112 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA makanan ketika upacara keagamaan diadakan di rumah berhala agar mendapat perlindungan dan bantuan daripada tuhan mereka. Kemudiannya simbolsimbol ini menjadi suku kata. dokumen.000 orang anggota tentera. Raja Sargon dikatakan mempunyai 5. . Penanaman bijiran dan buah kurma menjadi tumpuan utama dan dijalankan dengan skala yang besar.400 tentera sebagai pengawal diraja.14. Misalnya wilayah Mari mempunyai 10. Terdapat lebih kurang 300 simbol yang digunakan.14: Tentera Mesopotamia yang terdiri daripada infantri.

akhirnya tamadun ini terpaksa mengalah kepada kuasa-kuasa baru yang lebih kuat dan lebih canggih. . Di samping itu. Dalam perkembangan ekonomi pula. paderi dan pegawai-pegawai tentera. Golongan rakyat biasa yang bekerja mengusahakan ladang-ladang dipanggil sebagai penyewa (Burns & Ralph. sistem perbankan dan kredit dapat diperkenalkan. lagu dan cerita-cerita epik yang memuji keagungan tuhan dan wira-wira Sumeria. orang-orang Sumeria juga telah mencipta pelbagai sifir matematik. doktor dan lain-lain profesion. Namun demikian. Matlamat utama sekolah ialah untuk mereka belajar sehingga ke peringkat yang membolehkan mereka menjadi pengawai pentadbir. Secara umumnya. terdapat kemudahan lain yang disediakan untuk meningkatkan kemudahan perdagangan. Selain itu. Status perundangan di kawasan tersebut juga berbeza. Dari segi kurikulum terdapat dua aliran. gabenor. Pedagang yang menjalankan urusan di karu mempunyai kemudahan seperti stor penyimpanan barang. 1964: 116).TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 113 Sebahagian besar daripada tanah dibahagikan kepada ladang-ladang yang dimiliki oleh raja. khususnya bagi melindungi pedagang yang menjalankan urusniaga di kawasan tersebut (Oppenheim. pelajar dilatih menguasai tulisan cuneiform serta tatabahasanya. serangga dan batu-batan. Rumah berhala berfungsi sebagai sekolah dengan golongan agamawan diberikan tanggungjawab mentadbir dan mengajar di rumah berhala (Smith. Pada abad ke-6 SM lahir beberapa sistem perbankan yang memberikan pinjaman dengan kadar faedah antara 20 hingga 30 peratus. 1955: 38-41). Aliran sastera meliputi kegiatan membaca dan menyalin karyakarya seni berbentuk puisi. iaitu sains dan sastera. keagungan tamadun Mesopotamia dapat dilihat pada sistem sosial. Dengan adanya mata wang perak yang seragam. binatang. Di sekolah. masyarakat Mesopotamia juga mempunyai sistem mata wang dan perbankan (Roux. Sistem pendidikan masyarakat Mesopotamia bertujuan untuk melatih dan melahirkan jurutulis (scribes) yang boleh mentadbir ladang yang dimiliki oleh rumah berhala dan pemerintah. 1958: 68). Sistem pendidikan formal di Mesopotamia berkembang semenjak 3000 SM. Perladangan ini dibahagikan kepada dua bentuk iaitu ladang istana dan ladang rumah berhala yang dianggap sebagai ladang eksekutif. sistem ekonomi. Aliran sains tertumpu kepada pemahaman nama tumbuh-tumbuhan. 1964: 338). Misalnya. sistem politik dan sistem pertahanan yang mencapai tahap yang tinggi mirip tamadun moden. setiap bandar mempunyai pusat komersilnya sendiri yang dikenali sebagai karu.

Lima tapak-tapak penemuan utama arkeologi adalah: (a) (b) (c) (d) (e) Tapak Timbunan Sampah Sarap. Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik).000 Sebelum Masihi hingga 10. Tapak Perlombongan. Ć Zaman prasejarah adalah zaman awal kewujudan manusia.000 SM. Ć Ć Ć Zaman Batu dibahagikan kepada tiga era (period) iaitu: (a) (b) (c) Zaman Batu Awal (Paleolitik).000 hingga 5.000 hingga 7. dan Zaman Batu Baru (Neolitik). Tapak Upacara. Ć . iaitu dari sekitar 500. Kajian arkeologi digunakan dalam membentuk semula pemahaman masyarakat zaman purba atau prasejarah.3 Secara ringkas. Kegiatan manusia Zaman Prasejarah Awal lebih tertumpu kepada memburu dan meramu (hunting and gathering) sebagai sumber utama makanan mereka. sekitar 10.000 SM. Tapak Perkuburan. jelaskan bagaimana terbentuknya empayar Mesopotamia sehingga ia berjaya menjadi sebuah masyarakat bertamadun yang agung. Ć Perkembangan aktiviti manusia Zaman Prasejarah Awal dan Zaman Prasejarah Akhir banyak dipengaruhi oleh kegiatan mencari sumber makanan. namun masih belum adanya bukti-bukti bertulis.114 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA SEMAK KENDIRI 7. sekitar 7. dan Penemuan di Permukaan Bumi.000 SM.

terdapat pertukaran cara hidup dari segi bersifat pindah-randah kepada yang lebih kekal pada Zaman Prasejarah Akhir dengan adanya sistem pertanian dan menternak haiwan. Detwlyer. . M. & Ralph. Meyer. (1965). An educational history of the Western world. Vol. T. J.. New York: Holt. F. iaitu satu zaman prasejarah yang dikenali sebagai zaman Ubaid (dari 6500 hingga 3800 SM). L. Chicago: University of Chicago Press. Ancient Mesopotamia: Potrait of a dead civilization.TOPIK 7 TAMADUN PURBA W 115 Ć Zaman Prasejarah Akhir terdapat beberapa pembaharuan dari segi pembuatan senjata dan peralatan daripada batu. New York: McGraw-Hill Book Company. R. F. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Burns. World civilazations: From ancient to comtemporary. Perbandaran dan persekitaran: Geografi fizikal bandar. Prehistoric archaeology: A brief introduction. Dari Zaman Prasejarah Awal. & Heizer. Kuala Lumpur: DBP. M. Rinehart and Winston. R. M. E. Sejarah Mesopotamia kuno bermula dengan terbentuknya masyarakat bandar sekitar 5300 SM. Oppenheim. 1. & Marcus. New York: W. (1985). (1977). tulang dan tanduk haiwan. Manusia zaman ini juga sudah mula berpakaian. A. W. Pada Zaman Prasejarah Akhir juga mula wujudnya sistem sosial yang lebih teratur iaitu dengan pembahagian masyarakat mengikut kelas sosial. E. Historic cities of Asia: An introduction to Asian cities from ancient antiquity to pre-modern times. A. Norton and Co. G. A. Hole.. (1985). Ć Ć Ć Tamadun Mesopotamia Zaman Batu Awal (Paleolitik) Zaman Batu Baru (Neolitik) Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) Zaman Prasejarah Akhir Zaman Prasejarah Awal Beg. (1964). P. L. (1958)..

(1964). & Ayadurai Lectchumanan. Ancient Iraq. S. Smith. W. (2005). R. London: G. Allen and Unwin. Sivachandralingam. . New York: Greenwood Press Publisher. Sherrat. (1980) (ed). A. A. Ancient education. Tamadun dunia.116 X TOPIK 7 TAMADUN PURBA Roux. G. (1955). Petaling Jaya: Oxford Fajar. The Cambridge Encylopedia of Archaelogy.. New York: Crown Publisher.