You are on page 1of 3

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Pada tahun 1982,KBSR relah dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. Kemudian pada tahun berikut, pelaksanaan penuh dikuatkuasakan di semua sekolah rendah .

Matlamat dan objektif KBSR adalah penguasaan Bahasa Melayu dengan memuaskan kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan , bahasa rasmi negara perpaduan dan bahasa ilmu pengetahuan . Matlamat dan objektif kedua adalah penguasaan Bahasa Malayu iaitu berkomunikasi, membaca dan menulis . Matlamat dan objektif KBSR ketiga adalah penguasaan dan mahir dalam matematik. Matlamat dan objektif keempat adalah menguasai kemahiran belajar dan berfikir . Matlamat dan objektif kelima adalah menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Rasional pelaksanaan KBSR ialah pendidikan murid-murid sekolah rendah bercorak asas , bersepadu dan menyeluruh. Di samping itu , murid-murid harus mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung . Pengalaman murid-murid harus dirancang dengan teliti dan sistematik. Aktiviti belajar secara berkumpulan harus digalakkan kepada murid-murid. Selain itu , pendidikan sekolah rendah sewajarnya menjadi murid-mirid seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Penerapan nilai murni juga terkandung dalam KBSR. Penerapan nilai murni bertujuan mendidik murid-murid secara menyeluruh dan harmoni dari segi kognitif , efektif dan psikomotor. Nilai-nilai murni yang boleh diterapkan ialah kerajinan , baik hati, kebersihan, patriotism, hormat-menghormati, keadilan dan sebagainya. Penerapan nilai-nilai murni hendaklah dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Selain itu , penerapan nilai-nilai murni juga boleh dilakukan melalui percakapan, kelakuan, contoh teladan dan sebagainya.

Terdapat empat prinsip-prinsip terkandung dalam KBSR iaitu pendekatan bersepadu , perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup .

Prinsip pertama iaitu pendekatan bersepadu merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek . Secara ringkasnya , konsep bersepadu berlaku melalui empat cara iaitu penggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara dua unsur ,dan unsure merentasi kurikulum . Prinsip kedua ialah perkembangan individu secara menyeluruh . Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata pelajaran yang memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid . Menurut ahli psikologi, potensi individu ini tidak boleh dikembangkan secara berasingan . Dengan kata lain, ini bermakna setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain. Prinsip ketiga ialah pendidikan seumur hidup . Pendidikan ibaratkan sebagai satu usaha yang berterusan , ia bermula dari saat kita dilahirkan sehingga kita balik ke liang lahat . Dengan kata lain , proses belajar berlaku secara berterusan dan tidak ada had dari segi jangka waktu. Oleh itu, tidak akan timbul satu keadaan di mana seseorang itu akan berhenti belajar. Prinsip keempat adalah pendidikan yang sama untuk semua murid . Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan , yang berbeza hanyalah bahasa pengantar sahaja .

Penekanan bagi KBSR terbahagi kepada dua tahap . Fokus Tahap I mempunyai empat elemen . Elemen pertama adalah penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis). Elemen kedua adalah penguasaan nombor dan operasi asas mengira. Elemen ketiga adalah mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran. Elemen keempat adalah menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Bagi Tahap II pula mempunyai enam elemen . Elemen pertama adalah pengukuhan kemahiran asas berbahasa. Elemen kedua adalah pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah. Elemen ketiga adalah pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain. Elemen keempat adalah kemahiran belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif. Elemen kelima adalah membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran. Elemen terakhir adalah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai .

You might also like