PENGGUNAAN MODEL TGT (TEAMS GAMES TOURNAMENT) DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID BAGI TAJUK KEDUDUKAN MALAYSIA DI ASIA

TENGGARA Oleh : UMMU SARAFILZA BINTI ZAMRI EN. ANAS BIN SURAY JABATAN PENGAJIAN SOSIAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid bagi topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’ melalui penggunaan kaedah koperatif berasaskan model Teams Games Tournament (TGT). Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Seramai 28 orang murid Tahun 5 Bestari dari Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bukit Mertajam Pulau Pinang telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah analisis lembaran kerja, ujian pra dan ujian pos, senarai semak serta soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratusan dan min. Hasil analisis lembaran kerja mendapati kesemua murid tahun 5 Bestari telah menunjukkan peningkatan markah bagi ketiga-tiga lembaran kerja yang diberikan walaupun peningkatan yang berlaku adalah pada kadar yang berbeza. Bagi ujian pra dan ujian pos pula, dapatan analisis turut mempamerkan peningkatan nilai min iaitu dari 41.79 kepada 70.36. Selain itu, analisis borang pemerhatian dan soal selidik juga membuktikan bahawa penggunaan model TGT bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman murid, tetapi juga membantu meningkatkan minat sekaligus membolehkan murid terlibat aktif serta menggalakkan semangat kerjasama di dalam kumpulan. Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan model TGT berjaya membantu murid meningkatkan kefahaman mereka tentang kedudukan Malaysia di Asia Tenggara dengan baik. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berdasarkan pengalaman pengkaji selama tiga bulan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bukit Mertajam, pengkaji telah pun diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan bagi Tahun 5 Bestari yang terdiri daripada pelbagai aras kebolehan serta kecerdasan. Ketika mengajar topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’, pengkaji mendapati bahawa murid-murid seolah-olah tidak memahami isi pelajaran yang diajarkan kepada mereka. Murid juga dilihat tidak dapat mengenal pasti kedudukan negara-negara di Asia Tenggara dengan betul. Dari aspek penglibatan pula hanya sebahagian murid sahaja yang melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Mereka juga kelihatan tidak gembira ketika berada di dalam kelas Kajian Tempatan. Ada juga yang bermain di belakang, berbual-bual dengan rakan sebelah dan ada juga yang mula mengalihkan pandangan ke tingkap. Ketika tiba untuk aktiviti membuat lembaran kerja, murid-murid didapati menghadapi masalah untuk melengkapkannya. Kesimpulannya, murid-murid tersebut gagal memahami tajuk yang diajar. Ini menjadi faktor utama mengapa pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan berada di tahap yang rendah dan tidak memuaskan.

1

c) Model pengajaran Teams Games Tournaments (TGT) dapat meningkatkan penglibatan murid serta kerjasama dalam topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’. didapati murid tidak tidak dapat memahami fakta dengan baik bagi tajuk ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’.2 Persoalan Kajian a) Adakah model pengajaran Teams Games Tournaments (TGT) dapat meningkatkan kefahaman murid dalam topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’? b) Adakah model pengajaran Teams Games Tournaments (TGT) dapat menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’? c) Adakah model pengajaran Teams Games Tournaments (TGT) dapat meningkatkan penglibatan aktif murid serta kerjasama dalam topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’? 4. 3.0 OBJEKTIF/ PERSOALAN KAJIAN.1 Objektif a) Model pengajaran Teams Games Tournaments (TGT) dapat meningkatkan kefahaman murid dalam topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’. 3. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan mengenai kaedah P&P dalam kelas. b) Model pengajaran Teams Games Tournaments (TGT) dapat meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’.0 FOKUS KAJIAN Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat. terdapat beberapa masalah lain yang timbul ketika proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan berlangsung. kaum india terdiri daripada 20 orang dan 8 orang berbangsa Melayu. Sebenarnya.2. Mereka terdiri daripada pelbagai kebolehan. 3. Kumpulan sasaran ini dipilih secara berstruktur dengan jumlah murid lelaki seramai 16 orang dan 12 orang murid perempuan. 2 . Fokus terhadap tahap kefahaman murid dilihat sebagai satu cara terbaik bagi membantu mereka menguasai topik ini dengan baik sekaligus membantu murid meningkatkan pencapaian murid bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Dari segi bangsa.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini hanya melibatkan 28 orang murid Tahun 5 Bestari dari Sekolah Kebangsaan Kampung Baru. Kelas 5 Bestari merupakan satu-satunya aliran perdana bagi tahun 5. Tetapi. fokus kajian masih tertumpu kepada peningkatan kefahaman murid menggunakan Kaedah Koperatif berasaskan model Teams Games Tournaments (TGT) dalam topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’.

Apa yang membezakan setiap intervensi adalah permainan yang dijalankan. Pengkaji telah merancang satu kaedah P&P bagi menguji tahap kefahaman murid terhadap topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’dengan menggunakan kaedah koperatif berasaskan model Teams Games Tournament (TGT). Secara keseluruhannya. seramai empat orang murid memperoleh markah 0%.4%. intervensi kedua pula aktiviti Potong. soalan nombor 5 pula ‘Adakah cara pengajaran guru kamu memahami topik ini dengan baik?’.93%.1 Analisis Dokumen . (2008).6 dan 7. bertindak dan seterusnya memrhati. maklum balas yang diperoleh bagi setiap item yang diuji adalah memberansangkan dengan peratusan sebanyak 80%. Kesemua intervensi mempunyai langkah yang sama iaitu bermula dengan penyajian kelas.Latihan Untuk lembaran kerja pertama. iaitu bagi dua orang murid sahaja. bagi ujian pos pula. permainan. Selepas itu. 6. Setelah itu.3%. penggunaan kaedha TGT ini dapat meningkatkan minat murid dalam mempelajari topik yang difokuskan. Min peratus perubahan tinggi pula mencatatkan sebanyak 28.3 Soal Selidik Untuk penggunaan instrumen soal selidik.2% dan markah terendah bagi lembaran kerja ketiga adalah 44.1. merancang.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Analisis terhadap ujian pra dan ujian pos mendapati min yang terkumpul bagi ujian pra adalah 1065/28 (38.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA. Sepanjang pengajaran tradisional berlangsung. 6. pertandingan dan penghargaan. Lekat dan Tampal dan akhir sekali menggunakan teknik model 3D. Peningkatan peratusan markah tertinggi bagi ketiga-tiga lembaran kerja adalah sebanyak 100% manakala peningkatan terendah adalah sebanyak 33.didapati kesemua murid tahun 5 Bestari telah menunjukkan peningkatan markah bagi ketiga-tiga lembaran kerja yang diberikan 6. diikuti lembaran kerja kedua dengan empat orang murid memperoleh markah terendah sebanyak 22. dan soalan ketujuh adalah ‘Adakah kamu suka dengan aktiviti permainan dan pertandingan yang dijalankan?’. pengkaji menjalankan pengajaran secara tradisional dan mengedarkan ujian pra bagi mengukur tahap penguasaan murid dan minat mereka terhadap topik ini. Hal ini menunjukkan terdapat peningkatan yang besar antara ujian pra dan ujian pos setelah kaedah koperatif berasaskan model TGT dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Kajian ini dijalankan menggunakan model Kemmis & McTaggart (1988) menggunakan sumber Kementerian Pelajaran Malaysia. pengkaji menjalankan tiga kali intervensi menggunakan kaedah koperatif TGT ini. Pengkaji kemudiannya mengadakan ujian pos dan mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan keputusan kajian selepas kaedah koperatif TGT ini diperkenalkan.14). Perbezaan antara kedua-dua keputusan min ini adalah sebanyak 34. pengkaji turut menjalankan pemerhatian berstruktur menggunakan borang senarai semak. 3 .04). min yang terkumpul adalah sebanyak 2020/28 (72. Dengan itu. peratus kekerapan tinggi dalam item soalan 1. 6. Soalan nombor satu adalah berkenaan dengan ‘Adakah kamu memahami isi pelajaran yang diajar?’. Ianya merangkumi 4 proses iaitu mereflek.5.58% dan 32. Sementara itu. Intervensi pertama pengkaji menggunakan permainan Jigsaw Puzzle. kelompok. soalan keenam ‘Adakah kamu berasa seronok ketika proses P&P dijalankan?’. 5.

4 .4 Senarai semak Penggunaan instrumen pemerhatian berstruktur ini menggunakan borang senarai semak. Ini membuktikan minat murid dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah koperatif TGT.0 DAPATAN KAJIAN 7. di dapati setiap item yang diuji mengalami peningkatan. 7. Hal ini sejajar dengan dapatan dari kajian Ismail Adiwijaya (2008) yang menyatakan penggunaan model TGT bukan sahaja memberi kesan yang positif terhadap pencapaian murid tetapi juga meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk belajar terutamanya bagi subjek yang memerlukan penghafalan fakta seperti Kajian Tempatan. Keputusan ini selari dengan kajian Nila Febreiyani (2012) yang mana mengatakan teknik pengajaran Teams Games Tournament (TGT) yang diaplikasikan di dalam kelas mampu meningkatkan kefahaman murid dengan lebih baik.2 Model pengajaran Teams Games Tournaments (TGT) meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’.6. Ini membuktikan bahawa murid dapat melibatkan diri secara aktif dan saling bekerjasama melalui kaedah koperatif TGT.1 Model pengajaran Teams Games Tournaments (TGT) meningkatkan kefahaman murid dalam topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’. 7. peratus kekerapan tinggi dalam item soalan 1.2 dan 3.2 Model pengajaran Teams Games Tournaments (TGT) meningkatkan penglibatan aktif murid serta kerjasama dalam topik ‘Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara’. Untuk penggunaan instrumen soal selidik. Min peratus perubahan tinggi antara Ujian Pos dan Pra iaitu 34. tindakan intervesi 1. 7. 5. Ini membuktikan kefahaman murid dapat ditingkatkan melalui kaedah koperatif TGT. Hal ini meyokong objektif kajian ketiga di mana penggunaan model TGT dapat meningkatkan penglibatan murid dan kerjasama dalam pasukan.1%. Daripada jadual yang dibina.6 dan 7. Hal ini selari dengan kajian Sapti Nurvitasari (2012) yang menyatakan penerapan kaedah pembelajaran kooperatif tipe TGT dapat meningkatkan penyertaan aktif siswa.93%. Ianya digunakan semasa pengajaran secara tradisonal. Berdasarkan dapatan yang diperoleh. Peratus peningkatan tertinggi meliputi keempat-empat teknik pengajaran adalah dalam aspek kerjasama dalam kumpulan dan semangat berpasukan iaitu 100%.58% dan 32. Dapatan data mendapat maklum balas memberansangkan bagi setiap item yang diuji iaitu 80% ke atas. setiap item menunjukkan peningkatan yang positif di mana penglibatan murid semakin bertambah baik. Min peratus perubahan tinggi bagi latihan murid mencatatkan sebanyak 28.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengkaji juga ingin mencadangkan supaya kemahiran teknologi dan maklumat digunakan dalam kajian seterusnya bersama-sama dengan aplikasi kaedah koperatif ini. Tesis tidak diterbitkan. (2008). Memandangkan tempoh kajian ini dijalankan bersama-sama dengan waktu praktikum frasa 3 dan juga ketika ‘internship’. Peningkatan Pemahaman Konsep Sistem Pemerintahan Pusat Melalui Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Teams Games Tournament. (2012). 5 . Hal ini adalah selaras dengan perkembangan dunia teknologi yang semakin hebat. Nambangan Indonesia. Persekitaran pembelajaran yang kondusif juga perlu disediakan bagi peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.0 CADANGAN Untuk kajian lanjutan yang seterusnya. pelaksanaan program-program di sekolah dengan kajian yang sedang dijalankan. (2008). Kementerian Pelajaran Malaysia. RUJUKAN Ismail Adiwijaya. Indonesia. Buku Manual Kajian Tindakan : Edisi Ketiga. pengkaji ingin mencadangkan penambahbaikan dari aspek masa tempoh kajian.Tesis tidak diterbitkan. Tesis tidak diterbitkan. Penerapan Metode Pembelajaran Kooperatif Tipe Teams Game Tournament (TGT) Untuk Meningkatkan Partisipasi Aktif Siswa Kelas VII A SMP N 3 Pakem Dalam Mata Pelajaran IPS. kadang-kala pengkaji mengalami masalah pertindihan di antara pemantauan pensyarah. Peningkatan Hasil Belajar Digital Melalui Optimalisasi Kegiatan Bengkel Elektronika Menggunakan Model Cooperative Learning Metode Teams Games Tournament.8. Sapti Nurvitasari. (2012). Nila Febreiyani. Universitas Negeri Yogyakarta.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful