You are on page 1of 60

Satu Kajian Terhadap Kesedaran Penggunaan Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi (Ict) Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Program


Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester ( 6 ),
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin,
Kuala Terengganu

Muhammad Usamah Bin Jusoh


Ahmad Hambali Bin Mat Daud

Kertas projek ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk

memperolehi Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan

Sekolah Pengajian Pendidikan


Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin
Gong Badak
2005
BAB 1

PENGENALAN

Penggunaan teknologi elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran telah

berkembang selaras dengan kemajuan teknologi tersebut. Bermula dengan penggunaan

radio dalam pendidikan pada tahun 1930-an diikuti dengan penggunaan televisyen pada

tahun 1950-an, dan komputer pada tahun 1960-an (Mohamad, 2004).

Pengunaan komputer, khususnya, telah mengalami perkembangan yang pesat

setelah terciptanya komputer peribadi atau PC pada akhir tahun 1970-an. Kemampuan

teknologi komputer dalam mengendalikan maklumat digital terutamanya dalam bentuk

multimedia dan diintegrasikan dengan kemampuannya dalam komunikasi atau rangkaian

digital menjadikan teknologinya begitu penting dalam pengendalian maklumat dan

komunikasi (ICT) (Mohamad, 2004).

ICT ialah singkatan daripada information and communication technology iaitu

teknologi maklumat dan komunikasi yang bermaksud satu kepelbagaian set alat-alat dan

sumber teknologi untuk berkomunikasi, mencipta, menyimpan dan juga untuk

menguruskan maklumat. Teknologi ini merangkumi komputer, internet, teknologi

penyiaran (radio, dan televisyen), dan aspek-aspek telekomunikasi terutama telefon.


Beberapa aplikasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah

mendapat maklum balas yang baik kepada organisasi (Paul, 2001). Perkembangan

teknologi di seluruh dunia secara berperingkat akan memaksa komuniti untuk mengikut

perkembangan teknologi dengan menggunakan ICT apabila melaksanakan strategi-

strategi diorganisasi.

Maklumat dan teknologi komunikasi dalam pengurusan pembelajaran

mendatangkan sedikit sebanyak kontroversi (Paul, 2001). Iaitu akibat daripada anjakan

zaman dari zaman dahulu ke zaman moden iaitu zaman era teknologi. Pelbagai cabaran

yang timbul dalam dunia pendidikan berikutan dengan perubahan masa tersebut.

Munculnya era teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih ini, kehidupan

manusia semakin mencabar dan memaksa manusia bersaing dan bergerak seiringan

dengan perkembangan teknologi untuk mencapai cita-cita masing-masing.

Latar Belakang Masalah

Kajian ini cuba mengupas beberapa isu tentang ciri-ciri penggunaan ICT serta

tahap kepenggunaannya dalam proses pembelajaran pelajar. Isu-isu ini secara langsung

berkaitan dengan kesediaan pengetahuan ICT kepada guru pelatih di KUSZA sebelum

bergelar guru. Seperti mana yang kita ketahui perkembangan ICT dalam dunia

pendidikan masa kini sangat hebat. Oleh yang demikian, para guru pelatih perlu

mengetahui cara penggunaan ICT demi masa depan.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan ICT dalam

pembelajaran serta corak pembelajaran pelajar melalui penggunaan ICT. Satu kajian yang

menyeluruh untuk melihat sejauh manakah fenomena teknologi maklumat yang


berkembang dengan pesatnya di negara ini mempengaruhi pembelajaran pelajar. Hal ini

adalah kerana kebanyakan para pelajar masih menggunakan ICT untuk tujuan-tujuan

tertentu, tidak begitu meluas lagi seperti mana yang diharapkan.

Tumpuan corak penggunaan ICT di Institusi penagajian tinggi lebih kepada untuk

menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh para pensyarah. Dari segi penggunaan ICT

untuk tujuan berkomunikasi, kebanyakan para pelajar menumpukan corak penggunaan

kepada ‘chit-chat’ sahaja. Namun begitu, segelintir pelajar sudah mempunyai

pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian komputer.

Penggunaan ICT tidak terbatas di kalangan pelajar sahaja, bahkan penggunaannya

turut meliputi sebahagian besar sistem pentadbiran KUSZA. Oleh yang demikian,

penggunaan ICT telah lama wujud di kalangan pelajar KUSZA. Penggunaan ICT didapati

agak meluas di kalangan pelajar KUSZA sama ada yang mengambil kursus khas dalam

bidang teknologi maklumat yang menggunakan khidmat komputer secara menyeluruh

ataupun yang mengambil kursus dalam bidang keagamaan.

Walaupun terdapat ramai di kalangan pelajar yang mempunyai pengetahuan serta

mahir dalam bidang ICT, masih ada pelajar-pelajar yang tidak mengaplikasikan

kemudahan penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka. Walaupun wujud kursus yang

disediakan oleh pihak KUSZA bagi mereka yang bukan dalam bidang IT , ianya masih

lagi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pelajar yang masih ‘mentah’ dalam

penggunaan komputer. Ini disebabkan kursus yang diserapkan kepada para pelajar ini

hanya menekankan aspek pengetahuan asas komputer sahaja. Asas-asas yang diajarkan
kepada pelajar masih belum mencukupi untuk menjadikan pelajar berani mendekati

penggunaan kemudahan ICT.

Begitu juga apa yang berlaku dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang

ditekankan oleh para pensyarah KUSZA, di mana para pelajar hanya menggunakan

khidmat ICT untuk mencari bahan serta menyiapkan kerja khusus semata-mata. Tiada

inisiatif untuk mereka menggunakan kelebihan yang terdapat dalam ICT untuk

dimanfaatkan dalam keseluruhan pembelajaran mereka. Demikian hal terjadi disebabkan

sistem pembelajaran yang berteraskan kepada buku dan kitab sahaja.

Keadaan sedemikian di KUSZA adalah berlainan berbanding situasi di sekolah

sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, di mana penggunaan ICT

walaupun tahapnya telah diperkembangkan namun, masih lagi tidak memberangsangkan.

Masih terdapat pihak sekolah yang belum menyediakan kemudahan ICT yang

secukupnya bagi para pelajar.

Perbezaan penekanan dalam penggunaan ICT di kalangan sekolah-sekolah

didapati agak ketara di kawasan bandar berbanding di kawasan luar bandar. Malahan

kalau dikaji secara mendalam akan terdapat pelajar khususnya yang berasal dari kawasan

luar bandar yang ternyata masih belum menyentuh hatta belum lagi mengenal komputer

walaupun telah menghabiskan alam persekolahan mereka.

Permasalahan Kajian

Beberapa permasalahan yang timbul dalam kajian ini telah digariskan oleh

penyelidik dalam mengkaji lebih jauh tentang penggunaan ICT di kalangan pelajar
Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan KUSZA, semester (6). Antara

permasalahannya ialah:

Kekurangan sokongan teknikal

Sebahagian besar pelajar menghadapi masalah kekurangan sokongan teknikal dan

kualiti aplikasi serta perkongsian maklumat yang sangat terbatas. Kurangnya sokongan

teknikal iaitu kurangnya juru teknik dalam membaik pulih peralatan ICT. Ini

menyebabkan pembaik pulih mengambil masa yang lama dan mendatangkan masalah

kepada pelajar untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Kekurangan sokongan teknikal dari tenaga pengajar atau pihak yang terbabit

dalam menyediakan kemudahan ICT ini menyebabkan pelajar kurang mahir

menggunakan ICT dalam pembelajaran. Adalah menjadi cabaran kepada pentadbiran

KUSZA untuk menyelaraskan dan menyepadukan pembangunan ICT dengan lebih

berkesan kerana pada masa ini pelajar membina aplikasi ICT masing-masing untuk

keperluan pembelajaran mereka.

Kemudahan peralatan

Satu lagi isu yang berkaitan dengan pembinaan aplikasi ICT dan menuntut pihak

KUSZA menanganinya segera adalah tentang penyelenggaraan komputer dari segi

kemudahan peralatan dan integriti sistem, aplikasi, dan maklumat selaras dengan

keperluan penggunaan pelajar yang ramai.

Pihak KUSZA perlu menyediakan kemudahan ICT yang lengkap untuk para

pelajar. Kemudahan ini perlu diselaraskan dengan bilangan pelajar agar tidak
mewujudkan ketegangan penggunaan ICT di kalangan pelajar seperti mana yang berlaku

sekarang ini.

Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kadar pengetahuan dan penggunaan ICT

di kalangan pelajar dalam pembelajaran mereka. Justeru itu, pihak pentadbir perlu

menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam aspek penggunaan ICT agar dapat

membantu dan meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.

Selain itu, ia juga dapat membentuk dan menghasilkan pelajar yang berkualiti

selaras dengan kehendak dunia yang sedang menuju era globalisasi dan menjadikan

pelajar yang berintelektual tinggi dalam mengejar dunia berteknologi.

Penggunaan di kalangan para pensyarah

Pensyarah didapati masih kurang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran mereka

bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Bagi membolehkan pelajar

akses kepada portal yang menyimpan bahan pembelajaran, maklumat yang berkaitan dan

kemas kini perlu disalurkan kepada semua pelajar.

Di samping itu, semua bentuk latihan dalam bidang ICT perlu diperkukuhkan bagi

mengatasi masalah majoriti pensyarah yang masih menggunakan kaedah pengajaran

tradisional dan kurang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kenyataan Masalah

Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), sebuah institusi pengajian tinggi

yang telah dilengkapi dengan kemudahan ICT sebagai satu usaha membantu dalam

meningkatkan tahap pembelajaran dan pengetahuan pelajar. Persoalannya ialah sejauh


manakah penggunaan ICT dalam pembelajaran telah diterima dan diamalkan oleh pelajar

Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester (6) di institusi ini.

Oleh kerana tidak ramai orang mengambil berat isu ini, maka kajian ini

dilaksanakan untuk mengenal pasti persepsi dan tahap penggunaan ICT dalam

pembelajaran oleh pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester (6) Kolej

Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu. Secara umumnya kajian ini

cuba meneliti sejauh manakah tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar.

Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepada aspek kesedaran pelajar Diploma

Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester (6) dalam penggunaan ICT dalam

pembelajaran.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

i) Sejauh manakah kesedaran pelajar terhadap aplikasi ICT dalam proses

pembelajaran?

ii) Sejauh manakah kefahaman pelajar terhadap penggunaan ICT dalam proses

pembelajaran?

iii) Bagaimanakah corak penggunaan ICT dikalangan pelajar dalam proses

pembelajaran?

Persoalan kajian
Melalui permasalahan kajian tersebut, penyelidik dapat mengemukakan beberapa

persoalan utama yang timbul sebagai jalan penyelesaian dan cara untuk mengatasinya.

Antaranya :-

Pengetahuan tentang ICT dan aplikasinya dalam proses pembelajaran.

Persoalan yang ditimbulkan oleh penyelidik ialah ingin mengetahui sejauh

manakah tahap penggunaan ICT dikalangan para pelajar. Selain itu, penyelidik juga

ingin merungkai persoalan mengenai tahap kemahiran penggunaan ICT di kalangan para

pelajar. Adakah mereka mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk membantu dalam

proses pembelajaran mereka.

Penyelidik juga ingin mengetahui apakah corak penggunaan ICT di kalangan

pelajar dalam pembelajaran. Adakah mereka hanya tertumpu kepada pembelajaran sahaja

atau kegunaan luar seperti hiburan, mengisi masa lapang dan lain-lain. Penyelidik akan

merungkai segala persoalan yang digariskan seperti yang telah dinyatakan oleh

penyelidik.

Tahap kepenggunaan sesuai dengan taraf pendidikan

Persoalan kedua yang diutarakan oleh penyelidik disini ialah ingin mengetahui

adakah tahap kepenggunaan ICT sesuai dengan taraf pendidikan mereka sekarang ini.

Jika taraf pendidikan mereka sekarang ialah Diploma, wajarlah mereka lebih mengetahui

kepenggunaan ICT daripada mereka yang berpendidikan biasa seperti tamat

persekolahan, STPM dan sebagainya.

Penggunaan ICT ini boleh meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar

Persoalan yang terakhir yang akan dikupas oleh penyelidik ialah untuk

mengetahui adakah dengan menggunakan kemudahan ICT ini boleh meningkatkan


prestasi pembelajaran mereka atau tidak. Adakah dengan menggunakan ICT ini

membantu dan memudahkan proses pembelajaran pelajar?

Definisi Istilah

ICT : Information and Communication Technology atau Teknologi Maklumat dan

Komunikasi. Iaitu satu kepelbagaian set alat-alat dan sumber teknologi untuk

berkomunikasi, mencipta, menyimpan dan juga untuk menguruskan maklumat seperti

komputer, internet dan lain-lain (Blurton, 2004).

Komputer : sebuah alat yang boleh diarahkan untuk menerima data (input) dan

mengeluarkan maklumat (output) iaitu alat elektronik yang boleh menerima data,

menyimpannya dan melaksanakan arahan berbentuk matematik, logik dan

memanipulasikan data secara automatik dan melaporkan hasil perlaksanaan ini

(Zoraini Wati, 1993).

E-mel : electronic mail (mel elektronik) iaitu proses pengiriman surat atau teks

penyataan menggunakan rangkaian komputer (Kamus Ensiklopedia, 1997).

Internet : rangkaian komputer (network) yang membentuk satu rangkaian yang lebih

besar antara satu sama lain (internetwork). Ia merupakan suatu rangkaian global yang

menghubungkan berjuta unit komputer di seluruh dunia (Basri Hasyim, 1999).

Kepentingan Kajian
Dalam kajian yang dijalankan, penyelidik telah menggariskan beberapa

kepentingan kajian untuk kepentingan umum. Antara kepentingannya adalah seperti

berikut:

Kepentingan pertama adalah untuk para pelajar yang mana penggunaan ICT akan

memudahkan cara pembelajaran mereka. Selain itu, ia satu kaedah tambahan kepada

pelajar dalam pencarian maklumat untuk pembelajaran. Ia juga menjimatkan masa untuk

pelajar dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, dengan kajian ini boleh

menyedarkan pelajar tentang kepentingan ICT supaya pelajar boleh bersaing dalam

bidang pembelajaran selarasa dengan era globalisasi.

Kedua, kepentingan kajian ini adalah untuk para guru dan pensyarah. Dengan

menggunakan ICT ini, akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas. Ini sekaligus menjadikan suasana dalam kelas menarik serta menarik minat pelajar

dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga boleh menambah kaedah dan

teknik pengajaran dan pembelajaran yang baru kepada para guru atau pensyarah.

Diharapkan kajian ini boleh memberi kesedaran tentang keupayaan dan manafaat ICT

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ketiga, kepentingan penyelidikan ini adalah untuk pihak pentadbiran Kolej

Agama Sultan Zainal Abidin ( KUSZA ). Kajian ini membolehkan pihak pengurusan

KUSZA menilai sejauh mana kelemahan dalam menyediakan kemudahan ICT kepada

pelajar. KUSZA juga boleh menaik taraf menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang

berkembang mengikut arus perkembangan teknologi masa kini. Selain itu, KUSZA juga
boleh melahirkan para graduan yang berkaliber serta mahir dengan selok-belok teknologi

masa kini.

Keempat, penyelidikan ini juga penting kepada Sekolah Pengajian Pendidikan

yang mana pihak sekolah boleh mengetahui sejauh mana tahap kecekapan dan kemahiran

pelajar dibawah jagaannya menggunakan ICT. Ia juga membantu pihak sekolah

mengadakan kursus yang berkaitan dengan ICT untuk para pelajar. Selain itu, jika pelajar

betul-betul mahir dalam menggunakan ICT, kemungkinan besar pelajar boleh

memasyhurkan nama sekolah di Kusza ini dengan melahirkan bakal guru yang pakar

dalam bidang ICT.

Kelima, selain kepentigan kepada pihak sekolah pengajian, kajian ini juga penting

kepada masyarakat sekeliling. Kajian ini boleh mendedahkan kepada masyarakat bahawa

ICT sangat penting pada masa kini dan akan menjadi persaingan dalam menempuhi

cabaran ke arah era globalisasi. Oleh yang demikian, masyarakat akan sedar dan berusaha

membawa perubahan dan manafaat kepada negara agar ia sentiasa berkembang maju dan

mencapai matlamat dunia berteknologi.

Batasan-Batasan Kajian

Setiap penyelidikan semestinya wujud batasan atau halangan yang telah

ditempuhi oleh penyelidik dalam menyiapkan penyelidikan ini. Oleh yang demikian,

penyelidik mengutarakan beberapa batasan yang telah ditempuhi oleh penyelidik

sepanjang tempoh menjalankan kajian.


Antara batasan utama dalam penyelidikan ini ialah batasan instrumen iaitu

batasan dari segi kos, masa, kerjasama dengan responden serta jawapan dari responden

yang kabur atau palsu. Penyelidik memerlukan kos yang tinggi untuk menyiapkan

penyelidikan ini yang mana ia telah menelan kos yang tinggi untuk mencetak sumber

atau bahan rujukan, borang soal-selidik, dan lain-lain.

Masa juga amat terhad dan singkat bagi penyelidik dalam menyiapkan

penyelidikan ini. Hal ini adalah kerana kekangan jadual masa belajar penyelidik yang

ketat dan padat. Oleh yang demikian, ia telah menjejaskan masa dalam menyiapkan

kajian ini dalam tempoh yang diberikan.

Jawapan dari responden juga menjadi batasan kepada penyelidik yang mana

penyelidik mendapati bahawa wujud kekaburan dan kepalsuan jawapan dari responden

berdasarkan daripada analisis data yang telah dilakukan. Ia telah menimbulkan masalah

kepercayaan dalam proses dapatan kajian dan analisis data dari responden.

Kajian ini telah dilakukan di kalangan pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan

Pendidikan semester 6, KUSZA. Dapatan daripada kajian ini hanya benar di lokasi yang

mana kajian ini hanya boleh digunakan untuk memahami isu-isu tersebut secara terhad.

Oleh yang demikian, ia tidak boleh digunakan untuk memahami masalah kajian di tempat

dan masa lain.


BAB 2

SOROTAN KAJIAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era

penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun

menjalankan tugas masing-masing (Fatimah, 1997). Dalam era sebaran maklumat,

perlumbaan untuk menguasai bidang maklumat dan komunikasi telah mengalihkan

pendangan masyarakat dunia kepada penguasaan teknologi yang berkaitan dengan sistem

maklumat yang serba canggih dan kompleks.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam persaingan ke arah era perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dunia ini. Menurut Ding Chong Ming

(1997) menyatakan bahawa tercetusnya perkembangan ICT yang pesat di Malaysia

adalah sepanjang tahun 1990-an. Beliau menyatakan lagi bahawa perkembangan dinamik

ini adalah disebabkan semakin luas tersebarnya rangkaian telekomunikasi dan semakin

ramai pengguna peralatan teknologi maklumat dan komunikasi ICT seperti telefon,

komputer, internet dan pelbagai lagi.

Oleh kerana pertumbuhan dan perkembangan ICT yang begitu pesat, Malaysia

telah menyenaraikan pembangunan ICT di tangga teratas sebagai eleman terpenting bagi
memacu pembangunan negara dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun (Sarah,

Abdul Ghani 2002). Perubahan ini disemarakkan oleh ledakan maklumat, revolusi

teknologi multimedia dan revolusi komunikasi dalam jaringan rangkaian perhubungan

antarabangsa.

Selain itu, dalam pembentangan Bajet 2004, menyatakan bahawa kerajaan telah

memberi penekanan besar dalam pembangunan dan perkembangan bidang teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia dengan pelbagai insentif dan program akan

diperkenalkan oleh kerajaan dalam menggalakkan pertumbuhan ICT. Antaranya adalah

seperti pengurangan caj akses Internet, peruntukan RM 637 juta untuk program

pengkomputeran sekolah, dan memansuhkan cukai bateri komputer.

Ini bertujuan agar Malaysia akan menjadi laluan kepada pengaliran maklumat

daripada pelbagai penjuru negara sebagai salah satu prasyarat untuk menjadi sebuah

negara yang maju. Oleh itu, segala aspek yang berkaitan dengan ICT telah dititik

beratkan agar selaras dengan ledakan maklumat dan perkembangan komunikasi yang

melanda dunia dewasa ini.

Disini jelas menunjukkan ICT semakin berkembang maju di Malaysia. Akibat

dari perkembangan ICT ini, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan dalam

menigkatkan perkembangan ICT di Malaysia agar rakyat Malaysia sentiasa terdedah

kepada dunia ICT dan tidak ketinggalan zaman.

ICT dalam pendidikan

Penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan

masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat wawasan negara. Menurut Mohd Khalit

dan Siti Asiah (2003), penggunaan ICT dalam pendidikan membolehkan pelajar
menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan

kemudahan ICT untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat

yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat.

Berikutan dari kemajuan ICT di dunia ini, kerajaan dan masyarakat awam telah

memberikan perhatian yang mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari

hakikat tentang peranan dan fungsi ICT yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan.

Mengikut Dr. Zoraini Wati (1996), pelbagai perisian ICT telah muncul dan diaplikasikan

dalam bidang pendidikan seperti multimedia, internet, e-mail, homepage, web dan

pelbagai lagi.

Sallehudin Salim (1997) pula menyatakan bahawa pelbagai langkah telah diambil

oleh kerajaan dalam penyerapan ICT dalam pendidikan agar ia mengikuti perubahan

dalam pembangunan dan perkembangan dunia pada hari ini. Berikutan dari itu, sistem

pendidikan telah diperkemas dan diubah agar selaras dengan perkembangan semasa. Ia

termasuklah memperkemaskan sistem pendidikan diperingkat pengajian tinggi selain

diperingkat sekolah. Iaitu dengan memperkenalkan kursus-kursus yang berkaitan dengan

bidang teknologi dan komunikasi.

Akibat dari perubahan sistem pendidikan yang berlandaskan ICT, masyarakat

sekarang ini telah berubah menjadi sebuah masyarakat yang berteknologi. Apabila ICT

digunakan dalam bidang pendidikan, pembaharuan tersebut diterima dan diguna pakai

oleh guru dan pelajar dengan meluas secara outomatik masyarakat telah menerima

perkembangan ICT secara tidak langsung. Ini kerana dunia pendidikanlah yang boleh

menyebarkan cara penggunaan kemudahan ICT dalam masyarakat secara lansung dan

formal seperti pengajaran berpandukan komputer (PBK), pembelajaran melalui on-line,


pendidikan jarak jauh dan pelbagai kaedah yang berteraskan ICT digunakan dalam

pendidikan.

Penggunaan ICT dalam pembelajaran

Proses pendidikan telah mengalami banyak perubahan seiring dengan

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bermula dengan menulis

dengan menggunakan pensil, pen dan mesin taip, kini perisian pemproses perkataan amat

popular dan digunakan dengan meluas dalam pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam pembelajaran telah berkembang selaras dengan kemajuan

dan perkembangan teknologi di Malaysia masa kini. Menurut Mohammad (2004),

perkembangan ICT dalam pembelajaran bermula dengan penggunaan radio dalam

pendidikan pada tahun 1930-an diikuti dengan penggunaan televisyen pada tahun 1950-

an, dan komputer pada tahun 1960-an. Pengunaan komputer, khususnya, telah mengalami

perkembangan yang pesat setelah terciptanya komputer peribadi atau PC pada akhir

tahun 1970-an. Oleh yang demikian, penggunaan ICT sangat penting dalam proses

pembelajaran sejajar dengan dengan matlamat Malaysia yang mahukan pelajar yang

berpengetahuan dalam dunia ICT.

Menurut web Kementerian Pelajaran Malaysia (2004), penggunaan ICT dalam

pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan besesuaian

untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran. Penggunaan ICT

yang begitu meluas dalam pembelajaran mestilah terkawal dan tersusun seperti yang

ditetapkan oleh pihak pentadbiran pendidikan.


Micheal (2004) pula menyatakan bahawa pelajar perlu mempunyai kemahiran dan

keyakinan diri bagi menggunakan keupayaan teknologi ini dengan cara yang paling

berkesan. Suasana pembelajaran yang interaktif, lebih menggalakkan komunikasi aktif

antara pelbagai hala. Justeru itu, penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah dengan

matlamat meningkatkan mutu dan keberkesanan pembelajaran.

Pelbagai kaedah dan cara yang berkesan yang boleh diaplikasikan dengan ICT

dalam pembelajaran. Munir dan Halimah (2000) mengatakan bahawa multimedia adalah

salah satu alat ICT yang biasa digunakan dalam kaedah dan pendekatan untuk

membuatkan komunikasi di antara pendidik dengan pelajar semasa proses pembelajaran.

Dengan itu, penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh menarik minat pelajar kerana

pelajar sentiasa inginkan pendedahan baru.

Selain itu pembelajaran berbantukan komputer (PBK) juga sangat berkesan dan

memudah cara bagi pendidik dan pelajar dalam proses tersebut. Menurut Mohd Khalit

dan Siti Asiah (2003), dalam penggunaan ICT dalam pembelajaran, komputer adalah alat

yang mudah digunakan dan senang diuruskan kerana komputer boleh dianggap sebagai

tutor atau pendidik. Oleh yang demikian, pembelajaran dengan menggunakan ICT adalah

satu strategi untuk menguasai seluruh atau sebahagian daripada isi kandungan mata

pelajaran dengan berkesan.

Begitu juga dengan pelajar, menurut Fatimah (1997), perubahan radikal yang

dibawa oleh teknologi ini ialah inidividu boleh belajar mengikut kemampuan masing-

masing dan pelajar boleh mencari butiran dan bahan-bahan pelajaran bila-bila masa

sahaja. Jelas ia menunjukkan bahawa penggunaan ICT seperti internet, komputer,


homepage, pendidikan on-line dan pelbagai lagi memudahkan pembelajaran pelajar dan

memudahkan pengurusan pelajaran mereka.

Oleh yang demikian, penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat membantu

proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Selain itu ia juga mampu melahirkan

individu yang berintelektual dan membantu pelajar dalam pengurusan pembelajaran dan

pelajaran.

Implikasi ICT dalam pembelajaran

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam arus globalisasi telah

membawa kepada perubahan drastik dalam proses pentadbiran sesebuah organisasi.

Begitu juga dalam proses pembelajaran, akibat dari perkembangan ICT dalam

pembelajaran, pelbagai implikasi yang timbul dan banyak mengubah situasi dan struktur

pembelajaran.

Semakin jauh kita berada dalam masyarakat yang berteknologi tinggi dan

berorientasikan maklumat, semakin rendah struktur sistem pendidikan. Berdasarkan

kenyataan ini, kesan dari perkembagan ICT ini mengubah cara pentadbiran, pendekatan

dan cara pembelajaran untuk disesuaikan dengan arus perkembangan ICT kini.

Munir, Halimah Badioze Zaman (2000) mendakwa bahawa antara kesan

penggunaan ICT dalam pembelajaran ialah pelajar dapat lebih memberikan motivasi

untuk belajar. Ia memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap terhadap

sesuatu permasalahan dan memudahkan mengulangkaji, mengadakan latihan dan

mengukur kemampuan kerana ICT membolehkan pelajar untuk interaktif dengan pakej

pembelajaran.
Oleh demikian itu, kita dapat lihat bahawa pelajar yang menggunakan ICT boleh

meningkatkan motivasi belajar yang tinggi secara tidak langsung. Oleh yang demikian,

pelajar terbabit mampu menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan tanpa sebarang

masalah dan menguatkan lagi motivasi diri mereka dalam menempuh era globalisasi.

Hizamnuddin (1997) pula menyatakan bahawa pembelajaran melalui ICT

menjadikan pelajar lebih aktif dalam pembelajaran. Kaedah sebegini membantu pelajar

memperolehi pengetahuan dalam tempoh yang singkat dan tidak membebankan mereka

dalam pembelajaran. Dengan kaedah pembelajaran yang baru dan menarik, pelajar boleh

meningkatkan kefahaman yang tinggi dalam sesuatu pembelajaran. Berbeza dengan

kaedah pembelajaran biasa yang tidak menggunakan bahan sokongan dalam

pembelajaran, menjadikan pelajar cepat hilang tumpuan dalam pembelajaran.

Menurut Khalit dan Asiah (2003), implikasi penggunaan ICT dalam

pembelajaran akan meningkatkan pembelajaran kendiri pelajar. Penggunaan ICT dalam

pembelajaran memenuhi kebolehan dan keperluan individu dalam menyelesaikan sesuatu

masalah tanpa bantuan orang lain. Justeru itu, dengan menggunakan ICT, pelajar mampu

berdikari dan sekaligus menjadi pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Oleh yang

demikian, seseorang pelajar boleh menjalani proses pembelajaran masing-masing dengan

kadar yang cepat dan padat.

Menurut mereka lagi, kesan dari penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh

meningkatkan pencapaian pelajar dan menambah keseronokan belajar serta menjana

daya kreativiti pelajar. Oleh yang demikian, ICT juga dapat menyediakan pembelajaran

yang konsisten dan terjamin dan sekaligus membantu pelajar meningkatkan prestasi

dalam pembelajaran. Selain itu, keseronokan dari pembelajaran melalui ICT, pelajar
dapat belajar dengan lebih baik, banyak dan berkesan selain dapat berkembang dengan

lebih cepat dan yakin.

Oleh yang demikian, implikasi penggunaan ICT dalam pembelajaran telah

mengubah sistem pendidikan pada masa lalu. Sistem pada masa lalu lebih kepada lebih

mengamalkan pembelajaran secara konvensional iaitu pembelajaran dalam suasana bilik

darjah sahaja dan proses komunikasi lebih kepada satu hala sahaja. Namun akibat dari

perkembangan ICT dalam pembelajaran, kita dapat lihat bahawa perbezaan terjadi dalam

sistem dan proses pembelajaran dari sistem masa lalu dengan sistem pembelajaran masa

kini yang lebih efisyen dan interaktif dengan menggunakan ICT dalam pembelajaran.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi adalah salah satu aspek yang terkandung dalam kajian ini kerana ia

merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran kajian. Ia

merupakan satu jalan kepada penyelidik untuk melicinkan proses kajian yang dijalankan

yang mana ia untuk memudahkan penyelidik dalam mencari sumber atau maklumat

kajian, cara memilih responden, menganalisis dapatan kajian dan lain-lain.


Metodologi kajian ini telah menerangkan secara terperinci tentang kaedah atau

jalan yang digunakan penyelidik sepanjang proses kajian dijalankan. Oleh yang

demikian, sepanjang proses kajian ini, penyelidik telah menggariskan beberapa kaedah

atau cara yang mana difikirkan sesuai untuk kajian ini.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi aspek-aspek kajian yang dijalankan serta

memperjelaskan persoalan kajian yang telah digariskan penyelidik sebelum ini. Beberapa

metodologi kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk diskriptif. Data-data telah

dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai kaedah yang utama.

Segala maklumat dan data yang diperolehi telah dianalisa, dikumpul dan disusun dalam

bentuk sesuai seperti graf, carta, dan jadual yang mudah difahami. Data yang dikumpul

ini telah memperjelaskan isu-isu yang dikaji oleh penyelidik.

Responden

Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Diploma Bahasa Arab

Dengan Pendidikan KUSZA semester (6) sesi 2004/05. Jumlah keseluruhan mereka ialah

43 orang yang mana terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 36 orang pelajar

perempuan. Pelajar-pelajar ini dipilih memandangkan mereka telah didedahkan dengan

penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka selama 6 semester mereka belajar di kolej

ini.
Responden ini juga dikenali sebagai guru pelatih yang mana mereka akan bergelar

sebagai guru apabila tamat pengajian mereka di KUSZA. Oleh yang demikian, mereka

mudah untuk memberi maklumat tentang penggunaan ICT dalam pembelajarn mereka.

Ini kerana jurusan mereka adalah berkaitan dengan pendidikan yang mana mereka akan

mendidik anak bangsa ke arah era globalisasi.

Lokasi

Lokasi penyelidikan yang telah dijalankan di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

(KUSZA), Gong Badak, Kuala Terengganu. KUSZA merupakan salah satu institusi

pengajian tinggi yang terdapat di Terengganu. Secara khususnya, semua para pelajar

KUSZA merupakan beragama Islam dan KUSZA juga merupakan institusi pengajian

tinggi berteraskan agama Islam. Penyelidik telah memilih lokasi ini kerana

mempermudahkan pergerakan dan kelicinanan proses penyelidikan sepanjang kajian

dijalankan. Memandangkan masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini begitu

singkat, ia juga telah menjadi satu faktor kepada penyelidik untuk memilih lokasi ini

kerana ia membantu penyelidik untuk menepati masa yang diberikan.

Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat utama untuk

mendapatkan maklumat daripada para responden. Borang soal-selidik telah disediakan

dan ia merangkumi objektif kajian iaitu kesedaran, kefahaman dan penggunaan ICT di

kalangan pelajar. Penyelidik telah menggunakan kaedah soal selidik untuk memudahkan

penyelidik mendapatkan maklumat dan menganalisa segala data-data yang dikumpul.


Borang soal-selidik ini telah diedar kepada responden iaitu pelajar Diploma Bahasa Arab

dengan Pendidikan, semester 6, KUSZA. Pembinaan item untuk soal selidik ini adalah

merangkumi 4 bahagian iaitu:-

i. Bahagian A : Latar belakang responden

Bahagian ini merangkumi soalan yang berkaitan dengan jantina, umur, penempatan,

pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga responden. Bahagian ini juga ingin

mendapat maklumat mengenai responden pernah atau tidak mengikuti sebarang kursus

yang berkaitan dengan ICT sebelum dan sepanjang pengajian mereka di KUSZA. Selain

itu, soalan pemilikan komputer juga dikemukakan kepada responden untuk mengetahui

berapa perkembangan responden terhadap ICT.

ii. Bahagian B : Kekerapan penggunaan kemudahan ICT

Bahagian ini merangkumi soalan yang berkaitan dengan kekerapan penggunaan

kemudahan ICT di kalangan responden. Responden hanya perlu tandakan dalam ruang

yang diberikan berdasarkan kekerapan penggunaan kemudahan ICT dalam satu minggu.

Ruang yang disediakan adalah berkaitan dengan penggunaan ‘chit-chat’, web pendidikan,

internet, web Arabic serta e-meil. Oleh yang demikian, responden hanya perlu tandakan

pada ruang yang disediakan sama ada selalu, kadang-kadang atau tidak pernah

menggunakannya.

iii. Bahagian C : Tujuan penggunaan kemudahan ICT


Dalam bahagian ini, penyelidik telah mengemukakan soalan yang berkaitan dengan

kemudahan yang paling utama bagi responden menggunakannya. Soalan dalam

bahagian ini adalah untuk mengetahui tujuan sebenar responden menggunakan

kemudahan ICT serta corak penggunaan ICT dalam pembelajarannya. Secara umumnya,

soalan ini terdiri daripada perkhidmatan ICT yang selalu digunakan serta tujuan utama

penggunaan ICT dalam pembelajaran.

iv. Bahagian D : Kesedaran penggunaan ICT

Bahagian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah kesedaran responden terhadap

ICT dalam pembelajaran mereka. Soalan dalam bahagian ini merangkumi aspek umum

dalam penggunaan ICT di kalangan pelajar. Soalan ini adalah berbentuk jadual yang

mana responden hanya perlu bulatkan pada nombor yang disediakan sama ada responden

setuju, tidak pasti atau tidak setuju.

Pengedaran borang telah dilakukan sendiri oleh penyelidik dan tempoh yang

diberikan kepada responden untuk mengisi borang tersebut adalah selama beberapa 1

minggu. Selepas tamat tempoh yang diberikan, penyelidik telah mengutip borang soal

selidik yang diedarkan serta memulakan tugas dalam penganalisian data untuk

memperjelaskan persoalan kajian.

Analisis data

Apabila data daripada instrument dikumpulkan, penyelidik telah menyusunnya

mengikut tema objektif kajian ini. Analisis data telah dilakukan dengan menggunakan

kaedah statistik. Untuk kajian ini analisis data dimulai dengan menetukan kandungan
objektif yang pertama dahulu. Kemudian telah disusuli dengan objektif yang kedua dan

yang terakhir. Setelah data-data ini dikategorikan, penyelidik telah menganalisa dan

membuat rumusan daripada data yang dikategorikan tadi. Data yang dikumpulkan telah

dipindahkan ke dalam jadual atau graf yang sesuai dan dianalisa dengan menggunakan

kaedah statistik yang berkaitan untuk memudahkan penyelidik membuat laporan.

Jangka masa kajian

Jangka masa untuk menyiapkan kajian ini adalah selama 3 bulan iaitu 1 semester

sepertimana tempoh yang diberikan pihak jawatankuasa Sekolah Pengajian Pendidikan.

Penyelidik dapat menyiapkan kajian ini dalam tempoh yang ditetapkan walaupun banyak

batasan atau halangan yang timbul. Namun demikian, kajian ini telah disempurnakan

dengan jayanya.

BAB 4
DAPATAN KAJIAN

Dalam bab ini, penyelidik mengemukakan keputusan-keputusan yang telah

diperolehi daripada daripada kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap

kesedaran dan pengetahuan terhadap penggunaan ICT dalam pembelajaran. Kajian telah

memilih seramai 43 responden iaitu, 7 lelaki dan 36 perempuan yang terdiri daripada

pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan, semester (6) di Kolej Agama Sultan

Zainal Abidin (KUSZA).

Dapatan kajian adalah bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan,

penguasaan, serta tujuan dan aplikasi ICT oleh pelajar dalam pembelajaran mereka.

Pandangan mereka berkenaan tahap kesedaran ICT telah dikumpulkan melalui

pengedaran borang soal selidik.

Soal selidik merangkumi 4 bahagian iaitu, latar belakang responden, kekerapan

penggunaan kemudahan ICT dalam pembelajaran responden, tujuan dan aplikasi terhadap

kemudahan ICT serta tahap kesedaran penggunaan ICT.

Sebanyak 43 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dalam

membendung situasi mereka selama 1 minggu untuk mmemberikan respon. Sebanyak 40

borang soal selidik telah dikembalikan kepada penyelidik mengikut tempoh yang

diberikan . Jumlah 40 borang soal selidik mewakili 100% responden.

Jadual-jadual berikut adalah pecahan keputusan yang diperolehi berdasarkan soal selidik:

Penganalisa Data
Pengumpulan data telah dilakukan berdasarkan skor-skor yang diperolehi

daripada jawapan keseluruhan aspek. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan

data dengan peratusan sebagai penilaian statistik. Berikut adalah dapatan yang diperolehi

daripada data tersebut:-

i. Latar belakang responden

Latar Belakang Responden Bilangan Peratus (%)


Umur :
20 19 47.5
21 15 37.5
22 5 12.5
25 1 2.5
40 100.0
Jantina :
Lelaki 6 15.0
Perempuan 34 85.0
40 100.0
Penempatan :
Bandar 23 57.5
Luar Bandar 17 42.5
40 100.0

Jadual 1 : Latar Belakang Responden

Profil para responden dalam jadual ini terdiri daripada 40 orang pelajar iaitu 6

orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan. (47.5%) daripadanya berumur 20

tahun dan (37.5%) berumur 21 tahun. Manakala baki yang selebihnya adalah sebanyak

(12.5%) yang berumur 22 tahun dan (2.5%) yang berumur 25 tahun. Kebanyakan

responden terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 21 ke bawah. Dari segi

penempatan pula, sebanyak (57.5%) ataupun seramai 23 orang pelajar yang tinggal di

kawasan bandar. Dan yang selebihnya sebanyak (42.5%) atau 17 orang pelajar lagi

tinggal di kawasan luar bandar.


ii. Taraf sosio-ekonomi responden

Berikut pula adalah dapatan kajian mengenai taraf sosio-ekonomi para responden :

Tahap Sosio-ekonomi Responden Bilangan Peratus (%)


Pekerjaan Bapa :
Kerajaan 14 35.0
Pesara 7 17.5
Petani 4 10.0
Sendiri 11 27.5
Swasta 3 7.5
Tiada 1 2.5
40 100
Pekerjaan Ibu
Kerajaan 8 20.0
Petani 2 5.0
Sendiri 2 5.0
Suri rumah 28 70.0
40 100.0
Pendapatan (RM) :
500-1000 21 52.5
1001-2000 6 15
2001-3000 5 12.5
3001-4000 4 10.0
Lain-lain 4 10.0
40 100.0

Jadual 2 : Tahap Sosio-ekonomi Responden

Berdasarkan jadual di atas, pekerjaan bapa responden mencatat angka tertinggi

dalam bekerja dengan kerajaan iaitu sebanyak (35%) angka terendah pula adalah

sebanyak (2.5%) dalam bidang swasta. Manakala bagi pekerjaan ibu responden pula

angka tertinggi iaitu sebanyak (70%) mewakili suri rumah, dan angka terendah adalah

dalam bidang petani dan sendiri dengan masing-masing (5%). Dari segi pendapatan pula,

kebanyakan responden meletakkan sebanyak (52.5%) yang mewakili RM500-RM1000

perolehan sebulan.
Keseluruhannya responden adalah terdiri dari kalangan mereka yang taraf sosio-

ekonomi dipertengahan dan golongan yang sederhana berdasarkan data-data yang

diperolehi oleh penyelidik.

iii. Pendedahan responden terhadap ICT

Penyertaan Kursus ICT Sebelum KUSZA

38%

62%

Ya Tidak

Rajah 1: Menyertai kursus berkaitan teknologi maklumat sebelum memasuki KUSZA

Kepentingan teknologi maklumat dan kemahiran komputer telah lama disedari

oleh kebanyakan pelajar. Oleh itu, didapati sebahagian besar daipada responden (62.5%)

pernah mengikuti kursus kemahiran dan pendedahan komputer sebelum memasuki

KUSZA. Kemungkinan responden telah mendapat pendedahan awal melalui pihak

sekolah, ibu bapa atau rakan-rakan.

Jika pelajar telah mendapat pendedahan awal, ia mungkin membantu

pembelajaran mereka setelah memasuki KUSZA. Amat penting bagi seseorang pelajar

mendapat pendedahan awal mengenai ICT sebelum memasuki pengajian diperingkat

tinggi kerana kaedah pembelajaran di pusat pengajian tinggi amat berbeza berbanding di

peringkat sekolah.
Namun demikian, penyelidik mendapati bahawa sebanyak (30%) responden tidak

pernah mengikuti kursus sebelum mengikuti KUSZA dan boleh dikatakan responden

tidak mendapat pendedahan awal pada peringkat sekolah. Tetapi mungkin selepas

memasuki KUSZA baru mendapat pendedahan mengenai dunia ICT.

Penyertaan Kursus ICT Sepanjang Pengajian Di


KUSZA

10%

90%
Ya Tidak

Rajah 2: Menyertai kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat sepanjang


pengajian di KUSZA

Sepanjang menjalani kursus Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan, pelajar

telah didedahkan dengan kursus atau program yang berkaitan dengan teknologi maklumat

dan komunikasi berdasarkan (90%) bersamaan 36 orang responden mengakui pernah

mengikuti kursus tersebut.

Namun demikian, terdapat beberapa kecelaruan dalam maklumat yang diterima

daripada responden (4%) yang menyatakan bahawa tidak pernah menjalani atau

mengikuti mana-mana kursus berkaitan dengan teknologi maklumat sepanjang menjalani

pembelajaran di KUSZA.

Namun begitu, penyelidik mendapati bahawa setiap pelajar yang mengikuti

kursus Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan di KUSZA telah diwajibkan mengambil
satu kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu, kemungkinan

responden yang mengatakan tidak pernah mengikuti kursus ini semasa masih tidak

mengambil kursus tersebut semasa menjawab borang soal selidik yang diedarkan kepada

responden tersebut.

iv. Lokasi penggunaan kemudahan ICT

Kajian mendapati responden mempunyai citarasa yang berlainan dalam pemilihan lokasi

ketika menggunakan kemudahan ICT sepertimana yang terdapat dalam jadual berikut :

30 26
25
20
15
8
10
4
5 1 1
0
Makmal Komputer Kusza
Cyber-Café
Rumah
Hostel
lain-lain

Rajah 3 : Lokasi penggunaan kemudahan ICT

Secara keseluruhannya, pelajar selalu menggunakan kemudahan ICT di makmal

komputer KUSZA iaitu sebanyak (65%) atau 26 orang responden telah memilih lokasi

makmal komputer KUSZA sebagai tempat yang ideal ketika menggunakan kemudahan
ICT. Ini menunjukkan KUSZA telah menyediakan kemudahan ICT untuk para pelajar

demi membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.

Selebihnya telah memilih Cyber Cafe iaitu sebanyak 20%, di rumah sebanyak

10%, di hostel sebanyak 2.5% dan di lain-lain lokasi juga adalah sebanyak 2.5%. Lokasi

yang dipilih oleh kebanyakan responden berkemungkinan mengikut kemudahan dari segi

infrastruktur serta jarak yang berdekatan dengan asrama responden.

v. Pemilikan komputer

Pemilikan Komputer

48%

52%

Ya Tidak

Rajah 4 : Perbandingan pelajar yang memiliki dan tidak memiliki komputer.

Sebanyak (48%) menyatakan memiliki komputer dan yang selebihnya sebanyak

(52%) tidak memiliki komputer peribadi. Data ini menunjukkan perbezaan tahap

penggunaan ICT di kalangan pelajar yang mana pelajar yang memiliki komputer

berkemungkinan lebih terdedah kepada dunia ICT berbanding dengan pelajar yang tidak

memiliki komputer.

Kemungkinan pelajar yang tidak memiliki komputer sendiri adalah berlatar

belakangkan keadaan yang menyukarkan sama ada sebab taraf sosio-ekonomi ataupun
minat mereka sendiri. Pemilikan komputer sendiri sedikit sebanyak mempengaruhi

penguasaan responden terhadap penggunaan ICT.

Selain itu, pelajar yang memiliki komputer sendiri lebih mempunyai ruang masa

yang banyak dalam menggunakan komputer dan pastinya ilmu berkenaan komputer atau

bidang ICT yang berkaitan komputer akan lebih mudah dikuasai dan diperkembangkan

berbanding pelajar yang tidak memiliki komputer.

vi. Jenis dan perisisan komputer

Berikut adalah jadual yang berkaitan maklumat tentang jenis dan perisian yag terdapat

pada komputer yang dimiliki responden. Oleh yang demikian sebanyak (52.5%) atau

seramai 21 orang responden tidak terlibat dalam jadual di bawah :

Perkara Bilangan Peratus (%)

Tahap kelajuan pemproses komputer :


Intel Pentium II 5 12.5
Intel Pentium III 3 7.5
Intel Pentium IV 6 15.0
Intel Centrino 1 2.5
Lain-lain 4 10.0
Tiada Kategori 21 52.5
40 100.0

Sistem Operasi (OS) yang digunakan :


Windows 95 1 2.5
Windows 98 6 15.0
Windows ME 4 10.0
Windows XP 8 20.0
Tiada Kategori 21 52.5
40 100.0
Kelengkapan modem :
Ya 11 27.5
Tidak 7 17.5
Tiada Kategori 22 55.0
40 100.0

Jadual 3 : Jenis dan perisisan komputer yang digunakan oleh pelajar.

Intel Pentium II dan Windows XP masing-masing menjadi jenis pemprosesan

sistem operasi asas yang paling banyak digunakan oleh para responden dalam kategori

tahap kelajuan komputer dan Sistem Operasi (OS) setelah mencatat angka yang tinggi.

Namun begitu, ia juga berkemungkinan bermaksud responden tidak mementingkan

kelajuan komputer mereka kerana hanya sekadar Pentium II yang nyata tidak setanding

dengan Pentium IV dalam aplikasinya.

Penggunaan perkakasan modem juga satu cara pengaliran ICT kepada responden.

Modem adalah peralatan untuk menghubungkan manusia dengan dunia luar melalui

program internet. Oleh yang demikian, merujuk kepada jadual diatas, kebanyakan

responden mempunyai kelengkapan modem dalam komputer mereka iaitu sebanyak

(27.5%) bersamaan 11 orang responden.

Jelas disini menunjukkan bahawa perkembangan ICT boleh dilihat melalui jenis

dan perisian komputer yang digunakan oleh pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang

mempunyai kelengkapan komputer yang canggih menunjukkan bahawa pelajar tersebut

mempunyai cakna terhadap perkembangan ICT dalam pembelajaran mereka.

vii. Kekerapan penggunaan kemudahan ICT

Jadual di bawah menunjukkan kekerapan responden terhadap penggunaan kemudahan

ICT dalam seminggu :

Perkara Bilangan Peratus (%)


(Chit-Chat)
Tidak pernah 20 50.0
Kadang-Kadang 17 42.5
Selalu 3 7.5
40 100.0
(Web Pendidikan)
Tidak pernah 3 7.5
Kadang-Kadang 27 67.5
Selalu 10 25.0
40 100.0
(Web Arabic)
Tidak pernah 7 17.5
Kadang-Kadang 29 72.5
Selalu 4 10.0
40 100.0
(E-Mail)
Tidak pernah 11 27.5
Kadang-Kadang 23 57.5
Selalu 6 15.0
40 100.0
(Internet)
Tidak pernah 4 10.0
Kadang-Kadang 17 42.5
Selalu 19 47.5
40 100.0

Jadual 4 : Kekerapan penggunaan kemudahan ICT


Berikutan daripada data yang telah dikutip dari responden terhadap kekerapan

penggunaan kemudahan ICT dalam seminggu, penyelidik telah mendapati bahawa rata-

rata responden hanya kadang-kadang sahaja menggunakan kemudahan ICT ini dalam

seminggu. Berikutan itu juga terdapat juga responden yang tidak pernah menggunakan

kemudahan ICT ini iaitu sebanyak (10%) daripada keseluruhan responden.

Kemudahan yang paling kerap digunakan oleh responden adalah Internet (47.5%)

dan diikuti dengan pelayaran laman Web Pendidikan. Jelas disini menunjukkan bahawa

responden banyak mencari maklumat melalui Web Pendidikan. Namun begitu, penyelidik

mendapati bahawa responden kadang-kadang sahaja menggunakan laman Web Arabic ini
dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, ia menunjukkan bahawa responden jarang

mencari maklumat untuk mata pelajaran bahasa Arab melalui Web Arabic.

Angka paling kecil bagi kekerapan ‘Selalu’ adalah bagi penggunaan ‘Chit-Chat’

iaitu sebanyak (7.5%) sahaja manakala, angka terbesar adalah bagi penggunaan Internet

dengan angka (47.5%). Bagi kekerapan ‘Kadang-Kadang’ pula, angka terkecil adalah

bagi Internet dan ‘Chit-Chat’ dengan masing-masing sebanyak (42.5%) dan angka

terbesar pula adalah bagi Web Arabic dengan catatan sebanyak (72.5%). Yang terakhir

adalah kekerapan ‘Tidak Pernah’ di mana, kekerapan yang terendah adalah Web

Pendidikan dengan catatan angka (7.5%) dan yang tertinggi adalah ‘Chit-Chat’ sebanyak

(50%).

Justeru itu, penyelidik mendapati bahawa rata-rata pelajar kurang menggunakan

perkhidmatan ICT ini. Oleh yang demikian, para pelajar kurang mendedahkan diri

dengan dunia berteknologi dan boleh menjejaskan status sebagai bakal guru yang perlu

kepada pengetahuan teknologi untuk mendidik anak bangsa.

viii. Tujuan utama penggunaan perkhidmatan ICT

5% 13%

35%

37%

10%
E-mail Internet Bermain game Menyiapkan tugasan Lain-lain
Rajah 5 : Perkhidmatan utama penggunaan komputer

Jadual di atas menunjukkan pemilihan perkhidmatan yang diutamakan oleh

responden ketika menggunakan komputer. Sebanyak (37.5%) daripada responden yang

telah mengutamakan perkhidmatan internet, diikuti dengan menyiapkan tugasan, (35%).

Perkhidmatan yang lainnya adalah e-mail (5%), bermain game (4%), dan lain-lain

tugasan (2%).

Pelajar lebih menumpukan kepada penggunaan internet sahaja. Besar

kemungkinan pelajar hanya mengetahui perkhidmatan ICT adalah internet sahaja.

Padahal internet hanyalah salah satu daripada komponen ICT. Oleh yang demikian,

tujuan pelajar menggunakan ICT dalam pembelajaran adalah lebih tertumpu kepada

internet semata-mata dan jarang menggunakan kemudahan ICT yang lain.

ix. Tujuan penggunaan kemudahan internet


10%
5%

23% 57%

5%

Mencari bahan rujukan Bermain game


Mencari sesuatu maklumat terbaru Untuk hiburan
Lain-lain

Rajah 6 : Tujuan utama penggunaan Internet.

Daripada data yang dikumpulkan, penyelidik mendapati bahawa tujuan utama

penggunaan internet adalah mencari bahan rujukan untuk pembelajaran. Oleh yang

demikian, pelajar hanya menggunakan internet hanya untuk pembelajaran sahaja. Hanya

segelintir sahaja pelajar yang mencari sesuatu maklumat baru sama ada menambah

pengetahuan atau sekadar hiburan sahaja. Jelas disini para pelajar kurang meneroka

maklumat yang terdapat dalam kemudahan ICT ini.

Justeru itu, statistik menunjukkan tujuan utama ketika menggunakan Internet oleh

responden. Sebanyak (65.0%) daripada responden lebih menjurus dalam pencarian bahan

rujukan, diikuti dengan pencarian maklumat baru iaitu, sebanyak (27.5%), bermain game

sebanyak (5.0%), dan lain-lain tujuan sebanyak (2.5%).


x. Tujuan penggunaan e-mail

Tujuan Penggunaan Bilangan Peratus (%)

Menyebarkan maklumat 4 10.0


Berinteraksi dengan pensyarah 2 5.0
Berhubung dengan rakan-rakan 23 57.5
Mencari sumber subjek pembelajaran 5 12.5
Lain-lain 6 15.0
Jumlah 40 100.0

Jadual 5 : Tujuan utama penggunaan e-mail

E-mail merupakan salah satu perhubungan komunikasi ICT yang telah lama

wujud untuk kemudahan semua manusia. E-mail merupakan surat elektronik yang paling

pantas dihantar dan diterima oleh seseorang individu.

Oleh yang demikian itu, daripada dapatan kajian, sebahagian besar pelajar

menggunakan e-mail adalah untuk berhubung dengan rakan-rakan sahaja. Oleh itu,

pelajar tidak pernah berhubung dengan pensyarah dengan menggunakan e-mail.

Kemungkinan pelajar jarang berurusan dengan pensyarah masing-masing dan sekadar

berhubung dalam dewan kuliah sahaja.

Berikutan dari itu, data di atas menunjukkan statistik tujuan utama terhadap

penggunaan E-mail oleh responden. Sebanyak (57.5%) daripada responden lebih senang

dalam menggunakan khidmat e-mail untuk berhubung dengan rakan-rakan berbanding

dengan lain-lain penggunaan. Ini terbukti apabila penggunaan-penggunaan lainnya

mencatat angka yang sedikit iaitu, dalam menyebarkan maklumat hanya mencatat angka

sebanyak (10.0%), manakala bagi berinteraksi dengan pensyarah pula hanya (5.0%),
pencarian sumber bagi sesuatu subjek pula mencatat (12.5%) dan bagi lain-lain tujuan

sebanyak (12.5%).

Jadual seterusnya (11–15) menyatakan kesedaran responden terhadap isu yang

dibangkitkan berkenaan dengan bidang ICT dalam pembelajaran.

xi. Kesedaran terhadap kemahiran dalam penggunaan ICT

Kesedaran Bilangan Peratus (%)

Setuju 20 50
Tidak Pasti 19 47.5
Tidak Setuju 1 2.5

Jumlah 40 100

Jadual 6 : Mempunyai kemahiran yang secukupnya untuk menggunakan ICT secara


berkesan

Jadual di atas menyatakan sebanyak (72.5%) responden mengatakan tidak pasti

terhadap pernyataan bahawa mereka mempunyai kemahiran yang secukupnya untuk

menggunakan ICT secara berkesan. Ini membuktikan bahawa pengetahuan serta

penggunaan ICT di kalangan pelajar Bahasa Arab Dengan Pendidikan, semester (6),

KUSZA masih lagi di peringkat yang tidak memuaskan.

Para pelajar masih lagi terawang-awangan dalam mengaplikasikan kemudahan

ICT dengan tujuan yang betul disebabkan tidak pasti tahap kemahiran dalam diri

berkenaan penggunaan ICT. Ini dijelaskan lagi apabila hanya (15%) ataupun seramai 6

orang responden sahaja yang yakin dan bersetuju memiliki kemahiran yang secukupnya

tentang penggunaan ICT.


xii. Kesedaran terhadap pengetahuan asas ICT

Kesedaran Bilangan Peratus (%)

Setuju 23 57.5
Tidak Pasti 13 32.5
Tidak Setuju 4 10

Jumlah 40 100.0

Jadual 7 : Mengetahui pengetahuan asas dalam ICT dan ingin mempelajari


dengan lebih mendalam

Sebanyak 82.5% dari kalangan responden menyatakan bersetuju mengetahui

pengetahuan asas dan ingin mempelajari dengan lebih mendalam berkenaan bidang ICT.

Ini menunjukkan bahawa sepertimana perkaitan fakta yang ditunjukkan dalam jadual 11,

kebanyakan responden hanya memiliki pengetahuan asas dan menyatakan minat bagi

mendalami dengan lebih khusus berkenaan bidang ICT. Manakala selebihnya iaitu

sebanyak (17.5%) menyatakan tidak pasti. Selain itu, keseluruhannya mengetahui

pengetahuan asas ICT dan tidak ada seorang responden pun yang tidak bersetuju.

xiii. Kesedaran manafaat ICT terhadap pembelajaran Bahasa Arab

Kesedaran Bilangan Peratus (%)

Setuju 23 57.5
Tidak Pasti 16 40.0
Tidak Setuju 1 2.5

Jumlah 40 100.0

Jadual 8 : ICT memberi manfaat dalam pembelajaran Bahasa Arab

Kemudahan bagi penggunaan ICT boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran jika

digunakan dengan baik. Oleh disebabkan pelajar yang mengambil kursus Diploma

Bahasa Arab Dengan Pendidikan di KUSZA lebih banyak diterapkan dengan subjek yang

mengutamakan bahasa Arab, maka wajarlah pelajar-pelajar tersebut didedahkan pula

dengan penggunaan ICT bagi memberi manfaat dalam memajukan pembelajaran Bahasa

Arab mereka. Sebanyak (57.5%) menyatakan setuju bahawa ICT memberi manfaat dalam

pembelajaran Bahasa Arab, manakala sebanyak 40% menyatakan tidak pasti dan 2.5%

lagi menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

xiv. Kesedaran motivasi pelajar dengan penggunaan ICT

Kesedaran Bilangan Peratus (%)

Setuju 20 50
Tidak Pasti 19 47.5
Tidak Setuju 1 2.5

Jumlah 40 100

Jadual 9 : ICT mampu memotivasikan untuk belajar

Kaedah pembelajaran yang pelbagai akan lebih membantu pelajar dalam

memotivasikan diri dan lebih membuatkan pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif dan

inovatif dalam memajukan pembelajaran mereka. Penggunaan ICT adalah salah satu
cabang kemudahan dalam membantu meningkatkan prestasi pembelajaran selain

mengikut arus teknologi masa kini.

Sebanyak (50%) dari kalangan responden bersetuju dengan pernyataan bahawa

penggunaan ICT mampu memotivasikan pelajar untuk memajukan pembelajaran mereka.

Sebanyak (47.5%) dari responden pula menyatakan tidak pasti dan selebihnya iaitu,

sebanyak (2.5%) menyatakan tidak bersetuju. Fakta tersebut membuktikan bahawa

kebanyakan responden yakin bahawa pembelajaran mereka dapat dimajukan dengan

penggunaan kemudahan ICT.

xv. Kesedaran ICT dalam kaedah pembelajaran

Kesedaran Bilangan Peratus (%)

Setuju 23 57.5
Tidak Pasti 13 32.5
Tidak Setuju 4 10

Jumlah 40 100.0

Jadual 10 : Penggunaan ICT lebih berkesan berbanding pembelajaran tradisonal

Peredaran arus teknologi masa kini turut mengundang perubahan dalam bidang

pendidikan di mana teknik pengajaran dan pembelajaran telah berubah berbanding masa

dahulu. Kaedah pembelajaran secara tradisional tidak lagi berapa digunakan oleh para

pelajar sekarang, sebaliknya cara yang lebih efektif dan moden lebih banyak digunakan

seperti kemudahan ICT yang dilihat banyak memberi manfaat terhadap sistem

pembelajaran. Seramai 23 orang responden bersetuju bahawa penggunaan ICT dalam

pembelajaran lebih berkesan berbanding secara pembelajaran tradisional.


Namun demikian, masih terdapat yang kabur dengan penggunaan ICT dalam

pembelajaran. Pelajar ini kemungkinan masih lagi kabur cara pembelajaran moden dan

pembelajaran tradisional iaitu sebanyak (32.5%) tidak pasti dengan penyataan ini.

Manakala sebanyak (10%) atau seramai 4 orang responden yang tidak bersetuju dan ia

menunjukkan pelajar ini tidak sedar tentang penggunaan ICT dalam pembelajaran.

Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati bahawa para pelajar kurang

menggunakan kemudahan ICT dalam pembelajaran dan kurang kesedaran mengenai

penggunaan ICT. Pelajar masih lagi kabur mengenai konsep ICT dalam pembelajaran dan

tidak pernah untuk mengambil berat dalam perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi ini dalam pembelajaran harian mereka. Justeru itu, pelajar perlu meneroka

bidang teknologi ini untuk masa depan sebagai bakal pendidik.

BAB 5

PEBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Pendahuluan

Dalam menuju era Wawasan 2020, masyarakat di negara ini khususnya

masyarakat Melayu perlu meningkatkan taraf hidup mereka serta memajukan

kemampuan mereka dari segala aspek sama ada dari segi teknologi, ekonomi ataupun

sosial setaraf dengan bangsa-bangsa lain agar dipandang tinggi di mata dunia. Oleh yang

demikian, semua aspek tersebut akan hanya tercapai jika masyarakat kita mempunyai
ilmu yang secukupnya dan memiliki kemajuan dalam aspek pendidikan. Kemajuan

dalam bidang pendidikan masa kini selari dengan perkembangan pantas sistem teknologi

dan maklumat yang mana mula bertapak di negara dan mula bertumbuh dengan hebat bak

‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ada saja perkembangan dalam bidang tersebut yang

diperkenalkan kepada masyarakat, bermula dengan pengenalan sistem internet hinggalah

teknologi canggih telefon bimbit yang sudah mula diguna pakai oleh semua peringkat

umur bermula golongan kecil hingga dewasa mahupun golongan kebanyakan hinggalah

golongan berada. Semua lapisan masyarakat mula menerima kemajuan teknologi

tersebut dalam kehidupan mereka dan masing-masing tidak mahu ketinggalan serta saling

berlumba-lumba memiliki teknologi yang terbaru. Maka, selayaknya dalam bidang

pendidikan juga diberi penerapan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi agar dapat meningkatkan taraf ilmiah masyarakat kita.

Dalam membincangkan aspek teknologi maklumat dan komunikasi tersebut,

seharusnya jangan dibelakangkan soal pecahan teknologi tersebut dan cara bagaimana

mengaplikasikannya dalam bidang pendidikan serta impak yang akan dihadapi selaras

dengan penggunaannya. Jika dilihat secara realitinya, perkembangan sistem pendidikan

di negara ini bermula dari Institut Pengajian Rendah sehingga Institut Pengajian Tinggi,

semuanya mula menampakkan penerampilan dalam mengubah suasana pembelajaran

pelajarnya agar tampil sebagai pelajar berwawasan dan berinovatif dalam bidang

pendidikan.

Selain itu aspek pengajaran dalam bidang pendidikan juga tidak harus lari dari

perkembangan teknologi tersebut. Ini kerana, pengajaran yang efektif mengikut arus

zaman akan memberi impak yang baik terhadap pembelajaran pelajar. Jika kaedah
pengajaran masih lagi di peringkat tradisional dan tidak berkembang, maka hancurlahlah

harapan untuk melihat pembelajaran yang mengikut arus masa dan seterusnya, pelajar

yang menjadi pelapis masyarakat akan ketinggalan dan hanyut berbanding dengan bangsa

di negara-negara luar. Ini akan menyekat kemajuan pantas yang harus ditempuhi oleh

negara kita supaya setanding atau melebihi negara-negara yang memiliki kemajuan yang

besar di mata dunia.

Berdasarkan situasi di atas satu kajian telah dijalankan bagi mengetahui dan

mengenal pasti tahap kemajuan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang

terdapat pada pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Untuk itu, pelajar-

pelajar semester (6) yang mengikuti kursus Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan

telah dijadikan responden bagi menjawab semua persoalan yang berkaitan. Selain itu

responden yang dipilih juga adalah begitu ideal dan bertepatan dalam aspek pembelajaran

dan pengajaran memandangkan mereka adalah bakal guru yang akan mendidik anak

bangsa suatu hari nanti.

Perbincangan

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji tahap kesedaran penggunaan ICT di

kalangan pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester 6 di KUSZA di

samping aspek pengetahuan, tujuan dan kesannya dalam pembelajaran. Hasil dari kajian

yang telah dijalankan akan dibincangkan satu persatu berdasarkan objektif kajian

sebagaimana yang telah dicatat dalam bab 1 terdahulu. Perkara-perkara yang akan

dibincangkan adalah seperti berikut :-


i. Pengetahuan responden tentang ICT dan aplikasinya dalam proses pembelajaran.

‘Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon tidak berbuah’. Perumpamaan tersebut

adalah berkaitan tentang apa jua yang kita lakukan mestilah berbekalkan ilmu dan jikalau

ilmu penuh di dada tapi tidak diguna akan menjadi sia-sia. Dalam konteks pembelajaran,

kita seharusnya mempelbagaikan cara serta kaedah bagi memajukannya. Sebagai salah

satu alternatif, ICT mampu dimanfaat sepenuhnya untuk kebaikan dalam mempelbagai

skill dalam pembelajaran. Oleh itu, salah satu objektif yang ditekankan oleh penyelidik

terhadap resonden adalah mengetahui sejauh manakah pengetahuan responden dalam

bidang ICT serta bagaimanakah mereka dapat mengaplikasikan ICT dalam proses

pembelajaran.

Berdasarkan maklumat yang diterima oleh penyelidik, pengetahuan responden

masih lagi di peringkat asas dalam berkenaan ICT pada awalnya. Namun begitu,

responden kebanyakannya telah didedahkan dengan ilmu yang berkaitan dengan ICT

sebelum memasuki KUSZA dan ketika mengikuti program Diploma Bahasa Arab Dengan

Pendidikan di KUSZA. Ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan responden dalam

bidang tersebut.

Dalam penggunaan ICT bagi, dari aspek penggunaan komputer atau Internet

keseluruhannya, responden dilihat banyak tertumpu bagi tujuan pembelajaran iaitu,

sebagai tempat untuk mencari rujukan, dan bagi menyiapkan tugasan. Namun begitu,

bagi penggunaan e-mail pula, responden tidak menggunakan sepenuhnya perkhidmatan

tersebut sebagai pemangkin dalam menyebarkan sumber pembelajaran atau tempat

berkongsi ilmu pengetahuan. Namun begitu lain pula situasinya bagi kekerapan

responden yang menunjukkan keseluruhannya bahawa mereka hanya kadang-kadang


melayari laman web berkaitan dengan pendidikan. Walaupun mereka bertumpu dengan

tujuan bagi hal yang berkaitan dengan pembelajaran tetapi, ia terbatas dengan

penggunaan minima yang ditunjukkan.

Dapat dinyatakan di sini bahawa responden masih lagi dalam tahap minima dalam

mengaplikasikan kemudahan ICT dalam memajukan aspek pembelajaran mereka.

Keadaan sebegini tercetus berkemungkinan kebanyakan responden masih lagi kaku

dalam penerokaan terhadap ICT. Kekurangan terhadap pengetahuan dalam bidang ICT

boleh menjejaskan masa depan responden yang mana perubahan teknologi akan

mengikuti masa. Sebagai bakal pendidik, responden perlu menguasai bidang ICT

secukupnya sebagai pelengkap diri ke arah era globalisasi untuk mendidik anak bangsa.

ii. Tahap kepenggunaan ICT responden tidak bersesuaian dengan tahap pendidikan

mereka.

Tahap penerimaan dan kepenggunaan terhadap sesuatu perkara akan berubah dan

berlainan bergantung kepada faktor usia dan perkembangan minda penggunanya. Begitu

jua dalam kepenggunaan terhadap ICT di mana bagi penggunanya yang sudah di

peringkat dewasa sepatutnya berjaya mengaplikasikannya dengan lebih hebat berbanding

penggunanya yang lebih muda berbanding mereka.

Dalam kajian yang telah dijalankan, penyelidik mendapati bahawa tahap

kepenggunaan ICT responden amat lemah serta tidak bersesesuaian dengan taraf
pendidikan mereka sebagai pelajar diploma. Tambahan lagi, mereka bakal bergelar guru

dan akan menamatkan pengajian mereka dalam kursus perguruan. Setelah itu, mereka

akan diletakkan segunung harapan bagi mendidik anak bangsa dalam mengharungi dunia

pendidikan dengan kaedah pengajaran yang terkini. Namun begitu, sikap tidak

mengambil cakna dalam kepenggunaan ICT akan melemahkan tahap pengajaran mereka

dan bersalahan dengan saranan yang menekankan penggunaan ICT dalam sistem

pendidikan.

Selain itu, akibat dari kelemahan pelajar terhadap kepenggunaan ICT akan

menjejaskan nama baik institut yang akan dianggap melahirkan bakal guru yang lemah

serta mundur dalam teknik pengajaran terkini. Apa yang harus ditekankan di sini adalah

apakah faktor-faktor yang menyebabkan para responden gagal dalam mengaplikasikan

ICT agar dapat digunakan bagi membantu pembelajaran selanjutnya membantu

meningkatkan ‘skill’ pengajaran yang dipelajari mereka sepanjang menjalani kursus di

KUSZA.

iii. Penggunaan ICT boleh meningkatkan prestasi pembelajaran responden

Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya bijak dalam mempelbagaikan

‘skill’ dan teknik dalam meningkatkan mutu pelajaran. ICT merupakan salah satu cabang

teknik dalam memajukan pembelajaran seseorang. Oleh itu dalam bab ini, seharusnya

tidak dipinggirkan tentang kesan disebalik penggunaan ICT dalam pembelajaran.

Sepertimana maklumat yang diperolehi berdasarkan fakta yang diberi oleh

responden, penyelidik mendapati keseluruhan responden menyatakan bahawa


penggunaan ICT dapat meningkatkan ‘skill’ serta memberikan manfaat dalam

pembelajaran mereka. Ini menunjukkan penggunaan ICT masa kini amat penting dalam

memberikan kemudahan bagi pelajar untuk memajukan pembelajaran mereka selain

menjadikan sistem dan teknik pembelajaran bertambah efektif dan kreatif.

Rumusan

Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berkembang di

negara kita sejak sekian lama. Malah kewujudannya dalam semua aspek dan sektor dalam

membangunkan negara ini memang tidak diragui lagi. Kepentingannya mula dirasai oleh

segenap lapisan masyarakat. Adapun, terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita

telah menyalahgunakan kemudahan yang ada dengan melakukan aktiviti yang tidak

berfaedah, dan ada pula yang hanya menggunakan ICT dengan satu tujuan sahaja tanpa

mengetahui pengaplikasiannya yang boleh didapati dalam aspek lain. Malah lebih

menyedihkan, terdapat segelintir golongan yang langsung tidak menyedari kepentingan

ICT tambahan lagi tiada inisiatif yang diambil untuk mengetahui tentang bidang ICT.

Berdasarkan penyelidikan yang telah dibuat, penyelidik dapat membuat rumusan

berkenaan tahap kesedaran terhadap kepenggunaan ICT dalam pembelajaran di kalangan

pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester 6 di KUSZA. Tahap

kesedaran terhadap kepenggunaan ICT di kalangan kebanyakan responden masih lagi di

peringkat rendah dan mereka masih lagi di peringkat amatur dalam mengaplikasikan

kemudahan terhadap penggunaan ICT bagi membantu mereka dalam pembelajaran.


Cadangan

Susulan isu yang timbul berdasarkan keseluruhan kajian yang telah dibuat

berkenaan tentang tahap kesedaran responden terhadap kepenggunaan ICT dalam

pembelajaran mereka, penyelidik telah menggariskan beberapa langkah serta cadangan

bagi memantap serta memperkukuh lagi tahap penggunaan ICT bagi pihak responden

agar mereka menyedari kepentingannya dalam pembelajaran mereka. Antara cadangan-

cadangannya ialah:-

Cadangan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)

i. Memupuk tabiat penerokaan dalam dunia ICT

Sebagai seorang penuntut di pusat pengajian tinggi, seseorang pelajar haruslah

mempunyai tahap pengetahuan ICT yang setaraf dengan tahap pendidikan mereka.

Tambahan lagi mereka adalah hasil pengeluaran daripada sebuah pusat pengajian yang

terkenal dalam Malaysia, tidak wajarlah jika mereka ini tidak tahu sesuatu pun mengenai

ICT kerana ia boleh dianggap ketinggalan dalam mengejar dunia berteknologi.

Oleh itu, cara yang terbaik untuk membuka fikiran dan pengetahuan mereka

adalah dengan memupuk tabiat penerokaan mengenai dunia ICT. Seperti mana yang kita

ketahui bahawa ruang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sangat luas dan

dianggap ruang perhubungan tanpa sempadan. Oleh kerana ruang yang tersedia wujud ini

sangat luas, maka ia perlu diterokai untuk mengetahui perkembangan terbaru yang

muncul dalam dunia ICT.

Dengan penerokaan ini, para pelajar dapat menambah dan mengaplikasikan

pengetahuan ICT yang semakin berkembang tanpa batasan. Penerokaan ini akan
membantu pelajar untuk memperkembangkan pemikiran yang telus dan

mengaplikasikannya dalam kehidupan selepas tamat pengajian masing-masing.

Pelajar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi atau

ICT ini akan memudahkan mereka untuk mensesuaikan diri dengan dunia luar apabila

mereka mempuyai bidang kerjaya masing-masing. Oleh itu, dengan pengetahuan yang

mencukupi para pelajar ini tidak mempunyai sebarang masalah dan halangan dalam

penggunaan kemudahan ICT dalam dunia kerjayanya.

Oleh yang demikian itu, cara penerokaan adalah terserah kepada para pelajar

sendiri sama ada melalui pembacaan, penggunaan kemudahan ICT seperti internet, e-

mail, penggunaan alat komunikasi yang terkini dan lain-lain. Justeru itu, pelajar haruslah

mengambil cakna terhadap sesuatu maklumat terbaru dalam dunia ICT agar

membolehkan pengetahuan dalam bidang ini sentiasa berkembang mengikuti arus

perdana.

ii. Menggunakan kemudahan ICT setiap masa dan tempat

Kemudahan adalah pembuka ruang kepada pengaplikasian ICT yang telah

disediakan untuk kemudahan pelajar disamping pelajar sendiri yang menyediakan

kemudahan tersebut untuk penggunaan peribadi atau lain-lain. Apa yang dicadangkan

disini adalah supaya para pelajar sentiasa menggunakan kemudahan ini tidak mengira

waktu dan tempat.

Kemudahan ICT sangat banyak dan kepenggunaanya boleh merangkumi setiap

aspek dalam pembelajaran seperti mencari bahan rujukan, meyiapkan tugasan,

berinteraksi dengan rakan-rakan atau pensyarah dan lain-lain. Penggunaan ICT adalah

untuk memudahkan pelajar dalam pengurusan diri, masa, belajar dan lain-lain.
Oleh itu, pelajar yang kurang menggunakan ICT boleh dikatakan kurang bijak

dalam pengurusan masa dan pembelajaran. Sebagai contoh, dalam mencari sesuatu bahan

rujukan, pelajar yang menggunakan internet lebih cepat mendapat bahan rujukan

berbanding pelajar yang mencari rujukan dengan memilih sebuah demi sebuah buku di

perpustakaan.

Justeru itu, dengan menggunakan kemudahan ini pelajar boleh menjimatkan

masa serta mendapat lebih banyak maklumat yang ada dalam dunia ICT tanpa wujud

sebarang batasan. Tambahan lagi, kemudahan yang ini semakin berkembang

kewujudannya dan boleh didapati di merata-rata tempat.

Berikutan daripada itu, pelajar harus membuka mata dan fikiran seluas-luasnya

dalam pengaplikasian ICT agar sentiasa memenuhi ruang pegetahuan ICT yang ada serta

menjadikan pelajar mahir dalam penggunaan ICT dalam semua aspek kehidupan. Ia

bertujuan supaya pelajar dapat membina konsep kendiri dalam menguasai bidang ICT

untuk pembelajaran. Kepenggunaan kemudahan ICT ini haruslah diaplikasikan oleh

pelajar tanpa ada sifat takut dan malu agar perkembangan selari dengan tahap

pembelajaran pelajar.

iii. Peka terhadap kewujudan dan perkembangan maklumat dalam dunia ICT

Penyebaran maklumat di seluruh dunia sentiasa berubah-ubah mengikuti arus

teknologi. Pelajar haruslah peka terhadap dengan penyebaran dan perkembangan


maklumat ini untuk menjatikan diri dengan pengetahuan yang baru. Perkara ini dapat

menambahkan pengetahuan dan mendekatkan diri pelajar dengan dunia ICT.

Jika perkara tersebut dapat dipupuk, konsep kendiri pelajar akan terbina dalam

diri mereka tanpa ada bantuan hanya sekadar sokongan. Begitu juga dengan pemikiran,

ia membantu pemikiran pelajar menjadi sensitif dan kreatif terhadap penyebaran

maklumat yang baru sekaligus membentuk sikap kecaknaan dalam pembelajaran.

Pelajar yang mempunyai kepekaan yang tinggi dalam sebaran maklumat

berteknologi juga mampu membina minda yang informatis dan kritis serta mencapai

matlamat sebuah negara yang berubah ke arah kemajuan berteknologi. Pencaknaan

dalam ruang komunikasi juga membantu pelajar merapatkan jurang perhubungan

dengan dunia luar tanpa ada halangan.

Justeru itu, pelajar haruslah mencaknakan diri dalam sebaran maklumat dan

komunikasi digital setiap masa agar sentiasa berkembang dari segi minda dan

pemikiran yang intelek dan informen untuk mencapai objektif sebagai seorang insan

yang kamil. Mengikuti arus perkembangan maklumat sangat penting untuk membantu

pelajar dalam pengurusan pembelajaran agar menjadi pelajar yang berjaya dan

berkebolehan dalam semua aspek kehidupan untuk mencapai Wawasan 2020.

Cadangan kepada pihak pensyarah

Bagi membantu pelajar supaya lebih banyak menggunakan khidmat ICT dalam

pembelajaran mereka, para pensyarah juga memainkan peranan yang penting. Antara

langkah yang boleh disarankan kepada pihak pensyarah adalah seperti :-


i. Memberikan tugasan yang menggunakan kemudahan ICT

Para pensyarah seharusnya lebih banyak memberikan tugasan yang menjurus

kepada penggunaan ICT seperti memerlukan pencarian bahan dalam Internet,

penghantaran kerja khusus melalui E-mail dan sebagainya.

ii. Menekankan teknik pengajaran yang berdasarkan kemudahan ICT

Selain memberikan tugasan yang berkaitan dengan kemudahan ICT, pensyarah

juga perlu meningkat mutu pengajaran mereka terhadap pelajar, seperti menggunakan

kemudahan ‘Microsoft Power Point’ atau perisian yang berlatarkan ICT dalam kuliah

mereka.

Cadangan kepada pihak pentadbir KUSZA

Untuk pihak pentadbir kolej pula, penyelidik menyarankan agar memberikan

perkhidmatan yang lebih efektif dan berpatutan kepada pelajar dalam bidang ICT.

Khidmat yang disediakan dalam makmal komputer dilihat masih belum mencukupi

kepada pelajar. Ini kerana penggunaan komputer dan Internet di makmal tersebut telah

dimonopoli oleh golongan pelajar yang mengambil program IT. Manakala pelajar-pelajar

lain pula terus terhimpit dan terpaksa menunggu sehingga mendapat masa yang sesuai. Di

tempat kediaman pelajar pula, pihak pentadbir harus menyediakan perkhidmatan ICT

dengan selengkapnya seperti menyediakan kemudahan teknologi jalur lebar dan

sebagainya.

Penutup
Secara keseluruhannya, pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan pelajar

masih lagi ditahap yang rendah dan boleh dikatakan pelajar langsung tidak sedar

kewujudan ICT yang boleh membantu pembelajaran mereka. Kurangnya penggunaan

ICT dalam pembelajaran boleh menyebabkan pelajar ketinggalan dalam dunia ICT dan

berupaya menjejaskan profil diri sebagai seorang bakal pendidik.

Tahap kemampuan dan pengaplikasian ICT juga masih ditahap yang rendah.

Kurangnya penggunaan kemudahan ICT dalam pembelajaran boleh membataskan pelajar

kepada persediaan kognitif pelajar untuk menerima perubahan yang drastik dalam dunia

ICT. Cabaran pada masa sekarang ini sangat kuat sehinggakan manusia berlumba-lumba

dalam memperkembangkan dan menambah pengetahuan ICT dengan

mengaplikasikannya sama ada dalam bentuk penggunaan atau penerokaan maklumat

yang baru.

Selain itu, ketidakwujudan kesedaran terhadap penggunaan ICT dalam

pembelajaran juga boleh membantutkan perhubungan dan kestabilan dalam

pembelajaran. Pelajar yang masih lagi tidak faham mengenai konsep ICT yang

sebenarnya. Perkara ini boleh menyebabkan pelajar ketinggalan dalam dunia siber ini.

Tambahan lagi ia boleh menjejaskan profesyen sebagai pendidik yang mana kita perlu

sedari bahawa untuk mendidik anak bangsa haruslah mepunyai pengetahuan yang

secukupnya dalam pelbagai aspek termasuklah aspek teknologi maklumat.


RUJUKAN

Ahmad Basri Hasyim (1999), Pendidikan Dalam Internet, Utusan Publications &
Distributors Snd Bhd, Kuala Lumpur.

Blurton, C., New Directions Of ICT-Use In Education, (Online) (Cited On 6 July 2004),
Available From : <http://www.unesco.org/education/educprog/lwf/dl/edict.pdf>.

Ding Chong Ming (1997), Kerajaan Elektronik Dalam Persekitaran Internet, Dewan
Budaya, Mei 1997, Kuala Lumpur.

Fatimah Mohd Arshad (1997), Pendidikan On-Line Melalui Komunikasi Berantarakan


Komputer (KBK), Dewan Masyarakat, Mei 1997.

Hizammnudin Awang (1997), Kaedah Pembelajaran Aktif Dengan Teknologi


Maklumat, Dewan Kosmik, Ogos 1997, Mimos Berhad.

Hj Hasan Hj Hamzah (1997), Kamus Ensklopedia Jilid1&2, Anzgain Snd Bhd, Shah
Alam, Selangor.

Mahathir Mohammad (2003), Bajet 2004: Penggalak Pertumbuhan ICT Dan Teknologi Tinggi,
http://www.bajet 2004.blogspot.com/2003_09_01_bajet2004_archive.html

Micheal Yoon Poh (2004), ICT Dan Peranannya Dalam Sistem Pendidikan Di
Malaysia, http:www.malaysia.net/people/rkho/kertas_sem.htm

Mohd Khalit Othman, Siti Asiah Ishak (2003), Pendekatan Konsep Multimedia Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran: Sorotan Kajian Ke Atas Pendidikan
Tulisan Jawi Prasekolah, Jurnal Yadim, April 2003, Bil.4, Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur.
Mohamad bin Ibrahim (2004), ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Halatuju
dan Cabaran, http:www.malaysia.net/people/rkho/kertas_sem.htm.

Munir, Halimah Badioze Zaman (2000), Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan,


Jurnal Pemikir, Januari-Mac 2000, Bil.19, Utusan Melayu Berhad, Kuala
Lumpur.

Paul H. J. Hendriks (2001), Many Rivers To Cross: From Ict To Knowledge


Management System. Journal Of Information Technology.

Sallehudin Salim (1997), Pendidikan Dalam Teknologi Maklumat, Dewan Masyarakat,


April1997.

Sarah Aziz, Abdul Ghani Aziz (2002), The Communications And Multimedia Act 1998;
Of Challenges And Possible Remedies. Kertas Kerja Seminar Technology In
Development. Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://www.smpke.jpm.my/NewsMPKE/mainSMPKE.htm

Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian


Pendidikan Malaysia (2004), Penggunaan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. (Jaringan
Pendidikan: http://www.kdp.ppk.kpm.my 2004)

Yusup Hashim (1998), Teknologi Pengajaran. Siri Pendidikan Fajar Bakti Snd Bhd,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Zoraini Wati Abas (1993), Komputer Dalam Pendidikan, Penerbit Fajar Bakti Snd
Bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Zoraini Wati Abas (1996), Pilih Perisian Berpendidikan, Utusan Malaysia 12 Ogos
1996.

You might also like