P. 1
matematik sekolah rendah rujuk.pdf

matematik sekolah rendah rujuk.pdf

|Views: 32|Likes:
Published by Dara Moore
matematik sekolah rendah
matematik sekolah rendah

More info:

Published by: Dara Moore on Oct 29, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/17/2015

pdf

text

original

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 17 _______________________________________________________________________________

UNIT 2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat:

1. 2. 3.

menerangkan perkembangan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR. menghuraikan latar belakang berkaitan KBSR dan KSSR. membanding beza antara KLSR, KBSR dan KSSR.

PETA KONSEP TAJUK

Kurikulum Sekolah Rendah

KLSR

KBSR

Perbandingan

Latar Belakang

KSSR

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 18 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan di negara ini. dikenal sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Bolehkah anda bayangkan bagaimana keadaannya jika perkembangan daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR tidak berlaku. KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem persekolahan adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982. Setelah negara mencapai kemerdekaan. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1982. kurikulum sekolah rendah yang sebelumnya. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN (mulai 1996 dikenal FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi. ISI KANDUNGAN Bagaimanakah kurikulum sekolah rendah berkembang daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR? Sebagai yang telah dimaklumi bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di negara ini telah mengalami perkembangan daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) seterusnya kepada Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan kini kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). . KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21. KBSR selepas itu ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Dari semasa ke semasa beberapa jawatankuasa dibentuk bagi mengkaji seterusnya memberi cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem pendidikan negara.

Pemulihan diberikan kepada murid yang lemah. isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid. Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan percubaan sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Setelah masa berlalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah perlu kepada semakan bagi mengenal pasti kerelevanannya merentas masa. KLSR tidak memberi pendidikan asas. Keperluan kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat kelemahan dalam KLSR. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. 1979). memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya. menulis dan mengira. menulis dan mengira (3M). . Sebaliknya lebih bersifat akademik. berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat. KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca. Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh murid-murid. Sehubungan itu Perakuan 2a. Pemulihan khas juga diberi kepada murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya. Perkara ini seterusnya menjadi sebahagian daripada faktor yang membawa kepada keciciran murid. “Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca. Terdapat murid yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula. Sehubungan itu penglibatan murid adalah secara aktif. manakala pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. membina persefahaman dalam pergaulan. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 19 _______________________________________________________________________________ Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet. KBSR pada asasnya berpegang kepada konsep bahawa murid-murid perlu memperoleh ilmu pengetahuan. Kajian-kajian yang dilakukan pada masa itu mendapati sebilangan besar murid di negara ini masih belum menguasai kemahiran asas 3M walaupun mereka telah tamat persekolahan peringkat rendah. Kurikulum ini perlu disemak semula untuk. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet. ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung.” Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan.

Daripada jumlah tersebut.A. pedagogi. Kesepaduan juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek. rohani. sosial dan lain-lain yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dalam abad ke-21. Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan. perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Sehubungan itu. 50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran. dilakukan penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahirankemahiran. Perkembangan potensi intelek. Pekeliling Ikhtisas Bil. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM. pembentukan warga yang menguasai ilmu. kandungan. Selain itu. dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di peringkat awalnya. Ucapan dasar Y. selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 20 _______________________________________________________________________________ meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan. peruntukan masa. organisasi. 2010). kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan.B. dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. penghasilan pelajar celik minda. sebaliknya perlu berlaku secara harmonis. emosi dan jasmani. Lanjutan daripada itu pada 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diganti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang tertulis pada 1988. Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Kesannya ialah kepada globalisasi. Unsur-unsur pengetahuan. Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk. menyeluruh dan sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta . kaedah pentaksiran. Sehubungan itu mulai 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. kesepaduan merangkumi aspek antara teori dan praktik. dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu pengetahuan. emosi dan jasmani tidak boleh berlaku secara berasingan. rohani. bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. kemahiran dan maklumat. dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar di luar bilik darjah. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010. seiring dengan ekonomi. iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009. Nilai-nilai juga secara sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan unsur-unsur KBKK.

Kaedah mengajar. AKTIVITI 2. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ Apakah latar belakang KBSR dan KSSR? Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penegasan adalah kepada kemahiran asas termasuk kemahiran membaca. bahan pembelajaran dan susun atur kerusi meja dipelbagaikan mengikut latar belakang murid dan mata pelajaran yang diajar. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 2.1 Jelaskan rasional mengapa perubahan berikut berlaku: 1. Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 21 _______________________________________________________________________________ semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran. __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________________________________________________ 3. Selain melahirkan generasi ulul-albab. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah. menulis dan mengira (3M). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kepada KSSR. Penilaian bentuk formatif seperti ujian diagnostik dan .

PENDEKATAN BERSEPADU PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH PRINSIP KBSR PENDIDIKAN YANG SAMA UNTUK SEMUA MURID PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP Rajah 2. bidang Manusia dan Alam Kelilingnya. murid yang cerdas diberi pengayaan.1 menunjukkan secara grafiknya prinsip KBSR. manakala murid yang lemah diberi pemulihan. bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan minat. Susulan daripada itu.1 Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum. pendekatan bersepadu. KBSR direka bentuk berasaskan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010) . Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. dan pendidikan seumur hidup. iaitu bidang komunikasi. bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu. pendidikan yang sama untuk semua murid. “Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan muridmurid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 22 _______________________________________________________________________________ ujian pencapaian sering digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid. Rajah 2.” Prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. dan bidang Perkembangan Diri Individu sebagai yang dicadang dalam Perakuan 57 (a).

meyeluruh dan bersepadu. Rohani. konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. kesepaduan dalam bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 23 _______________________________________________________________________________ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan.‟ Dalam konteks kesepaduan KBSR. yang mana perkara ini lebih baik daripada melihatnya secara cebis-cebisan atau terasing antara satu dengan yang lain selaras dengan apa yang dikata sebagai „the whole is greater than the sum of the parts. Walau bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh. Sehubungan itu. unsur-unsur pengetahuan. pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang. pendidikan yang sama untuk semua murid. Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu. Penekanan Kepada Nilai Murni Kesepaduan Unsur Intelek. rohani. Rajah 2. Emosi dan Jasmani Pendidikan Untuk Semua Kesepaduan Dalam KBSR Penggunaan Pengetahuan dan Kemahiran Sedia Ada Pendidikan Sepanjang Hayat Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris serta bahasa pengantar yang lain. kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek. pendekatan bersepadu. dan pendidikan seumur hidup masih kekal sebagai prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. gambaran tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara keseluruhan. Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu. emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid.2 Kesepaduan Dalam KBSR . Melalui konsep kesepaduan.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 24 _______________________________________________________________________________ Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari segi reka bentuk. peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. Bahagian Pembangunan Kurikulum. pendekatan bersepadu. pembelajaran luar bilik darjah. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.1 sebagai prinsipnya. Pada masa yang sama. dan Keterampilan Diri. Kerohanian. pendidikan yang sama untuk semua murid. pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Sikap dan Nilai. pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan. . KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni. bermakna dan berkesan. Dari segi reka bentuk. sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Perkembangan Fizikal dan Estetika. penegasan kurikulum.1 Definisi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSSR (Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum. Sains dan Teknologi. KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi. KPM (2011). dan pendidikan seumur hidup sebagai yang terdapat dalam Rajah 2. KPM. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. melakukan inkuiri penemuan. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. mengembangkan daya kreativiti. Kemanusiaan. kemahiran dan nilai. Belajar sambil bermain. KSSR juga mementingkan standard. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. 2011) Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. Jadual 2. pembelajaran koperatif. organisasi pedagogi. Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 25 _______________________________________________________________________________ Gambar Hiasan: (Salah satu dokumen berkaitan KSSR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia) .

proses pengajaran dan pembelajaran. dan penilaian.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 26 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 2. ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- INSAN SEIMBANG ----------------------------- ----------------------------- ----------------------------- Apakah persamaan atau perbezaan antara KLSR.2 Lengkapkan rajah berikut berkaitan enam tunjang dalam KSSR. fokus kurikulum. bahan kurikulum. organisasi kurikulum. Daripada aspek reka bentuk kurikulum. pelaksanaan KBSR adalah melibatkan . KBSR dan KSSR? Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan. Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum.

mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. penilaian bentuk formatif banyak dilakukan. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk memperkembangkan secara harmonis potensi intelek. Dalam KBSR. fokus kepada 3M terus berlangsung. Teras Tema dan Elektif. menjadikannya 4M. Manusia dan Alam Kelilingnya. Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR. Sikap dan Nilai. iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan pembelajaran secara modular. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Di Tahap 1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras. selain penilaian bentuk sumatif. Sains dan Teknologi. Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. dan Keterampilan Diri. Jadual 2. Selain akademik KBSR dan KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah selaras dengan FPK. selain bahan-bahan daripada buku teks. Murid-murid dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. Kerohanian. emosi dan jasmani. Jadual 2. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan. rohani. rohani. KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam KBSR.3 pula menunjukkan perbandingan antara KBSR dengan KSSR. Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam menjalani proses pembelajaran mereka. Kemanusiaan. Pembangunan diri pelajar secara seimbang. Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang terdapat dalam buku teks.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 27 _______________________________________________________________________________ tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi. Dalam KBSR. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan kokurikulum sahaja. KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan. Organisasi kurikulum dalam KSSR pula memberi tumpuan kepada Teras Asas. bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi. menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi intelek. . Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan. Perkembangan Fizikal dan Estetika. dan Perkembangan Diri Individu. iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun). Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul.2 menunjukkan perbandingan antara KLSR dengan KBSR dan KSSR.

Tiada program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaankepada yang cerdas.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 28 _______________________________________________________________________________ Jadual 2. Penggunaan bahan dan alat bantu mengajar yang lebih berkesan. perkembangan diri individu. dan manusia dan alam kelilingnya. Hanya bergantung kepada penggunaan buku teks. Penilaian formatif juga digunakan bagi menilai perkembangan dan kemajuan murid. menulis dan mengira). Program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaan kepada yang cerdas berasaskan keputusan ujian diagnosis. umur dan kebolehan muridmurid. Proses pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran selaras dengan secara formal minat. KBSR Penekanan kepada kemahiran asas 3M (membaca.2 Perbandingan Antara KLSR Dengan KBSR KLSR Kurikulum bersifat umum dan lebih kepada hafalan. Penilaian berbentuk sumatif dijalankan untuk mengukur pencapaian murid-murid. Tiada pertimbangan perbezaan individu murid. Pengajaran dengan penglibatan murid secara aktif (berpusatkan murid). Mata pelajaran yang membebankan murid dengan bidang yang kurang jelas. . Tiga bidang utama diberi penekanan dengan jelas iaitu komunikasi. Silibus yang statik dan perlu diselesaikan untuk peperiksaan. Perkembangan pelajaran mengikut kebolehan murid-murid. Pengajaran dalam bentuk kumpulan dan individu digunakan Pengajaran yang tidak melibatkan penyertaan aktif murid (berpusatkan guru). Pengajaran untuk seluruh kelas dan ala kuliah digunakan. Gabung jalin kemahiran dan penyerapan isi daripada mata pelajaran lain.

Perkembangan Diri Individu • Berasaskan 6 Tunjang: . Sikap & Nilai .3 Perbandingan Antara KBSR Dengan KSSR KBSR REKA BENTUK KURIKULUM KSSR • Berasaskan 3 Bidang: . mengira dan menaakul .Sains dan Teknologi .Mata pelajaran Teras & Elektif Elemen Kreativiti dan Inovasi. Wajib & Tambahan • Tahap 1 . Wajib & Tambahan KEMAHIRAN BERFIKIR Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif • Tahap 2 .Mata pelajaran Teras.Keterampilan Diri Linear • Modular Dokumen Standard Kandungan (DSK) Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) ORGANISASI KURIKULUM • Tahap 1 .Kemanusiaan . menulis dan mengira • 4M .Modul Teras Asas.Komunikasi .Kerohanian.Mata pelajaran Teras.Membaca.Membaca.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 29 _______________________________________________________________________________ Jadual 2. Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & ICT secara eksplisit FOKUS • 3M .Perkembangan Fizikal dan Estetika • BAHAN KURIKULUM .Manusia dan Alam Kelilingnya .Komunikasi . menulis. Modul Teras Tema & Modul Elektif • Tahap 2 .

pendidikan yang sama untuk semua murid. standard pembelajaran dan sebagainya. kemahiran dan nilai. KLSR. perkembangan fizikal dan estetika. Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. dan pendidikan seumur hidup. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan modal insan dan pembentukan warga yang menguasai ilmu. kemanusiaan. pendekatan bersepadu. ada empat prinsip iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. dan melahirkan insan ulul al-bab. emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran.kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 30 _______________________________________________________________________________ RUMUSAN Dalam unit ini telah dijelaskan tentang perubahan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek. KATA KUNCI Kurikulum bersepadu . KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibandingbezakan antara satu dengan yang lain. Perubahan berlaku atas rasional-rasional atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi. rohani. sains dan teknologi. sikap dan nilai. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. dan keterampilan diri Kurikulum standard Prinsip KSSR - Standard Kandungan - Standard Pembelajaran - Tunjang KSSR - . kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan. kerohanian. kemahiran dan maklumat.

Manakah perbezaan antara KBSR dengan KLSR berikut yang benar? A. Sukatan pelajaran sekolah vernakular yang beorientasikan penjajah masih diguna pakai. D. .KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 31 _______________________________________________________________________________ PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. B. III. Tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hubungan yang harmonis antara guru dengan murid. KLSR Guru bersifat autokratik dalam pengajarannya. Dalam tahun 1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diterbitkan. III dan IV sahaja 3. Penekanan kepada pengetahuan. A. Penekanan kepada kemahiran 3M. Berpusatkan guru dan bahan pembelajaran. I dan III sahaja II dan IV sahaja I. disiplin kemahiran 3M pencapaian akademik pembangunan sahsiah 2. II. B. Pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan. D. D. B. Antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran yang berikutnya tiada kesinambungan. C. Berpusatkan murid untuk perkembangan mereka. Guru bertindak sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. IV. KBSR Murid lebih aktif dalam proses pembelajaran. 1. C. C. Berdasarkan laporan tersebut pendidikan sekolah rendah perlu memberi penegasan kepada ________________ A. Manakah antara berikut menunjukkan terdapatnya kekurangan dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)? I. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengganti Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). III dan IV sahaja II.

menulis. Kuala Lumpur: KPM. Manakah antara berikut benar perbandingan antara KBSR dengan KSSR? A. Asas KBSR I. menulis dan mengira. dan tambahan. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). I dan III sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja I. Salleh. Bahan kurikulum dalam KBSR adalah dalam bentuk dokumen standard. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers. D. A. Selain membaca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. D. terdapat mata pelajaran teras. (2005). D. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. KSSR berfokus kepada kemahiran membaca. Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992).(1996) Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). Reka bentuk KBSR dan KSSR adalah berasaskan kepada enam tunjang.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 32 _______________________________________________________________________________ 4. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Apakah kelebihan KSSR berbanding KBSR? I. KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. C. Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku Panduan Khas. Kuala . Ikhsan Othman. D RUJUKAN Akta Pendidikan 1996. C. B. III dan IV sahaja CADANGAN JAWAPAN: 1. A. wajib. II. KSSR bertujuan membekali generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21.. Standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran dalam KSSR. IV. mengira dan menaakul. 5. (Edisi Pelancaran). 3. elemen menaakul terdapat dalam KSSR. B. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). 2. Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. KSSR ialah penambahbaikan daripada KBSR. & Norila Md. Elemen ICT tidak diintegrasikan merentas kurikulum dan pengajaran dalam KBSR. B. Di Tahap 2 KSSR. C. III. Tanjong Malim: Quantum Books. 5.

Tajul Ariffin Noordin (1993). 11/2010. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. Asas KBSR II. Kuala Sufean Hussin. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 33 _______________________________________________________________________________ Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Sejarah. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). (2004). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->