You are on page 1of 8

Penubuhan Kelab Pendidikan Seni Visual (K-PSV) Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, Perlis.

1. Rasional Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan

warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah renda. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi tajuk-tajuk yang

menegaskan proses penghasilan, produk, kefahaman seni warisan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Walaubagaimanapun, masyarakat kita pada hari ini, masih kurang lagi kesedarannya terhadap pentingnya mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Ibu bapa pula masih lagi mementingkan pencapaian Akademik semata-mata tanpa sedar akan peranan pendidikan yang sebenarnya untuk anak-anak mereka. atas sebab itu, kami telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Pendidikan Seni Visual untuk anak-anak didik di sekolah ini. Dengan harapan, penubuhan kelab ini akan membantu menyalurkan minat mereka terhadap bi bidang seni selain dapat membantu mereka mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.

2. Matlamat Matlamat Penubuhan Kelab Pendidikan Seni Visual (K-PSV) di Sekolah Kebangsaan Kampong Salang ini adalah untuk membantu usaha murni pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual, dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Selain daripada mengikuti pembelajaran formal dalam kelas, aktiviti yang akan dijalankan juga berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,

keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

3. Objektif

Setelah mengikuti aktiviti yang dijalan oleh Kelab Pendidikan Seni Visual (K-PSV) ini, setiap ahli dapat : menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

4. Motto 4.5 Sila Rujuk Lampiran A

5. Logo Kelab 5.5 Sila Rujuk Lampiran B

6. Lagu Kelab 6.5 Sila Rujuk Lampiran C

7. Sasaran

7.5

Terbuka kepada semua guru-guru, dan staff sokongan Sekolah Kebangsaan Kampong Salang yang berminat.

7.6

Terbuka Kepada semua Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampong Salang yang berminat.

8. Ahli Jawatankuasa Penubuhan Penaja

Penaung En. Mohd Zain Bin Manah (Guru Besar)

Guru Pembimbing Pn. Noor Liza Binti Abdul Rahman (K.panatia Pendidikan Seni) EN. Rustam Afandi Bin Abdul Rahman En.Khairul Syafiq Bin Osman En. Ahmad Shakir Bin Che Ali @ Bahari En. Muhammad Ehsan Bin Othman

Pengerusi Abdul Azizi Bin Sabri (5 Siddiq)

Naib Pengerusi Nor Ashiken bt Othman (5 Amanah)

Setiausaha Nur Fatihah Amani Bt Md Saad (4 Siddiq)

Bendahari Muhammad Azmer bin Shaari (5 Amanah)

Ahli-ahli Jawatankuasa Mohd Syahir b. manaf (6 Siddiq) Muhammad Azhar b. Majid (5 Amanah) Nurul Izzati bt. Ahmad (4 Amanah) Abdul Kamil b. Ismail (3 Siddiq)

9. Rancangan Aktiviti

Bidang Menggambar

Bidang Corak Dan Rekaan

Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang Mengenal Kraf Tradisional

Kelas bimbingam lukisan /catan (dengan kerjasama Persatuan Pelukis Perlis)

Kain Batik (aktiviti resis)

Lawatan ke Taman Arca KL

Montaj Pakaian Tradisi (aktiviti montaj)

Sapu Tangan Untuk Ibu (aktiviti ikat & celup)

Arca Bahan Buangan

Lawatan ke Noor Arfa Batik Terengganu

Pementasan Drama Boneka (aktiviti boneka)

Aktiviti fotografi

Kolaj 1 Malaysia

Sampul hadiah (aktiviti pualaman)

Tikar Mengkuang untuk Bonda (aktiviti Menganyam)

Topeng (aktiviti topeng)

Kad Ucapan Kreatif

7 Kewangan

Jenis Bayaran Yuran Yuran keahlian T shirt *rujuk lampiran D Yuran menjalankan aktiviti

Jumlah Bayaran

RM10.00 RM10.00 Berdasarkan aktiviti yang dijalankan

8 Penutup

9.1 Kelab Pendidikan Seni Visual ini adalah alternatif kepada satu bentuk cabang pendidikan. Ia juga kebiasaannya dijalankan sebagai medium yang paling berkesan dalam pendidikan dan pembentukkan sahsiah cemerlang murid-murid..

9.2 Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan di dalam kelab ini dapat membentuk jati diri dan juga nilai berdikari dalam diri setiap murid-murid. Ia juga dapat membentuk modal insan yang cemerlang dan berkualiti pada masa akan datang.

9.3 Kesedaran terhadap hubungan manusia dan seni. serta kesedaran tentang kepentingan seni dalam asimilasinya terhadap kehidupan seharian yang dapat diterapkan pada setiap ahli dan diaplikasikan

dalam kehidupan untuk menjamin keseimbangan sahsiah diri mereka kelak.

Disediakan oleh, (RUSTAM AFANDI BIN ABDUL RAHMAN) Guru Pembimbing, Jawatankuasa Penaja Penubuhan, Kelab Pendidikan Seni Visual (K-PSV), Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, Perlis Darul Sunnah. .

(KHAIRUL SYAFIQ BIN OSMAN) Guru Pembimbing, Jawatankuasa Penaja Penubuhan, Kelab Pendidikan Seni Visual (K-PSV), Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, Perlis Darul Sunnah. .

(AHMAD SHAKIR BIN CHE ALI @ BAHARI) Guru Pembimbing, Jawatankuasa Penaja Penubuhan, Kelab Pendidikan Seni Visual (K-PSV), Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, Perlis Darul Sunnah. .

(MUHAMMAD EHSAN BIN OTHMAN) Guru Pembimbing, Jawatankuasa Penaja Penubuhan, Kelab Pendidikan Seni Visual (K-PSV), Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, Perlis Darul Sunnah. .

Disemak oleh, ..... (NOOR LIZA BT ABDUL RAHMAN) Ketua Panatia Pendidikan Seni Visual, Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, Perlis Darul Sunnah

Disokong oleh, ... ( ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL) GPK KO-Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, Perlis Darul Sunnah

Diluluskan oleh, . (MOHD ZAIN BIN MANAH) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Salang Perlis Darul Sunnah