You are on page 1of 3

8.

0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 Pintar mengenai kitaran hidup haiwan yang lengkap dan betul dengan menggunakan teknik

nyanyian. Hasil dapatan kajian yang dijalankan pengkaji mendapati bahawa terdapat perubahan yang positif pada responden selepas penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan positif pada responden ini dapat dilihat melalui kefahaman responden menggunakan istilah bagi setiap fasa-fasa kitaran hidup haiwan dengan betul. Selain itu, responden juga berjaya membina kitar hidup haiwan dengan betul selepas kaedah nyanyian diperkenalkan. Oleh yang demikian, untuk memastikan bahawa penggunaan kaedah ini lebih efektif dan berkesan di masa hadapan, maka pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan untuk kajian ini. Cadangan penambahbaikan pertama ialah meluaskan lagi skop kajian yang dijalankan. Kajian tindakan ini hanya dijalankan oleh pengkaji di sebuah sekolah sahaja. Oleh yang demikian, data kajian ini hanya melibatkan responden dalam lingkungan yang kecil. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan supaya kajian tindakan ini dijalankan lebih luas dengan melibatkan lebih banyak sekolah. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar responden kajian ditambah kuantitinya. Hal ini akan memberi gambaran dan penilaian yang lebih jelas tentang keberkesanan penggunaan kaedah nyanyian dalam tajuk Kitaran Hidup Haiwan. Cadangan penambahbaikkan yang kedua ialah dengan menjalankan kajian tindakan ini kepada semua murid tanpa mengambil kira samada murid cemerlang, sederhana, atau lemah. Melalui pelaksanaan kajian tindakan yang sebegini, maka kajian penggunaan kaedah nyanyian ini adalah lebih praktikal dan berkesan. Hal ini kerana, sampel kajian yang banyak dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan kajian yang dijalankan.

Cadangan yang ketiga yang dicadangkan oleh pengkaji ialah menggunakan instrumen tambahan dalam mengumpuldata bagi kajian ini. Bagi kajian ini, pengkaji telah menggunakan ujian pra, ujian pasca, soal selidik, rakaman foto dan rakaman video. Penggunaan pelbagai instrumen seperti analisis portfolio murid, rekod anekdot, nota lapangan dan sebagainya akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat serta dapatan kajian yang lebih tepat dan seterusnya memberi penilaian yang lebih mendalam mengenai kajian ini. Oleh yang demikian, diharap hasil dapatan daripada kajian tindakan kajian ini dapat mengatasi masalah kefahaman murid di dalam tajuk Kitaran Hidup Haiwan dengan menggunakan bahan bantu mengajar lagu Kitaran Hidup Haiwan. Penggunaan bahan bantu mengajar amat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran yang baik dan berkesan kepada murid. Bahan bantu mengajar yang menarik dapat membantu guru menarik perhatian murid sekaligus meningkatkan kefahaman murid mereka. Bahan bantu mengajar yang digunakan itu pula haruslah bersesuaian dengan topik dan isi pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, untuk topik pengajaran dan pembelajaran Kitaran Hidup Haiwan, pengkaji telah menggunakan bagan bantu mengajar lagu Kitaran Hidup Haiwan . Hal ini menunjukkan pemilihan BBM seharusnya bertepatan dengan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Kajian tindakan ini juga diharap dapat menyumbangkan input-input yang berguna kepada guruguru Sains dan membantu mereka khususnya dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran mereka. Sekiranya kualiti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru itu dapat ditingkatkan, maka sudah pasti murid yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.