You are on page 1of 7

1.

0 A PHILOSOPHY OF MUSIC EDUCATION- BENNETT REIMER

BENNETT REIMER

JAWATAN DALAM BIDANG MUZIK Reimer telah menceburi bidang muzik bermula dari tahun 1978 sehingga bersara pada 1997, Reimer telah memegang beberapa jawatan iaitu jawatan Emeritus muzik di Northwestern Universiti, Pengerusi di Jabatan pendidikan Muzik, Pengarah Ph.D di Program Pendidikan Muzik serta pengasas dan pengarah di Pusat Kajian Pendidikan dan Pengalaman Muzik (Centre for the Study of Education and The Musical Experience). Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Muzik dari State Universiti of New York di Fredonia serta Sarjana dan Doktor dalam pendidikan muzik dari Universiti of Illinois.

PERMULAAN REIMER DALAM BIDANG MUZIK

Memulakan kariernya dalam bidang muzik sebagai pemain klarinet dan obo.

Seorang pengarang atau penyunting kepada dua dozen buku dan lebih daripada 150 artikel, babak dan ulasan

The Journal of Aesthetic Education, Mussing ": Essays in Honor of Bennett Reimer telah diterbitkan pada musim sejuk 1999. Penyunting untuk kebanyakkan jurnal-jurnal utama dan menjadi Pengerusi Music Educators National Conferene ( MENC ) Committee on Aesthetic Education Rekod pendidikan beliau adalah State Universiti of New York, College at Fredonia. B.S ( 1954 ). Seterusnya, Universiti of Illinois. M.S (1955). Selain itu, Universiti of Illinois. Ed.D (1963). Reimer menerima anugerah Legend of Teaching daripada Northwestern Universiti, School of Music dan Ijazah kehormat daripada Depaul Universiti, Chicago. Beliau merupakan seorang pengarang atau penyunting kepada dua dozen buku dan lebih daripada 150 artikel, babak dan ulasan. Tulisan, ajaran dan syarahannya merangkumi perbezaan topik termasuk falsafah dalam

pendidikan muzik, teori kurikulum, teori penyelidikan, isu kepelbagaian budaya, cerdik pandai muzik, antara disiplin ( interdisiplin ) prinsip-prinsip kesasteraan, pendidikan keguruan, isu pendidikan muzik antarabangsa dan aplikasi dalam psikologi kognitif dalam muzik. Jurnal The Journal of Aesthetic Education, Mussing: Essays in Honor of Bennett Reimer telah diterbitkan pada musim sejuk 1999. Beliau menjadi pengarah dan peserta dalam banyak projek nasional dan antarabangsa selain memberi syarahan dan pembentangan di seluruh dunia.

Buku yang diterbitkan oleh beliau pertama kalinya bertajuk A Philosophy of Music Education pada tahun 1970, buku itu diulang cetak pada 1989 dan edisi ketiganya A philosophy of Music Education: Advancing the vision diterbitkan pada 2003. Edisi ketiganya juga telah

diterjemahkan dalam bahasa Perancis, Jepun dan China. Edisi Bahasa Greek juga sedang dalam persediaan. Silver Burdett Music buku teks karyanya telah digunakan oleh pelajar-pelajar muzik gred 1 8 dengan meluas diseluruh dunia selama lebih dua dekad. Reimer merupakan penyunting untuk kebanyakkan jurnal-jurnal utama dan menjadi Pengerusi Music Educators National Conferene ( MENC ) Committee on Aesthetic Education. Beliau pernah mewakili MENC sebagai ahli The Alliance for Curriculum Programme yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam ahli yang menulis tentang National Standards for music Education. Salah seorang daripada enam ahli ( Ommision Authors of Position Paper for the MENC vision 20/20 project. Pengarah kepada projek penyelidikan 3 tahun berkaitan kurikulum am muzik.

2.0 FALSAFAH BENNETT REIMER

Falsafah Reimer

Peringkat Pertama

Peringkat Kedua

referentialisme

formalisme.

ekspresionalisme

Berdasarkan pandangan referentialisme, Reimer percaya bahawa pengalaman estetik yang diperolehi menerusi persembahan sesuatu karya muzik akan lebih bermakna dan bernilai sekiranya difahami lingkungan yang mempengaruhi karya tersebut. Menurut beliau, nilai dan makna sesuatu karya muzik itu terkandung dalam idea, perkara dan objek yang tidak ada kaitan dengan karya tersebut. Sehubungan itu, proses atau perkembangan sesuatu karya muzik sangat penting jika dibandingkan dengan kualiti karya muzik itu sendiri. Namun begitu pendapat tersebut berbeza dengan pandangan formalisme yang mana lebih mementingkan hasilan dan kualiti sesuatu karya seni. Menurut Reimer pengalaman estetik sesuatu karya muzik diperolehi jika dipertimbangkan dari sifat dan kualitinya bukan dikaitkan dengan hal-hal lain. Justeru kualiti sesuatu karya muzik adalah terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Dari sudut pandang ekspresionalisme pula ianya tidak menafikan sumbangan faktor luaran dan dalaman penciptaan sesuatu karya muzik itu. Ekspresionalisme menekankan kepada kecederungan pengkarya seni memutarbelitkan kebenaran bagi memberi kesan emosi. Pada Reimer muzik melahirkan sesuatu yang umum dan perasaan yang sukar diucapkan. Ianya turut melibatkan proses perkembangan dan kualiti sesuatu karya muzik.

Reimer percaya bahawa muzik wujud dalam diri setiap individu dan nilai-nilai estetika muzik tidak semata-mata untuk golongan elit sahaja. Beliau juga mengatakan pendidik-pendidik estetik mesti tahu dengan mendalam nilai-nilai muzik seperti mana cendekiawan-cendekiawan professional. Pendidik-pendidik ini mesti menggambarkan seni muzik secara keseluruhan dan tulen kepada kanak-kanak. Dalam pendekatannya, Reimer memasukkan unsur-unsur dari spectrum yang luas dalam kesusasteraan muzikal dan menggalakkan pendedahan kepada muzik untuk lain-lain budaya. Beliau percaya ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih dalam pada diri kita dan hubungan dengan budaya-budaya lain. Menurut falsafah Reimer, kecintaan kepada kebijaksanaan dengan berfikir secara mendalam dan tepat mengenai satu-satu perkara. Mengapa perlunya kepada falsafah dalam pendidikan muzik. Oleh itu, estetika dimaksudkan sebagai tanggapan dan kepuasan (respon) terhadap apa yang dipelajari dalam pendidikan muzik. Reimer telah mengariskan empat nilai-nilai estetika dalam muzik iaitu bunyi-bunyi yang merdu, mencipta muzik yang bermakna (fikiran, badan dan perasaan). Seterusnya, universal sesuatu kebudayaan bagi setiap individu. Keempat adalah pengalaman

langsung dengan bunyi-bunyi muzik.

Bunyi-bunyi yang merdu.

Mencipta muzik yang bermakna (fikiran, badan dan perasaan).

Nilai-nilai estetika dalam muzik


Pengalaman langsung dengan bunyi-bunyi muzik.

Universal , kebudayaan, individu.

Ciri-ciri pengalaman dalam muzik menurut Reimer: Memerlukan tanggapan bunyi itu sesuatu yang berseni / artistik. Muzik sebagai cara untuk membelai rasa. Muzik sebagai cara untuk dimensi kreatif. Muzik sebagai cara untuk dimensi sosial / kontekstual. Tindak balas efektif untuk meluahkan bunyi yang semulajadi.