You are on page 1of 6

1.

0 TOKOH AHLI FALSAFAH JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)

L A T A A R B E L A K A N G

Lahirkan pada 12 Januari 1746 di Zurich, Switzerland

Bapanya Johann Pestalozzi meninggal ketika beliau berusia 5 tahun.

Dibesarkan oleh ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak serta seorang pembantu rumah.

Usia 9 tahun barulah beliau ke sekolah

Pada peringkat awal persekolahannya, beliau tidak begitu cenderung untuk belajar kerana beliau lebih suka mengelamun. Walaupun demikian, beliau telah Berjaya melanjut dan menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich). Pestalozzi juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial dan berminat di dalam bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal persekolahannya. Keadaan ini membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan. Guru yang paling diminati beliau ialah Johann Jakob Bodmer yang merupakan seorang guru yang dikenali di dalam serta di luar Zurich dan Switzerland dan mempunyai ramai pelajar yang berbakat. Dalam tahun 1767, Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian bersama dengan Johann Rudolf Tschiffeli, seorang petani prysiocrat dan experimental dekat Kirchberg.

KISAH HIDUP PESTALOZZI

Pada tahun 1769, beliau telah berkahwin dengan Anna Schulthess seorang gadis dari keluarga golongan kelas pertengahan di Zurich Pada tahun 1770,beliau telah dikurniakan seorang anak dan diberi nama Jean Jacques Pada tahun 1775, beliau telah membeli sebuah ladang berhampiran Neuhof, Switzerland dan telah mendirikan sebuah sekolah Pendidikan di sini diberikan secara percuma kepada anak-anak yatim dan juga anak-anak terbiar.

Di sekolah ini, beliau telah mengajar dengan menggunakan kaedahkaedah pengajaran sepertimana beliau mengajar anaknya Jean Jacques. Beliau telah telah Berjaya memberI pendidikan kepada kanak-kanak ini yang sebelum ini tidak berpeluang untuk belajar atau bersekolah. Di sini beliau telah membentuk kaedah belajar berkumpulan dalam mempelajari bidang pembacaan, penulisan dan matematik. Namun sekolah ini terpaksa ditutup kerana kekurangan dana dan hutang yang banyak.

Setelah itu, Pestalozzi telah mengabdikan selama beberapa tahun dalam mengusahakan ladangnya serta membuat penyelidikan tentang kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikannya. Pada tahun 1871 beliau telah mencetak buku pertamanya yang bertajuk The Evening Hours of a Hermit yang menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru. Pada tahun yang sama beliau telah mencetak jilid pertama novelnya yang bertajuk Leonard and Gertrude. Di dalam novel ini beliau telah mengumpulkan kebanyakkan idea-ideanya tentang pendidikan dan juga tentang program pemulihan sosial. Jilid keempat dan yang terakhir telah dicetak dalam tahun 1785. Walaupun buku tersebut hanya menjadi bahan rujukan sahaja kemudiannya, dia mendapat sedikit keuntungan dari cetakan Fables (cerita teladan) iaitu koleksi ceritacerita mengenai haiwan yang padat dengan nilai-nilai murni dan sebuah lagi buku

bertajuk Inquiry yang mana ianya berkaitan dengan falsafah. Kedua-dua buku ini telah diterbitkan pada tahun 1791. Dalam tahun 1798, Pestalozzi telah menawarkan diri untuk menolong anak-anak yatim di Stanzs berikutan dengan kemusnahan yang tercetus akibat daripada Revolusi Swiss. Semasa penjajahan tentera Perancis ke atas Switzerland dalam tahun 1798, beberapa orang kanak-kanak yatim telah ditinggalkan bersendirian tanpa makanan dan tempat tinggal di Canton of Nidwalden. Pestalozzi telah mengambil kanak-kanak tersebut dan menjaga mereka. dia telah menukarkan sebuah gereja yang telah ditinggalkan menjadi sebuah sekolah untuk kanak-kanak tersebut.

Dalam tahun 1799, Pestalozzi telah menawarkan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk Kampung Burgdorf. Apabila penduduk Kampung merasa curiga dengan cara kaedah pengajarannya, dia mengambil keputusan untuk membuka sekolah persendiriannya sendiri. Sekolah ini kemudiannya berjaya menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menjadi terkenal. Akhirnya sekolah ini telah ditaja oleh pihak kerajaan buat pertama kalinya. Akhirnya pada tahun 1801 sebuah buku yang lengkap dan sistematik yang berkaitan dengan cara-cara dan kaedah yang diguna pakai oleh Pestalozi telah diterbitkan. Pestalozzi telah memindahkan sekolahnya ke sebuah istana lama di Yverdon dalam tahun 1805 dan kekal di situ selama 20 tahun. Sekolah ini juga telah menarik perhatian para pelajar dan guru-guru dari seluruh dunia. Wakil-wakil dari Prussia sangat berbangga dengan sekolah tersebut. Mereka telah membawa pulang caracara dan kaedah pengajaran Pestalozzi ke Prussia. Mereka telah mengaplikasikan kaedah pengajaran ini ke dalam sistem pendidikan Negara mereka. Pestalozzi telah menutup sekolahnya dan telah bersara pada tahun 1826. Dia telah meninggal dunia pada 17 Februari 1827. Mayatnya telah dikebumikan di New Neuhof iaitu di tapak sekolah pertamanya dahulu.

2.0 TEORI DAN KAEDAH PESTALOZZI

estalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk mendedahkan kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia. Oleh kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui pendidikan, masyarakat menjadi bertambah maju. Untuk membantu kanakkanak mencapai potensi kurikulum yang penuh, Pestalozzi sekolah telah

mengembangkan

permulaan

termasuk

Geografi, Sains, Lukisan dan Muzik. Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar dengan perkataan sebaliknya hendaklah melibatkan dengan aktiviti melihat, mendengar atau menyentuh objek. Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan melihat, membuat dan membetulkan kesalahan, menerangkan pemantauan, menganalisis objek dan

memuaskan rasa ingin tahu seseorang. Beliau juga percaya bahawa bilik-bilik di sekolah mesti mempunyai atmosfera yang mesra keluarga kristian, di mana ahli-ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain.

Sepertimana yang dijelaskan oleh Pestalozzi, guru tidak seharusnya mengajar dengan kata-kata semata-mata. Oleh itu, penggunaan pancaindera juga mampu memberikan pendidikan yang berkesan kepada pelajar seperti memberikan pengalaman melihat, mendengar, atau menyentuh objek yang berkaitan. Justeru pendidikan melalui penyertaan penting dan kaedah pengajaran yang sesuai dijalankan adalah hands on melalui sesuatu aktiviti. Pestalozzi yakin bahawa pendidikan adalah bertujuan untuk menzahirkan kuasa semulajadi dalam diri manusia yang meliputi aspek kemahiran semulajadi yang terpendam yang harus dicungkil melalui pembelajaran. Berdasarkan kepada pendapat tersebut maka lahirlah apa yang dikatakan sebagai Principles of the Pestalozzian System of Music oleh para sarjana barat. Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem permulaan pendidikannya diguna pakai diserata dunia.

Pendapat yang dikemukakan oleh Pestalozzi telah disokong oleh seorang lagi ahli falsafah Switzerland, Joseph H. Naef yang telah menggariskan beberapa prinsip Pestalozzi yang bertajuk Principles of the Pestalozzian System of Music iaitu :

Pengajaran kaedah hafalan sebelum beralih kepada kaedah catatan di mana pelajar-pelajar akan belajar menyanyi sebelum mempelajari notasi muzik.

Prinsip kedua pula ialah kaedah penemuan sendiri di mana para pelajar akan memerhati, mendengar, meniru dan membezakan bunyian yang didengar mereka. Prinsip ketiganya pula ialah kaedah pembelajaran mengikut urutan di mana pelajar akan diajar satu aspek muzik sahaja iaitu irama, melodi dan sebagainya pada satu ketika. Prinsip keempat pula menjelaskan kaedah pembelajaran heuristik di mana teori-teori muzik hanya akan diberi selepas amalan praktikal dijalankan. Kaedah pendekatan berkonsep dalam pula menerangkan bahawa pelajar akan diberi peluang mengkaji muzik dan menjalankan latihan-latihan dengan elemen muzik dengan usaha sendiri. Prinsip terakhir pula menyatakan bahawa nama-nama not dalam nyanyian dan muzik instrumental mesti diselaraskan di mana kaedah nyanyian solfa tidak digalakkan.

Principles of the Pestalozzian System of Music

Pengaruh Pestalozzi adalah sangat besar di seluruh tamadun Barat. Kaedah beliau telah diterima pakai di Prussia, prinsip yang digunakan diterima dalam satu sistem sekolah yang terbaik di dunia dalam abad kesembilan belas. Pendidik Amerika telah mengkaji sekolah-sekolah ini untuk membangkitkan reformasi pendidikan di rumah.