P. 1
Tenaga Kerja Yang Beretika

Tenaga Kerja Yang Beretika

4.0

|Views: 658|Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Aug 01, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

02/21/2011

Tenaga Kerja Yang Beretika

Pengenalan
Selain daripada peraturan dan undang-undang, kehidupan manusia dibendung oleh etika, terutamanya etika sosial sama ada dalam bentuk bertulis atau tidak bertulis. Etika sosial dalam bentuk tidak bertulis telah wujud dalam kehidupan manusia yang bertamadun sejaka dahulu lagi. Etika sosial yang diterima pakai dalam kehidupan sesebuah masyarakat adalah etika yang pastinya baik dan menjadikan masyarakat tersebut sebagai masyarakat yang maju serta memiliki nilai-nilai kehidupan yang baik lagi mulia. Boleh dikatakan bahawa setiap profesyen pekerjaan pula mempunyai etika kerja yang tersendiri. Etika kerja bagi sesuatu profesyen itu biasanya digubal oleh ahliahli di dalam profesyen tersebut bagi menjadi panduan dan pegangan mereka dalam melaksankan tugas masing-masing. Setiap profesyen menghendaki ahliahli mematuhi etika kerja yang digubal bagi meningkatkan mutu dan prestasi kerja mereka. Selain daripada itu etika kerja digubal dengan tujuan untuk meletakkan martabat sesuatu profesyen itu di tahap yang tinggi sekali gus dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan oleh profesyen tersebut kepada masyarakat.

Etika Kerja Islam
Menurut Model Sistem Pengurusan Islam, etika kerja Islam mempunyai ciri-ciri yang lebih universal yang terdiri daripada 17 perkara iaitu: Sabar, Amanah, Ikhlas, Jujur, Cekap, Kreatif, Adil, Berdih, Bersyukur, Tidak putus asa, Berakhlak, Dedikasi, Berdisiplin, Bertanggungjawab, Tekun, Sederhana dan Telus. Ciri-ciri etika kerja di atas sangat penting dan amat sesuai diamalkan oleh setiap pekerja tidak kira dalam apa juga profesyen. Setiap pekerja terutamanya umat Islam perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai etika kerja di atas bagi menjadikan dirinya sebagai insan yanng merupakan Khalifah Allah di muka bumi ini. Sebagai insan yang dipertanggungjawabkan melaksankan tugas Khalifah Allah, mereka perlu mempunyai akal, rohani, jasmani, dan emosi yang mantap supaya dapat melaksanakan amanah Allah dengan sempurna demi memperolehi keredaanNya di dunia dan akhirat. Umat Islam perlu mengetahu bahawa setiap tugas atau pekerjaan yang dilaksanakan bukan hanya sekadar mencari reseki untuk hidup tetapi perlu menjadikan sebagai suatu ibadah. Di dalam Islam ibadat terdiri daripada ibadat umum dan ibadat khusus. Melakukan pekerjaan yang baik lagi mulia dan tidak bercanggah dengan syariat adalah tergulung dalam ibadat umum. Jika umat

Islam dapat mengahayati perkara tersebut, pasti mereka dapat melaksanakan apa sahaja tugas yang dipertanggujawabkan kepada mereka sebagai pekerja dengan jujur, cekap, amanah dan penuh bertanggungjawab. Mereka akan berasa takut dan gentar kepada Allah jika mereka mengabaikan tanggungjawab dan tidak melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia
Bermula di awal tahun 1990-an, Perkhidmatan Awam di negara ini telah mengalami reformasi secara besar-besaran di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara YB Tan Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid. Di bawah pimpinan beliau berbagai perubahan dan pendekatan baru telah diperkenalkan bagi mematapkan khidmat yang diberikan oleh setiap anggota dalam Perkhidmatan Awam melalui Budaya Kerja Cemerlang. Salah satu perubahan yang dibawa ialah menerapkan nilai-nilai murni dan etika kerja yang positif. Pembentukan sikap dan nilai yang positif itu sangat penting bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kelebihan bersaing di peringkat antarabangsa. Selaras dengan itu sebuah buku bejudul "Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam" telah diterbitkan dalam tahun 1991 untuk dijadikan rujukan oleh semua peringkat dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Buku ini telah membantu mempertingkatkan kefahaman semua anggota Pekhidmatan Awam mengenai nilai dan etika yang perlu dihayati dan diamalkan. Secara ringkas kandungan buku ini adalah terdiri daripada perkara-perkara berikut:
• • • • • •

Penerapan Nilai-nilai Islam Konsep Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam Budaya, nilai dan Etika dalam Pengurusan Organisasi Perkhidmatan Awam Sistem nilai yang terkandung dalam peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam Etika kerja dalam konteks pengurusan organisasi dan Penghayatan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam

Pada tahun 1992, sebuah lagi buku diterbitkan berjudul "Tunggak Duabelas, Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan Awam". Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk memantapkan lagi usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam di semua peringkat. Dua belas nilai murni yang menjadi intipati buku tersebut ialah:

Menghargai Masa
Menghargai masa bermaksud dapat menggunakan masa secara maksimum dalam melaksanakan sesuatu yang berfaedah.

Menepati masa adalah suatu tabiat yang harus dibiasakan. Tabiat ini wujud hasil dari ketinggian maruah diri dan adanya rasa hormat kepada orang lain. Ianya dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya seseorang itu mengamalkan catatan penggunaan masa setiap hari.

Kekuatan Membawa Kejayaan
Kekuatan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kecemerlangan kepada agensi serta individu. Keazaman dan kegigihan akan menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaksanakan. Kekuatan hanya akan lahir jika terdapat disiplin diri yang tinggi.

Keseronokan Bekerja
Kerja bukanlah suatu yang ringan malah bagi kebanyakan orang ianya adalah merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun sekiranya kita mengambil pendirian yang optimis, kita boleh menjadikan kerja itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Untuk itu, kerja harus dianggap dan dijadikan sebagai ibadah, cabaran atau bidang pengkhususan yang dengan sendirinya akan menjadikan kita pakar yang diiktiraf.

Kemuliaan Kesederhanaan
Kesederhanaan adalah sikap menolak keterlaluan sama ada dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya. Dalam menjalankan tugas harian, sikap sederhana dalam percakapan, pergaulan, berpakaian dan lain-lain adalah penting bagi meningkatkan kecekapan organisasi.

Ketinggian Peribadi
Peribadi seseorang adalah merupakan "the total personality". Ia merangkumi perwatakan, sikap, perilaku, gaya dalam pergaulan, baik dalam organisasi mahupun dalam masyarakat umum. Ketinggian peribadi seseorang mencerminkan pemiliknya seorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.

Kekuatan Sifat Baik Hati
Sifat baik hati akan mendorong seseorang itu mengamalkan nilainilai positif yang lain seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, kasih sayang, bersimpati dan suka membantu. Sifat ini akan dapat menjamin kehormonian sesebuah organisasi.

Seorang yang baik hati lebih mementingkan penyelesaian masalah dari mencari siapa yang bersalah.

Pengaruh Teladan
Sejarah telah membuktikan tentang betapa banyaknya tamadun yang membangun lantaran pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana. Pemimpin yang baik akan mempengaruhi pengikutnya dari segi kepemimpinan, tunjuk ajar, akhlak atau tutur kata yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Oleh itu pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan keuntungan kepada sesebuah organisasi.

Kewajipan Menjalankan Tugas
Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas seseorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti mereka. Tugas mesti dilakukan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Oleh yang demikian sesuatu tugas itu memerlukan pengurusan yang baik supaya ianya dapat dikendalikan secara berkesan dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Kebijaksanaan Berhemat
Berhemat adalah suatu sifat yang harus dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja berhemat dari segi wang bahkan dalam perkaraperkara lain seperti masa, bahan dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berhemat bolehlah dianggap sebagai menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu menunjukkan sesorang itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakan.

Keutamaan Kesabaran
Kesabaran adalah sifat yang dipuji oleh semua agama. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkannya denga teratur dan tidak mudah berputus asa. Semangat ketabahan yang ada pada seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas.

Peningkatan Bakat
Bakat adalah sifat yang mendorong ke arah penciptaan, innovasi dan penyelesaian masalah. Hal ini penting diperhatikan kerana

persekitaran sedia ada sering berubah. Oleh itu sebarang bakat, baik dari segi pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian dan lainlainnya memberi manfaat kepada kehidupan manusia.

Nikmat Mencipta
Kepuasan adalah matlamat akhir bagi setiap usaha yang dilakukan oleh manusia. Kepuasan yang paling ketara adalah apabila sesuatu ciptaan yang dihasilkan mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara. Penghayatan terhadap nilai ini akan menggalakkan seseorang sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah.

Ciri-ciri Tenaga Kerja Yang Beretika
Berdisiplin Ketaatan Beriltizam Kecemerlangan Tanpa Kecacatan Kualiti Persaingan di pasaran dunia

Implikasi Tenaga Kerja Yang beretika
Cekap, bersih dan amanah Hasil kerja yang berkualiti Menembusi pasaran antarabangsa Mengekalkan martabat negara

TUGASAN
Jawab Semua Soalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan etika kerja? Mengapakah setiap profesyen pekerjaan mengadakan etika kerja untuk ahli-ahli mereka? 2. Bincangkan kenapakah disiplin penting bagi mencapai tahap kecemerlangan didalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->