You are on page 1of 13

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 4 PENGETAHUAN PENGAJARAN MATEMATIK

4.1

SINOPSIS Menurut Taksonomi Bloom terdapat empat dimensi pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi membina konkrit kepada abstrak. fakta, konsep, algoritma dan melakukan pengetahuan daripada matematik. Maklumat Keempat-empat dimensi tersebut adalah

berfakta merujuk kepada keupayaan pelajar mengingati fakta seperti definisi, teorem, hukum, simbol dan fakta asas pendaraban. Pelajar tidak dapat melakukan matematik tanpa mengingati rumus dan fakta seperti formula luas segitiga, perimeter ,penukaran unit dan sebagainya. Oleh itu, fakta perlu dihafal untuk digunakan dengan pantas. Keupayaan mengingat dan menghafal rumus dengan tepat dan pantas akan menjimatkan masa dalam penyelesaian masalah. Dalam topik ini, kita akan membincangkan pengetahuan pengajaran dan pembelajaran matematik dari padangan empat dimensi dan menerapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

4.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat : 1. Menjelaskan jenis-jenis pengetahuan matematik 2. Pengajaran menggunakan pengetahuan matematik berdasarkan

maklumat berfakta dan konsep.

4.3

KERANGKA TAJUK 97

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

DIMENSI PENGETAHUAN

MAKLUMAT BERFAKTA

KONSEP

ALGORITMA/ PROSEDUR

4.4

KANDUNGAN Pembelajaran matematik memerlukan dua deria penerimaan iaitu mata dan telinga bagi memudahkan pemerolehan maklumat. Maka, guru perlu memastikan maklumat yang disampaikan adalah jelas dan terang. Untuk meningkatkan pengajaran guru perlu menggunakan media pengajaran seperti bahan manipulatif, papan putih, audio-video, carta, model dan sebagainya. Semasa pengajaran guru perlu memastikan pelajar menumpukan sepenuh perhatian dan fokus perkara yang disampaikan dalam kelas. Maklumat yang disampaikan kepada pelajar akan disimpan dalam ingatan jangka pendek (IJP) pelajar. Ingatan ini akan hilang seandainya ia kurang bermakna atau tidak relevan kepada pelajar. Sebagai contoh sebuah kereta yang melintas di hadapan anda. Jika ditanya siapakah pemandu kereta tersebut dan jenama kereta itu, ternyata kita tidak dapat menjawab dengan tepat. Ini disebabkan kita tidak menfokuskan kepada butiran khusus kereta tersebut. Namun jika kita diminta duduk dan memerhatikan pemandu dan jenama kereta untuk ditanya tentu kita dapat menjawabnya dengan tepat. Ingatan jangka pendek akan dipindahkan kepada ingatan jangka panjang(IJP). Maklumat yang bermakna, relevan, penting dan utama 98

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

akan membantu pelajar mengekalkan ingatan jangka panjang. Sebagai guru anda perlu membantu pelajar memudahkan pengekalan ingatan jangka panjang menerusi empat cara: 1. 2. 3. 4. menyediakan pembelajaran bermakna pengulangan peranti mnemonik pengajaran langsung

4.4.1 Menyediakan pembelajaran bermakna Dalam pengajaran matematik, guru seharusnya menyediakan pakej pembelajaran yang bermakna dalam kehidupan murid-murid. Pendekatan yang digunakan seharusnya sesuai dengan tahap keupayaan muridmurid. Maka guru mesti peka akan keperluan dan situasi dalam kelas dan kekeuatan serta kelemahan murid-murid. Perkaitan antara pembelajaran dan kehidupan murid semasa belajar amat digalakkan agar mereka mengetahui tujuan mereka belajara matematik. Guru sebagai pembimbing murid pula mencari penyelesaiannya secara penerokaan dan soal jawab terbimbing. Pengulangan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan kekal dalam ingatan murid jika guru membuat pengulangan secara berkala. Pengulangan tidak semestinya disebut sahaja, guru boleh meletakkan fakta pada papan kenyataan dalam kelas, menggunakan kad imbasan, menyediakan sudut matematik dan sebagainya untuk rujukan murid jika terlupa. Fakta seperti rumus, teorem, teknik dan sebagainya perlu diletakkan pada tempat yang mudah diakses oleh murid-murid. Peranti mnemonik 99

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Peranti mnemonik adalah dari perkataan Greek bermakna tuhan ingatan. Ia adalah satu cara untuk membantu mengingat. Ia memberikan makna kepada cara atau strategi untuk mengingat fakta dengan mudah. Contohnya BODMAS bermakna bracket, of, division, mutiplication, addition, subtraction. Iaitu bagi soalan yang melibatkan ayat matematik kita perlu selesaikan nombor dalam kurungan dahulu diikuti bahagi kemudian darab, tambah dan tolak. Teknik lain juga boleh guru cipta demi membantu murid mengingat fakta dengan cepat dan mudah untuk menyelesaikan soalan. Pengajaran langsung Terdapat 5 langkah dalam pengajaran secara langsung:Langkah pertama, pendekatan: murid-murid didedahkan kepada fakta menerusi sebarang pendekatan yang relevan oleh guru samada kuliah, perbincangan, eksperimen, induktif atau apa-apa pendekatan yang sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Langkah kedua, penjelasan: murid-murid didedahkan dengan teknikteknik menjawab soalan. Jika mereka menemui ayat tentang beza ini bermakna hasiltolak atau penolakan, jika terdapat operasi bercampur maka perlu gunakan cara BODMAS dan sebagainya. Langkah ketiga, peranti ingatan: guru menyediakan bahan atau resos seperti gambar,kata kunci atau strategi kepada murid , guru pendorong murid bagi mencari pilihan peranti ingatan lain,guru galakkan murid mencipta bahan atau idea cara mengingat yang lebih mudah. Langkah keempat, maklumbalas: guru perlu memberi imbuhan dan galakan kepada murid secara positif jika dapat menjawab dengan betul. Juga guru perlu memberi teguran sekiranya kesalahan dilakukan untuk membetulkan keadaan yang salah.

100

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Langkah

kelima,

pelajaran

lanjutan:

Pelajaran

lanjutan

adalah

kesinambungan apa yang telah dikuasai oleh murid-murid. Mereka akan lebih mengingati fakta sekiranya pelajaran lanjutan terhadap apa yang dipelajari ditambahnilai oleh guru untuk mengekalkan ingatan jangka panjang murid.

4.4.2

MAKLUMAT BERFAKTA Fakta matematik adalah bahasa matematik seperti simbol yang mewakili nombor, tanda operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, istilah seperti segitiga, sudut dan sebagainya. Sebagai contoh, 2 adalah simbol untuk bilangan dua, + simbol untuk penambahan. Murid-murid mungkin sudah hafal perkataan dua dan sudah mahir menuliskan simbol 2 namun ia gagal memahami apa makna dari simbol 2 tersebut yang tidak lain bilangan dua yang merupakan suatu sifat dari himpunan objek. Ini bermakna bahwa murid tersebut mengalami kesulitan dalam mempelajari bilangan 2. Untuk mengajarkan bilangan 2 guru boleh menggunakan benda nyata yang dapat menjelaskan fakta yang sebenarnya. Dengan menunjukkan himpunan yang elemennya dua, menyebut simbol dua dan menulis simbol 2 diharapkan murid dapat memahami pengertian bilangan dua yang diberi simbol 2 tesebut.

Fakta-fakta matematik boleh dipelajari melalui cara hafalan, latih-tubi dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran tindakbalas rangsangan. Untuk membantu pelajar mengingati fakta asas, sesi latihan hendaklah ringkas, kerap dan dilaksanakan dengan pelbagai bahan. AKTIVITI 4.4.2

101

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

a.

Anda ingin memperkenalkan bentuk-bentuk geometri 2 matra kepada murid-murid. Jelaskan bagaimana fakta bentuk tersebut disampaikan kepada murid-murid tersebut.

b.

Huraikan pandangan anda untuk menerangkan fakta kosong dan angka sifar kepada murid-murid.

c.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik, satu contoh untuk menjelaskan fakta matematik.

berikan

4.4.3 KONSEP Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada contohcotoh konkrit. Mengajar konsep adalah kompleks kerana pelajar datang ke sekolah dengan pelbagai pengalaman dan kebolehan tersendiri. Konsep berkembang dari berbagai pengalaman matematik yang konkrit. Definisi-definisi yang diberikan kepada perimeter, segitiga sama, set, subset, nombor perdana dan sebagainya ialah contoh-contoh bagi konsep matematik. Seorang murid dikatakan telah mempelajari konsep bulatan apabila dia sudah boleh mengkelaskan ciri-ciri set bulatan dan membezakannya daripada set yang bukan bulatan. Konsep matematik boleh dipelajari melalui definisi atau pemerhatian objek-objek yang ada kaitan dengan konsep itu. pembelajaran konsep. Menurut Taba, terdapat 4 peringkat penyusunan konsep yang membantu murid menguasainya dengan mudah. Peringkatnya adalah, penyusuan data, membentuk konsep, membentuk hukum dan aplikasi. Contohnya ciri-ciri segitiga. Senaraikan semua jenis segitiga beserta gambar segitiga. Kemudian membuat pengkelasan terhadap segitiga seperti segitiga tegak, segitiga sama, segitiga dua sama, segitiga tak 102 Pembelajaran jenis ini adalah dinamakan

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

sama.

Seterusnya membuat generalisasi bahawa segitiga terdiri dari

pelbagai bentuk dan nama pengenalannya dan akhir sekali murid boleh membanding bezakan segitiga dengan bentuk geometri lain berdasarkan ciri-cirinya. AKTIVITI 4.4.3 a. Bina peta minda bagaimana anda dapat menggunakan teknik Taba untuk mengajar ciri-ciri sebuah segiempat. b. Anda memperkenalkan bentuk bulatan kepada murid-murid , cuba anda jelaskan bagaimana cara untuk menentukan perimeter bulatan tersebut dengan teknik Taba. c. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik, contoh untuk menjelaskan konsep matematik. berikan satu

4.4.4 ALGORITMA Algoritma dalam matematik adalah set langkah-langkah dan peraturan yang digunakan untuk menyelesaikan pengiraan matematik. Jawapan pengiraan akan betul setiap kali jika algoritma diikuti dengan betul. Penerangan sesuatu algoritma mesti diperkukuh dan diiringi dengan penggunaan bahan manipulatif yang sesuai untuk memberikan kefahaman dan keyakinan. Perbincangan algoritma mestilah secara

ansur maju. Murid digalakkan memberi sebab kepada setiap langkah dalam sesuatu algoritma. Algoritma yang biasa digunakan di sekolah rendah ialah algoritma penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Selain algoritma standard, algoritma alternatif juga perlu dibincangkan semasa mengajar operasi tambah, tolak, darab dan bahagi nombor bulat.

103

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Algoritma yang berkesan (effective) adalah algoritma yang melaksanakan pengiraan dengan paling efisyen. Walaupun murid-murid dapat diajar algoritma samada bertulis atau congak, kadang-kadang pelajar dapat membentuk algoritma yang lebih cekap. Kalau algorithma/kemahiran dipelajari tanpa pemahaman, pelajar tidak akan dapat mengingat atau mengaplikasi algorithma tersebut dalam pelbagai situasi

Pelajar

digalakan

membuat

anggaran

sebelum

diajar

menggunakan algorithm formal untuk mencari jawapan tepat. Pelajar boleh diajar beberapa kemahiran anggaran yang tertentu. Walaupun pelajar perlu diajar prosedur/algorithma penyelesaian masalah, mereka perlu juga digalakkan membentuk strategi tersendiri. Dengan adanya pemahaman tentang nilai tempat, pemahaman tentang konsep dan fakta tambah, tolak, darab dan bahagi, hukum tukarganti, komutatif, identiti bagi tambah dan darab dan sebagainya, murid-murid dapat mencipta berbagai algoritma alternatif mengikut konteks dan nombor yang terlibat. Algoritma penambahan dengan mengumpul semula Ahmad mempunyai 27 keping cakera padat. Bapanya memberikan 35 keping lagi cakera padat kepadanya. Berapakah jumlah cakera padat yang Ahmad ada? Algoritma 1: Cerakinan 27 + 35 20 + 7 + 30 + 5 50 + 12 = 62 Algoritma 2: Penambahan separa 104

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

27 + 35 12 7 + 5 + 50 20 + 30 60

Algoritma 3:

Algoritma standard
1

27 35 62

7 + 5 = 12 Tulis 2 dalam nilai tempat sa dan 1 dalam nilai tempat puluh. 1 + 2 + 3 = 6 puluh

Algoritma penolakan dengan mengumpul semula Ahmad mempunyai 91 keping cakera padat. 24 keping telah rosak. Berapa keping cakera padat yang tinggal? Algoritma 1: Cerakinan Sebelum menggunakan algoritma biasa, murid sepatutnya boleh mencerakinkan nombor subtrahend: Contoh: 91 = 80 + 11 = 80 dan 11 52 = 40 + 12 = 40 dan 12 Gunakan konsep buang (take away) 91 24 80 dan 11 20 dan 4 60 dan 7 = 67 Algoritma 2: Algoritma standard 105

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

8 1

9 1 fikir : 11 4 = 7 24 67 8 pu 2 pu = 6 pu

Algoritma Pendaraban Algoritma 1 : Pendaraban separa

57 x 3 21 150 171 7x3 50 x 3

Algoritma: algoritma standard

57 3

21 150 171 7 x 3 = 21, letak 1 pada nilai tempat sa dan 2 pada nilai tempat puluh. 5 pu x 3 = 15 pu + 2 pu = 17 pu = 1 ra 7 pu

4.4.5 MELAKUKAN MATEMATIK Seseorang itu dikatakan melakukan proses matematik jika aktiviti mental berlaku semasa membuat atau menyelesaikan masalah matematik. Aktiviti mental ini berlaku melalui bahan, melalui interaksi verbal

106

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

(discourse) dan juga semasa aktiviti membuat konjektur. Penghujahan sentiasa berlaku semasa melakukan matematik. Aktiviti 1: Melakukan matematik melalui bahan Algoritma standard penambahan, penolakan, pendaraban dan

pembahagian akan mudah difahami murid jika bahan manipulatif digunakan. Aktiviti mengumpul semula boleh dihujahkan dengan berkesan jika bahan asas 10 digunakan. Murid diminta menghujahkan setiap langkah dalam algoritma dengan menggunakan bahan manipulatif. Aktiviti ini akan memberi keyakinan kepada murid bahawa algoritma yang abstrak boleh dijadikan konkrit. Di antara contoh-contoh penggunaan bahan manipulatif untuk melakukan matematik adalah: Menggunakan pembilangan dan rod Cuisenaire untuk mengajar nilai nombor empat operasi

Menggunakan wang /duit syiling palsu dalam aktiviti-aktiviti jual beli Menggunakan kalendar atau muka jam dalam pengajaran Masa dan waktu Menjalankan aktiviti melipat, menggaris, melorekkan rantau pada rajah/gambar untuk topik pecahan Menggunakan kad jalur untuk menjalankan aktiviti perpuluhan Dalam menggunakan bahan manipulatif dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik, guru hendaklah menggunakannya dengan pemahaman melalui aktiviti bermakna. hands on Semasa melakukan aktiviti perkaitan hendaklah dibuat antara pengajaran konsep

menggunakan bahan konkrit dengan pengetahuan prosedural/algoritma.

107

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Pastikan bahan konkrit di tiadakan secara beransur-ansur sebelum pelajar melakukan matematik secara simbolik. Idea matematik berkembang bila bahan manipulatif dikaitkan dengan istilah matematik, simbol dan pengalaman bermakna.Refleksi perlu dibuat terhadap tindakan ke atas bahan manipulatif serta situasi yang diwakili oleh bahan tersebut.

Aktiviti 2: Melakukan matematik melalui interaksi verbal Idea matematik akan lebih bermakna jika wujud interaksi verbal dalam kelas matematik. Semasa aktiviti interaksi verbal, murid digalakkan, mendengar, memberi respon, bertanya guru dan rakan menggunakan pelbagai alat untuk berhujah, membuat hubungan, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi mengemukakan masalah dan soalan meneroka contoh dan bukan contoh untuk menyiasat konjektur membuat konjektur dan mengemukakan penyelesaian

Potensi untuk perbincangan bermakna (meaningful discourse) wujud apabila guru bertanya soalan yang searus dengan proses pemikiran logikal untuk penyelesaian masalah (penjelasan- explanation), Bila guru melibatkan pelajar dengan bertanya sekiranya ada kaedah lain untuk menyelesaikan masalah (justification), Bila guru bertanyakan soalan terbuka yang memerlukan lebih dari penghafalan. Soalan penyelesaian masalah terbuka boleh dijadikan landasan untuk menggalakkan interaksi verbal di kalangan murid.

Mata untuk menang ialah 3, manakala seri 1 mata dan kalah 0 mata. Jika Pasukan Perak memperolehi 30 mata dalam pertandingan Liga 108 menang, seri atau kalah? Super, berapa kali Pasukan Perak

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Murid akan berbincang dan berhujah mengenai kombinasi menang, seri dan kalah yang sesuai untuk memperolehi 30 mata.

Aktiviti 3: Melakukan matematik melalui membuat konjektur Konjektur adalah pernyataan yang dipercayai benar tetapi belum dibuktikan benar atau palsu. Aktiviti membuat konjektur menggalakkan murid berhujah dan membuktikan pernyataan mereka. Ali mencadangkan bahawa untuk nombor genap n, 3n + 1merupakan nombor perdana. Ali mengatakan jika n = 2,4,6 maka 3n + 1 = 7, 13, 19 iaitu nombor perdana. Adakah cadangan Ali merupakan suatu konjektur? 8 adalah nombor genap dan jika n = 8, maka 3n + 1 = 25 iaitu bukan nombor perdana. Maka boleh dibuktikan bahawa cadangan Ali bukan suatu konjektur kerana boleh dibuktikan kepalsuannya.

109

You might also like