KURSUS : GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN : ESEI KUMPULAN TAJUK TUGASAN: Aplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah

Pembelajaran

DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK MOHD YUSOFF BIN DAUD

DISEDIAKAN OLEH : MUNIRAH BINTI SOBRI (A 138144) FARAH LIYANA SHOLLEHUDDIN (A 138483) NUR FATIN FAKHRIAH BINTI OTHAMAN (A 137130)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA “Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”

beliau menyatakan “empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda” Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya. Perkembangan era globalisasi yang semakinpesat dan rancak ini menjadikan dunia teknologi sangat penting dalam pendidikan. Tidak ketinggalan. Everyday tasks are simplified”. mengumpul maklumat. kaedah penyusunan dan teknik. dan organisasi untuk menganalisis masalah. peralatan. . pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi dalam pendidikan di sekolah perlu di gubah kepada pemikiran penyelidikan. Pelajar perlu menerokai bidang teknologi untuk pembangunan sesebuah Negara. Hal ini dapat menyokong kata-kata yang disampaikan oleh Hjetland (1995) yang berbunyi “ Tecnology can make our lives easier. Hal ini bersesuaian dengan dunia sekarang iaitu dunia tanpa sempadan. menganalisis data ke arah mengalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas termasuk system. mengingati atau menyampaikan maklumat.masalah serta bentuk. Begitu juga pandangan yang dilontarkan oleh Wiston Churcil. menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan dimana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal. golongan berkeperluan khas juga amat memerlukan ilmu dan bantuan dalam bidang teknologi dalam menjalani kehidupan seharian mereka.0 Pendahuluan Teknologi pendidikan atau teknolgi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia. Teknologi boleh menjadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan. Secara umumnya. Ini bermakna teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat menbantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Segala maklumat boleh dicapai di hujung jari. masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami. idea. Banyak takrifan yang diberi terhadap golongan keperluan khas dalam masalah pembelajaran ini.1. prosedur.

Manakala yang ketiga ialah. Menurut Tengku Azzman (1998). Pertamanya ialah. teknik dan bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET. dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif khusus. banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itu sendiri. Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar. 1979).0 Kebaikkan Teknologi dalam Pendidikan Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnya ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam dan juga menyeluruh. Majlis Teknologi Pendidikan. United Kigdom mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu pembentukkan. Manakala Suruhanjaya Teknologi Penegajaran. Pusat Kebangsaan Pembelajaran Terancang. Keduanya ialah kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer.2. United Kigdom pula mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen. penerapan dan penilaian sistem. 1980). USA sebaliknya mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk merekabentuk. iaitu dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan juga mungkin deria sentuh. terdapat 3 sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan sumber manusia untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan . melaksana. maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia terutama pada diri pelajar itu sendiri.

jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi. ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih baik (Dowling. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepas kegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan. komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberi arahan oleh penggunanya. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. 1999. Teknologi memberi kesan yang besar terhadap proses P&P terutama semasa membuat pemilihan bahan teknologi. 1990. Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Mahzan Arshad. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menyerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih . Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran . kesimpulan dan penilaian. Giesert & Futrell. 2003). Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi merancang cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Di samping itu.masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah mengalaminya. Menurut Merrill (1986) pula. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topic dengan lebih berkesan.

Di samping itu. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkan adalah tepat. kesan penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam system pendidikan Negara. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama. manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. dapat memberi maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dan dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu murid-murid dalam memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaram dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut. . Penggunaan internet adalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan.mudah serta menarik.

Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama. projektor. kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran dari luar. teknologi dalam pendidikan ialah segala sesuatu tentang teknologi pendidikan iaitu alat pandang-dengar. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir. . Terdapat pelbagai kelebihan jika pendidik mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. latihan guru. Hal ini disebabkan tidak semua kemajuan yang telah dicapai tersebut membawa impak positif. sumber dan teknologi. Diantara kemajuan yang telah dicapai tersebut ternyata dapat membawa impak negatif bagi manusia. Hal ini akan memberi kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak dalam pembelajaran. Di antara halangan-halangannya ialah mungkin masa.0 Keburukan teknologi dalam pendidikan Teknologi dalam pendidikan bermaksud penggunaan alat bagi menyampaikan maklumat yang dipersembahkan melalui alat-alat seperti televisyen. Dengan penggunaan teknologi ini juga. Kadangkala.3. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan sesuatu perkara itu sehinggakan ia tidak lagi menjadi produktif dan efektif. komputer dan sebagainya. Guru dan pentadbir haruslah bersedia dari awal menerima perubahan ini dengan fikiran yang terbuka dan positif serta cuba mengatasi sebarang masalah yang bakal timbul. Dengan perkataan lain. Dalam usaha mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. terdapat juga beberapa kelemahan dan kekurangan yang tidak dapat dielakkkan. Gaya pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja tanpa ada kelebihan yang dapat disampaikan sepanjang proses pembelajaran. kebanyakan guru akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Namun tidak dapat dinafikan bahawa di dalam keasyikan kita menggunakan teknologi khususnya dalam sistem pendidikan. kanak-kanak tidak akan mendapat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Sebagai contoh. keadaan ini akan menjadiakn kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.

penggunaan teknologi seperti ICT memberi impak yang buruk kepada pelajar-pelajar sekiranya ia tidak dicegah. Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu di sekolah bersama-sama rakan-rakan yang lain tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah. Selain itu. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Oleh sebab itulah pelajar kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Misalnya. Ini adalah kerana. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. penggunaan teknologi dalam pendidikan memberi impak kepada pelajar khususnya pelajar pada tahap sekolah rendah. Sebagai contoh. kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat dipastikan kesahihannya. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. seperti yang kita tahu. Pelajar-pelajar tidak dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria ransangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Disamping itu. bahan pronografi yang banyak tersebar di dalam internet dan juga laman „youtube‟. Penggunaan internet tanpa kawalan oleh guruguru di sekolah boleh menyebabkan pelajar dapat mengetahui perkara yang melampaui batas umur mereka. Hal ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui pengalaman mereka di sekeliling. Oleh sebab itu. mereka akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet.Seterusnya. Kemudahan . bagi kanak-kanak masalah pembelajaran yang mempunyai tahap kognitif yang rendah.

mengira. Sebagai contoh. semua kerja sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. namun ada juga keburukannya dimana pelajar yang selalu mengakses internet. kebanyakan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis. Masalah ini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senang diperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar maklumat tersebut. Sehubungan dengan itu. . teknologi komputer telah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan hanya menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan “copy” and “paste”. pelajar pada masa sekarang tidak lagi kreatif dan menjana idea mereka sendiri apabila menyelesaikan tugasan. Dengan adanya teknologi yang canggih. Walaupun teknologi membawa kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini. menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akan menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot. Masalah yang terbesar yang disebabkan oleh penggunaan teknologi dalam pendidikan ialah masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang pelajar. Ia semenangnya tidak dapat membentuk dan melahirkan nilai murni yang perlu ada dalam diri seorang pelajar. menulis telah diselesaikan oleh komputer. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang berdaya saing mereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapan dan pembangunan kejayaan mereka. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangan kemahiran-kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer. sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Pelajar sekarang suka ‟copy-paste‟ maklumat yang dicari dari internet tanpa menyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak pengeluar maklumat tersebut. Sebagai contoh.yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepada pelajar. Dewasa kini. teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar.

Alatan-alatan ini merupakan hasil daripada perkembangan teknologi yang semakin rancak. Walaupun alatan ini banyak menggunakan teknologi. Hal ini jelas dilihat apabila seseorang yang lumpuh dengan tidak mampu bergerak apatah lagi untuk berdiri mampu menggunakan kerusi roda. Golongan orang kurang upaya dapat dikategorikan kepada 3 kategori iaitu bermasalah pendengaran. Dalam kategori masalah pembelajaran. tongkat. Teknologi dapat memudahkan pergerakan mereka yang terhad kepada lebih luas. Menurut American National Standards Institute (INSI). tiada siapa yang tahu hikmah disebalik kejadian-Nya.1 Kedudukan dan posisi Setiap insan yang lahir inginkan kesempurnaan. Ada di antara mereka tidak dapat berjalan dan yang lebih teruk. terencat akal. Antaranya adalah kerusi roda. alatan bantuan teknologi adalah nadi dalam kehidupan mereka untuk meneruskan hidup. Bagi golongan sedemikian. Bagi mereka yang dilahirkan dalam keadaan normal beruntung kerana tidak memerlukan alat bantuan sokongan untuk meneruskan kehidupan seharian berbanding dengan mereka yang dilahirkan dalam keadaan kurang bernasib baik. masalah penglihatan dan masalah pembelajaran. Hal ini dinyatakan demikian kerana setiap peralatan yang di hasilkan mempunyai kaedah penggunaan tertentu. disleksia dan sebagainya. terdapat pelbagai jenis iaitu sindrom down. Terdapat pelbagai alatan bantuan teknologi telah di reka untuk golongan orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran. kaki palsu. Memiliki kemahiran . Namun. autism. Perkembangan teknologi ini jelas tidak mengetepikan golongan yang kurang bernasib baik. individu yang menggunakan peralatan ini perlu mempunyai ilmu dan kemahiran dalam penggunaannya. Ada diantara mereka memerlukan bantuan untuk bergerak untuk melangsungkan kegiatan harian mereka. orang cacat adalah yang mempunyai kesukaran yang jelas dalam menggunakan sebahagian persekitaran yang spesifik.4. Brace. hiperaktif. masalah fizikal.0 Bahan-bahan teknologi 4. Rex dan sebagainya. Perkembangan teknologi banyak membantu golongan ini dalam penghasilan peralatan mobility. Bagi mereka. peralatan ini sangat bermakna untuk diri dan kehidupan mereka. cerebral palsi. mereka langsung tidak boleh bergerak.

Semua jenis-jenis brace ini mempunyai cara penggunaan dan kawasan masing-masing. lumpuh. Terdapat pelbagai jenis brace yang digunakan oleh individu serebral palsi seperti Ankle-Foot Orthoses. Selain daripada kerusi roda. kulit atau campuran bahan-bahan tersebut. Terdapat pelbagai jenis kerusi roda yang telah diciptakan untuk menyesuaikan dengan individu-individu tersebut. Untuk penambahan ilmu teknologi terhadap kerusi roda tersebut. Fngsi brace adalah untuk menstabilkan anggota badan termasuk bahagian belakang badan. mengurangkan ketegangan otot-otot. Bukan semua kerusi roda boleh digunakan oleh semua golongan OKU diatas. Knee-Ankle Foot Orthoses. Ramai OKU yang tidak mampu berjalan dengan sempurna menggunakan bantuan teknologi brace sebagai alat bantuan pergerakan mereka. Brace merupakan satu alat ortopedik yang di pakai oleh sesetengah individu yang mengalami masalah yang berkaitan dengan ortopedik. dan sebagainya amat memerlukan alatan bantuan teknologi seperti kerus roda. Foot Orthoses dan Hand Orthoses. mengelakkan atau mengurangkan masalah system rangka atau anggota badan yang berposisi abnormal dan meningkatkan fungsi sesuatu badan.penggunaan alatan bantuan teknologi ii dapat mengelakkan daripada berlakunnya kemalangan. tetapi aspek-aspek keselamatan dan kesesuaian seseorang individu terlebih dahulu dinilai untuk penggunaan kerusi roda. Walaubagaimana pun. ada individu yang memasang tray pada kerusi roda untuk memudahkan pelajar menulis. Brace biasanya diperbuat daripada Plastik tetapi ada juga yang diperbuat daripada logam. Individu yang mengalami masalah fizikal. belajar. Teknologi telah menghasilkan beberapa jenis dan bentuk kerusi roda yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. makan dan sebagainya. serebral palsi. Spinal Orthoses. . Brace atau Orthoses juga merupakan alatan teknologi yang dihasilkan untuk membantu kedudukan atau pergerakan OKU terutamanya golongan Serebral Palsi. Teknologi penciptaan brace banyak menyumbang kemudahan kepada golongan berkeperluan khas. secara umumnya kerusi roda boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerusi roda biasa yang perlu di tolak sendiri atau seseorang dan kerusi roda bermotor yang boleh bergerak sendiri dengan hanya menekan atau mengawal suiznya sahaja.

Bekas buangan yang di reka cipta bersesuaian digunakan untuk mereka. Perkembangan teknologi juga telah menghasilkan alat bantuan tandas OKU dan bekas buangan untuk golongan berkeperluan khas. Dengan hanya mengerakkan alat kawalan itu. Bentuk dan saiz yang sesuai memudahkan mereka. Dengan adanya teknologi ini. Ia juga member peluang yang baik kepada mereka untuk belajar. Disamping itu. bidang teknologi juga menampakkan kemesraan atas alat ciptaan yang dihasilkan. Namun begitu. 4. Sebagai contoh alat yang diberi nama . Dengan bantuan alat berteknologi yang direka cipta khas untuk golongan ini dapat memberikan peluang kepada mereka untuk hidup berdikari. Ada di antara mereka yang mampu ke tandas. Selain itu. Oleh hal yang demikian. mengakses maklumat dan berhubung dengan orang lain. Untuk memudahkan golongan ini membuang air. Tidak semua golongan itu akan memakai lampin atau pampers untuk membuang air. Rex digunakan dengan menyarungkan alat bantuan tersebut di bahagian pinggang ke bahagian bawah badanya.satu penciptaan alat bantuan berteknologi khas dicipta untuk golongan ini.tandas yang biasa digunakan oleh orang normal tidak bersesuaian dengan spesifikasi orang berkeperluan khas. golong berkeperluan khas dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik.Kemunculan alat bantuan berteknologi yang diperbuat daripada logam dan kerangka gentian karbon bermotor atau diberi nama „Rex‟ telah mengubah keupayaan seseorang individu lumpuh yang dulu hanya bergantung harap kepada kerusi roda sematamata dan yang hanya terlantar di lantai sahaja kini mampu untuk berjalan seperti orang normal. tandas mesra OKU perlu dibina untuk kemudahan OKU.selepas penggunaan bekas tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penciptaan teknologi Rex dapat membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU). ianya hanya perlu di basuh dan boleh dibawa berjalan kemana-mana sahaja. seseorang individu yang lumpuh atau tidak boleh berjalan mampu berjalan menggunakan “kaki robot” tersebut.2 Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) Bahan atau alat berteknologi juga tidak ketinggalan dalam bantuan untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua lapisan latar belakang pelajar termasuklah kepada pelajar pendidikan khas.

Pengajaran berbantu komputer boleh meningkatkan kemahiran. Manakala teknik berbantukan . seperti membuat buku bergambar yang dapat membantu muridmenjalani tugas seharian (Browder et al.Pictures Exchange Communication System dan alat bersuara mudah (Kaiser dan Grim 2006). terdapat beberapakategori bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran. Sistem komunikasi Augmentatif dan Alternatif mengandungi tiga komponen iaitu teknik komunikasi. seperti buku bergambar sehingga kepada sistem berkomputer.Komunikasi Augmentatif dan Alternatif atau dikenali sebagai AAC telah banyak membantu pelajar pendidikan khas terutamanya bagi yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi. gestur. (1993) mendapati komunikasi augmentatif dan alternatif boleh didapati dalam pilihan berteknologi rendah. Teknik tanpa bantuan alatan tidak memerlukan sokongan peralatan atau prosedur untuk melaksanakannya. Seperti diketahui umum. Bagi teknik komunikasi. Menggabungjalin komunikasi pertuturan serta bukan pertuturan ke dalam sistem komunikasi augmentatif danalternatif lebih berkesan jika dimulakan seawal usia kanak-kanak. Teknik ini termasuklah pertuturan. 1991) yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi sedia ada yang dimiliki oleh pelajar. 1986 ). Alat komunikasi augmentatif dan alternatif berteknologi rendah meliputi gambar. 1990 ). Guru juga boleh menggunakan bahasa simbolik ketika mengajar bahasa. pengetahuan dan pencapaian akademik murid. Locke. terdapat dua asas teknik AAC iaitu berbantukan alatan dan tanpa alatan ( Vanderheiden & Lloyd. Komunikasi augmentatif merujuk kepada pelbagai pendekatan komunikasi yang boleh digunakan untuk membantu individu yang mempunyai limitasi dalam kebolehan berkomunikasi secara semulajadi (Franklin dan Beukelman 1991). bahasa isyarat dan mimik muka. bahasa tulisan. 2006). Reiche elt. Terma Komunikasi Augmentatif merujuk kepada kaedah dan peralatan yang menghasilkan atau membekalkan kemahiran verbal ( Mustonen. Kajian Okolo et al. foto.garisan. bahasa isyarat. sistem simbol dan kemahiran komunikasi ( McCormmick & Shane. seperti berteknologi tinggi dan bahan bercetak.

Ini menjadikan e-buku mempunyai format yang menarik untuk kamus. Hal ini berlaku sebaliknya apabila penyampai ingin menyatakan sesuatu kepada mereka..3 Bahan teknologi buku eletronik E-buku atau buku eletronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data eletronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. kehidupan. . 4. E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat tanpa beban yang berat. masakan dan sebagainya.alatan pula melibatkan penggunaan alatan eletronik atau alatan bukan eletronik serta melibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan beberapaa sistem simbol. AAC adalah berteknologi tinggi terhadap pendekatan untuk membantu kanakkanak untuk berkomunikasi. atau dirujuk dengan menggunakan hyperlink. agama. dengan demikian orang lain akan faham akan apa yang mereka ingini. buku rujukan dan juga sesetengah buku teks. teknologi. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan dating kelak. Ia merangkumi bidang pendidikan. Apabila ingin menyatakan sesuatu yang diperlukan mereka hanya perlu menggunakan AAC dengan menyentuh gambar yang terdapat di skrin. politik. Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet. kita dapat lihat bahawa komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan bantuan AAC walaupun kanak-kanak tersebut mengalami masalah bahasa dan komunikasi. Dari situ. penyampai hanya perlu taip perkataan di skrin atau klik kepada gambar supaya mereka faham akan apa yang ingin dituturkan oleh penyampai. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakkan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail pdf atau seumpamanya untuk memudahkan setiap individu untuk membacanya di computer atau peranti khas. alam sekitar. E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks.

Kedudukan dan posisi . Penggunaan buku elektronik yang mempunyai aplikasi buku digital. Buku elektronik adalah buku digital yang dikawal perisiannya menerusi portal pembelajaran. Maklumat di dalam buku elektronik adalah berbentuk setempat kerana buku ini menggunakan system tertingkap yang membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar buku elektronik tersebut.Selain itu juga. Buku elektronik yang beroperasi tanpa wayar dan mudah untuk digunakan adalah sesuai bagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas. Kemajuan di dalam teknologi informasi dan komunikasi telah membawa aliran atau kaedah baru dalan cara pembacaan.4 Contoh-contoh bahan teknologi: I. kompuetr dan internet adalah alat bantu mengajar yang menarik untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah. penggunaan buku elektronik di bilik-bilik darjah adalah merupakan satu inovasi yang sesuai dengan gaya pembaca generasi kini untuk mendapatkan maklumat. Penggunaan buku elektronik memberikan wadah baru bagi menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca serta mengumpulkan maklumat (Gandhi 2001). 4.

II. Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif .

wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/ Rujukan : http://virtualfriends.III.0 Rujukan Rujukan:http://suhairi87.net/article/articleview.cfm?AID=43348 . Bahan Teknologi Bahan Elektronik 5.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful