You are on page 1of 2

Tamadun cina dalam pemantapan Malaysia dan dunia -Kepercayaan -Kebudayaan -Social -Teknologi -Ilmu

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (PANDANGAN SEMESTA T,CHINA)


2.2 TAMADUN CHINA Secara umumnya ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhannya melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina pula melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia. Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primatif, telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing pula, Tian disamakan dengan Dao. Konsep Dao ialah jalan (the way). Dalam kitab ini juga, Doa dianggap prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya. Doa diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat dan ia juga merupakan primordial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka. Di samping Doa, kitab Yijing (The Book of Changes) pula menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikuasa iaitu Ying dan Yang. Manifestasi Ying dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ini disebabkan kesemua fenomena tersebut telah berubah kepada kutub yang berlawanan apabila mencapai peringkat kemuncak. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao. Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut manakala Yang mewakili lelaki iaitu aktif, panas, cerah,kering, keras.

Konsep perpaduan antara Tian dengan insan (tian-ren heyi) pula terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Disebabkan hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran kepada kerajaan berkenaan. Konsep yang menggabungkan aliran pemikiran Ying-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme ini dikemukakan oleh Dong Zhongshu iaitu seorang pujangga Konfusian di zaman dinasti Han. Konsep ini terus mempengaruhi tradisi pemikiran orang Cina sehingga masa kini dalam proses perkembangan ketamadunannya. Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden Mean) pula merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Hal ini merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan. Prinsip ini merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Dalam kitab The Doctrine of Mean dinyatakan bahawa pencapaian tahap pemusatan dan keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi ini, dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara. Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand Unity). Datong merupakan utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan Agung ini dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah yang tua akan dijaga dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada perbuatan maksiat, mencuri atau pemberontakan. Walaupun matlamat tersebut amat sukar untuk dicapai, namun utopia Konfusian ini tetap menjadi pegangan bagi masyarakat Cina.

You might also like