Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kami berpraktikum di SKPS, di kesempatan ini ,saya Amalina mewakili rakan

guru pelatih yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama tuan guru besar kerana sudi menerima kami sepanjang tempoh 3 bulan di sini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada cikgu skps terutama cikgu pembimbing yang telah banyak memberi kami pelbagai bimbingan serta dorongan sama ada secara sedar atau tanpa sedar. Pada kesempatan ini juga, kami ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maa!, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhila!an dari segi tutur kata dan perbuatan kepada cikgu di SKPS. Kami ingin memohon maa!, sekiranya kami tidak dapat menjalankan tugas dengan cemerlang atau terdapat kekurangan sepanjang tempoh kami berpraktikum di sini. Sebagai tanda penghargaan kami kepada pihak sekolah, i"inkan kami untuk memberikan sedikit cenderamata kepada pihak sekolah sebagai kenang#kenangan.