PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR

)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN MODUL KURSUS MAJOR SEMESTER 6

BMM 3111

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,

ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

2 Semantik dan Linguistik 1.1 Semantik dan Makna 1.1 Sinonim dan Antonim 2.3 Semantik dan Sejarah Aktiviti Kendiri Tajuk 2 Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 2.2 Hiponim.KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Semantik dalam Bahasa Melayu Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 1. Homonim dan Polisem i i iii Vi viii x 1 4 .

2 Penyempitan Makna Aktiviti Kendiri 11 Tajuk 5 Peristilahan Bahasa Melayu 13 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 5. Tataistilah dan Tatanama 5.Aktiviti Kendiri Tajuk 3 Makna Ayat dalam Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 3.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu 6.1 Makna Ayat 3. Morfem Penulisan Aktiviti Kendiri Tajuk 6 Sumber Istilah Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 6.2 Istilah Khusus dan Umum.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asing Aktiviti Kendiri Tajuk 7 Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu 29 37 .2 Kerangka Genaratif Chomsky Aktiviti Kendiri 9 Tajuk 4 Perubahan Semantik Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 4.1 Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun 6.1 Pengembangan Makna 4.

2 Akronim Aktiviti Kendiri Tajuk 8 Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 8.Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 7.1 Ejaan Fonemik dan Etimologi Aktiviti Kendiri Latihan Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul 40 .1 Singkatan 7.

Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. dan masa anda. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. sumber-sumber pembelajaran. Tiada kuliah atau . Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. 2. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. 1. . 4. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. 5. Walau bagaimanapun.tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. 3. Teliti maklumat yang diterima. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

Gabungan Kata. Tajuk 5 .Hiponim.Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu. Kata. dan Semantik dan Sejarah Tajuk 2 mengenai Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada pecahan tajuk Sinonim. 7. Kata Berimbuhan. (Sila rujuk . Tajuk 8 . P ENGENALAN Kursus BMM3111 (Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu) terdiri daripada 15 tajuk. Tajuk 6 . Tajuk 3 .6. Tajuk 4 . Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.Peristilahan Bahasa Melayu.Perubahan Semantik.Agihan Tajuk). Homonim (Homograf. Penyempitan Makna dan Anjakan Makna Tajuk 5 membincangkan Peristilahan Bahasa Melayu yang merangkumi Konsep Dasar Peristilahan (Definisi. Homofon) dan Polisem Tajuk 3 membincangkan Makna Ayat dalam Bahasa Melayu dengan melihat konsep Makna Ayat dan Kerangka Generatif Chomsky Tajuk 4 adalah khusus menyentuh aspek Perubahan Semantik daripada aspek Pengembangan Makna. Modul ini mengandungi 8 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan. Morfem Peristilahan. Lapan tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 . Antonim.Sumber Istilah Bahasa Melayu.Tajuk 2 . Bentuk Prototaip.Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu Secara umumnya ringkasan tajuk-tajuk tersebut adalah seperti yang berikut: Tajuk 1 mengenai konsep Semantik dan Makna .Semantik dalam Bahasa Melayu. serta Paradigma Kata . Istilah Khusus dan Umum.Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu. Imbuhan. Tajuk 7. Tataistilah dan Tatanama). Semantik dan Linguistik. Kata Dasar dan Kata Akar. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.Makna Ayat dalam Bahasa Melayu.

Penyesuaian Ejaan dan Imbuhan Asing Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Sebagai memantapkan kefahaman terhadap setiap tajuk dalam kursus ini. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari dan topik-topik lain yang berkaitan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. pelajar dinasihati membuat banyak rujukan dan pembacaan. Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. dan Lambang Gambar Tajuk 8 terdiri daripada Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayuyang merangkumi Ejaan Fonemik dan Etimologi dan Ejaan Nama. Perbendaharaan Kata Bahasa Asing Tajuk 7 membincangkan Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu yang terdiri daripada istilah Singkatan.Tajuk 6 berkaitan Sumber Istilah Bahasa Melayu yang terdiri daripada Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu.Akronim. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah yang mengajar melalui emel atau secara bersemuka. . Lambang dan Huruf Bilangan.

Kandungan Interaksi Bersemuk a (jam) Modul (jam) Jum. Antonim  Hiponim. Homonim (Homograf.AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Bil. Jam 1 Semantik dalam Bahasa Melayu  Semantik dan Makna  Semantik dan Linguistik  Semantik dan Sejarah Fitur Makna dalam Bahasa Melayu  Sifat Makna  Kelas Makna  Lewah dalam Makna Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu  Sinonim. Homofon)  Polisem Makna Ayat dalam Bahasa Melayu  Makna Ayat  Kerangka Generatif Chomsky Perubahan Semantik  Pengembangan Makna  Penyempitan Makna - 2 2 2 2 - 2 3 - 2 2 4 - 2 2 5 2 2 . Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Kandungan Interaksi Bersemuk a (jam) Modul (jam) Jum.  Istilah Khusus & Umum. Morfem Peristilahan. Imbuhan. Paradigma Kata Sumber Istilah Bahasa Melayu  Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu  Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun  Perbendaharaan Kata Bahasa Asing Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu  Konsep dan Langkah  Syarat-syarat  Pembentukan Istilah Baru 2 - 2 7 2 - 2 8 2 - 2 9 - 2 2 10 - 2 2 11 2 - 2 . Tataistilah & Tatanama. Jam  6 Anjakan Makna Semantik Teori Pembuktian  Keharmonian dan Pembuktian  Koheren dalam Pembuktian Taksa dan Ketaksaan Makna dalam Tatabahasa  Permasalahan dalam Pengajaran Makna  Kepersisan Makna. Ketaksaan Leksikal dan Struktur  Kekaburan Makna Peribahasa Bahasa Melayu  Makna dalam Peribahasa  Asal Makna dalam Peribahasa Peristilahan Bahasa Melayu  Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi. Gabungan Kata. Bentuk Prototaip.  Kata Berimbuhan.Bil. Kata.  Kata Dasar & Kata Akar.

Bil. Jam 12 Mengaplikasi Pembentukan Istilah menggunakan Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu  Kata Bahasa Melayu yang Lazim & Tidak Lazim  Kata Bahasa Serumpun yang Lazim & Tidak Lazim  Kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing Lain 2 - 2 13 Aspek Tatabahasa dan Semantik Peristilahan Bahasa Melayu  Penggunaan Kata Dasar. Proses Pengimbuhan. Reduplikasi. Sinonim. Proses Analogi  Penterjemahan. Hiponim. Penggabungan. Paradigma Istilah. Homonim. Kepoliseman Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu  Singkatan  Akronim  Lambang & Huruf Bilangan  Lambang Gambar Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu  Ejaan Fonemik & Etimologi  Transliterasi dan Transkripsi  Ejaan Nama. Penyesuaian Ejaan & Imbuhan Asing  Gugus Konsonan 2 - 2 14 - 2 2 15 1 1 2 JUMLAH 15 15 30 .  Peleburan Fonem & Suku Kata. Kandungan Interaksi Bersemuk a (jam) Modul (jam) Jum.

makna leksikal. Menjelaskan tentang semantik . Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Untuk memahami bahasa. 2. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya.  HASIL PEMBELAJARAN 1.TAJUK 1  SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat.  KERANGKA TAJUK-TAJUK SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU SEMANTIK PERISTILAHAN 1. fitur makna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. dan makna ayat. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik. kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya.1 Semantik dan Makna .

. dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti „suatu sifat intrinsic. iaitu: (i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata. dan „emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu‟. kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan tatabahasa.Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. suatu inti. konotasi sesuatu kata. Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Breal daripada kata Perancis semantique.Manakala makna pula secara umumnya membawa erti „maksud‟ atau „erti‟. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M. pokok. manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain. Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos. atau (ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar. yang bermaksud penting atau bererti. 1. atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung. Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings.2 Semantik dan Linguistik Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagain”ilmu tentang makna atau erti”. suatu kemahuan‟. istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Walau bagaimanapun. Jadi. berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992).

kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”.Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna.3 Semantik dan Sejarah Berdasarkan sejarah linguistik. Contohnya. dan tanpanya. walaupun ayat ini menepati aturan bahasa. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik. sebagai ayat yang betul. . Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa. kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu. maklumat semantik amat penting dalam linguistik. Sebelum tahun 1930. perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann. 1. Sebaliknya. Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. 1996). Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tetapi. pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. selepas tahun 1930. kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Menurut Ullmann (1996). iaitu perubahan makna. iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Tegasnya.

3. seperti semantik linguistik dan semantik falsafah.1 (a) Apakah maksud istilah semantik? (b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik Aktiviti Kendiri 1. Bolehkan anda menyenaraikan tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang tersebut? .2 Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang.Aktiviti Kendiri 1.3.

Dalam sesuatu bahasa.1. „ganggu‟ dan „kacau‟. Dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh. sinonim disebut sebagai perkataan seerti . „suka‟ dan „gemar‟. „lupus‟ dan „luput‟. seperti tersusunya dalam bentuk kamus. Membezakan antara sinonim dan antonim.1 Sinonim dan Antonim 2. susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Sebaliknya. „sejuk‟ dan „dingin‟. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Secara umumnya. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu. iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. di kawasan zoo kita akan . perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.  TAJUK-TAJUK 2. 2.  HASIL PEMBELAJARAN 1. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan.TAJUK 2  MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. „loncat‟ dan „lompat‟ dan sebagainya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu. misalnya perkataan „kereta‟ dan „motokar‟.1 Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan.

1.4 Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.1. Di perpustakaan pula.1.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Dalam dialek Kedah. . „belalang‟ bermakna „cakcibau‟. bercakap dan berbual -bual‟. „tumbuhtumbuhan‟. „haiwan‟ dan „benda‟ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. iaitu sinonim pinjaman. manakala „undang‟ dalam konteks tulisan. laras sosial.1 Sinonim Pinjaman „Belalang‟ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu.1.1. Dalam semantik. 2.1. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini‟. Contohnya perkataan „banyak‟ dan „ramai‟ mempunyai makna yang sama. Sebenarnya. ada beberapa jenis sinonim. „jemput‟ digunakan dalam konteks lisan. dalam dialek Perak. „batas‟ ialah „jalan raya‟.2 Sinonim Konteks Perkataan „jemput‟ dan „udang‟ banyak digunakan dalam konteks protokol.” “Perkataan „banyak‟ boleh digunakan sama ada bagi „manusia‟. Misalnya „penyanyi‟ ialah orang yang „bernyanyi‟ manakala „biduan‟ bermaksud „status‟ yang tinggi dalam profesionalisme seni. konteks. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. terdapat ka takata yang berbunyi „Dilarang membuat bising. “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.melihat papan tanda yang tertulis „Tolong jangan usik. 2.1. yang maksud konvensionalnya ialah „timbunan tanah yang menjadi sempadan petak petak sawah‟. Walau bagaimanapun. dan kolokasi.1. 2. Contoh ayat. 2.

Oleh itu kata nafi „tidak‟ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut. Cotohnya. perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati. tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini. cantik lawannya hodoh. . tebal-nipis. dan tidak matihidup. 2.1. hidup-mati. panjangpendek. miskin lawannya kaya dan sebagainya. sihat-sakit.2. Selain itu.2 Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya. perkataan tidur-jaga. Sebagai contoh. ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut. tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.2. Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan 2. tajam-tumpul. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Alasannnya.2 Antonim hubungan darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil. tinggi lawannya rendah. baik lawannya jahat. misalnya perkataan „lena‟ lawannya „tidak lena‟ ataupun „mati‟ bermaksud „tidak hidup‟. Namun demikian. kurus-gemuk dan sebagainya. kembangkuncup.1. 2. tinggi-rendah.1 Antonim pasangan komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain.Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. duduk-bangun.1. antonim disebut sebagai perkataan berlawanan. gembira-sedih dan sebagainya. misalnya sejuk lawannya panas.

Secara umumnya. hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Sebagai contoh. Hal ini kerana . Sebagai contoh. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama. tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Dalam hal ini.2. perkataan „kecil‟ pada „kerbau kecil‟ sebenarnya .melati.menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan „tikus kecil‟. mawar. melur. sama ada bunyi atau ejaan yang sama. Contohnya jika X „beri‟ barang pada Y bermakna Y akan „terima‟ barang itu. perkataan „kepala‟ yang membawa maksud „ketua‟ tidak sama maknanya dengan „kepada kereta api.kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai.Selain itu. majikan-pekerja dan sebagainya. Sebagai contoh. perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak.2 Hiponim.1.2.1 Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. jualbeli. 2. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. 2.2. tetapi berlainan makna. 2.2 Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara.3 Antonim hubungan bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Demikian juga perkataan „laju‟ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa. Homonim dan Polisem 2. „kepada manusia‟ dan „kepala surat‟. murid-guru. misalnya beri-terima.

Dengan kata lain.homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama. Ada masanya perkataan „tentang‟ boleh membawa maksud „lawan‟. 2.3. tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. Sebagai contoh.1 (a) (b) Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya Dengan contoh yang sesuai. terangkan perbezaan antara hiponim dan polisem. . tetapi berbeza dari segi makna.2. „tentang‟ dan „bisa‟ bervariasi maknanya. Berdasarkan contoh -contoh tersebut. kata bantu „tentang‟ boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Aktiviti Kendiri 2. Contoh lain ialah perkataan „bisa‟ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. secara normalnya „bisa‟ digunakan untuk menggantikan perkataan „boleh‟. polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Dalam perbualan di Indonesia.3 Polisem Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”.2.

Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan . Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian. 2. Kita telah pun mempelajari hubungan makna perkataan dan unsur semantik sebagai semantik leksikal sebelum ini. perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Dalam tajuk ini juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu mengikut Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik dan pengembangan makna. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Tanpa unsur ini. 3. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna.  HASIL PEMBELAJARAN 1. maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Menjelaskan definisi makna ayat. Seperti yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa yang mempunyai makna. Makna frasa dan ayat bergantung pada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan.1 Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Walau bagaimanapun dalam banyak perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat.TAJUK 3  MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu.

Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar.2. Ia diketahui. disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan. ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya.Dalam konteks berbahasa.2 Kerangka Generatif Chomsky Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Aktiviti kendiri 3. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif. 3. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa. kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan.tanpa membawa apa-apa makna. Seterusnya.1 (a) (b) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat? Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif Chomsky. . struktur dalaman dan struktur luaran. Hipotesisnya. perlakuan berbahasa. strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus. Menurutnya lagi.

TAJUK 4 PERUBAHAN SEMANTIK  SINOPSIS Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi pengembangan makna. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. 4. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna. Contohnya „berlayar‟. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.  HASIL PEMBELAJARAN 1.  KERANGKA TAJUK-TAJUK 4. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut „bapa‟ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut „saudara‟. 2.1 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Menghuraikan proses pengembangan makna. tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut „berlayar‟ . Dahulu kata „bapa‟ hanya dipakai dalam hubungan biologis.2 Penyempitan Makna .

Pateda (1986). sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan.kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. . Walau bagaimanapun kata ‟ahli‟ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ‟ahli‟ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga. penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas.Menurut Chaer (1995).

TAJUK 5  SINOPSIS PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kursus ini mengandungi pengenalan. kursus ini juga mengandungi sumber istilah Bahasa Melayu. dan cabarannya pada masa hadapan. politik dan ekonomi Malaysia . konsep peristilahan.1 Pengenalan Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah. peranan Dewan Bahasa dan Pustaka. anda dapat : 1. Cabaran dan masa depan peristilahan. Prinsip – prinsip pembentukan istilah. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan . istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan peristilahan Bahasa Melayu  HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti kursus ini. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu. Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan. sejarah penggubalan peristilahan. Ketiga – tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu. terutamanya dari segi peristilahan. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM. Di samping itu. Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu. 2. 5. 4. prinsip pembentukan istilah. kepentingan peristilahan dalam Bahasa Melayu. Peranan MABBIM. definisi. Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. 3. 5. Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972.

Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan. simbol dan objek.dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. Hingga kini. dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya. Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf. Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal. iaitu mempunyai teori yang tersendiri. bahasa lisan/tulisan. makna. Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber yang . sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep. Manakala teori yang lebih khusus. dan objek. yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai.1 1. Eugen Wuster. Dari segi teorinya. DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu. Melalui istilah. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan 2. Vienna. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara. iaitu lambang. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Latihan 5.

5. peN.2. Misalnya: ber.…-an (pemprosesan). fonem. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah.2 Definisi Istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591). asid. Contohnya. istilah ialah kata. kata hidrogren. kata umum boleh menjadi istilah.1 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Misalnya.(berinteraksi). nitrogen.1. tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.2. neonatal. 5. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. algebra dan sebagainya.2 Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan.3 Penggandaan . -an (hasilan).berdekatan. Misalnya: rumah. 5. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.1. 5. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. alofon.1.2. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. 5. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan.2. Tata istilah atau „terminology‟ pula merupa kan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. pengandaan dan penggabungan. Namun demikian.1 Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.

warganegara. kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah „bajet‟ digunakan). bumiputera dan sebagainya.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. 5. Secara ringkas.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Latihan 5. nyatakan usaha-usaha yang telah di mainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan kemajuan peristilahan di Malaysia.Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah. Pada pendapat anda. ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau. mengapa pengistilahan amat penting di negara kita? 2. menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa. dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Walau bagaimanapun. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha.2. beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan.2 1. Ungku A.1. sekarang ini kata kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. 5. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Aziz. Contohnya. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk . Dewan Bahasa dan Pustaka (2004). Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP.

. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah.  Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan – badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya. Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. kursus. antara peranan yang dilaksanakannya ialah. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu. Untuk memperkukuhkan lagi peranannya. Sehingga hari ini.  Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. tatabahasa dan perkamusan.bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Oleh itu.memajukan bahasa Melayu. mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah. Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu.  Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. rancangan Dewan Bahasa di radio. pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian . Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. menyebarkan panduan bahasa.  Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. taklimat. khidmat nasihat. Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Apa yang jelas. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. forum. Di dalam bidang bahasa.

Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Pada tahun 1950-an. ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu. Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem. iaitu: . kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia. sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Di bawah ini diberikan contohnya: a) Acid b) Aciditiy c) Acidic - asid (bukan acid) keasidan (bukan asiditi) berasid (bukan asidik) Selain itu. istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. cara dan pedoman. asiditi. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu. adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid. Dengan itu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu.  Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM. Berdasarkan pedoman yang baharu itu. Oleh yang demikian. dan asidik. kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. dan negara-negara lain.

Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa. kajilautan. dalam semua bidang ilmu atau yang popular. hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. iii. v. sedangkan kata -kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”. kajibintang.i. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia. dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga. Contohnya adalah seperti yang berikut: a) b) c) d) e) f) g) h) Biology Anthropology Sociology Archeology Phonology Geology Psychology Climatology - kajihayat kajimanusia kajimasyarakat kajipurba kajibunyi kajibumi kajijiwa kajiiklim Berdasarkan conoth – contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam. kajitumbuhan. kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Pembentukan istilah baharu. iv. dan Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Pada masa lalu apabila menggubal istilah. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya . Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden. kajihaiwan. ii.

Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa MelayuIndonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. dan yang seumpamanya. farmakologi. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain. tetapi mengapa pula perkataan “organ” diciplak daripada bahasa Inggeris. terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia. Cost price harga kos . Jerman dan Sepanyol. Oleh itu. Market price harga pasaran iii. iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama.dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu. neurologi. Price list senarai harga iv. Misalnya: i. supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis. Fixed price harga tetap ii. linguistik. untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas. Bagi dasar yang ketiga pun penting. untuk merealisasikan dasar – dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara. Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada. bahasa asing juga? Oleh itu. atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis. jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. seperti farmasi. dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat. Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua. sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia. a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu. antropologi. Persamaannya sangat banyak. fotosintesis. iaitu: Bagi istilah pinjam-terjemah. di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda. jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk. maka ditetapkan dasar kedua. filologi.

James Watt dan lain-lain. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya. kejuruteraan. hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan. Contohnya seperti Greenland. ii. hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya. iii. farmakologi. Kata-kata istilah ini diserap sahaja . Contohnya seperti computer dan digital camera. Wellington. aeroangkasa dan seumpanya. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan): a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. walau dalam apa bidang sekalipun. ekonomi dan ilmiah. c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya.v. Cost section - bahagian kos Untuk kepentingan kecekapan. keseragaman. atau tidak ada persamaan Melayunya. Bagi istilah pinjaman. penyelarasan. praktis. Burkina Passo. DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut: i. maka (mengikut keutamaan): i. orang atau gelaran atau idiom. dan Sesuatu istilah asing. b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri. atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepattepatnya.

Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal. Contohnya seperti radio. hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut: a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani. pada umumnya. televisyen dan sebagainya. terutama bagi istilah bukan ilmiah. Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas. terutamanya bagi istilah ilmiah. sekalipun kata akarnya nucleus. Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah: Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya. atomization dan yang seumpamanya. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan MelayuIndonesia. kerana ini mempunyai pengertian yang khas. Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam kata atomic. banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali. sama ada kata nama atau kata sifat. b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. iaitu: i. . Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu. d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa MelayuIndonesia.dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuhtumbuhan dan haiwan. atau ii.

Menteri Pendidikan Malaysia. seperti kosa kata bahasa asing. c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai. pada 23 Mei 1972 di Jakarta. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah: i. kata berimbuhan. yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972. morfem peristilahan. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan.4 Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara. tataistilah dan tatanama. Ini meliputi semua . dan Bapak Mashuri Saleh S. Manakala. kata dasar dan kata akar. ii. dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut: a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. f) Kata dalam bahasa asing lain. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat. bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata. setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn. istilah khusus dan istilah umum. kata gabungan. iaitu Negara Brunei Darussalam. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM). h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu. d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap.H. Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Indonesia dan Malaysia. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai.sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. e) Kata dalam bahasa Inggeris. imbuhan. 5. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah. Sumber istilah.

untuk mendapatkan Layari Internet 5. asiditi.4. Nyatakan dasar – dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia. istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. . Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. iaitu: i. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. perekonomian. atas alasan apakah dasar-dasar pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa? 2.bidang keilmuan seperti sains. teknologi. Dengan itu. apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid. Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan peranan DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu. pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. dan asidik. Untuk perkembangan Bahasa Melayu. kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.1 1. kesusasteraan dan sebagainya. Latihan 5. perundangan. 1. komunikasi maklumat.2 1. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden.4. Layari laman web maklumat tambahan. perubatan. cara dan pedoman. Latihan 5.

ii.

Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia; Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

iii.

iv.

v.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata -kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.

5.6 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;

i. ii. iii. iv.

Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. Kata terbitan. Kata ganda. Kata gabungan.

5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata nama: buruj constellation rawan gristle cahaya light Kata kerja: pecut Imbas reka accelerate scan invent

Kata adjektif: kenyal Rawak Cemas

elastic random anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : Cerpen tabika pawagam MARA BERNAMA KOBENA cereka kugiran RISDA ADUN PLUS BERNAS

5.6.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa. a. Paradigma kata dengan imbuhan berContoh:

belajar bertapa bertani

pelajar pertapa petani

pelajaran pertapaan pertanian

b. Paradigma dengan Penambah me(N)Contoh: Menulis mengajar mengamal membesar mengubah mengairi penulis pengajar pengamal pembesar pengubah penulisan pengajaran pengamalan pembesaran pengubahan pengairan tulisan ajaran amalan -

c. Paradigma dengan me(N)-, berContoh: memberhentikan pemberhentian perkecualian pembelajar perhentian pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, perContoh: Mempersatukan Memperoleh mempelajari pemersatu pemeroleh pelajar pemersatuan pemerolehan persatuan perolehan pelajaran

e. Paradigma kata dengan ke - an Contoh: saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian

f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh:

Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Serta-merta Bolak-balik Dolak dalih Pupu poyang 5.4 Istilah Bentuk Gabungan Batu-batan Bengkang-bengkok Hingar-bingar Mudar mandir rempah ratus .6. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejarian d. Ganda Penuh Contoh: langit-langit labi-labi buku-buku kanak-kanak paru-paru guru-guru b. a.6.3. Ganda Suku Kata Awal Contoh: Tetikus Cecair gegua rerongga Rerambut jejari c. Istilah Kata Ganda gerigi tenusu telapak kemuncup sinambung Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.Gigi susu tapak kuncup sambung 5.

Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang daftar masuk mesin kira tangan ganda tiga atas aras laut mesin atur huruf segi empat tepat kamera laut dalam ii.contoh seperti: Jagaan perlindungan Perjanjian meluluskan kedudukan anggaran perbelanjaan terealisasi .Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih.contoh seperti : saksi pendakwa dalam talian mengambil alih penerima janji pelarasan gaji atas talian menerima pakai gelombang melintang iii. sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh . i.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.angelfire. Azman Wan Chik.1985. Semoga berjaya. (1987). Rencana Linguistik.4 1. . cuba anda senaraikan contoh – contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan. (1994). Berdasarkan contoh – contoh di atas.145-164) Abdullah Hassan & Ainon Mohd.html accessed on 5 July 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Itu sahaja yang perlu anda lakukan.hlm.com/id/ahmad awang/meaning.Latihan 5. Tatabahasa Dinamika. Binaan Makna. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik . Buku rujukan Abdullah Hassan (ed). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu.

Contoh – contoh seperti: . 6. dipilih fisiologi  kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. Ini berdasarkan perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu.  kata berkenaan tepat memberi makna.TAJUK 6  SINOPSIS SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Contoh: Hospital dan rumah sakit. konsep. keadaan atau ciri yang dimaksudkan. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut. dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ.  kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). perbendaharaan kata bahasa asal .1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu. bentuk – bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang. perbendaharaan kata serumpun. penyerapan istilah asing. 6. proses.

Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.  Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya.  Sesuai maknanya.     gambut (daripada bahasa Banjar) – peat nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf dening (daripada dialek Kelantan) – yoke 6. bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Contoh – contoh seperti: Istilah Bahasa Asal         Atom Electron Professional Psychology Structure Radio Television Radiography         Istilah Bahasa Melayu Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen Radiografi 6. Untuk tujuan keseragaman. .4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing.

4. Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan. 6.2 Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. dan  Kepraktisan.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa. bona fide . 6. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh – contoh seperti : Istilah Asing      Campaign Custom Dengue Grant Pension      Istilah Bahasa Melayu Kempen Kastam Denggi Geran Pencen 6. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya. digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring.  Kemudahan belajar bahasa.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada:  Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat. Contoh: a.4. spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.4.

1 1. (1994).b. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia? Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. c. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. c.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Tatabahasa Dinamika. istilah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah: a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data scrambler Bahasa Melayu Sidang audio Autosimpan Siaran. esprit de corps fait accompli weltanschauung cal de sac Latihan 6. Sebagai contoh. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh? 2. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu.siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan . d. 6.

Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital b) Istilah Undang Undang Bahasa Inggeris Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Mandatory procedure Native Natural justice Bahasa Melayu Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi c) Istilah Komputer Bahasa Inggeris Access Bench mark Cursor Bahasa Melayu Capaian Tanda aras Kursor .

Data base Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Short-term financing Sole agent Steering committee Bahasa Melayu Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu e) Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Bahasa Melayu Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet .

waitress (P) f) Fotografi Bahasa Inggeris Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji Bahasa Melayu Fotografi abstrak Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex g) Istilah Matematik dan Statistik Bahasa Inggeris Aerial cable Bahasa Melayu Kabel aerial .Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L).

ii. mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. linguis dan pendidik. dan kritikan sinis ini sering terdengar. Bagi orang yang tidak memahaminya. Latihan 6. Suatu masa dahulu.6 Afin Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat. bahasa serumpun. mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat. pengagregatan Indeks pengagregatan Model berdaya agregat Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa. ii.Affine Affine geometry Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model 6. Walau bagaimanapun. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu. tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru. Penentuan sumber istilah (bahasa asal. tentu sekali banyak cabarannya. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum: Kepesatan ilmu : i. bagi orang bahasa. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu. Adakah anda setuju bahasa yang digunakan itu tepat dengan . bahasa pinjaman) Kepakaran : i. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka.2 1. Beri pendapat anda tentang kualiti peristilahan yang di gunakan. khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah. banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh media-media massa di Malaysia.

(1975).apa yang hendak dinyatakan? Sila rujuk pakar-pakar berdekatan dengan anda. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan . O. Grace.hlm 19-26). Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Semantics: The analysis of meaning. H. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nathesan. Hashim Hj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.F. New York: Seminar Press.R. Addision Wesley Longman. Pengantar Falsafah Bahasa. (2000). (Edisi Kedua). (2001 ).pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan) Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu. Kuala Lumpur. Grady. Palmer. W. . peristilahan yang Buku rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. S. Musa (2006).Syntax ang semantics 3: Speech acts. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Semantik. (1992).

. cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan lambang.TAJUK 7  ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang bahasa. Selain itu.

7. Misalnya: Mara Perkim Bernama Tadika Majlis Amanah Rakyat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Berita Nasional Malaysia taman didikan kanak – kanak . Misalnya : lab ( laboratory) b) Menyingkatkan huruf ejaan.1 Definisi Singkatan Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. akronim dan lambang dalam bahasa Melayu.1. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan tentang konsep singkatan. ringkasan . Misalnya: sin sinus cm sentimeter cos konsinus hab habitat c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang 7. Manakala Asmah Hj. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan : a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap.

Misalnya: JKR TLDM IPGKTAR Abdul Razak LUTH ABIM ADUN IKIM Jabatan Kerja Raya Tentera Laut DiRaja Malaysia Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Lembaga Urusan Tabung Haji Angkatan Belia Islam Malaysia Ahli Dewan Undangan Negeri Institut Kefahaman Islam Malaysia 7. fonem.Cerpen Kugiran Berdikari Pawagam Perkeso - cerita pendek kumpulan gita rancah berdiri dengan kaki sendiri Panggung wayang gambar Pertubunhan Keselamatan Sosial d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata. dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.1.2 Definisi Lambang Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi. Contoh : meter kilogram second ampere degree candela radian steradian meter kilogram saat ampere darjah kandela radian steradian m kg s A K cd rad st .suku kata. Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya. istilah begini dipanggil akronim.

TAJUK 8 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU  SINOPSIS  HASIL PEMBELAJARAN .mole hecto centi mega giga - mol hekto senti mega giga - mol h c M G Latihan 7. Penggunaan lambang – lambang istilah belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia. Tamat. Beri pendapat anda? Layari internet Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Semoga anda berjaya.1 1.

Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa sumber yang lain. Bahasa – bahasa bereknaan seperti bahasa Arab. Contoh : Bismillahirrahmanirrahim muslimin mslimat untaz ustazah haji hajah fikir hadith gaib zakat akad lafaz solat iman imam talak lian . Berdasarkan transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut. bahasa Sankrit dan bahasa – bahasa lain.Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. 8. Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISOR233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. bahasa Yunani. Contoh transliterasi Arab.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain (spt Rumi).

tidak diubah.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan.1 1. maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain. Misalnya: Baekelund Cannizzaro Aquadag Dacron Keops Dmitri Ivanovic Mendeleev Anton Chekhov Mao Tze Tung Latihan 8. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan.sujud kiam 8. Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan transkripsi dalam . Misalnya: bureau police ambulance biro polis ambulans Ejaan nama khas. pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). senaraikan contoh – contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan. berjaya. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan.angelfire. Dengan merujuk buku dan internet. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa Dinamika. (1994). 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1985. Azman Wan Chik. 2. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Merujuk buku atau bahan internet .com/id/ahmad awang/meaning. Binaan Makna. Rujukan Semoga anda terus Abdullah Hassan & Ainon Mohd. http://www. senaraikan cotoh – contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh media massa terutama media cetak di Malaysia.html accessed on 5 .Bahasa Melayu. Tamat.

Teuku Iskandar.July 2007. . Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kamus Dewan Edisi Keempat.2008. Kuala Lumpur.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful