You are on page 1of 1

Hari Isnin Kumpulan 1 terdiri daripada Hazel dan Afifah.

Kami ditempatkan ke sesi P&P yang dijalankan di dalam sebuah kelas yang berada di belakang kawasan PDK ini. setelah masuk ke dalam kelas tersebut kami diberikan penerangan serba ringkas aktiviti yang akan dijalankan oleh petugas tersebut. Setelah itu kami melakukan pergerakan menari mengikut rentak lagu yang diperdengarkan. Menurut petugas PDK, aktiviti ini dijalankan untuk merangsang pelatih ini menggerakkan motor kasar mereka. Aktiviti ini diteruskan sehingga tiba waktu rehat. Setelah selesai waktu rehat, kami memasuki kelas yang sama tetapi kali ini murid tersebut di ajar menguruskan diri terebih dahulu. Mereka diberi mandi secara bergilir-gilir kemudian di ajar cara memakai baju dan menyikat rambut. Setelah itu mereka akan di ajar kemahiran motor halus menggunakan alat mainan yang terdapat dalam kelas tersebut. Menurut petugas di kelas ini, murid yang di tempatkan di dalam kelas ini adalah murid yang masih belum bersedia untuk belajar dan tidak tahu menguruskan diri atau dalam bahasa lain kelas ini dikenali sebagai kelas persediaan. Kami berada di kelas ini sehingga murid-murid tersebut pulang pada jam 11.30 pagi.