P. 1
isu kewangan dlm guru.docx

isu kewangan dlm guru.docx

|Views: 8|Likes:
Published by Stella Sigi
bm
bm

More info:

Categories:Types, Business/Law
Published by: Stella Sigi on Nov 02, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/21/2014

pdf

text

original

Isu Keguruan: Penyelewengan Wang Di Sekolah

1.0 PENGENALAN Menyedari masih ramai masyarakat di negara kita yang masih tercicir dan tidak berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan, pihak KPM telah menunjukkan keprihatinannya dengan menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid yang berkelayakan. Objektif penubuhan tabung KWAPM ini adalah untuk membantu golongan ibu bapa dan murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Tujuan pihak KPM menubuhkan tabung KWAPM ini juga adalah untuk mengurangkan jurang peluang pendidikan di anatara bandar dan luar bandar. Walaubagaimanapun, setelah pihak KPM melaksanakan tabung ini, timbul pula isu yang semakin hangat diperkatakan dari hari ke hari iatu guru KWAPM menyeleweng duit yang sepatutmya diberikan kepada murid. Malah ada pula isu yang menjadi bertambah rumit apabila wang yang sepatutnya menjadi kegunaan untuk murid membeli barang peralatan di sekolah telah disalahgunakan oleh ibu bapa. Kenapakah isu ini masih boleh timbul sedangkan setiap guru KWAPM telah dipertanggungjawabkan tugasnya dan senarai nama murid yang layak telah disenaraikan?

Pengurusan kewangan merupakan satu aspek yang penting di sekolah. Aspek pengurusan kewangan merupakan satu tugas penting yang perlu dikendalikan dengan sistematik dan berkesan. Di sekolah, Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan aspek kewangan dijalankan mengikut peraturanperaturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Guru Besar juga untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan berlaku di dalam pentadbiran kewangan sesebuah sekolah. Pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap Guru Besar sesebuah sekolah itu sendiri. Namun, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Guru Besar pula telah menjadi satu masalah besar kepada pengurusan kewangan sekolah apabila telah dilaporkan bahawa terdapat kes penyelewengan dan penyalahgunaan wang yang berlaku berpunca daripada Guru Besar itu sendiri. Hal ini umpama ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan dalam mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Saham Pelajar Miskin (KWAPM) di mana dilaporkan lapan kes kehilangan dan penyelewengan wang berjumlah RM 196,550 telah dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008. Dua kes melibatkan penyalahgunaan wang oleh guru besar, tiga kes kehilangan wang oleh guru besar, dua kes kegagalan guru besar menyerahkan wang dan satu kes aduan penyelewengan kewangan oleh guru besar. 2.0 PUNCA PENYELEWENGAN WANG DI SEKOLAH Isu penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata kewangan yang lemah merupakan salah satu punca berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah. Hal ini mudah berlaku kerana apabila penyata kewangan tidak tetap dan sentiasa mempunyai kesilapn dalam penyata akan

2009 telah melaporkan penyelewengan ini berlaku disebabkan oleh Guru Besar sendiri. namun tahap kesedaran dan sikap ‘tidak mengapa’ ini menjadi satu rutin biasa bagi guru yang tidak bertanggungjawab. Antara kes-kes yang dimaksudkan adalah bantuan murid per kapita dan wang kedai buku. Penyalahgunaan wang mudah berlaku sekiranya Buku Tunai tidak dikemaskini setiap masa. Namun. . Pihak yang dipertanggungjawabkan haruslah amanah dan memikul tugas yang diberikan dengan cekap dan berhemah. Walaupun perkara ini dianggap seperti perkara biasa. Salah satu faktor berlakunya penyalahgunaan wang di sekolah adalah disebabkan guru tidak dapat menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kerjayanya. ‘lapan kes kehilangan dan penyelewengan berjumlah RM 196. Perkara ini berulang setiap tahun dan pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan peraturan kewangan dipatuhi setiap masa. Berdasarkan piagam pelanggan. Selain itu juga. sesiapa sahaja tidak boleh mempertikai sekiranya berlaku sebarang masalah kewangan dan kehilangan barang. namun sekiranya tidak diurus dengan betul ianya akan mendatangkan satu masalah yang besar pada masa akan datang. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pihak pengurusan tidak mengetahui ilmu menguruskan kewangan dengan betul (Syed Ismail & Ahmad Subki.memudahkan pihak bertanggungjawab untuk membuat penyelewengan wang sekolah. Dengan adanya dokumen ‘hitam putih’ ini. 2010). 2010). Walaubagaimanapun. Segala dokumen yang berkaitan dengan pengurusan kewangan tersebut mesti disediakan dalam bentuk ‘hitam putih’ supaya menjadi bahan bukti terhadap segala perkara yang dibuat supaya tidak berlakunya kehilangan wang. Guru seharusnya berpengetahuan tentang cara mengurus wang sekolah dengan sebaik mungkin. Konsep pengurusan kewangan yang betul adalah dengan merancang perbelanjaan iaitu merancang masa depan dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah kewangan anda. peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya terutama sekolah tidak mengeluarkan resit semasa pungutan dibuat. Sekiranya mereka sedar akan tujuan sebenar yang ingin dicapai maka tidak akan berlaku kes kehilangan dan penyelewengan wang bantuan kepada murid. maka seharusnya pihak atasan seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah ataupun Jabatan Pelajaran Negeri itu sendiri turun padang untuk memantau dan membuat semakan bersama-sama pihak pentadbir untuk memastikan segala pengurusan kewangan di setiap sekolah berjalan dengan lancar. Walaupun guru-guru didedahkan dengan kod etika yang harus dipatuhi oleh setiap penjawat awam ini. Merujuk artikel yang dikaji. Tahap kesedaran etika yang rendah tentang tanggungjawab yang diberikan oleh pihak atasan kepada pihak yang bertanggungjawab merupakan faktor utama berlakunya masalah kehilangan dan penyelewengan mengagihkan bantuan KWAPM.550’ menunjukkan sikap guru yang tidak amanah dalam melaksanakan tugas dalam profesion perguruan ini. kita sedia maklum tentang laporan Ketua Audit Negara. Seorang penjawat harus sedar tentang pemberian bantuan pelajaran yang diberikan dan pungutan yang dibuat oleh sekolah adalah tujuan tertentu bagi kepentingan murid sahaja. guru tidak seharusnya bertingkah laku yang boleh menjatuhkan maruah diri dan dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. kes ini berlaku kerana sikap tidak patuh pihak pengurusan sekolah berkaitan arahan Perbendaharaan 60 yang menyatakan dengan jelas bahawa semua terimaan hendaklah dikeluarkan resit rasmi bagi mengaku terima wang yang dibayar kepada pihak sekolah (Syed Ismail & Ahmad Subki.

pihak PPD. Guru menjadi ‘role model’ kepada murid dan masyarakat. Tindakan ini tidak mengikut prosedur yang betul dan sangat jelas kelihatan sikap dan tindakan guru ini adalah membuat kerja mudah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Etika dalam profesion yang lemah juga telah menyebabkan berlakunya masalah pengagihan wang yang tidak adil kepada murid yang tidak layak. Berdasarkan artikel Berita Harian (2012). terdapat murid yang tidak memenuhi kriteria telah diluluskan bantuannya. Guru Besar sendiri telah melakukan penyelewengan terhadap bantuan wang KWAPM. Sekiranya guru . pihak atasan seperti PPD haruslah sentiasa membuat pemantauan terhadap pengurusan kewangan di sekolah. 3. Namun. Pihak pentadbir ini adalah seperti Guru Besar. Oleh yang demikian. Tugas sebagai seorang guru dianggap mulia. berdasarkan artikel Berita Harian (2008). Apabila kurangnya pemantauan daripada pihak atasan maka pihak yang bertanggungjawab ini akan berani untuk menggelapkan wang sekolah kerana mereka tidak perlu risau kerana pihak atasan tidak akan datang memantau. Walaupun pendapatan penjaga murid tidak melayakkan murid tersebut menerima bantuan. masalah penyalahgunaan wang ini juga berlaku disebabkan lemah dan kurangnya kefahaman dalam prosedur menguruskan kewangan sekolah. seterusnya meminta murid melengkapkan borang permohonan. Selain itu juga. Sebagai contoh. individu yang tidak bertanggungjawab ini tetap melakukan kesalan etika seorang penjawat awam dan pengurus kewangan di sekolah. terdapat juga pihak pentadbir yang menipu dalam menulis maklumat murid supaya murid mendapat bantuan KWAPM. Selain itu juga. namun atas sikap tidak jujur dan amanah guru ini menyebabkan ramai murid yang tidak layak turut menerima bantuan kewangan ini. Di samping itu. masalah penyalahgunaan dan penyelewengan wang ini berlaku kerana sikap pihak pentadbir yang yang tidak menguatkuasakan pemantauan terhadap pengurusan wang di sekolah. seorang guru telah ditahan kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu. Sebagai contoh. Hal ini dapat dilihat apabila di dalam artikel tersebut di mana Ketua Audit Negara telah menyatakan bahawa semasa membuat semakan ke atas borang permohonan KWAPM.0 KESAN NEGATIF ISU PENYELEWENGAN WANG DI SEKOLAH TERHADAP GURU DAN PROFESION KEGURUAN Isu penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah telah memberi kesan negatif kepada profesion perguruan. Jika dilihat berdasarkan laporan yang dibuat.Di samping itu juga. terdapat pihak sekolah yang mencatat angka pendapatan lebih rendah dan menambah bilangan tanggungan daripada yang ditunjukkan dalam borang permohonan murid bagi melayakkan mereka menerima bantuan. terdapat sekolah yang mengisi Borang Rumusan terlebih dahulu untuk dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). terdapat sesetengah pihak pentadbir yang tidak memahami dan masih kurang jelas tentang prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan sendiri. JPN dan sebagainya yang terbabit dengan pengurusan wang di sekolah.

selepas itu guru tersebut akan sentiasa dipandang negatif dan akan wujud rasa tidak puas hati dan menyalahkan guru tersebut di atas kesalahan yang pernah dilakukan. Oleh itu pihak sekolah yang harus mewujudkan watak yang dapat dibanggakan oleh ibu bapa. Kemudian. Di samping itu juga. Guru Besar selalunya beranggapan bahawa mereka mempunyai kuasa pentadbiran yang kuat di dalam sesebuah organisasi sekolah. Sebagai contoh. tidak percaya dan tidak yakin dengan kepimpinan di dalam sesebuah organisasi sekolah. guru-guru dituntut supaya mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh dicontohi oleh pelajar dan masyarakat disamping menguasai pelbagai ilmu. bahasa dan kemahiran komunikasi. Menurut Mahathir (1999). seseorang pengurus seharusnya mengekalkan amanah yang diterima perlulah ditadbir. Pihak Kementerian telah menyerahkan amanah dengan mengkreditkan sejumlah wang untuk kebajikan murid-murid yang berkelayakan kepada pihak sekolah untuk mengagihkan bantuan kewangan tersebut. Masyarakat akan mempertikai kredibiliti dan akauntabiliti seorang guru. Guru memainkan juga peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid. Kelancaran sesuatu program yang memerlukan peruntukan kewangan adalah sangat bergantung kepada pengurusan dan perancangan belanjawan yang cekap. Hal ini berlaku kerana wujudnya sikap tidak puas hati dengan pengurusan yang dilaksanakan oleh pentadbir kewangan. 2012). Sebagai contoh. buku nota tambahan tidak dapat dibeli dengan kadar masa segera sekiranya guru menyalahgunakan wang tersebut untuk kepentingan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh. Sesebuah program tidak dapat dilaksanakan disebabkan masalah kewangan yang serius. Penyelewengan wang di sekolah juga menyukarkan program-program sekolah yang hendak dilaksanakan berjalan dengan lancar. pelajar serta masyarakat setempat. Selain itu juga. antara lain ilmu berkaitan teknologi maklumat. Namun sikap tidak amanah dan tidak . watak dan moral pelajar. pihak sekolah di Dengkil telah mengambil tindakan menukar guru yang menguruskan bantuan KWAMP ke sekolah lain setelah berlakunya penyelewengan dalam pengagihan bantuan KWAMP kepada murid yang tidak layak (Berita Harian. diputuskan atau dibincangkan menerusi konsep ‘syura’ iaitu musyawarah dan berbincang antara ketua (amir) dengan pekerja bawahannya serta pengurus-pengurus yang lain. Begitu juga sekiranya pihak Guru Besar yang sentiasa gagal menyerahkan wang untuk tujuan pendidikan akan mewujudkan rasa tidak puas hati dan akan menyebabkan pertelingkahan antara Guru Besar dan kakitangan sekolah yang lain. Kesan penyelewengan dan penyalahgunaan kewangan juga menyebabkanberlakunya pertelingkahan antara pihak atasan dan dengan pihak bawahan. kesan penyelewengan ini juga telah mewujudkan rasa tidak hormat. guru yang pernah melakukan kesalahan menggelapkan wang sekolah akan menerima hukuman.sendiri mencemarkan profesion perguruan sudah tentu profesion ini akan dipandang rendah oleh masyarakat. Sesebuah program lawatan tidak dapat berjalan dengan lancar sekiranya berlaku penyelewengan wang murid atau wang peruntukan untuk sesebuah aktiviti. kesan penyelewengan juga menyebabkan kebajikan murid-murid secara langsungnya terabai. Jika menurut gaya kepimpinan Islamik. Wang bantuan yang seharusnya diperuntukkan kepada murid yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan persekolahan namun disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh. ianya memudahkan dan dapat mengelakkan masalah murid yang tidak layak tetapi menerima bantuan . jenayah rasuah antara pihak pentadbir dengan pihak pembekal. kesan penyelewengan dan penyalahgunaan wang ini juga akan menyebabkan berlakunya jenayah-jenayah lain. Oleh itu. Hal ini lama-kelamaan akan dapat dikesan oleh pihak berkuasa sekiranya ianya terus berterusan dan melibatkan masalah kewangan yang serius kerana ianya sudah jelas menunjukkan kesalahan etika dalam profesion keguruan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM adalah dilaksanakan berdasarkan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali sebagai eKASIH. Walaubagaimanapun. semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH ini. Dengan cara ini. Walaubagaimanapun. Walaubagaimanapun. jenayah vandalisme dan sebagainya. 4. masalah penyalahgunaan kuasa oleh guru-guru yang tidak bertanggungjawab dapat diatasi. Antara hukuman yang akan dikenakan di atas kesalahan yang dilakukan adalah hukuman tatatertib berupa amaran dan turun pangkat serta dikenakan tindakan surcaj. Kesedaran pihak kementerian tentang masalah yang semakin berleluasa ini untuk mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan telah memperkenalkan bantuan KWAPM akan diberikan kepada murid yang berdaftar melalui sistem eKASIH. Tujuan penggunaan sistem ini supaya tidak berlakunya pemberian bantuan secara bertindih dengan kementerian-kementerian lain kepada orang yang sama. Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tujuan memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar. jenayah penyalahgunaan kuasa. seeloknya kes ini harus diambil serius kerana sekiranya hukuman yang setimpal tidak dikenakan kepada pesalah yang menyalahgunakan wang ini. Penyelewengan wang juga menyebabkan kepincangan dalam sistem pengurusan kewangan di sekolah. Selain itu juga. Berdasarkan mesyuarat bersama Jemaah Menteri. kita jarang mendengar isu masalah kewangan ini dilaporkan di media massa ataupun media cetak kerana bimbang akan menjatuhkan profesion keguruan.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU PENYELEWENGAN WANG DI SEKOLAH Jika dilihat kepada jumlah angka yang mencapai ratusan ribu berkaitan kes penyelewengan ini selama tempoh empat tahun ianya merupakan kes yang serius dan perlu diatasi dengan segera. maka kes ini akan semakin bertambah dari tahun ke tahun kerana pihak yang tidak beretika ini akan merasakan mereka berada di zon yang selesa. Pihak yang membuat penyalahgunaan kuasa akan membuat prosedur pengurusan kewangan yang palsu untuk menutup kesalahan yang dilakukan. Sekiranya hal ini dihebahkan. Sistem eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Dengan wujudnya sistem eKASIH ini. Sebenarnya penyiaran berita penyelewengan wang juga mempunyai kebaikannya. kemungkinan pihak yang bersalah akan berasa takut untuk mengulangi kesalahan yang sama kerana semestinya mereka akan dikenakan tindakan. sudah semestinya kesalahan ini akan dikenakan hukuman. sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.jujur telah menjadi amalan biasa bagi pihak ini menyebabkan murid-murid terabai sama sekali.

Sistem bayaran itu pula terus disalurkan ke dalam akaun murid. Hal ini berlaku disebabkan sikap Guru Besar yang merasakan dirinya ketua organisasi sesebuah sekolah dan beranggapan tidak akan ada individu lain yang akan memantaunya di samping sahsiah diri yang rendah. pihak pentadbir haruslah sentiasa membuat pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap. semestinya institusi pendidikan akan terus dicemari dengan unsur-unsur yang negatif. 2010). Sekiranya isu penyalahgunaan wang di sekolah ini terus menerus menjadi fenomena biasa bagi warga pendidik dan pihak pentadbir. Di samping itu juga. Hal ini akan menyebabkan penyelewengan dalam pihak pentadbir. Jadi. Sekiranya pihak pentadbir tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi. Pihak KPM boleh melaksanakan satu sistem iaitu satu murid satu akaun bank . Jika sebelum ini. Seorang Guru Besar yang baik seharusnya sentiasa mengambil tindakan segera sekiranya wujud masalah dalam pengurusan kewangan organisasi sekolah. kesemua kes penyelewengan disebabkan kesalahan etika yang dilakukan oleh Guru Besar. pihak pentadbir harus bijak mengurus belanjawan sekolah. mereka boleh membuat permohonan pindah peruntukan kepada pihak atasan. kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen daripada anggota organisasi. pihak tersebut terpaksa menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada murid yang memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi tersebut. pengurusan dan kepimpinan. Kebiasaannya. Pihak pentadbir boleh memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah. Mereka harus menyedari akan kesalahan dalam menggunakan wang bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. pelanggan dan stakeholders ( Syed Ismail & Ahmad Subki. sokongan. Selain itu juga. Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang perlu memainkan peranan penting untuk mencapai kecemerlangan dan kelestarian untuk sesebuah organisasi. Di samping itu juga. keyakinan. Guru Besar mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran. wang pengagihan KWAMP akan dikreditkan ke dalam akaun sekolah. Lobi Forum SK Tuarid/ Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. (Sumber: http://Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud. kebergantungan. pihak pengurusan haruslah bijak membuat pengurusan belanjawan. bagi mengatasi masalah penyalahgunaan wang di sekolah. Keningau. tidak semestinya wang tersebut akan terus diedarkan kepada murid. pihak pentadbir gagal membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang ditetapkan. ianya memudahkan kerja pihak pentadbir dan guru untuk membuat urusan permohonan mendapatkan bantuan kewangan ini. Pemberian bantuan yang disediakan oleh kerajaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Selepas itu pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan wang bantuan tersebut.KWAMP. kemungkinan wang tersebut akan digunakan dahulu untuk kegunaan atau kepentingan lain. Guru Besar akan mendapat kepercayaan. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani isu penyalahgunaan wang ini. . Bagi pihak pengurusan yang bertanggungjawab. Jadi. Oleh itu. sewajarnya perkara ini haruslah dibendung dan ditangani dengan segera. Oleh sebab itiu. Jika kita merujuk kepada kes penyelewengan wang yang dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008.

saya sangat bersetuju sekiranya isu ini terus dibincangkan dengan lebih terperinci. Sesetengah pihak mengambil mudah tugas yang diamanahkan.Di samping itu ibu bapa harus memainkan peranan yang serius dalam melibatkan diri dengan PIBG di sekolah. Akhir sekali. pihak kementerian. penyelewengan wang di sekolah ini boleh di atasi sekiranya setiap pihak mempunyai tahap kesedaran individu itu sendiri untuk berubah sekiranya telah melakukan kesalahan. guru seharusnya sentiasa mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan mengurus dan mentadbir kerana guru semestinya bukan hanya mengajar murid di dalam kelas tetapi juga merupakan seorang pengurus dan pentadbir sekolah. Guru harus sedar tanggungjawab dan peranan sebenar seorang guru dan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas dirinya. Pemantauan haruslah dibuat dengan mengikut prosedur yang betul. ibu bapa harus bersuara dan bukan hanya menjadi datang ke sekolah mendengar perbincangan tetapi memahami isi mensyuarat yang dibincangkan. masalah penyelewengan wang di sekolah ini dapat dibendung.0 RUMUSAN Setelah membincangkan isu penyelewengan ini. Walaubagaimanapun. Sekiranya berlaku penyelewengan. 5. Sekiranya ramai guru mempunyai . Di samping itu. Moto ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ haruslah disemat dalam jiwa setiap insan bergelar guru. jujur dan tekad untuk menolak rasuah dengan tegas. Isu penyelewengan ini juga sebenarnya adalah kita haruslah sentiasa membuat refleksi ke atas diri sendiri di samping terdapat sokongan dan kesedaran dari pihak luar untuk memastikan individu yang menyeleweng ini tidak terus hanyut dengan dunia khayalan yang ternyata alpa dan melemahkan sesebuah institusi pendidikan. guru sebagai penjawat awam harus berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Di samping itu juga. Sebagai contoh. wang dan kuasa haruslah dihapuskan dari terus menular dari hari ke hari kerana ianya memberikan kesan yang negatif kepada profesion keguruan. Sekiranya PIBG aktif di sekolah.guru dan ibu bapa haruslah sentiasa aktif dan peka dengan proses penyaluran bantuan ini kepada murid iaitu bukan hanya pada awal mesyuarat sahaja menjadi jawatankuasa pemilihan tetapi sehingga bantuan tersebut diserahkan kepada setiap penerima. juruaudit yang ditugaskan untuk mengaudit kewangan di sebuah sekolah tidak melaksanakan prosedur mengadit dengan baik. pihak JPN dan PPD juga haruslah sentiasa membuat pemantauan ke setiap sekolah. pengurusan kewangan di sekolah haruslah diperkemaskan supaya tidak akan berlakunya isu penyelewengan ini. Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat untuk pemilihan murid yang layak menerima bantuan KWAPM juga dapat memberikan kesan positif untuk mengelakkan masalah penyalahgunaan wang KWAPM ini. Selain itu juga. guru haruslah sentiasa mengikhlas diri untuk bekerja sebagai guru dengan amanah. pembangunan modal insan serta masa depan generasi pada masa akan datang. Selain membangunkan etika profesion keguruan dalam diri. Guru haruslah sentiasa membuat muhasabah diri dan sedar hidup mengikut tahap kemampuan. Selain itu juga. Isuisu penyalahgunaan masa.

.kesedaran yang tinggi dalam diri mengenai tanggungjawab dan amanah sebenar yang dipikul maka isu penyelewengan wang di sekolah ini dapatlah di atasi dengan jayanya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->