You are on page 1of 18

MEMBINA KEMAHIRAN

SOSIAL
PRA 3107 PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI KANAK-
KANAK

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG


• DISEDIAKAN OLEH:

• NUR DIYANAH BT DELLAH


• RAJA NADIA BT RAJA ISMAIL
• NORHIDAYAH BT NOH
• Kemahiran sosial ialah hubungan interpersonal dan
proses interaksi sesama manusia yang positif yang
harus membawa manfaat kepada semua pihak yang
terlibat sama ada dalam bentuk material, kestabilan
emosi, peningkatan kekuatan fizikal, intelek atau
spiritual.

• Kemahiran yang membantu kita menjalin hubungan


sosial yang lebih baik seperti:

Membina persahabatan
Berbual dengan orang lain
Mempunyai budi pekerti yang baik
Mempunyai rasa empati terhadap orang
lain
Elemen yang perlu diberi penekanan
dalam membina kemahiran sosial:

Mengetahui batas hubungan diri dengan


orang lain
Memahami orang lain
Memahami perasaan orang lain
Menerima pandangan orang lain
• Antara kemahiran sosial dalam interaksi:

Bersopan
Berhemah semasa berkomunikasi
Bertimbang rasa
Bertolak ansur
Bekerjasama
Menghormati orang lain
KESAN NEGATIF AKIBAT
KEKURANGAN KEMAHIRAN SOSIAL
1) Tidak tahu bersosial secara positif menyebabkan
seseorang mudah terpengaruh dengan anasir negatif.

• Selain terlibat dengan dadah, terdapat sebilangan


remaja yang terjerumus dengan gangsterisme,
`blackmetal' dan `skinhead' yang mengajak mereka
kepada kebebasan tanpa batas.

• Ini menunjukkan mereka gagal dalam mempamerkan


interaksi sosial yang positif.
2) Seseorang gagal untuk berinteraksi dalam masyarakat
akan bertindak mengasingkan diri kerana tidak tahu
bagaimana untuk berinteraksi dengan orang lain.

Hal ini berlaku disebabkan malu, perasaan rendah diri


atau tidak mempunyai keyakinan diri.

3) Seseorang yang tidak mempunyai personaliti yang baik


dan mempamerkan tabiat yang buruk sehingga
dianggap tidak beradab oleh orang dewasa.

• Mereka tidak tahu bagaimana menghormati orang yang


lebih tua.

• Remaja ini terpengaruh dengan budaya asing yang


mereka tonton di televisyen.
4) Kelemahan dalam kemahiran sosial jelas dalam
kehidupan seseorang melalui ketidakyakinan
berkomunikasi dan menyampaikan idea dengan baik.

3) Kegagalan mencari pekerjaan kerana tidak mempunyai


kemahiran sosial.

• Mereka gagal mempamerkan personaliti yang


sewajarnya ketika dipanggil temu duga untuk bekerja
dengan sesebuah organisasi.

• Mereka terbawa-bawa dengan budaya dan tabiat lama


ketika di bangku sekolah atau universiti.
• Di antara ciri kelemahan dalam kemahiran sosial
yang biasa kita lihat ialah

1. Tidak boleh menerima perbezaan pendapat.


2. mementingkan diri sendiri.
3. menganggap dirinya sahaja yang betul.
4. suka mencari kesalahan orang lain.
5. tidak mahu menerima pendapat orang lain,
6. tidak menghormati mereka dan tidak boleh
bekerja dalam satu pasukan sehingga
menimbulkan banyak masalah dalaman.
PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM
MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL

Rakan sebaya mempunyai peranan penting dalam


proses sosialisasi kanak-kanak.

Ia berkaitan dengan penerapan nilai yang dapat diterima


oleh persekitaran sosian salam suatu permainan.
(Hetherington & Parke, 1999).

Rakan sebaya merupakan sumber informasi bagi


seseorang kanak-kanak untuk mengetahui nilai dan
bagaimana memupuk sikap baik ketika bermain
bersama rakan.

Proses sosialisasi pada rakan sebaya dilakukan melalui


modeling dan reinforcement.
• Sebagaimana yang disebut dalam Reader's Digest,
Edisi November 2002 mengenai manfaat kesihatan
melalui persahabatan yang telah dibuktikan oleh lebih
daripada 100 penyelidikan.

Mampu meningkatkan peluang seseorang untuk hidup


ketika menghadapi penyakit kronik yang boleh
menyebabkan kematian.

Memberikan mereka sistem kekebalan penyakit yang


lebih kuat.

Memberi mereka yang mempunyai sokongan sosial


jangkaan umur yang lebih panjang daripada mereka
yang tidak ada.

Membaiki kesihatan mental mereka.


• Namun kita dapati budaya di kalangan remaja hari ini
menjurus kepada bentuk persahabatan yang bersifat
sementara iaitu hanya perkara yang berkaitan dengan
keseronokan dan hiburan.

• Mereka tidak ditanam dengan sikap pengorbanan dan


kerjasama, dalam melakukan kebaikan dalam
masyarakat.

• Mereka tidak memahami erti dan nilai persahabatan


yang sebenarnya.

• Ini merupakan kesan daripada pengaruh nilai dan


budaya Barat yang berasaskan hedonisme (pegangan
atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan
atau kesenangan hidup), kebebasan dan mementingkan
diri sendiri.
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBINA
KEMAHIRAN SOSIAL ANAK-ANAK

• Kemahiran sosial harus dibentuk sejak kecil dan ibu


bapa harus berperanan secara proaktif.

• Pakar psikologi kanak-kanak telah mencadangkan


beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
untuk meningkatkan kemahiran sosial di kalangan
kanak-kanak.

• Antaranya:
1. Memberi peluang kepada kanak-kanak bermain
dengan rakan sebaya.

• Kanak-kanak yang diberikan peluang yang banyak


untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mempunyai
kelebihan apabila mereka memasuki alam
persekolahan dan kurang menghadapi masalah dalam
perhubungan sesama rakan sekolah.

2) Ibu bapa boleh juga bermain dengan anak-anak


mereka seolah-olah mereka adalah rakan sebaya
anak-anak mereka.
3. Berbual- bual dengan anak mengenai pengalaman
interaksi sosial mereka bersama rakan sebaya.

Melalui kaedah ni kita sebagai ibu bapa dapat memberi


gambaran kepada anak-anak kita bahawa kita
menitikberatkan diri mereka dan menjadi asas untuk
pertukaran maklumat dan menyelesaikan masalah
mereka.

4. Memberi anak kita pendekatan yang pelbagai dalam


menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
pengalaman interaksi sosial mereka.
5. Menggalakkan tindak balas yang positif dan mesra serta
tidak kasar apabila anak-anak kita berhadapan dengan
suasana interaksi sosial yang negatif bersama-sama
rakan sebaya.

6. Menggalakkan anak-anak mencari penyelesaian mereka


sendiri dalam interaksi sosial dengan rakan sebaya
mereka apabila anak-anak meningkat dewasa dan
campur tangan ibu bapa hanya apabila perlu.
TUGASAN INDIVIDU:

• Anda perlu melukis sesuatu yang


menggambarkan diri anda. Kemudian,
anda perlu menerangkan tentang lukisan
anda kepada semua orang.

• Masa yang diperuntukan untuk membuat


LUKISAN hanyalah 1 MINIT.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like