You are on page 1of 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK : NABILAH BINTI ZAKARIA : PISMP PSV

SEM 8 : SK BINTONG : PROGRAM PERMATA BATIK

TEMPOH PELAKSANAAN : SELASA / 9 JULAI 2013 ( 2 JAM) OBJEKTIF : 1. Membolehkan warga SK Bintong dapat menguasai kemahiran batik.

2. Menghayati ciri-ciri tradisional budaya dan alam sekitar.

3. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti.

4. Menjadi seorang individu yang berbakat, berfikiran kreatif dan memiliki keyakinan diri yang baik diiktiraf dan diamalkan dalam masyarakat sama ada dalam kehidupan seharian.

5. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri terhadap kesungguhan untuk menghasilkan batik

6. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman,kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakanpenambahbaikan secara berterusan

STRATEGI PELAKSANAAN :

Program Permata Batik merupakan satu program anjuran guru pelatih Pendidikan Seni Visual dengan usahasama Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah

Kebangsaan Bintong. Program ini merupakan projek bagi tempoh internship selama sebulan berada di sekolah.

1. Guru pelatih dapat mempelajari cara- cara untuk menjalankan sesuatu program di sekolah dan seterusnya boleh dipraktikkan apabila bertugas sebagai guru sebenar. Penganjuran program memberi pendedahan kepada guru pelatih dalam prosedur-prosedur untuk menjalankan sesuatu bengkel atau program.

2. Mengadakan perbincangan awal bersama pihak pentadbiran dan juga guru pembimbing mengenai kesesuaian bengkel yang ingin dilakukan.

Perbincangan awal dijalankan untuk menentukan beberapa perkara awal mengenai tarikh, masa dan juga tempat untuk bengkel dijalankan. Tujuan bengkel juga dinyatakan dengan jelas agar ia mendapat sokongan dan juga persetujuan daripada pihak pentadbiran.

3. Menyediakan kertas kerja projek batik dan mendapatkan persetujuan daripada Guru Besar untuk menjalankan aktiviti. Panduan penulisan kertas kerja dirujuk daripada format yang betul. Objektif, tentatif dan juga jawatankuasa program juga dilampirkan di dalam kertas kerja. Kertas kerja akan disemak oleh guru pembimbing sebelum mendapat persetujuan daripada Guru Besar untuk bengkel dijalankan.

4. Menetapkan kumpulan sasaran untuk bengkel yang dijalankan. Perbincangan dibuat untuk menentukan kumpulan sasaran bagi bengkel yang dijalankan. Bilangan peserta juga dihadkan kepada 50 orang.

5. Mendapatkan tenaga pengajar daripada Pusat Kraf Tangan Malaysia cawangan Perlis. Guru pelatih telah berjumpa dengan En Fauzi bin Md Kasa untuk mendapatkan tunjuk ajar tentang cara-cara menghasilkan batik juga disertai dengan demonstrasi mencanting juga mewarna.

6. Membuat iklan untuk penyertaan peserta bagi bengkel. Penyertaan dibuka bagi setiap tahap. Setiap murid yang ingin menyertai bengkel akan mendaftar nama kepada guru pelatih berserta bayaran sebanyak RM 5.00. Bahan mentah telah disediakan oleh tenaga pengajar. 7. Peruntukan kewangan bagi bengkel ini merupakan hasil kumpulan wang oleh guru pelatih sendiri. Kos ini meliputi jamuan dan juga cenderamata kepada tenaga pengajar. 8. Persiapan tempat telah dijalankan sebelum bengkel diadakan. Dewan terbuka Al- Khawarizmi telah digunakan pada bengkel ini. Meja panjang telah disediakan untuk diletakkan bahan mentah dan juga demontrasi cantingan batik.

9. Membuat penilaian selepas bengkel dijalankan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan bagi tujuan penambahbaikan.

REFLEKSI

1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

Guru pelatih telah membawa perancangan projek yang telah dirangka kepada Guru Besar untuk mendapatkan pandangan dan juga kelulusan mengenai projek. Penerangan objektif dan juga matlamat bengkel telah diterangkan secara terperinci untuk memberi gambaran mengenai projek yang ingin dijalankan juga faedahnya kepada semua pihak yang terlibat. Program Permata Batik ini telah mendapat persetujuan daripada Guru Besar, En Ab Jalil bin Saibu.

Setelah mendapat persetujuan daripada Guru Besar, perbincangan bersama guru pembimbing yang juga merupakan guru panitia Pendidikan Seni Visual telah menetapkan kumpulan sasaran dan juga bilangan peserta yang boleh mendaftar untuk menyertai bengkel ini.

Antara matlamat bengkel ini ialah memberi pendedahan berkaitan kraf batik yang merupakan salah satu kraf tradisional. Ia sekaligus akan memupuk serta memperkembangkan daya kreativiti warga SK Bintong.

Sambutan yang menggalakkan daripada warga SK Bintong merealisasikan program batik. Penyertaan yang ramai daripada guru dan juga murid menunjukkan minat yang mendalam dalam seni.

Pn Adleen Rokhida Ahmad selaku guru pembimbing juga banyak memberi bimbingan dan panduan kepada kami dalam menjayakan bengkel ini. Sesi kolaborasi juga sering dijalankan. Sokongan penuh daripada guru pembimbing banyak membantu kami sekaligus memantapkan program di bawah panitia Pendidikan Seni Visual.

Pertama kali menganjurkan program memberi banyak pengalaman baru kepada kami. Pengurusan dengan tenaga pengajar dari luar juga dititikberatkan. Oleh kerana kami pernah mengikuti kursus batik yang dianjurkan oleh Pusat Kraf Perlis

memudahkan kami untuk berhubung. Kerjasama yang diberikan oleh En Fauzi juga sangat membantu kami.

Berdasarkan borang penilaian yang diberikan kepada guru yang mengikuti bengkel. Kami dapat melihat penilaian berdasarkan aspek yang dinyatakan. Berdasarkan penilaian yang diberikan kami dapat menyimpulkan kekuatan dan juga kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

Jangkamasa projek dan juga kesesuaian tempat yang tidak selesa untuk aktiviti dijalankan. Kawasan terbuka menjadi penghalang utama dalam aktiviti kerana cuaca dan juga demontrasi oleh tenaga pengajar tidak dapat dilihat dengan jelas oleh peserta. Ketiadaan pembesar suara membataskan pendengaran peserta untuk mendengar dengan lebih jelas penerangan yang diberikan oleh En Fauzi. Contoh yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar juga kecil dan ia menyukarkan peserta untuk melihatnya dari jauh.

Kawasan aktiviti juga tidak selesa kepada peserta kerana ketiadaan meja dan juga kerusi memaksa peserta duduk. Bilik seni yang masih belum digunakan juga menyumbang kepada kekurangan ini kerana apabila adanya bilik seni ia akan lebih memudahkan kelancaran bengkel.

Kurangnya penglibatan guru di dalam bengkel ini juga merupakan salah satu kelemahan. Hanya sebilangan guru yang menyertai bengkel ini. Ini disebabkan oleh masa bengkel yang tidak sesuai kerana para guru terikat dengan rutin lain.

Kekangan perbelanjaan juga merupakan kelemahan pada perjalanan projek ini. Ini kerana semua kos terpaksa ditanggung oleh kami. Hal ini kerana, Panitia Pendidikan Seni tidak dapat membantu kerana peruntukan dana hanya boleh digunakan untuk membeli alatan seni di sekolah dan tidak untuk penganjuran sebarang projek. Oleh itu, kami dapat mempelajari untuk merangka kewangan dengan lebih jimat.

Peruntukan waktu selama 2 jam juga tidak mencukupi untuk kesemua peserta mendapat input yang sepenuhnya berkaitan dengan kraf batik. Selain daripada itu, peserta juga tidak dapat merasai suasana sebenar berada dan bekerja di dalam bengkel batik. Guru juga tidak mencuba untuk melakukan cantingan sendiri walaupun ia disediakan oleh tenaga pengajar.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. BENGKEL DALAM SITUASI SEBENAR

Projek ini diharap dapat dijalankan di Pusat Kraftangan agar peserta dapat merasai dan melihat sendiri proses menghasilkan batik dari langkah awal sehingga siap. Pihak sekolah perlu memberi kebenaran kepada peserta untuk keluar dan belajar di pusat kraf. Selain daripada itu, pihak sekolah juga boleh memperuntukkan kenderaan atau bas untuk membawa peserta ke Pusat Kraftangan.

2. MASA

Peruntukkan masa juga boleh ditambah agar peserta dapat melakukan aktiviti batik tanpa tergesa-gesa. Ruang dan peluang harus diberikan oleh pihak sekolah kepada guru pelatih dalam memilih hari yang sesuai untuk menjalankan projek batik. Program batik ini bukan sahaja memberi pengetahuan yang baru kepada peserta bengkel malah turut memupuk rasa cinta peserta terhadap kraftangan tradisional warisan Melayu.

3. PENGLIBATAN GURU

Penglibatan guru dan juga komunikasi bersama guru pelatih juga boleh dibaiki. Penyertaan guru juga tidak memberansangkan, oleh itu sebaiknya jika projek memerlukan penglibatan semua guru. Ia boleh direalisasikan jika masa projek diubah ke masa yang bersesuaian. Guru pelatih juga akan merasa lebih bersemangat untuk menganjurkan sesuatu program.

KESIMPULAN Keseluruhan program Permata Batik ini berjaya walaupun terdapat banyak aspek yang perlu diperbaiki oleh guru pelatih. Pengalaman ini merupakan satu pengetahuan kepada guru pelatih di dalam pengajuran sesuatu program. Walaupun berdepan dengan beberapa halangan dan kekangan ternyata ia dapat diselesaikan oleh guru pelatih dengan bantuan daripada pihak-pihak lain. Ia juga memberi harapan kepada guru pelatih dalam menjalankan program yang lebih baik dan juga memberi semangat pada masa akan datang.

You might also like