P. 1
Misteri Wanita Berkebaya Merah di R&R Gurun, Kedah

Misteri Wanita Berkebaya Merah di R&R Gurun, Kedah

4.5

|Views: 3,651|Likes:
"Roh mangsa masih berkeliaran. Tersebut ialah imej-imej misteri Hantu Kebaya Merah. Lokasi Gurun, Kedah.."

Kronologi Misteri Wanita Berkebaya Merah di Gurun, Kedah.
"Roh mangsa masih berkeliaran. Tersebut ialah imej-imej misteri Hantu Kebaya Merah. Lokasi Gurun, Kedah.."

Kronologi Misteri Wanita Berkebaya Merah di Gurun, Kedah.

More info:

Published by: DN GLOBAL ENGINEERING (Sales) on Aug 05, 2009
Copyright:Attribution

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Kosmo!

28/05/2009

Roh mangsa berkeliaran? - Imej misteri dipercayai mangsa kemalangan maut
JOHOR BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu. Menurut peniaga restoran di kawasan berkenaan, Mohd. Firdaus Md. Said, 26, sejak berniaga enam tahun lalu, banyak kemalangan berlaku di simpang jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari restorannya itu. "Memang banyak kemalangan yang berlaku di sini malah ada juga yang mengakibatkan kematian. Mungkin roh mereka berkeliaran dan dirakam secara tak sengaja di dalam kamera pengunjung restoran saya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Kelmarin, Kosmo! melaporkan Nor Kharunisa, 24, terkejut melihat ada imej lain yang tidak disangka di dalam gambarnya yang didakwa seorang lelaki tidak berkaki ketika makan di restoran yang sama. Imej tersebut hanya disedari ketika kakak angkatnya, Noorfadilah Zulkarnaian, 33, memuat turun gambar dari telefon bimbit ke dalam komputer. Menurut Noorfadilah, semasa mengambil gambar Nor Kharunisa, dia tidak perasan apa-apa perkara misteri berlaku. "Malah saya ambil gambar tiga kali di tempat yang sama. Kali ketiga baru imej itu muncul, itu pun setelah saya cuba untuk muat turun ke komputer," jelasnya.

Lagi imej misteri muncul
26/05/2009 KIRI :NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka. Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya. "Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer. "Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori. Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.
IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.

NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini.

Lokasi paling berhantu

24/05/2009

Kawasan perkuburan, rumah tinggal, tempat penyembelihan haiwan dan lokasi kejadian bunuh dikenal pasti paling tinggi dengan aktiviti hantu. Mungkinkah lokasi terbaru adalah lebuh raya berikutan kemunculan misteri hantu kebaya merah di Gurun, Kedah?
MUNGKIN ada yang tersenyum menonton iklan terbitan Proton yang memaparkan adegan puntianak ditegur ibunya kerana tidak memakai tali keledar penumpang belakang. Akibatnya dia terhumban ke jalan raya apabila pemandu wanita kereta Proton itu terkejut sewaktu menekan brek kecemasan. Iklan 30 saat itu cukup popular sekitar akhir 2007 kerana ia dipaparkan dalam bentuk lucu biarpun sekadar kempen kerajaan berhubung kesedaran pemakaian tali pinggang keledar. Ironi, ramai pasti seram sejuk jika paparan sedemikian adalah realiti dalam kehidupan sebenar. Namun ada juga yang pesimis kononnya hantu tidak wujud dan sekadar mainan perasaan semata-mata. Malah berdasarkan rekod saintifik, belum pernah ada manusia mati akibat dibunuh oleh hantu. Terbaru, kawasan Gurun di Kedah mendapat perhatian ramai ekoran pendedahan beberapa pihak yang mendakwa melihat hantu hingga mereka terlibat dalam kemalangan. Anehnya, lembaga eksentrik itu dikenali berdasarkan jenis pakaiannya - baju kebaya merah. Kisahnya bertambah menarik apabila 'wanita kebaya merah' itu dipercayai roh jelmaan mangsa kemalangan maut yang tidak tenteram. Kawasan lebuh raya makhluk itu berlegar kebetulan pernah mencatatkan banyak nahas ngeri suatu ketika dulu. "Hakikatnya sejak dulu lagi manusia mudah takut kepada hantu akibat pengaruh filem cereka yang sebetulnya tidak berasaskan logik," jelas Ketua Penyelidik Kumpulan Pengkaji Paranormal terkenal tempatan atau PSI, Syed Abdullah Hussien Alattas. Popular dengan gelaran Uncle Seekers, beliau mendedahkan Malaysia kemungkinan besar ialah negara yang paling banyak memiliki hantu.

WANITA berkebaya merah (dalam bulatan) yang dirakam pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun, Kedah.

Lebih menarik, perkara itu disahkan pula ramai pengkaji Barat berdasarkan kepada buku tulisan mereka sejak tahun 1896 hingga 1960-an. Peliknya dalam tempoh kurang 100 tahun itu, ribuan buku penulis asing bercakap mengenai hantu di Malaysia mendedahkan negara kita 'mewah' dengan lebih 700 jenis hantu. Itu setakat jumlah yang baru sahaja dikenal pasti dan didaftarkan di dalam katalog. "Angka sebenar mungkin banyak lagi tetapi mujur Malaysia selepas dibentuk pada 1963, menyaksikan semakin kurang penulisan ilmiah berkaitan hantu. "Jika tidak tentu jumlah hantu negara kita sudah mencecah lebih 1,000 jenis," terang beliau dalam nada berseloroh. Mengulas mengenai kepercayaan kepada hantu, masyarakat Orang Asli dikenal pasti paling tinggi memiliki jumlah hantu. Ini berkait rapat dengan faktor kehidupan mereka yang banyak bergantung kepada alam sekeliling kerana mereka tinggal di dalam hutan. Manakala kaum Melayu, ujar Syed Abdullah, tidak ketinggalan mempercayai sejumlah besar hantu, menjadikan mereka sebagai bangsa bertamadun moden yang 'meriah' dengan pelbagai makhluk halus. Setakat ini, bilangan hantu dalam masyarakat Melayu dianggarkan ada 300 jenis. Ini berdasarkan kajian beliau selama 19 tahun sejak 1989 dengan sokongan 17 penyelidik tetap dan 26 lagi separuh masa yang membentuk kumpulan PSI. Mereka turut mendapat bantuan daripada sembilan bomoh dan 85 sukarelawan yang menjelajah ke seluruh negara.

T

idak hairanlah tema hantu juga menjadi pilihan pembikin filem genre seram bermula dengan Pontianak pada 1957 membawa kepada 33 filem. Antaranya Sumpah Orang Minyak (1958), Badang (1962), Si Tora Harimau Jadian (1964), Puaka (1974) dan Toyol (1981). Namun, hantu biarpun sering dikaitkan dengan orang mati tetapi berdasarkan tinjauan Uncle sendiri ke atas bilik mayat Hospital Kuala Lumpur mendapati para petugasnya langsung tidak bimbang diganggu oleh makhluk halus itu walaupun bekerja keseorangan pada lewat malam. Jurnal yang sempat menemu bual beberapa pekerja mortuari awam di sebilangan hospital kerajaan turut terkejut melihat mereka bertugas seperti biasa. Bagi individu terbabit, tiada apa yang perlu ditakutkan apatah lagi momokan hantu. "Mengarutlah, mana mungkin orang mati boleh hidup!" Itu jawapan standard mereka.

ORANG Asli memiliki paling banyak hantu - UNCLE SEEKERS.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, ada juga yang mengamalkan petua tertentu seperti membaca ayat Kursi selain tidak takbur dan yang penting, jangan panik! "Mungkin sudah biasa bertugas di situ namun pemerhatian pasukan saya menunjukkan tiada aktiviti paranormal di sekitar bilik mayat atau kejadian aneh meskipun dipenuhi dengan ribuan mayat termasuk yang mati dibunuh, lemas atau terbakar," terang beliau lagi. Bagaimanapun, pada umumnya kawasan perkuburan dan jirat Cina merupakan tempat paling banyak aktiviti hantu dicatatkan diikuti rumah tinggal atau bangunan terbiar lama, tempat penyembelihan haiwan ternakan, lokasi kejadian bunuh dan langgar lari mati. Bercakap mengenai makhluk halus, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelaskan bahawa umat Islam perlu mempercayai kewujudan hantu sebagai ciptaan Allah berpandukan kepada pelbagai dalil al-Quran dan hadis Nabi. "Namun Islam sebagai agama yang lengkap berasaskan sumber kitab Allah dan sunah Rasulullah mendidik umatnya menitikberatkan soal ilmu. "Ini bermakna kita perlu melakukan banyak kajian tertentu berhubung kehadiran hantu di alam dunia," katanya. Justeru beliau merujuk usaha pihak tertentu menggunakan teknologi canggih untuk mengesan makhluk halus yang boleh dianggap sebagai pendekatan sesuai bagi mendedahkan masyarakat dengan kewujudan hantu secara ilmiah selain memperbetulkan salah tanggapan umum selama ini.

Senyum punca terbalik

(23/05/2009) SUNGAI PETANI – Pengalaman selama 30 tahun memandu kereta tidak dapat menyelamatkan Chan Ming Hua, 51, daripada terbabas dan terbalik berdekatan susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Selatan pada 4 Februari lalu gara-gara apa yang didakwanya senyuman gadis ‘berkebaya merah’. Ming Hua menggambarkan wajah ‘gadis’ itu sebagai menawan, seksi dan sempat melemparkan senyuman ke arahnya ketika dia memandu Perodua Kancil pada kira-kira 7 malam itu. “Saya tidak akan dapat melupakan wajah dia,’’ katanya ketika ditemui di sini semalam.

“Rakan-rakan saya kata wanita itu adalah jelmaan syaitan yang cuba mengganggu kita,’’ katanya yang tetap lega kerana tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan tersebut. Seorang lagi saksi, Zarina Chik (gambar), 40, mendakwa melihat kelibat wanita berkebaya itu beberapa bulan lalu ketika menggunakan lebuh raya yang sama tetapi dia lebih bernasib baik kerana tidak berlaku kemalangan.

GAMBAR fail menunjukkan Ming Hua terduduk melihat keretanya yang terbalik dalam kemalangan yang berlaku pada 4 Februari lalu.

Katanya, wanita itu dilihat tiba-tiba muncul dari celah pokok bunga di tepi susur keluar lebuh raya tersebut.

Zarina Chik

Tandas histeria di Gurun 22/5/2009
GURUN – Kejadian aneh dan menyeramkan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah Selatan seperti yang dialami Mohd. Fitri Mohamad dari Kangar, diakui bukan kejadian pertama di situ. Malah dua bulan lalu, seorang wanita tempatan tiba-tiba diserang histeria ketika berada dalam tandas pada satu malam di kawasan R&R itu dan ia disaksikan sendiri oleh seorang tukang masak gerai makan di situ, Habibah Mustafa, 46. “Dia meracau-racau dalam bahasa Indonesia sampai dekat 20 minit. “Bila tengok keadaannya tak berubah, keluarga dia terus bawa pergi dengan kereta,’’ katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Habibah bagaimanapun tidak pernah pula mendengar cerita mengenai ‘wanita kebaya merah’.
WARTAWAN Kosmo!, Shah Nizam Omar mengisi minyak keretanya di stesen di R&R Gurun pada kira-kira pukul 5.30 pagi semalam, iaitu pada waktu dan tempat yang sama dengan rakaman imej ‘wanita berkebaya merah’ dibuat pada Jumaat minggu lepas.

Kosmo! yang meninjau ke hentian tersebut pada pukul 5 pagi semalam, iaitu waktu yang sama Mohd. Fitri mendakwa telah merakamkan gambar satu lembaga wanita berbaju merah, mendapati suasana di tempat yang menjadi persinggahan pemandu lori itu sangat sunyi.

Mohd. Fitri yang juga seorang guru bahasa Arab di Perlis mendakwa kelibat ‘lembaga’ berbaju merah itu kelihatan dalam gambar digital yang dirakamkannya di stesen minyak itu pada kira-kira pukul 5.30 pagi, Jumaat lalu. ‘Lembaga’ itu pula didakwa telah mengikut mereka sekeluarga bercuti sehingga ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur dan kononnya dilihat berjalan keluar dari kereta Proton Wira yang dipandunya apabila berhenti di Padang Besar pada hari Isnin.

Hantu lebuh raya 21/05/2009
KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar. Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.
MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.

Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang. “Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.

MOHD. FITRI

Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. “Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya. Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.
GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya UtaraSelatan dekat Sungai Petani pada 19 April. Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

Pemandu parah elak wanita berkebaya merah (20/4/2009)
SUNGAI PETANI - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam. Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.
ORANG ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.

"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam. Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.

'Wanita kebaya merah' nyaris bawa maut (5 Februari 2009)
SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu. Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. "Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap. "Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.

CHAN duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara kelmarin.

Misteri gambar hantu
Kemunculan imej pelik pada hasil fotografi seperti bulatan kabur atau ektoplasma banyak menimbulkan tanda tanya. Semakin ramai percaya bahawa itu adalah jelmaan jin atau syaitan.
MUNGKIN bagi yang lemah semangat, sebarang foto yang memberi idea tentang kehadiran 'entiti' atau makhluk halus akan segera dikoyak, dibakar atau dibuang. Namun, bagi sesetengah yang lain, bukan lagi suatu perkara yang menimbulkan rasa panik atau takut. Tidak cukup dengan menunjukkannya kepada orang lain, pengalaman menangkap gambar itu dipanjangkan kepada bentuk perbincangan, sama ada dari sudut rasional teknikal hinggalah kepada kesimpulan tentang alam mistik dan paranormal. ia

JELMAAN imej putih ini pernah dirujuk kepada Engku Ansaruddin bagi menjelaskan tentang kemungkinan kehadiran makhluk ghaib.

Fenomena rakaman imej yang luar biasa ini menjadi semakin popular. Malah, enjin carian Google di Internet juga memulangkan lebih 350,000 hasil apabila kata kunci 'tip merakamkan hantu dengan kamera' dimasukkan. "Jika diizinkan Allah, sesiapa sahaja tidak mustahil untuk mendapat hasil rakaman foto sedemikian. Ia menjadi peringatan kepada manusia tentang kejadian alam ghaib itu," terang Engku Ansaruddin Agus dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien di Kuala Lumpur. Menurut Pakar Khidmat Runding dan Nasihat Spiritual itu, kelengkapan perkakasan kamera moden hari ini lebih-lebih lagi yang mempunyai daya prosesan megapiksel tinggi boleh 'menangkap' kehadiran makhluk jin atau syaitan. Kamera dengan upaya tujuh megapiksel atau yang lebih tinggi melebarkan kebarangkalian tersebut. Dia yang mesra dengan panggilan Pak Engku sudi berkongsi dengan Jurnal koleksi gambar yang memaparkan imej seperti bebola cahaya kabur. Ada juga yang berbentuk ektoplasma iaitu siri pergerakan rawak cahaya. Kebanyakannya diambil pada waktu malam. Pak Engku meyakini semua itu adalah jelmaan jin atau syaitan. Walau bagaimanapun, dia terbuka pada penilaian sesiapa yang mahu mengaitkannya dengan ralat teknikal, kekotoran pada lensa kamera atau kesan cahaya. "Silalah menilainya sendiri. Saya amat yakin kerana dua sebab. Pertama, saya pernah mengambil peluang bertanyakan tentang gambar itu kepada seseorang yang sedang dirasuk 'entiti', dan dia mengatakan bahawa bebola cahaya itu adalah 'kawannya'. "Kedua, saya sendiri pernah bereksperimen dengan mengambil gambar 'entiti' yang telah saya perangkap dalam botol, dan hasilnya tetap sama," terang Pak Engku. BUKAN asap rokok atau muslihat cahaya. 'Entiti' juga boleh terakam dalam bentuk lain seperti segi tiga, pentagon, seperti bebola api ataupun yang berekor. Pak Engku menjelaskan bahawa jika imej itu diteliti secara fokus dalam pembesaran saiz yang berganda, tetap akan kelihatan formasi seperti gumpalan asap.
Pergerakan rawak atau ektoplasma seperti ini dikatakan mewakili sifat 'entiti' yang agresif.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->