You are on page 1of 4

FITNAH AKHIR ZAMAN

-Ustaz Fauzi MustafaPada hari ini,umat Islam dilanda pelbagai masalah yang semakin hari semakin parah melanda diri,jiwa serta hati.Lebih ditakuti,segala masalah ini diparahkan lagi dengan fitnah yang berlaku secara terangterangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka.Awaslah sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Umat Islam sendiri boleh menghakis keimanan dan ketaqwaan kita dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita.Fitnah yang paling ditakuti dan berbahaya sekali ialah fitnah dalam aqidah.Contohnya,di dalam peristiwa Isra Mikraj,umat Islam ketika itu duji dengan peristiwa yang dikatakan tidak logik oleh penduduk Mekah,malah ditertawakan malahan ada juga segelintir muslim yang murtad setelah mendengar peristiwa ini.Namun,dengan iman dan tauhid yang teguh,Saidina Abu Bakar tetap membenarkannya malah diberikan gelaran As-Siddiq Fitnah aqidah boleh dibahagikan kepada 5 jenis: 1) MURTAD Pada tanggal 10 haribulan Julai 2006,mufti Perak,Sahibus Samahah, Dato Seri Ustaz Harussani Bin Zakaria dalam kenyataannya dalam Utusan Malaysia,telah membongkarkan suatu bencana dalam ummat Islam di Malaysia bahawa seramai 250,000 ummat Islam telah murtad dari Islam,daripada bilangan tersebut seramai 100,000 memilih Kristian sebagai agama pilihan dan selebihnya menunggu masa untuk menukar nama.Angka ini yang dibongkarkan tetapi yang sebenarnya yang berlaku,berapa?Selain itu,terdapat beberapa contoh tokoh murtad di Malaysia seperti: I. Azalina Jailani yang menukar namanya kepada Lina Joy.Malah,dia juga tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak pemerintah seperti membuat proses Istinabah(bertaubat). II. Hartinah Kamarudin yang menukar nama kepada Nivashini a/p Jayaraman III. Siti Maryam Mohd Ismail yang menukar nama kepada M.Tharini. IV. Siti Salmiah Abdullah Halim yang menukar nama kepada Katerine Josephine V. Hajee Ismail menukar nama kepada Ghanesan a/l Supiah VI. Fadzilah Mustafa menukar nama kepada Risha Sonia a/p Liggam Fitnah juga turut melanda orang agama seperti berlaku kepada salah seorang pengikut ajaran sesat,Ayah Pin,Ustazah Kamariah Binti Ali ketika peristiwa pendakwaannya di Mahkamah Syariah Besut,Terengganu yang secara berani menyatakan telah keluar Islam.Nauzzubillah. Keadaan ini bertepatan seperti sabda Rasulullah S.A.W dalam hadisnya:

"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia

beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."
2) TERPENGARUH DENGAN AJARAN-AJARAN PELIK DAN SESAT Terdapat beberapa golongan di Malaysia yang menyebar ajaran yang sememangnya bertentang dengan syariat dan hukum Allah S.W.T.Contoh ajaran-ajaran tersebut ialah: I. Haji Kahar yang mengaku sebagai seorang rasul Melayu atau digelar Rasul Melayu II. Golongan anti-hadis yang diketuai Kassim Bin Ahmad yang telah menubuhkan Jamaah Al-Quran yang hanya semata-mata Al-Quran sebagai rujukan utama dalam semua aspek ibadah,muamalat dan lain-lain lagi dan menolak hadis sebagai sumber rujukan yang kedua. 3) PLURALISME Fahaman ini telah tersebar luas di kebanyakan negara Asia Tenggara yang membawa maksud semua agama adalah sama.Fahaman ini turut dibawa masuk di negara kita seperti mengamalkan perayaan secara perkongsian dengan agama lain contohnya,DeepaRaya serta KongsiRaya.Amalan ini jelas bertentangan dengan cara hidup yang tertinggi dan satu-satunya cara hidup yang diredhai oleh Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta dan pengamalan ini telah mendapat perhatian serius oleh para ulama seperti yang dilakukan oleh mufti Perak,Sahibus Samahah Dato Seri Harussani Bin Zakaria yang mengetuai suatu muzakarah pada 13 haribulan Jun 2006 yang mengambil keputusan menyatakan haram mengadakan perkongsian dengan agama lain.Namun,beliau dianggap merapu oleh seorang ahli politik.Malahan itu,perjuangan fahaman ini diteruskan oleh IFC yang ingin mengemukakan tuntutan kepada mahkamah utnuk meminda beberapa hukum Allah di dalam Islam antaranya ialah: I. Orang Islam diberi hak untuk murtad tanpa halangan II. Anak orang Islam kalau lahir tidak semestinya Islam III. Bukan Islam bebas masuk atau keluar Islam IV. Orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam tidak semestinya orang bukan Islam mesti masuk Islam. Jelas segala tuntutan ini bertentangan dengan hukum dan syariat Allah S.W.T. 4) LIBERALISME Fahaman ini bermaksud mengamalkan kebebasan dalam sesetengah perkara dalam Islam.Fahaman ini jelas bertetangan dengan perintah Allah yang menghendaki setiap hamba-Nya mengambil Islam yang syamil dan kamil ini secara menyeluruh dalam setiap perkara.Hal ini dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang maksudnya: Wahai orang yang beriman!Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan,Sungguh,ia musuh yang nyata bagi kamu

Di Malaysia terdapat beberapa pihak cuba menyebarkan fahaman ini tetapi menggunakan nama Islam untuk menyesatkan ummat Islam seperti Sister In Islam yang cuba mempertikaikan beberapa hukum Allah seperti: I. Hukum Faraid dengan mahu mendapat hak pusaka yang lebih bagi perempuan sedangkan Allah telah menetapkan lelaki mempunyai hak yang lebih terhadap harta pusaka. II. Mahu hapuskan hukum poligami III. Menyoal hukum kuasa cerai dengan menyatakan perempuan boleh menceraikan suaminya sedangkan di dalam Islam,perempuan boleh membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya.

5) MEDIA Media di Malaysia juga telah mengalami suatu keadaaan yang jelas bertentangan dengan ajaran Allah dan Rasul ini khususnya di dalam bidang penerbitan filem dengan menerbitkan drama atau filem hantu yang mengajar para penonton untuk takut pada hantu,bukannya kepada Allah.Keadaan ini jelas berlawanan dengan sifat seorang hamba Allah yang hanya takut kepada sahaja tiada yang lain.Selain itu,para penonton turut diajar apabila berhadapan atau berlawan dengan hantu,mereka perlu menggunakan mentera-mentera bukannya Al-Quran yang diamalkan dan ditunjukkan oleh para nabi terdahulu.Keadaan ini jelas membawa kekeliruan kerana seorang hamba hanya bergantung kepada Allah di dalam setiap perkara.Berikut adalah contoh-contoh filem atau drama yang dimaksudkan: I. Pontianak Harum Sundal Malam II. Anak Pontianak III. Susuk IV. Saka V. Tebing Puaka Biru VI. Anak VII. Zombi Kg. Pisang

Oleh yang demikian, secara kesimpulan,orang-orang yang beriman mestilah menjaga aqidah serta iman di dalam diri masing-masing kepada Allah dalam mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Allah kelak.Bekalan iman dan taqwa sahajalah yang akan dilihat dan dinilai oleh Allah.Harta,pangkat dan kehebatan di dunia tiada nilai jika tidak dipersiapkan kedua-dua bekalan ini.Hal ini dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 197: Bawalah bekal,kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.Dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sehat!

You might also like