You are on page 1of 15

PENYALAHGUNAAN MASA GURU

Terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion perguruan. Saya memilih untuk membincangkan masalah penyalahgunaan masa sebagai isu yang melanggar etika profesion perguruan kerana masalah ini kerap terjadi di kalangan guru. Walaupun saya tidak menjalankan kajian penyelidikan tentang masalah ini tetapi melalui pengamatan saya selama 10 tahun ini, adalah wajar masalah ini diberi perhatian. Masalah penyalahgunaan masa mugkin tidak terlalu serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan kredibiliti para guru. Ramai guru tidak menyedari hakikat ini. Selain itu, saya juga berharap agar saya dapat menangani isu ini dalam diri saya agar tugas saya sebagai guru menyumbang satu kebaikan kepada murid-murid saya. Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di dalam al-Quran, Surah Al-Asr, Allah menerangkan kepada manusia tentang kepentingan masa. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. Maka, di dalam Islam itu sendiri telah menyatakan bahawa manusia yang tidak menggunakan masa dengan betul adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu yang amat berguna. Pepatah Arab ada menyebut bahawa masa adalah ibarat pedang. Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita. Pepatah Cina pula menyebut bahawa semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang diberikan kepada kita terutamanya dalam waktu persekolahan. Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa. Orang yang tidak tahu menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati. Kesemua kata-kata hikmat di atas menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama guru.

PERATURAN TETAP GURU


Sebelum saya menyentuh isu penyalahgunaan masa di kalangan guru dalam tempoh bertugas, saya ingin merujuk kepada peraturan-peraturan yang perlu di patuhi guru ketika berada dalam perkhidmatan. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga

memberi penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru berkaitan pematuhan waktu dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tandatangan. Pada zaman yang teknologi kini, ada sekolah yang menggunakan punch card atau menggunakan perisian komputer yang menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar pula diberi kuasa mengizinkan guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada hal-hal tertentu dan mereka perlu mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu juga jika terdapat hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan upacara rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran dari Guru Besar. Pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa perkara seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid dengan teliti, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu mengajar, menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, hal-hal kokurikulum dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti yang memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi tanggungjawab untuk menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

ISU-ISU PENYALAHGUNAAN MASA GURU


Di bawah ini, saya ada menyatakan beberapa perkara yang membawa kepada penyalahgunaan masa yang sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau tidak disedari. a) Guru lewat masuk ke dalam kelas. Guru yang mematuhi ketetapan masa tidak menunggu loceng berbunyi untuk berjalan dari sesuatu tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak awal ke kelas dan kadangkala sanggup pula menunggu waktu guru lain habis di luar kelas. Sekiranya waktu pengajaran adalah berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi bergerak dari satu kelas ke kelas berikutnya dengan penuh semangat. Maka, fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang

kemalangan di dalam kelas, guru tersebut harus dipersalahkan. Mencuri masa adalah perbuatan yang tidak wajar bagi seorang guru. b) Guru tidak menggunakan masa yang terluang untuk membuat bahan dan alat bantu mengajar. Bahan bantu mengajar sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada murid terutamanya sekiranya guru ingin mengenalkan sesuatu konsep kepada murid.di zaman moden ini, pelbagai bahan dan alatan siap telah dibeli oleh sekolah untuk digunakan oleh guru. Malah, sumber internet juga kini menjadi sumber yang sangat efektif untuk digunakan oleh guru. Saya melihat isu ini sebagai sesuatu yang agak menyedihkan kerana guru sudah sedia maklum dengan tanggungjawab mereka. Bahan-bahan ini juga digunakan sebagai alat pentaksiran kepada murid untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid terhadap sesuatu kemahiran. Kegagalan menyediakan alatan bantu mengajar juga menjadi isu penyalahgunaan masa senggang guru. Guru seharusnya menggunakan masa tersebut untuk memilih manamana alatan yang dibeli oleh pihak sekolah mahupun cakera padat yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk digunakan di dalam kelas. Malah, guru juga boleh melayari laman web Eduweb tv untuk memuat turun mana-mana video untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bukankan kesemua perancangan pengajaran ini memerlukan guru menggunakan masa senggang mereka? c) Guru tidak menggunakan pengetahuan dan kemahiran sepenuhnya untuk membantu murid. Rata-rata guru lepasan sijil dan diploma dilatih selama 3 tahun untuk menguasai ilmu dan kemahiran mengajar. Guru yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula dilatih selama satu tahun. Pihak Bahagian Pendidikan Guru juga sering mengadakan kursus-kursus pedagogi mata pelajaran tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu guru. Pengetahuan pedagogi membantu guru mengenalpasti kaedah terbaik untuk mengajar. Pengetahuan mengenai psikologi pula membantu guru memahami gelagat dan tingkahlaku murid. Namun, tidak ramai guru yang mengaplikasikan ilmu mereka akibat daripada tidak menggunakan masa mereka dengan baik untuk merancang sesuatu yang berguna untuk murid-murid mereka. Lebih menyedihkan, terdapat juga guru yang menolak arahan untuk menghadiri kursus dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah sedangkan kursus tersebut berguna untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. Ada pula guru yang menganggap menghadiri kursus hanya untum makan angin. Maka, mereka hanya mengikuti kursus sambil lewa dan tidak mendapat ilmu yang berguna. Akibatnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kerugian dan tidak mencapai objektif pelaksanaan kursus akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab.

d) Guru menggunakan masa terluang untuk bercerita dan berbual perkara yang tidak berkaitan dengan hal-ehwal kerja. Ada juga segelintir guru yang suka berkongsi cerita di luar hal ehwal kerja seperti hal-hal peribadi, gossip artis, hal-hal kemasyarakatan dan politik. Guru juga perlu mengambil tahu isu semasa tetapi adalah tidak wajar menggunakan masa mereka di sekolah dengan berkongsi cerita lain dan berbual-bual kosong. Sikap guru yang sebegini sebenarnya hanya merendahkan martabat mereka dan menimbulkan perspektif negatif dalam kalangan masyarakat. Alangkah baiknya sekiranya masa-masa senggang sebegini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar atau membaca buku-buku dan artikel yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan tidak formal mengenai masalah pengajaran dan pembelajaran juga boleh dijalankan bersama Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat yang lain. Dengan cara ini, pelbagai idea dilontarkan dan guru mendapat faedah yang boleh digunakan untuk kebaikan murid-muridnya. Di dalam Islam juga, perbuatan mengumpat amat dikeji dan tidak disukai Allah. e) Guru tidak menyemak hasil kerja murid atau tidak memenuhi standard latihan yang mencukupi. Setiap panitia mata pelajaran mempunyai standard kecukupan latihan minimum bagi setiap kumpulan murid. Guru dikehendaki memberikan latihan kepada murid mengikut ketetapan yang diberikan supaya penguasaan murid lebih terbukti kesahan dan kebolehpercayaannya. Namun, penyalahgunaan masa menyebabkan guru hanya memberikan latihan yang sedikit supaya waktu menyemak adalah lebih singkat. Isu penyalahgunaan masa ini lebih parah sekiranya guru menggunakan masa menyemak buku latihan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya waktu tersebut digunakan untuk membantu dan memberi panduan kepada murid supaya objekif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Latihan tambahan amat penting bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid dan membenarkan ilmu itu berada lebih lama dalam minda mereka. Oleh sebab itu, guru seharusnya tidak memandang ringan tentang perkara ini. f) Guru menunda kerja, melakukan aktiviti yang tidak penting dan melakukan tugas sambil lewa. Ada juga segelintir guru yang tidak menggunakan masa dengan efektif. Mereka sering menunda sesuatu kerja sehingga menimbulkan sesuatu bebanan kepada mereka. Malah, di akhir waktu yang ditetapkan, guru merungut kerana berasa tertekan dengan bebanan yang disebabkan kealpaan mereka sendiri. Ada guru yang menggunakan masa terluang mereka dengan aktiviti membaca majalah kekeluargaan, membincangkan isu politik secara

keterlaluan dan membincangkan hal kekeluargaan orang lain. Sikap sebegini mengundang pandangan yang tidak baik di kalangan murid dan ibu bapa. Sewajarnya, masa terluang sebegini digunakan untuk membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran murid atau membaca artikel-artikel mengenai pendidikan. Pengalaman dari guru-guru lain juga boleh dibincangkan. Guru seharusnya mempunyai motivasi intrinsik supaya guru dapat menggunakan sepenuhnya masa mereka ke arah kebaikan. g) Tidak mengambil tahu mahupun berbincang mengenai penambahan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Seringkali juga terdengar rungutan guru yang terpaksa menghadirkan diri mengikuti kursus peningkatan professionalisme guru. Sekalipun terpaksa mengorbankan waktu mengajar di sekolah, guru seharusnya berfikiran positif kerana dapatan ilmu tersebut akan membantu mereka mengajar dengan lebih baik. Akibat keterpaksaan mereka menghadirkan diri, mereka telah menyalahgunakan masa mereka dengan mengambil tindakan sambil lewa. Maka, berlaku dua kerugian di sini iaitu waktu mengajar di sekolah telah terkorban dan ilmu yang diperolehi juga tidak maksimum. Seharusnya, guru tidak menyalahgunakan masa yang diberikan kepada mereka semata-mata tanggapan mereka yang negatif. Dalam perspektif Islam, kerja adalah ibadah sekiranya kita mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Allah. Di sini jelas menunjukkan bahawa kerjaya sebagai guru juga jika dilaksanakan dengan baik adalah diiktiraf sebagai ibadah. Namun, apakah guru lupa bahawa kelalaian mereka mematuhi ketetapan masaakan membuatkan ibadah mereka tersasar. Soal penyalahgunaan masa juga melibatkan isu halal dan haram. Tujuan kita menjadi guru adalah untuk memperolehi pendapatan berkat dan menyara keluarga. Selain itu, tugas sebagai guru adalah pendidik. Cuba renungkan kembali, adakah kita sebagai guru telah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam? Apakah kita sanggup untuk memohon kemaafan dari setiap anak murid kita atas kelewatan kita secara sengaja untuk masuk ke kelas? Sudah tentu tidak. Pada kesempatan yang ada inilah, guru seharusnya menggunakan peluang ini untuk mengajar bersungguh-sungguh dan mengelak isu penyalahgunaan masa.

Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

KESAN ISU PENYALAHGUNAAN PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU

MASA

TERHADAP

Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan. Perkara yang ingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru tetapi juga kesan kepada murid itu sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa ini sebenarnya lebih banyak merugikan mereka. Beberapa kesan yang dapat dilihat ialah: a) Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat kurangnya kualiti dan produktiviti. Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000 mendefinisikan kualiti sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat. Dalam perkhidmatan pendidikan, guru hendaklah menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula digunapakai seperti yang tercatat di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, kakitangan awam juga boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh tentang kefahaman kehendak dan pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru menunjukkan kemampuan mereka dalam merekabentuk perkhidmatan seperti yang diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa. Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh didefinisikan sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit input. Maka, output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input perujuk kepada ilmu dan kemahiran yang diberikan kepada murid manakala output merujuk kepada tingkahlaku dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh murid itu sendiri. Mengapa pula kualiti dan produktiviti adalah berkaitan dengan penyalahgunaan masa? Jika kita merujuk kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan beberapa panduan untuk meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah pihak pentadbiran sekolah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah: i. ii. Tenaga manusia (guru-guru) Sistem dan prosedur

iii. iv. v. vi. vii. viii.

Struktur organisasi Gaya pengurusan Persekitaran kerja Teknologi Bahan-bahan Kelengkapan modal Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak syak lagi jika penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti kerana guru tidak bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif, tidak menyediakan atau menggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak menyediakan bahan dan alatan yang bersesuaian dan tidak melakukan refleksi pengajaran untukmengenalpasti dan menyelesaikan masalah murid. Penyalahgunaan masa menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi dalam menentukan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

b) Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan. Guru adalah role model murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah personaliti guru tersebut. Kepimpinan Melalui Teladan merupakan slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam. Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga. c) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku. Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran

selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini. Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa. d) Tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup. Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka tiada fokus tertentu dalam kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk memenuhi masa di sekolah mereka. Sebagai guru, seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih matlamat untuk dicapai. Contohnya, Cikgu Hadi mempunyai matlamat untuk menjadi guru cemerlang Matematik dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk mencapai matlamatnya, Cikgu Hadi merancang untuk mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya sebelum memohon jawatan tersebut. Oleh itu, Cikgu Hadi akan menggunakan masa senggang di sekolah untuk menyediakan dokumentasi tersebut. Guru juga hendaklah lebih positif dalam menentukan hala tujunya dalam kerjaya. Sebagai guru yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk memenuhi keperluan murid. Jadi, masa terluang tersebut akan digunakan untuk memikirkan sesuatu yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik agar dapat melakukan tugasnya dengan lebih ikhlas dan bersungguhsungguh. Terdapat beberapa ciri guru yang berfikiran positif iaitu optimis, bersemangat, keberanian, keyakinan, keazaman, kesabaran, ketenangan dan fokus. Sekiranya seorang guru itu mempunyai matlamat kerjaya dan bersikap positif, maka isu penyalahgunaan masa ini dapat dikurangkan. e) Dari perspektif Islam, sikap guru yang menyalahgunakan masa boleh mengundang dosa. Rata-rata guru di Malaysia perlu mengajar sebanyak 26 hingga 30 waktu seminggu. Waktu ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru. Namun, bagaimana pula jika guru terlibat terlewat masuk ke kelas? Pendapatan seorang guru adalah dari sumber yang halal iaitu menyampaikan ilmu kepada murid. Sekiranya guru tidak tidak mematuhi peraturan masa

yang ditetapkan, pendapatan itu menjadi tidak halal. Guru perlu memohon maaf daripada murid dan meminta murid menghalalkan kekurangan tersebut. Sekiranya di dalam kelas mempunyai 35 orang murid, maka semua murid hendaklah bersedia untuk memaafkan guru. Bayangkan sepanjang 25 tahun atau lebih tempoh perkhidmatan guru, adakah guru benarbenar tidak menyalahgunakan masa? Perkara ini perlu direnung semua oleh insan yang bergelar guru. Soal penyalahgunaan masa juga melibatkan keberkatan rezeki. Keberkatan rezeki amat penting dalam kehidupan dan pembangunan keluarga. Guru yang tidak menitikberatkan perkara ini boleh menyebabkan rezekinya tidak diberkati. Perkara seperti ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ini melibatkan hubungan insan dengan penciptanya. Kemungkinan akibat tiada keberkatan dalam rezekinya, dia sering berasa gundah dan merasa tidak pernah cukup. Dalam menjalankan tugas, guru-guru tidak boleh walau sedikitpun mengurangi waktu bersama dengan murid seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual waktunya. Jika guruguru dengan sengaja masuk lambat contohnya, dengan itu dia boleh dikatakan telah menipu dalam kerjanya.

PENYALAHGUNAAN MASA Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia,waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagihingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulumpada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa dikalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiardi media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalamansekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripadaterus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah gurutidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak

menyampaikan isi pengajarandengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaranyang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluardaripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerjayang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook,berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan dimalam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam)

hinggamenjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari danbanyak lagi. Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua puncautama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama,indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak sepertimempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja,kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap iniwujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkansehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh sungguh dalammendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yangbakal diterima pada setiap bulan. Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaanyang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorongkepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan danpenguatkuasaan juga

lemah, maka guru guru menjadi lebih berani untuk menyalah gunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amatburuk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesionaldan murid murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan iniadalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah.Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidakyakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak anak mereka. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini

tidakdibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, danindividu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan initidak terus menular dan menjadi semakin teruk. Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan

darisemasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru guru di sekolah. Denganadanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru

untukmenyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbirjuga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihatkepadaguru makabolehlah yang bermasalah. guru tersebut Jika pihak pentadbir tidak mampu, pihak

merujuk

kepada

kaunselor.

Akhirnya,

pentadbirboleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakantindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalahserius dan berulang. Dengan cara ini, guru guru akan sedar akan kesilapandiri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalamusaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukanadalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan.Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dandiperbaiki. Ia juga akan

menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebihbaik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjaditeladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang idealsebagai seorang guru.Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktivitisupaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziranmasa.

PENYALAHGUNAAN WANG Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir akhir ini,semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan gurudisiarkan dalam mediamassa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan olehpihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yangmengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lainpenyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti tanpa memaksa mengikut muridmembeli tatacara buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar,melakukan pembelian pembelian, mengemukakantuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yurankhas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya membelanjakan kepada wang pihak untuk sekolahdengan kepentingan diri, tujuan guru tersebut

tidakmengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi.

Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalahberpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibatdalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidupmewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri,maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telahdiamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dankeimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilaikejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan.Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalammenguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewamenguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebutbiasanya lemah dalam

menghayati kod etika profesionnya yang menggariskanbatas batas tatacara pengurusan kejayanya. Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihakpentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnyapemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusanwang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan jugaadalah lemah, maka guru guru menjadi lebih berani untuk menggelapkanwang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yangdiambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenaiprosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru gurumengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir butir perbelanjaanuntuk kepentingan diri. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepadapermasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedarihakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil.Pertama,pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring)dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan carasentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada

berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnyaguru pungutan besar hendaklah dengan mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahanyang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas sekolah lebih cekapbagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah,membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagimemastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan,pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan

dari masa ke semasasupaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali gurubesar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapatmempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah. Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendungmasalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yangmenyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukandan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telahdilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah.Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabahdiri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalammemilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agardapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekadmenolak rasuah dengan tegas. Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegangteguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu isu pelanggaran kod etikakeguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang disekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesanyang buruk terhadap profesion keguruan,pembangunan modal insan dan masadepan anak bangsa.

You might also like