You are on page 1of 9

BERITA ( Tema : Sekolah ) 1. Pada minggu lalu, beberapa orang murid di sekolah kamu telah mengalami keracunan makanan.

Tulis berita tentang kejadian itu. Skema Jawapan 1. KERACUNAN MAKANAN PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius. Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pihak pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan. Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut.

2.

KERACUNAN MAKANAN PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat telah _____________ keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi, selepas waktu rehat. Kejadian ini telah ______________ oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku ____________ daripada nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah ___________ sakit perut dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius. Pihak sekolah telah mengambil __________ pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pihak pengusaha kantin pula _____________ meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan _________ selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah _________________ semua murid ini telah mengalami keracunan makanan. Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah diarahkan tutup _________. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan _______________sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut.

disedari

tindakan

mengalami

rawatan

serta-merta

mengesahkan

mengalami

dibuka

akibat

dilarang

3. Isi penting 20 orang keracunan makanan Dihantar ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan Berlaku pada pukul 11.30 pagi Dikesan oleh guru bertugas Punca kejadian akibat nasi lemak yang dibeli Diserang sakit perut dan muntah-muntah Ada murid yang serius sakitnya Pihak sekolah mengambil tindakan pantas Pengusaha kantin diminta memberhentikan perniagaan Pejabat Pelajaran Daerah dimaklumkan Murid yang serius dihantar ke hospital Murid lain dibenarkan pulang Pihak Pusat Kesihatan mengesahkan punca keracunan makanan Melawat kantin tersebut Mengarahkan kantin sekolah ditutup Minta bersihkan kawasan kantin dan patuhi peraturan Dibenarkan berniaga jika pihak kesihatan berpuas hati

( Tema : Keluarga ) 1. Baru-baru ini, bapa kamu telah memenangi Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri.Tulis berita tentang majlis tersebut. Skema Jawapan 1. TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI KUALA NERANG, Rabu Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagai Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal Abidin berasal dari Kampung Kubang Semang. Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersamasama isteri dan anak-anaknya. Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM 10000 dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakar semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha. Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yang ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan makanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya. Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap kejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam bidang pertanian ini.

2. TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI KUALA NERANG, Rabu Encik Zainal Abidin bin Tahir telah ______________ sebagai

Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal Abidin _______________ dari Kampung Kubang Semang. Encik Zainal Abidin seorang petani yang ______________. Beliau telah mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran rumahnya telah dijadikan kolam _____________ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama-sama isteri dan anak-anaknya. Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini _________ hadiah berupa wang tunai RM 10000 dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan____________ semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha. Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk __________ para petani yang ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan makanan ringan yang _______________ oleh keluarganya. Encik Zainal Abidin ____________ ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap kejayaannya ini akan menjadi ___________ kepada semua petani negeri Kedah untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam bidang pertanian ini.

berjaya

dihasilkan

dianugerahkan

pendorong

berasal

menerima

merakamkan

menternak

membakar

membantu

3. Isi Penting - anugerah Tokoh Petani Jaya peringkat negeri - menerima hadiah daripada Menteri Besar - berasal dari Kampung Kubang Semang - seorang petani yang berjaya mengusahakan kelapa sawit, menternak lembu dan melihat ikan keli - mengusahakan makanan ringan berasaskan ubi dan pisang bersama-sama keluarga - menerima hadiah lumayan wang tunai dan sijil - hadiah sampingan baja dan mesin - hadiah ini menjadi pembakar semangat - berjanji membantu petani yang ingin menceburi bidang ini - melawat ladangnya dan memasarkan hasil pertaniannya - mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak terlibat memberi khidmat nasihat - kejayaannya menjadi pendorong kepada para petani - terus aktif dalam bidang pertanian

( Tema : Masyarakat ) 1. Kamu telah menyaksikan peristiwa tiga orang murid sekolah rendah telah lemas di sungai. Tulis berita tentang kejadian tersebut. Skema Jawapan 1. LEMAS DIBAWA ARUS BATU PAHAT, 10 MAC Tiga orang murid tahun empat telah lemas semasa mandimanda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang terlibat ialah Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman. Ketika kejadian berlaku, air sungai Renggam agak deras arusnya kerana pada sebelah paginya hujan turun agak lebat. Mangsa-mangsa lemas ini sememangnya sudah biasa mandi di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah melarang mereka mandi di sungai itu. Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang menjerit meminta tolong. Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus. Mangsa lemas itu cuba diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan bertindak pantas memberitahu penduduk kampung. Sehingga berita ini ditulis, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala dua lagi mangsa masih belum ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa. Mereka telah menyusuri sungai untuk mencari mangsa. Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan. Mereka begitu terperanjat dengan kejadian ini. Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola sepak. Namun begitu mereka reda dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap agar mayat anak mereka akan dijumpai secepat mungkin.

2. LEMAS DIBAWA ARUS BATU PAHAT, 10 MAC Tiga orang murid tahun empat telah _______ semasa mandimanda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang ___________ ialah Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman. Ketika kejadian berlaku, air sungai Renggam agak _______arusnya kerana pada sebelah paginya hujan turun agak lebat. Mangsa-mangsa lemas ini sememangnya sudah biasa mandi di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah ______________ mereka mandi di sungai itu. Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang _______meminta tolong. Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus. Mangsa lemas itu ___________ diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan lbertindak pantas memberitahu penduduk kampung. Sehingga berita ini ________, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala dua lagi mangsa masih belum ditemui . Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa. Mereka telah ______________ sungai untuk mencari mangsa. Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan. Mereka begitu ____________ dengan kejadian ini. Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola sepak. Namun begitu mereka reda dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap agar mayat anak mereka akan ___________________ secepat mungkin

deras

ditulis

terperanjat

lemas

menyusuri

menjerit

terlibat

Cuba

dijumpai

melarang

3. Isi Penting - tiga murid lemas di Sungai Renggam - pulang dari latihan bola sepak - nama mangsa yang lemas - keadaan arus sungai deras - mangsa sudah biasa mandi di sini - dilarang oleh Pak Hasan - menjerit minta tolong - cuba membantu tetapi gagal - memaklumkan kepada penduduk kampung - seorang mangsa diselamatkan - dua masih hilang dicari oleh Bomba dan Penyelamat - ibu bapa terperanjat kesal - reda dengan kejadian harap mayat dijumpai segera

You might also like