You are on page 1of 3

Bab 4 : Perancangan, Pemilihan, Penghasilan, dan Penilaian Media Pengajaran ..MODEL ASSURE..

Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989). Assure bermaksud memastikan sesuatu berlaku. Singkatan akronim ASSURE bermaksud

Analyze Learners (Analisis Ciri-ciri Pelajar) - guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. - aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya mencapai sasaran guru.

State Objectives (Menyatakan Objektif) - sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar perolehi. - objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Select Methods, Media and Materials (Memilih Kaedah Media, dan Bahan) - berdasarkan tingkat kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Utilize Media and Materials (Menggunakan Media dan Bahan) - mengambilkira kos dan waktu pengajaran Require Learner Participation ( Memerlukan Penyertaan Pelajar) - antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek Evaluate and Revise (Menilai Dan Mengulangkaji) a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

You might also like