MODUL KURSUS MAJOR SEMESTER 6

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum

mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

1 Semantik dan Makna 1.3 Semantik dan Sejarah Aktiviti Kendiri Tajuk 2 Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu i i iii vi viii x 1 4 .2 Semantik dan Linguistik 1.  MUKA SURAT KANDUNGAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Semantik dalam Bahasa Melayu Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 1.

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 2.2 Hiponim.2 Istilah Khusus dan Umum.2 Penyempitan Makna Aktiviti Kendiri 11 Tajuk 5 Peristilahan Bahasa Melayu 13 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 5. Morfem Penulisan Aktiviti Kendiri Tajuk 6 Sumber Istilah Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran 29 .1 Pengembangan Makna 4.1 Makna Ayat 3.2 Kerangka Genaratif Chomsky Aktiviti Kendiri 9 Tajuk 4 Perubahan Semantik Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 4.1 Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi. Homonim dan Polisem Aktiviti Kendiri Tajuk 3 Makna Ayat dalam Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 3. Tataistilah dan Tatanama 5.1 Sinonim dan Antonim 2.

3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asing Aktiviti Kendiri Tajuk 7 Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 7.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun 6.1 Singkatan 7.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu 6.2 Akronim Aktiviti Kendiri Tajuk 8 Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 8.Kerangka Tajuk 6.1 Ejaan Fonemik dan Etimologi Aktiviti Kendiri Latihan Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul 40 37 .

Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. . Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. dan masa anda. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. sumber-sumber pembelajaran. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran.

 Semak dan ulangkaji pembacaan anda.  Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini.  Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Walau bagaimanapun. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Ambil memahami pembacaan anda. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. masa untuk . Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.  Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar.

Modul ini mengandungi 8 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan. (Sila rujuk .  Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu. Penyempitan Makna dan Anjakan Makna Tajuk 5 membincangkan Peristilahan Bahasa Melayu yang merangkumi Konsep Dasar Peristilahan (Definisi. Kata Dasar dan Kata Akar.Makna Ayat dalam Bahasa Melayu. PENGENALAN Kursus BMM3111 (Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu) terdiri daripada 15 tajuk.Agihan Tajuk).  Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.Perubahan Semantik. Tajuk 3 . Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Antonim. Gabungan Kata. Morfem Peristilahan. Kata Berimbuhan. dan Semantik dan Sejarah Tajuk 2 mengenai Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada pecahan tajuk Sinonim. serta Paradigma Kata . Bentuk Prototaip. Teliti maklumat yang diterima. Tataistilah dan Tatanama).Peristilahan Bahasa Melayu. Homofon) dan Polisem Tajuk 3 membincangkan Makna Ayat dalam Bahasa Melayu dengan melihat konsep Makna Ayat dan Kerangka Generatif Chomsky Tajuk 4 adalah khusus menyentuh aspek Perubahan Semantik daripada aspek Pengembangan Makna. Tajuk 5 . Tajuk 7.Semantik dalam Bahasa Melayu.Sumber Istilah Bahasa Melayu. Tajuk 4 . Kata.Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu. Tajuk 6 . Imbuhan. Homonim (Homograf.Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu Secara umumnya ringkasan tajuk-tajuk tersebut adalah seperti yang berikut: Tajuk 1 mengenai konsep Semantik dan Makna . Lapan tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 .Tajuk 2 .Hiponim. Istilah Khusus dan Umum. Semantik dan Linguistik. Tajuk 8 .

Sebagai memantapkan kefahaman terhadap setiap tajuk dalam kursus ini. Lambang dan Huruf Bilangan. . dan Lambang Gambar Tajuk 8 terdiri daripada Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayuyang merangkumi Ejaan Fonemik dan Etimologi dan Ejaan Nama. Perbendaharaan Kata Bahasa Asing Tajuk 7 membincangkan Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu yang terdiri daripada istilah Singkatan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari dan topik-topik lain yang berkaitan. Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun. pelajar dinasihati membuat banyak rujukan dan pembacaan.Akronim. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk.Tajuk 6 berkaitan Sumber Istilah Bahasa Melayu yang terdiri daripada Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu. Penyesuaian Ejaan dan Imbuhan Asing Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah yang mengajar melalui e-mel atau secara bersemuka.

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. Homofon)  Polisem Makna Ayat dalam Bahasa Melayu  Makna Ayat  Kerangka Generatif Chomsky - 2 2 2 2 - 2 3 - 2 2 4 - 2 2 . Jam 1 Semantik dalam Bahasa Melayu  Semantik dan Makna  Semantik dan Linguistik  Semantik dan Sejarah Fitur Makna dalam Bahasa Melayu  Sifat Makna  Kelas Makna  Lewah dalam Makna Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu  Sinonim. Bil. Kandungan Interaksi Bersemuk a (jam) Modul (jam) Jum. Antonim  Hiponim.AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Homonim (Homograf.

5 Perubahan Semantik  Pengembangan Makna  Penyempitan Makna  Anjakan Makna Semantik Teori Pembuktian  Keharmonian dan Pembuktian  Koheren dalam Pembuktian Taksa dan Ketaksaan Makna dalam Tatabahasa  Permasalahan dalam Pengajaran Makna  Kepersisan Makna.  Kata Dasar & Kata Akar. Bentuk Prototaip. Tataistilah & Tatanama. Morfem Peristilahan. Kata.  Kata Berimbuhan. Ketaksaan Leksikal dan Struktur  Kekaburan Makna Peribahasa Bahasa Melayu  Makna dalam Peribahasa  Asal Makna dalam Peribahasa Peristilahan Bahasa Melayu  Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi. Imbuhan. Gabungan Kata.  Istilah Khusus & Umum. Paradigma Kata Sumber Istilah Bahasa Melayu  Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu  Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun  Perbendaharaan Kata Bahasa Asing Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu  Konsep dan Langkah  Syarat-syarat  Pembentukan Istilah Baru Mengaplikasi Pembentukan Istilah - 2 2 6 2 - 2 7 2 - 2 8 2 - 2 9 - 2 2 10 - 2 2 11 2 - 2 12 - .

Hiponim. Sinonim.menggunakan Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu  Kata Bahasa Melayu yang Lazim & Tidak Lazim  Kata Bahasa Serumpun yang Lazim & Tidak Lazim  Kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing Lain 13 Aspek Tatabahasa dan Semantik Peristilahan Bahasa Melayu  Penggunaan Kata Dasar. Reduplikasi. Penggabungan. Proses Pengimbuhan. Proses Analogi  Penterjemahan.  Peleburan Fonem & Suku Kata. Penyesuaian Ejaan & Imbuhan Asing  Gugus Konsonan 2 2 2 - 2 14 - 2 2 15 1 1 2 JUMLAH 15 15 30 . Homonim. Kepoliseman Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu  Singkatan  Akronim  Lambang & Huruf Bilangan  Lambang Gambar Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu  Ejaan Fonemik & Etimologi  Transliterasi dan Transkripsi  Ejaan Nama. Paradigma Istilah.

Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik. Menjelaskan tentang semantik . Untuk memahami bahasa. . Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna.1 Semantik dan Makna Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa.  KERANGKA TAJUK-TAJUK 1.TAJUK 1  SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. dan makna ayat. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. fitur makna.  HASIL PEMBELAJARAN 1. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. makna leksikal. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992).

berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard. kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang . Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung. Jadi. manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Walau bagaimanapun. suatu kemahuan‟. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Kata semantik juga diertikan sebagain”ilmu tentang makna atau erti”. Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik. kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna. kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. konotasi sesuatu kata. Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings.Breal daripada kata Perancis semantique. 1. atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca. dan tanpanya. atau (ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar. yang bermaksud penting atau bererti. pokok.Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.2 Semantik dan Linguistik Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik.Manakala makna pula secara umumnya membawa erti „maksud‟ atau „erti‟. iaitu: (i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata. d an „emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu‟. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna. kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. suatu inti. dan tatabahasa atau nahu terletak di tengahtengah deretan ini. Contohnya. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti „suatu sifat intrinsic.

1996). kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional. sebagai ayat yang betul. Tegasnya. kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.3. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Menurut Ullmann (1996).2 Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang. seperti . 1. walaupun ayat ini menepati aturan bahasa. pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. iaitu perubahan makna. Sebaliknya.1  Apakah maksud istilah semantik?  Berikan dua definisi tentang bidang semantik Aktiviti Kendiri 1.3 Semantik dan Sejarah Berdasarkan sejarah linguistik.3. Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Aktiviti Kendiri 1. perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann. Tetapi. Sebelum tahun 1930. kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. maklumat semantik amat penting dalam linguistik.menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik. selepas tahun 1930.

Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu.1 Sinonim dan Antonim 2. iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan. Membezakan antara sinonim dan antonim. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan. 2. sinonim disebut sebagai perkataan seerti . perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu. Sebaliknya. Dalam sesuatu bahasa.  TAJUK-TAJUK 2.semantik linguistik dan semantik falsafah. „sejuk‟ dan „dingin‟. Bolehkan anda menyenaraikan tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang tersebut? TAJUK 2  MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. „lupus‟ dan „luput‟. susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. „loncat‟ dan .  HASIL PEMBELAJARAN 1. misalnya perkataan „kereta‟ dan „motokar‟. „ganggu‟ dan „kacau‟.1. seperti tersusunya dalam bentuk kamus. „suka‟ dan „gemar‟. Secara umumnya.1 Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan.

„lompat‟ dan sebagainya. 2. . dan kolokasi.1. „batas‟ ialah „jalan raya‟. „jemput‟ digunakan dalam konteks lisan. kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini‟. Contoh ayat. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. terdapat kata -kata yang berbunyi „Dilarang membuat bising.1.1 Sinonim Pinjaman „Belalang‟ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Sebagai contoh. „belalang‟ bermakna „cakcibau‟. Sebenarnya. terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Misalnya „penyanyi‟ ialah orang yang „bernyanyi‟ manakala „biduan‟ bermaksud „status‟ yang tinggi dalam profesionalisme seni. iaitu sinonim pinjaman. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.2 Sinonim Konteks Perkataan „jemput‟ dan „udang‟ banyak digunakan dalam konteks protokol. yang maksud konvensionalnya ialah „timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah‟.1. 2. Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita.1. Walau bagaimanapun.1. ada beberapa jenis sinonim.1. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. dalam dialek Perak. laras sosial. Dalam bahasa Melayu. Di perpustakaan pula.4 Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. konteks.1.1. Dalam dialek Kedah. 2. bercakap dan berbual-bual‟. manakala „undang‟ dalam konteks tulisan. Contohnya perkataan „banyak‟ dan „ramai‟ mempunyai makna yang sama. 2. Dalam semantik.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis „Tolong jangan usik.

.2 Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini. Secara umumnya. Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah.1 Antonim pasangan komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Alasannnya. Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan 2. „tumbuh tumbuhan‟.1. antonim disebut sebagai perkataan berlawanan. perkataan tidur-jaga. kembang-kuncup. perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati. duduk-bangun. Namun demikian.1. tajam-tumpul.2. tinggi lawannya rendah. 2. baik lawannya jahat. sihat-sakit. dan tidak mati-hidup. cantik lawannya hodoh.“Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut. misalnya perkataan „lena‟ lawannya „tidak lena‟ ataupun „mati‟ bermaksud „tidak hidup‟.” “Perkataan „banyak‟ boleh digunakan sama ada bagi „manusia‟. Selain itu. miskin lawannya kaya dan sebagainya. hidup-mati. „haiwan‟ dan „benda‟ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut. Cotohnya. Oleh itu kata nafi „tidak‟ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut. misalnya sejuk lawannya panas. gembirasedih dan sebagainya.

2. perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. . sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis. 2.1 Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Secara umumnya. jual-beli.2 Hiponim.3 Antonim hubungan bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Sebagai contoh. tinggi-rendah. hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Selain itu.2. melur. 2. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh. tebal-nipis. Dalam hal ini. kurusgemuk dan sebagainya. Homonim dan Polisem 2.kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Demikian juga perkataan „laju‟ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa. panjang-pendek. perkataan „kecil‟ pada „kerbau kecil‟ sebenarnya . Contohnya jika X „beri‟ barang pada Y bermakna Y akan „terima‟ barang itu.2. misalnya beri-terima.1. murid-guru. majikan-pekerja dan sebagainya.2 Antonim hubungan darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil. Sebagai contoh.melati.menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan „tikus kecil‟. kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara. mawar.2.1.

tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. tetapi berbeza dari segi makna. seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan „bisa‟ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. „kepada manusia‟ dan „kepala surat‟.2. kata bantu „tentang‟ boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Berdasarkan contoh-contoh tersebut. 2. secara normalnya „bisa‟ digunakan untuk menggantikan perkataan „boleh‟. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama.2. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai. . terangkan perbezaan antara hiponim dan polisem.3.3 Polisem Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. „tentang‟ dan „bisa‟ bervariasi maknanya. sama ada bunyi atau ejaan yang sama.2. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama. Dengan kata lain. perkataan „kepala‟ yang membawa maksud „ketua‟ tidak sama maknanya dengan „kepada kereta api.1  Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya  Dengan contoh yang sesuai. Ada masanya perkataan „tentang‟ boleh membawa maksud „lawan‟. Sebagai contoh. Aktiviti Kendiri 2. tetapi berlainan makna.2 Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Da lam perbualan di Indonesia. Sebagai contoh.2.

maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Kita telah pun mempelajari hubungan makna perkataan dan unsur semantik sebagai semantik leksikal sebelum ini. Walau bagaimanapun dalam banyak perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian. Dalam tajuk ini juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu mengikut Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik dan pengembangan makna. 3. Menjelaskan definisi makna ayat.1 Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. 2. Seperti yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa yang mempunyai makna. .  HASIL PEMBELAJARAN 1. Tanpa unsur ini. Makna frasa dan ayat bergantung pada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan.TAJUK 3  MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu.

disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif. semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Seterusnya. Hipotesisnya. struktur dalaman dan struktur luaran.Dalam konteks berbahasa.2 Kerangka Generatif Chomsky Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa.Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. perlakuan berbahasa. 3. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Aktiviti kendiri 3.2. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat. Menurutnya lagi.1 . ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Ia diketahui. Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus. kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan.

TAJUK 4 PERUBAHAN SEMANTIK  SINOPSIS Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi pengembangan makna. 2. tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan . Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan. Contohnya „berlayar‟. dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.  KERANGKA TAJUK-TAJUK 4. iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna.1 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Menghuraikan proses pengembangan makna. Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat?  Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif Chomsky.  HASIL PEMBELAJARAN 1. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama.

sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut „bapa‟ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut „saudara‟. Walau bagaimanapun kata ‟ahli‟ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan.2 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995). 4.alat apa saja disebut „berlayar‟ . . penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas. Dahulu kata „bapa‟ hanya dipakai dalam hubungan biologis. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ‟ahli‟ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga. Pateda (1986).

kursus ini juga mengandungi sumber istilah Bahasa Melayu. Di samping itu. sejarah penggubalan peristilahan. 5. Cabaran dan masa depan peristilahan. dan cabarannya pada masa hadapan. politik dan ekonomi Malaysia .TAJUK 5  SINOPSIS PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kursus ini mengandungi pengenalan. kepentingan peristilahan dalam Bahasa Melayu. Peranan MABBIM. definisi. konsep peristilahan. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu. peranan Dewan Bahasa dan Pustaka. istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan peristilahan Bahasa Melayu  HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti kursus ini. prinsip pembentukan istilah. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM. anda dapat :      Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu. Prinsip – prinsip pembentukan istilah.1 Pengenalan Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah. Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan .

Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal. terutamanya dari segi peristilahan.kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep. . makna. yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Dari segi teorinya. bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. simbol dan objek. Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara. dan objek. Melalui istilah. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. bahasa lisan/tulisan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya. Manakala teori yang lebih khusus. Eugen Wuster. Vienna. Hingga kini. iaitu lambang. Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf. sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu. bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Ketiga – tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu. bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik.

Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. banyak pusat maklumat dari sumber yang 5. alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing. istilah ialah kata. Contohnya.2. neonatal. Namun demikian. Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. fonem.1 Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. nitrogen.2 Definisi Istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591). Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya).1 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Dapatkan seberapa perpustakaan atau berdekatan.2. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Tata istilah atau „terminology‟ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada.1  Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan  Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia.Latihan 5. algebra dan sebagainya. . Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan. pengandaan dan penggabungan. asid. kata hidrogren. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. alofon.1. 5. 5. Misalnya: rumah. Misalnya. tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. kata umum boleh menjadi istilah.

2 Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan.2. Ungku A. -an (hasilan). ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A.2. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP. kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah „bajet‟ digunakan). Dewan Bahasa dan Pustaka (2004). Walau bagaimanapun. sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Misalnya: ber. 5. beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan.5. mengapa pengistilahan amat penting di negara kita?  Secara ringkas.2. Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Contohnya.…-an (pemprosesan).(berinteraksi).3 Penggandaan Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah. menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik.2  Pada pendapat anda. dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa.1. nyatakan usaha-usaha yang telah di mainkan oleh Dewan Bahasa dan . bumiputera dan sebagainya. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha. Latihan 5. Aziz. 5. warganegara. peN.1.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan.1.

tatabahasa dan perkamusan. pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah. Di dalam bidang bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu. mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. menyebarkan panduan bahasa. kursus. . Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan – badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya. Untuk memperkukuhkan lagi peranannya. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah. forum. rancangan Dewan Bahasa di radio. Sehingga hari ini.Pustaka terhadap perkembangan kemajuan peristilahan di Malaysia. khidmat nasihat. taklimat. antara peranan yang dilaksanakannya ialah. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat. dan 5. Apa yang jelas. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah. Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam.

bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem. dan negara-negara lain. Di bawah ini diberikan contohnya:  Acid  Aciditiy  Acidic - asid (bukan acid) keasidan (bukan asiditi) berasid (bukan asidik) Selain itu. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu.  Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM. pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Pada tahun 1950-an. kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.     Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. . sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Oleh yang demikian. istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid. kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. asiditi. Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Dengan itu. apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu. Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. dan asidik. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

dalam semua bidang ilmu atau yang popular.  Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubalpenggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Contohnya adalah seperti yang berikut:  Biology  Anthropology  Sociology  Archeology  Phonology - kajihayat kajimanusia - kajimasyarakat kajipurba kajibunyi . cara dan pedoman. penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. dan  Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Berdasarkan pedoman yang baharu itu. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”. Pada masa lalu apabila menggubal istilah. sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia.  Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa. iaitu:  Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden. ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar.  Pembentukan istilah baharu.

kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama. jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis. neurologi. iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. seperti farmasi. Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada. kajibintang. kajihaiwan. Geology  Psychology  Climatology - kajibumi kajijiwa kajiiklim Berdasarkan conoth – contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam. Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua. terutama sekali bidangbidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia. . supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis. dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga. untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas. kajilautan. antropologi. sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia. dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain. di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. maka ditetapkan dasar kedua. Selain itu kita dapat berkongsi membaca bukubuku rujukan. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu. fotosintesis. tetapi mengapa pula perkataan “organ” diciplak daripada bahasa Inggeris. iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. farmakologi. filologi. kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Bagi dasar yang ketiga pun penting. kajitumbuhan. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. bahasa asing juga? Oleh itu. linguistik. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda. dan yang seumpamanya. jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk. Persamaannya sangat banyak.

praktis.   Bagi istilah pinjaman. DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:  Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan): . ekonomi dan ilmiah. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya. Oleh itu. hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum. dan Sesuatu istilah asing. Misalnya:  Fixed price  Market price  Price list  Cost price  Cost section harga tetap harga pasaran senarai harga harga kos bahagian kos Untuk kepentingan kecekapan. hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya. untuk merealisasikan dasar – dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara. iaitu: Bagi istilah pinjam-terjemah. penyelarasan.  Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu. keseragaman. maka (mengikut keutamaan):  Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya. walau dalam apa bidang sekalipun.Jerman dan Sepanyol.

James Watt dan lain-lain. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu. Contohnya seperti Greenland. atomization dan yang seumpamanya. Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam. sekalipun kata akarnya nucleus.  Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. pada umumnya. hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut: . Burkina Passo. Contohnya seperti radio.  Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya. aeroangkasa dan seumpanya. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan. Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. farmakologi. kejuruteraan. atau tidak ada persamaan Melayunya. kerana ini mempunyai pengertian yang khas. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam. televisyen dan sebagainya. Katakata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. Contohnya seperti computer dan digital camera. Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam kata atomic. orang atau gelaran atau idiom. sama ada kata nama atau kata sifat. Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah: Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar. atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Wellington.  Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri.

kata berimbuhan. bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata. . morfem peristilahan. imbuhan. kata gabungan.  mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. iaitu:  menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal. istilah khusus dan istilah umum. banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah:  Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya. Sumber istilah. kata dasar dan kata akar. tataistilah dan tatanama. Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.  Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas. seperti kosa kata bahasa asing. h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu. f) Kata dalam bahasa asing lain. terutamanya bagi istilah ilmiah. sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani. e) Kata dalam bahasa Inggeris. terutama bagi istilah bukan ilmiah. c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai. dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut: a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai. atau menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia. d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai.  b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai.

MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. kesusasteraan dan sebagainya.5. pada 23 Mei 1972 di Jakarta. yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972. atas alasan apakah dasar-dasar pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa?   Latihan 5. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Indonesia dan Malaysia. perubatan. Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.4.1  Untuk perkembangan Bahasa Melayu. Menteri Pendidikan Malaysia. menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia.2 Nyatakan dasar – dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia. perekonomian. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap.4 Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara. . Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM). teknologi. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat. iaitu Negara Brunei Darussalam. komunikasi maklumat.4. perundangan. dan Bapak Mashuri Saleh S. Latihan 5. setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn.H. Manakala. Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan peranan DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu.

5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada tahun 1950-an. iaitu:  Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden. asiditi. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid.Layari Internet  Layari laman web maklumat tambahan.  Pembentukan istilah baru.  Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa. dalam semua bidang ilmu atau yang popular. dan asidik. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu. hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia. kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. untuk mendapatkan 5. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. cara dan pedoman. . Dengan itu. istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar.

. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus. penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubalpenggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat antarabangsa. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”. 5. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Pada masa lalu apabila menggubal istilah. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia. sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.6 Prinsip Pembentukan Istilah Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. Pinjaman juga turut dilakukan. Kata terbitan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Kata ganda. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan. Di dalam proses pembentukan istilah. dan  Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Di samping itu.    Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.

Contoh : Cerpen tabika pawagam MARA BERNAMA KOBENA cereka kugiran RISDA ADUN PLUS BERNAS 5. saperti kata nama.6. akhiran.6.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan. sisipan atau apitan. a. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit. kata kerja. Kata gabungan. Contoh: Kata nama: buruj constellation rawan gristle cahaya light Kata kerja: pecut Imbas reka accelerate scan invent Kata adjektif: kenyal Rawak Cemas elastic random anxious Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. 5. Arab dan Jawa. dan kata adjektif. Paradigma kata dengan imbuhan berContoh: .1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama.

perContoh: Mempersatukan Memperoleh mempelajari pemersatu pemeroleh pelajar pemersatuan pemerolehan persatuan perolehan pelajaran e.an Contoh: saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian . Paradigma dengan Penambah me(N)Contoh: Menulis mengajar mengamal membesar mengubah mengairi penulis pengajar pengamal pembesar pengubah penulisan pengajaran pengamalan pembesaran pengubahan pengairan tulisan ajaran amalan - c. Paradigma dengan me(N)-. berContoh: memberhentikan pemberhentian perkecualian pembelajar perhentian pelajaran d.belajar bertapa bertani pelajar pertapa petani pelajaran pertapaan pertanian b. Paradigma kata dengan me(N)-. Paradigma kata dengan ke .

Ganda Penuh Contoh: langit-langit labi-labi buku-buku kanak-kanak paru-paru guru-guru gerigi tenusu telapak kemuncup sinambung b. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejarian d. Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Batu-batan .3. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-.f. -em-. -er-. -el-. -inContoh: Gigi susu tapak kuncup sambung 5.6. a. Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. Ganda Suku Kata Awal Contoh: Tetikus Cecair gegua rerongga Rerambut jejari c.

i.contoh seperti: Jagaan perlindungan Perjanjian meluluskan kedudukan anggaran perbelanjaan terealisasi . Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas.Serta-merta Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak dalih Mudar mandir Pupu poyang rempah ratus 5. sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang daftar masuk mesin kira tangan ganda tiga atas aras laut mesin atur huruf segi empat tepat kamera laut dalam ii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh .4 Istilah Bentuk Gabungan Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih.6.contoh seperti : saksi pendakwa dalam talian mengambil alih penerima janji pelarasan gaji atas talian menerima pakai gelombang melintang iii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh.

Azman Wan Chik. Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994).1985.4  Berdasarkan contoh – contoh di atas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka . Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu.145-164) Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Rencana Linguistik. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Tatabahasa Dinamika.hlm. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Semoga berjaya. cuba anda senaraikan contoh – contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan.Latihan 5. (1987). Buku rujukan Abdullah Hassan (ed).

konsep. proses. TAJUK 6  SINOPSIS SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu.html accessed on 5 July 2007. dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ. bentuk – bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang. perbendaharaan kata bahasa asal .angelfire.com/id/ahmad awang/meaning. perbendaharaan kata serumpun. dipilih fisiologi . Contoh: Hospital dan rumah sakit. http://www. Binaan Makna. Ini berdasarkan perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu.  kata berkenaan tepat memberi makna.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. keadaan atau ciri yang dimaksudkan.Darwis Harahap (1994). 6. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut.  kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). penyerapan istilah asing.

3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Contoh – contoh seperti:  gambut (daripada bahasa Banjar) – peat  nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain  engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut  dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf  dening (daripada dialek Kelantan) – yoke 6. kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 6. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Contoh – contoh seperti: Istilah Bahasa Asal  Atom Istilah Bahasa Melayu .2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman. bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

 Kemudahan belajar bahasa.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya.4. Hal ini bergantung pada:  Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat. dan  Kepraktisan. .  Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya.4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar. Electron  Professional  Psychology  Structure  Radio  Television   Atom  Elektron  Profesional  Psikologi  Struktur  Radio  Televisyen  Radiography Radiografi 6. sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. 6.  Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan.  Sesuai maknanya.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

6.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh – contoh seperti :

Istilah Asing  Campaign  Custom  Dengue  Grant

Istilah Bahasa Melayu

 Kempen  Kastam  Denggi  Geran

Pension

Pencen

6.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring. Contoh:

  c.  

bona fide esprit de corps fait accompli weltanschauung cal de sac

Latihan 6.1

 Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh?

 Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia?

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

 Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data scrambler Bahasa Melayu Sidang audio Autosimpan Siaran;siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan

Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature

Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital

 Istilah Undang Undang Bahasa Inggeris Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Mandatory procedure Native Natural justice Bahasa Melayu Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi

 Istilah Komputer Bahasa Inggeris Access Bench mark Cursor Data base Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Bahasa Melayu Capaian Tanda aras Kursor Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat  Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Short-term financing Sole agent Bahasa Melayu Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal .

waitress (P)  Fotografi Bahasa Inggeris Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Bahasa Melayu Fotografi abstrak Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Bahasa Melayu Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji .Steering committee Jawatankuasa pemandu  Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L).

Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex  Istilah Matematik dan Statistik Bahasa Inggeris Aerial cable Affine Affine geometry Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model 6. mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka.6 Bahasa Melayu Kabel aerial Afin Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat. linguis dan pendidik. tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru. mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat. tentu sekali banyak cabarannya. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum: . Walau bagaimanapun. bagi orang bahasa. Bagi orang yang tidak memahaminya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. pengagregatan Indeks pengagregatan Model berdaya agregat Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah. dan kritikan sinis ini sering terdengar.

S. Penentuan sumber istilah (bahasa asal. H. Adakah anda setuju bahasa yang digunakan itu tepat dengan apa yang hendak dinyatakan? Sila rujuk pakar-pakar berdekatan dengan anda. Kuala Lumpur. Musa (2006). . Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). bahasa pinjaman) Kepakaran : Latihan 6. banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh media-media massa di Malaysia.2  Suatu masa dahulu. Hashim Hj. New York: Seminar Press. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa. (1975). bahasa serumpun. Nathesan.Syntax ang semantics 3: Speech acts. peristilahan yang Buku rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Grace. Beri pendapat anda tentang kualiti peristilahan yang di gunakan. Makna dalam Bahasa Melayu.Kepesatan ilmu :     Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu. (2001 ).

Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu.pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan) Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang.hlm 19-26). Addision Wesley Longman. (1992). W. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Palmer. (2000). Grady.R. Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. .F. Semantik. Semantics: The analysis of meaning. O. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan .

akronim dan lambang dalam bahasa Melayu.1. Manakala Asmah Hj. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata. cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan lambang. 7. merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur.TAJUK 7  ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU SINOPSIS Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang bahasa.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang 7. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Selain itu. ringkasan .  HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan tentang konsep singkatan. dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan : .1 Definisi Singkatan Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan.

tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya: sin cm cos hab sinus sentimeter konsinus habitat  Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya: JKR TLDM IPGKTAR Razak Jabatan Kerja Raya Tentera Laut DiRaja Malaysia Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul . Misalnya: Mara Perkim Bernama Tadika Cerpen Kugiran Berdikari Pawagam Perkeso Majlis Amanah Rakyat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Berita Nasional Malaysia taman didikan kanak – kanak cerita pendek kumpulan gita rancah berdiri dengan kaki sendiri Panggung wayang gambar Pertubunhan Keselamatan Sosial  Menggabungkan huruf pangkal setiap kata. istilah begini dipanggil akronim. Misalnya : lab ( laboratory)  Menyingkatkan huruf ejaan.

Beri pendapat anda? .1. dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh : meter kilogram second ampere degree candela radian steradian mole hecto centi mega giga meter kilogram saat ampere darjah kandela radian steradian mol hekto senti mega giga m kg s A K cd rad st mol h c M G Latihan 7. fonem. morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.suku kata. Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya.2 Definisi Lambang Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi.1  Penggunaan lambang – lambang istilah belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia.LUTH ABIM ADUN IKIM - Lembaga Urusan Tabung Haji Angkatan Belia Islam Malaysia Ahli Dewan Undangan Negeri Institut Kefahaman Islam Malaysia 7.

bahasa Yunani. TAJUK 8 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU  SINOPSIS  HASIL PEMBELAJARAN Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. bahasa Sankrit dan bahasa – bahasa lain. 8. Berdasarkan transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut.Layari internet Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa sumber yang lain. Bahasa – bahasa bereknaan seperti bahasa Arab.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain .

Contoh : Bismillahirrahmanirrahim muslimin mslimat untaz ustazah haji hajah fikir hadith gaib zakat akad lafaz solat iman imam talak lian sujud kiam 8. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan. Contoh transliterasi Arab.(spt Rumi). pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Misalnya: .

.  Dengan merujuk buku dan internet.1  Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan transkripsi dalam Bahasa Melayu. senaraikan contoh – contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan. Misalnya: Baekelund Cannizzaro Aquadag Dacron Keops Dmitri Ivanovic Mendeleev Anton Chekhov Mao Tze Tung Latihan 8. yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain. maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu.  Merujuk buku atau bahan internet .bureau police ambulance - biro polis ambulans Ejaan nama khas. tidak diubah.

Kuala Lumpur.senaraikan cotoh – contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh media massa terutama media cetak di Malaysia. Tamat. Binaan Makna. http://www. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. .com/id/ahmad awang/meaning. berjaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Azman Wan Chik. (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Rujukan Semoga anda terus Abdullah Hassan & Ainon Mohd.angelfire. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.html accessed on 5 July 2007. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa Dinamika.1985.

Kamus Dewan Edisi Keempat.Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. .2008. Teuku Iskandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.